BAB 17

Drama Completed 979

SEBAIK saja tiba di biliknya, Emma terus merebahkan badan di katilnya. Rakan-rakan sebiliknya yang sedang membuat hal masing-masing memandang pelik melihat Emma yang hanya senyap itu.

“Awal balik, Emma ?” Tegur Kila sambil duduk di katil sebelah Emma .

“Emma penat. Emma nak tidur." Emma membelakangi Kila .

“Eh, tak nak pergi toilet dulu ke?” Tanya Rin dari katil atas.

“Mengantuk sangat masa buat business tadi ni." Emma memberi alasan dan langsung tidak bergerak lagi.

Kila dan Rin kemudiannya membiarkan saja Emma apabila memutuskan mungkin rakan mereka itu benar-benar penat dan mengantuk. Mereka kembali membuat tugasan masing-masing.

Yalah, malam-malam buat tugasan Pengurusan Perniagaan dekat perpustakaan yang sejuk macam tu siapa tak mengantuk?

Diam-diam Emma sebenarnya sedang berendam air mata. Sejak Melora bercerita tentang keakrabannya dengan Affan , Emma jadi cemburu.

Apatah lagi melihat Affan sendiri tersenyum mEmma dan ceria di hadapan Melora . Sedangkan Affan tidak pernah tersenyum seperti itu di hadapannya.

Emma sendiri akhirnya terpaksa akui bahawa rasa cemburu itu membuktikan dia sebenarnya sudah jatuh cinta terhadap lelaki yang merupakan suaminya yang sah itu.

Namun apakan daya, Affan sendiri sudah melarangnya jatuh cinta terhadap Affan . Affan memang berhak untuk mencintai perempuan lain. Dia hanyalah isteri di atas kertas dan bila-bila masa saja status itu boleh bertukar menjadi janda. Baru umur 19 tahun dah jadi janda? Sungguh sadis!

Hampir setahun di matrikulasi ini, hampir setiap hari Emma dan Affan akan bersua muka. Emma sendiri akui dalam tempoh ini dia semakin banyak mengenali sisi berbeza suaminya itu walaupun sejak kecil sudah sebumbung.

Walaupun setiap pertemuannya dengan Affan bukanlah satu pertemuan yang meninggalkan memori indah namun setiap kali dia menemui lelaki itu dia akan berasa gembira dan bersemangat untuk melalui hari-harinya.

Jika Affan benar-benar mahu serius dengan Melora , Emma tidak rela melihatnya maka lebih baik jika dia yang mengundur diri.
.
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience