BAB 16

Drama Completed 979

“HAI, sorang je?” Affan duduk di hadapan Emma yang sedang leka membuat kerjanya.

Affan yang kebetulan turut membuat kerja bersendirian di perpustakaan itu sengaja mahu mengusik Emma yang juga bersendirian.

Pada waktu malam perpustakaan itu memang susah untuk sunyi seperti waktu siang.

Emma hanya menjeling Affan tanpa menjawab apa-apa.

Affan mengerut dahinya, “Amboi, garangnya kau malam ni! Period ke?”

“Awak nak apa?” Soal Emma malas.

“Nak lepas rindu." Jawab Affan sambil tersengih.

Emma memandang Affan sekilas sebelum membalas, “Pergilah lepas rindu dekat girlfriend awak."

“Girlfriend? Buat apa nak ada girlfriend kalau ada wife?” Usik Affan .

Emma memandang sekeliling. Mujur tempatnya ini agak tersorok, “Dahlah, Affan . Saya tahu awak dah ada orang yang awak suka. Mengikut perjanjian kita, saya boleh pilih untuk awak madukan saya atau lepaskan saya.”

Riak wajah Affan berubah, “Apa kau cakap ni? Itukan benda dah lama.”

“Lama ke baru ke tapi memang itu yang awak beritahu saya. Kalau awak lupa saya boleh ingatkan. Awak memang ada beri saya pilihan sama ada mahu dimadukan atau dilepaskan kalau awak jumpa perempuan yang awak suka. Jadi kalau awak pilih nak dengan Melora tu saya pilih nak awak lepaskan saya." Ujar Emma dengan riak yang cuba berlagak tenang.

Affan terkedu. Dia bingung dengan apa yang dikatakan Emma . Namun Emma kemudiannya mengemas buku-bukunya sebelum pantas beredar keluar dari perpustakaan itu.

“Nanti dulu, Emma !” Panggil Affan yang mengejar Emma .

Sebaik saja tiba di luar Affan terus mencapai tangan gadis itu menyebabkan buku-buku Emma bertaburan jatuh dan menarik perhatian pelajar yang lalu-lalang.

Emma yang berasa malu dengan situasi itu pantas menutup mukanya dengan hood sweater yang dipakai.

“Apa yang kau cakap ni? Melora ? Apa kena mengena dia?” Soal Affan .

Emma menyentap tangannya sebelum mengutip bukunya dan memasukkannya ke dalam beg. Dia langsung tidak mahu memandang wajah Affan .

“Hey, I’m talking to you!” Affan menarik bahu Emma namun serentak pipi Affan pula menerima tamparan daripada Emma .

“Kalau tak pernah cintakan saya tak payahlah nak kisahkan saya!” Tengking Emma tanpa mempedulikan beberapa orang pelajar yang sudah mula berkerumun dan berbisik sesama mereka.

Namun Emma tidak bimbang kerana wajahnya tidak dapat dilihat dengan jelas waktu ini. Nasib baik dia memakai sweater tadi memandangkan perpustakaan ini memiliki kesejukan sedingin peti sejuk!

Affan terdiam sambil memegang pipinya apatah lagi melihat mata Emma yang sudah mula berkaca itu. Emma menggalas begnya sebelum melangkah pergi namun belum sempat dia melangkah lebih jauh, Wei Xin, rakan sekelasnya muncul.

“Eh, Emma ! Dah nak balik?” Tegur Wei Xin yang baru tiba di perpustakaan itu.

“Emm…” Jawab Emma yang tidak mampu mengeluarkan suaranya kerana menahan tangis.

“Eh, you menangis kenapa?” Tanya Wei Xin yang perasan mata Emma yang sudah bergenang itu.

“Saya balik dulu Wei Xin." Ujar Emma sebelum pantas melangkah pulang ke bloknya.

Wei Xin memandang Affan yang baru dia sedar ada situ juga, “Eh, Affan ! You yang buat dia menangis ya?!”

Affan terkejut apabila Wei Xin tiba-tiba memarahinya, “Ma… mana ada!”
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience