BAB 22

Drama Completed 979

“JADI kawan-kawan awak dah maafkan awaklah?” Tanya Affan sambil menghirup air limaunya.

“Emmm... Alhamdulilah diorang boleh maafkan saya." Emma memandang rakan-rakan sebiliknya yang duduk selang satu kerusi darinya.

Mereka juga baru selesai menikmati makan tengahari di Kafe Bang Din itu dan sedang berbual sesama mereka. Disebabkan Affan berkeras mahu turut serta terpaksalah dia membenarkan Affan turut serta walaupun ada beberapa mata memandang tidak puas hati.

Affan turut memandang mereka. Kebetulan Melora turut memandangnya. Pantas Melora menundukkan pandangannya sebelum cepat-cepat menghirup minumannya.

Rozalia yang perasan mencebik, “Emma , suruh laki hang ni pandang tempat lain!”

“Rozalia , hang nak mampuih ka?” Rin menyepak kaki Rozalia dari bawah meja.

“Orang pandanglah Rozalia ." Kila pula sudah menyorok muka menahan malu apabila ada beberapa orang memandang pelik ke arah mereka.

Emma dan Affan sama-sama sudah berpeluh dingin.

“Errr... Apa dia? Aku cakap kawan lelaki hang. Yalah, Affan nikan classmate dia. Lelaki dengan laki sama ajelah, kan?” Rozalia pantas mengubah kata-katanya.

Emma pula terpaksa tersengih sambil terangguk-angguk sebelum mendekatkan mukanya kepada Rozalia yang duduk selang satu kerusi darinya. Dia berbisik perlahan, “Hang bocor rahsia aku, aku tanam hang hidup-hidup!”
.
.
.
.
.
“HAIH… Kenapalah banyak sangat kerja Cikgu Midon kasi ni! Berbatang-batang pen habis dakwat menghadap subjek dia aje. Dia nak sponsor pen tak apa juga." Omel Emma agak kuat. Mujur mereka di kafe. Bolehlah dia nak cakap kuat.

Mahu duduk di library, tak tahan pula kesejukan melampau perpustakaan itu sehingga membuatkan Emma tertanya-tanya mengapa masih tiada salji di dalam perpustakaan itu sedangkan suhunya sudah terlalu sejuk!

“Biasalah tu. Bukan Cikgu Midon namanya kalau kerja sikit. Dahlah study week pun dia nak buat kelas. Obses kerja betul cikgu kita tu." Omel Faten pula sambil disambut anggukan Syakila .

Nina pula sudah hanyut dalam dunia peta minda subjek Pengurusan Perniagaannya yang berkerawang di sana sini di atas kertas berwarna-warninya. Marina di sebelah pula sedang membuat subjek matematik. Katanya subjek Pengurusan Perniagaan sudah disiapkan malam tadi. Tak tidur agaknya budak rajin ni.

“Hai, korang!"

Kelima-lima mereka mengangkat muka sebaik mendengar teguran seseorang.

“Oh, Affan ." Sambut Syakila .

Emma sudah menahan senyum melihat suaminya itu tiba-tiba muncul. Tiba-tiba badannya terasa cergas pula!

“Korang mesti penat, kan? Ni aku belanja air." Affan mengeluarkan beberapa tin air dan diberikan setiap seorang satu.

“Wah… Baiknya kau! Terima kasih!” Ucap Nina sambil rakus membuka tin airnya sebaik saja menerima airnya.

“Sama-sama." Jawab Affan sambil membuka air tin yang terakhir dan diberikan kepada Emma .

“Eh, kenapa kau bukakan yang Emma punya je?” Tegur Faten.

Emma dan Affan sama-sama terpaku sebelum saling berpandangan, “Err…”

“Oh… korang ada apa-apa ya? Emma , sampai hati tak story yang korang dah ada special relationship! Sebelum ni bukan main benci, ya?” Syakila tiba-tiba membuat andaian yang tanpa diketahuinya memang tepat 100%!

“Eh, mana adalah! Tak ada maknanya. Kitorang tak ada apa-apalah! Affan , kau sebenarnya saja aje bukakan air ni untuk aku kan? Tak ada niat lain, kan?” Soal Emma pantas kepada Affan .

Semua mata kini beralih memandang Affan , “Err… Aku… Aku… Aku sebenarnya tak belikan pun untuk Emma ni. Buat membazir duit aku aje. Air ni aku buka sebab aku nak minum!” Affan pantas menarik air tin di tangan Emma dan diteguknya.

“Weh, kenapa untuk aku tak ada pula?” Soal Emma .

“Sebab aku tak suka kau. Okay, bye! All the best semua untuk exam!” Affan pantas meninggalkan mereka dengan mengambil semula air tin yang diberikan kepada Emma tadi.

'Sorry, sayang!’

“Affan !” Pekik Emma namun Affan terus pantas meninggalkan kafe itu.
.
.
.
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience