BAB 5

Drama Completed 979

“MACAM mana kau boleh sama praktikum dengan aku ni?!” Soal Affan . Mereka memutuskan untuk berjumpa selepas tamatnya waktu kelas pada hari itu.

“Eh, manalah saya tahu! Bukannya saya yang daftarkan awak. Awak tu… Dahlah tak beritahu pun awak akan masuk sini juga!” Marah Emma .

“Tak perlu pun." Balas Affan malas.

Emma mencebik bengang.

“Kau jangan beritahu sesiapa tau tentang hubungan kita." Ujar Affan perlahan.

“Awak tak payah cakap pun saya tahulah." Jawab Emma .

Affan mencebik, “Okay. Kau buat kerja kau. Aku buat kerja aku. Deal.”
.
.
.
.
.
“KENAPA benci sangat dengan Affan tu?” Tanya Syakila apabila Emma tidak sudah-sudah mengutuk Affan apabila mereka bergosip tentang Affan yang pada waktu itu turut sedang menjamu selera di bahagian hadapan kafe.

Emma pula sedang menjamu selera makan tengahari bersama-sama rakan-rakan sekelasnya. Mati seleranya seketika tatkala memandang Affan .
Terserlah di situ bahawa Affan popular di kalangan pelajar terutama pelajar perempuan.

Tak hairanlah dia popular kerana wajah kacaknya dan pengalamannya tentang matrik ini sangat banyak. Buktinya waktu makan pun ramai perempuan yang menyapa. Huhh! Perasan popularlah tu!

“Mana ada benci. Just annoying aje dengan perangai dia yang mesra perempuan tu. Nampak sangat playboy.”

“Tapi memang dia baiklah,” Afiq mencelah. “Dia selalu tolong budak junior bila ada budak tanya kerja dekat dia.”

“Haah. Aku pun pernah tanya. Dia okay je. Dia ajar senang faham." Tambah Firdaus.

“Entah-entah dia ajar korang benda salah kot. Kalau pandai takkan dia repeat." Sanggah Emma .

“Hang ni tak baiklah cakap lagu tu. Mana tau dia betul-betul dah berubah ka?” Bidas Marina. Emma hanya senyap.
.
.
.
.
.
“KORANG kenal tak Affan ?” Tanya Melora sewaktu baru pulang ke bilik.

Rozalia dan Kila menjawab ‘tidak’ manakala Nad dan Rin menjawab ‘ya’.

Emma yang terkejut dengan soalan tiba-tiba itu pula hanya mendiamkan diri apabila nama suaminya dibangkitkan. Dah apa hal nama mamat ni naik pula?

“Dia satu mentor mentee dengan aku! Dia baik gila…”

“Serius? Untung gila kau dapat dekat dengan dia! Dia popular gila kot. Budak kelas aku pun ramai minat dia. Dahlah handsome. Baik…” Nad menyahut teruja.

“Kann… Aku dah lama perhati dia sebenarnya. Tak sangka tadi perjumpaan mentor mentee rupanya dia satu group dengan aku. Adakah ini satu jodoh?!” Angau Melora .

“Siapa Affan tu?” Tanya Rozalia .

“Hish, kau ni! Affan popular tu pun kau tak kenal. Nanti aku tunjuk dekat kau." Jawab Rin.

“Tapi dia budak repeat, kan? Dia tua setahun dari kita." Celah Emma yang sejak dari tadi diam.

“Ya ke? Aku tak pernah tahu pula. Aku cuma ingat dia second-intake." Jawab Melora berminat.

“Emma kenal dia ke?” Tanya Kila .

“Err… Dia satu praktikum dengan Emma ." Jawab Emma teragak-agak.

“Laa… Hang tak pernah cerita pun!” Ujar Rin.

“Kau satu kelas dengan budak popular tu? Ish, jealousnya aku!” Nad pula mengeluarkan kekesalannya.

“Nak jealous buat apa? Eh, dengar sini! Budak tu perasan bagus aje tau. Korang janganlah terpedaya sangat dengan dia tu. Bukan bagus mana pun sebenarnya." Ujar Emma sebelum bangun dan melangkah keluar dari bilik itu.

“Marah betul Emma dengan Affan tu, ya? Apa yang Affan dah buat dekat dia?” Tanya Rozalia . Yang lain hanya mengangkat bahu tidak mengerti.
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience