BAB 7

Drama Completed 979

EMMA menjeling tajam ke arah Affan yang duduk di hadapannya dan sedang enak menikmati Nasi Ayam ‘percuma’. Dahlah ambil nasi orang. Dalam banyak-banyak tempat ni macam mana dia boleh tersesat depan aku juga dia nak duduk?!

“Aku tahu muka aku memang handsome masa tengah makan." Ujar Affan tanpa memandang Emma .

Emma mengetap bibir menahan geram. Dia memandang sekeliling. Rakan-rakan sekelasnya semua sedang leka berborak sesama mereka. Kenapalah tak ada sorang pun nak ajak mamat ni berborak sama?

“Dahlah curi nasi orang. Tak malu." Ujar Emma perlahan sambil menyuap nasi berlauk yang dibelinya.

Nasi Ayam idamannya itu sudah habis sewaktu dia kembali untuk membeli lagi jadi terpaksalah nasi berlauk menjadi menu buka puasanya hari ini.

Affan memandang Emma yang beriak sedih itu. Dia mengeluarkan sebungkus plastik dari begnya dan dihulurkan kepada Emma .

“Apa ni?” Soal Emma .

“Jangan banyak bunyi lagi. Makan."
Emma membuka plastik itu dan alangkah terkejutnya melihat beberapa biji karipap pusing di dalam plastik itu.

Memang karipap pusing itu mahu dibelinya tadi namun karipap itu juga habis. Mana tak sentap bila dua-dua makanan favourite lesap begitu saja gara-gara lelaki ini.

“Awak beli untuk saya?” Tanya Emma terharu dan teruja melihat karipap pusing kegemarannya itu.

“Takkan aku nak beli untuk bini Bang Din pula." Ujar Affan yang cuba berlagak macho sambil menyisip air teh o ais limaunya.

“Thank you, hubby!” Bisik Emma yang teruja sebelum menikmati karipap pusing itu dengan penuh berselera.

Affan pula tersedak mendengar kata-kata Emma itu.
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience