BAB 22

Romance Completed 14475

Sambil mengajaknya masuk ke dalam, aku mengajukan soalan, “sampul surat dekat dalam poket tu untuk apa? Surat nikah?” tebakku tanpa segan silu.

“If it’s really a surat nikah, kenapa? Nak kahwin?”

Gulp.

“Bukanlah… ini ada duit lebih yang uncle bagi hari tu, saya terlupa nak pulangkan. Nak datang sini susah sikit sebab ladang tu kena tengok juga. Kalau ada orang datang nak bincang soal lembu tu, susahlah. Hari ni baru ada chance nak datang rumah uncle.”

“Ehem. Rumah uncle pun rumah saya jugak.”

Bibirnya aku terlihat sedikit mencebik, tak puas hatilah tu aku menyampuk tiba-tiba. “Cakap silap sikit pun marah,” omelnya sebelum mendaki anak-anak tangga.

“Saya pentingkan kesempurnaan.”

“Obsessive compulsive disorder,” sindirnya.

Kuajo! Terasa ringan betul tangan hari ini hendak mengambil lastik dan melastik kepala orang lain. Aku mengekori rentak langkahnya dari belakang dan menuju ke bilik babah, ingin memanggilnya yang barangkali sedang berehat di dalam.

Babah yang menyahut apabila aku memanggilnya meminta sedikit masa untuk dia bersiap-siap, berkemungkinan baru sahaja selesai membersihkan diri.

“Babah nak siap sekejap. Sekejap lagi dia keluar jumpa awak,” ujarku apabila aku menuju ke ruang tamu.

Jun Jie tidak membalas. Di tangannya terdapat sebuah buku yang samar-samar kelihatan di mata. Tubuhnya yang membelakangiku perlahan-lahan aku hampiri dan mulutku terlopong sedikit usai melihatnya yang tekun membaca majalah. Majalah Ekspresi tiga tahun yang lepas dan itulah satu-satunya edisi yang dicetak melebihi kebiasaan. Tiga muka surat penuh aku coretkan tentang ladang ternakannya dan pengalaman menyesuaikan diri di sana.

Ah, malunya!

Duduk aku labuhkan bertentangan dengannya. Ingin merampas majalah itu, terasa macam kurang ajar pula. Hendak meminta baik-baik, aku tahu mesti dia tak akan bagi punya.

“Jun Jie… bagi sini majalah tu. Nak baca,” kuberi alasan.

Bibirnya tersenyum. Langsung tidak mengendahkan apa yang sedang aku katakan. Tumpuannya memang difokuskan sepenuhnya kepada helaian demi helaian yang dibelek lembut dek jari-jemari. Sesekali gambar ladang ternakan yang aku muatkan ke dalamnya dia usap dengan riak wajah yang sukar aku tafsirkan maksudnya. Hening sepi jelas terasa mencucuk-cucuk jiwa.

“Saya… saya tak sangka… ladang ayah boleh jadi… secantik ini. My playground boleh jadi seindah ini. Dulu, bila mak marah saya, saya akan ke sini. Saya tolong ayah. Saya jaga lembu ayah. When I was down, I came here to comfort myself for the entire day and today, guess it’s too beautiful in my eyes,” ujarnya menahan suaranya yang serak.

Memori… luahkanlah semua memori itu, Muhammad Zabaniyah andai itu bisa membuatkan kau lupa sementara tentang kejamnya kenanganmu. Jauh di sudut hatinya, aku tahu dia mahukan kasih sayang dan perhatian seperti kanak-kanak yang lain. Dia dambakan curahan kasih yang sepatutnya dia dapatkan.

“Ad, if I tell you a story, are you willing to hear?” tanyanya.

Angguk. “Ceritalah. Saya dengar.”

“Well, maybe uncle have told you something about me sebab arwah ayah pun kawan uncle. Just kawan biasa aje. Before I was born to see the world that I thought beautiful, my mother sebenarnya dah keluar daripada Islam. Dia peluk Islam pun sebab nak kahwini ayah dan bukan kerana cintakan Allah.

Ayah cakap, mak decide nak ada dua orang anak so satu ikut ayah dan satu lagi ikut mak. Ayah ajarkan saya tentang basic dalam Islam but at the same time, saya tertanya-tanya tentang Huan Kiat yang diajarkan ajaran yang lain. Apa yang kami buat semuanya lain dan tak sama.”

Senyap untuk seketika.

“Mak dari dulu tak sukakan saya. Bila ayah bawa pergi masjid untuk Maghrib, mak marah dan malam tu saya tak akan dapat dinner langsung. Bila saya buat silap sikit, this body of mine akan jadi mangsanya, Ad. Saya kena rotan tapi saya senyap sebab saya tak nak mak marah lagi. Tapi bila Huan Kiat buat silap, saya sedih.

Mak tak pernah marah and in fact, she advised him. Lembut sangat. Kenapa saya tak boleh jadi seuntung dia? Kenapa saya tak dapat kasih sayang yang sama rata? Ayah sayangkan Huan Kiat juga, tapi kenapa mak tak sayangkan saya?”

“Tapi saya selalu fikir… God knows the best. Saya still ada ayah. Saya still ada lembu-lembu dekat playground saya tu. Bila saya sedih, saya ikut ayah ke ladang dan tolong ayah apa-apa yang patut. Saya takut untuk duduk rumah sebab saya nak bau syurga, Ad. Syurga saya di bawah tapak kakinya. Kalau dia marahkan saya, saya sedih sebab saya tak mampu bahagiakan mak saya sendiri.”

Lekuk pipi terasa dibasahi air mata. Tanganku menekup mulut apabila mengetahui kisah sebenar di sebalik kepahitan kisah seorang lelaki. Zaman kanak-kanaknya terlalu pedih hinggakan aku sendiri terasa sakit untuk mengingatinya. Betapa sayangnya dia terhadap ibunya namun langsung tidak diendahkan.

“Sometimes I wonder, how should I react if I can understand what love eventually means in my life. People say if you wanted to love something that is worth for, you just need Allah SWT. Manusia selalu sakitkan hati kita tapi Allah tak pernah.

Selama ni, lepas mak dan ayah mati, I just think positive and persuade myself to believe that He tests to give me the best of the best. Although my mom hated me so much, I just can’t stop loving her.”

Ya Allah…

Andai bisa waktu berputar, aku ingin menjadikannya sebagai kawanku dan membantu dia untuk memperoleh sebuah kenangan yang lebih manis.

“Well…”

Dia berdeham beberapa kali sebelum mengelip-ngelipkan mata yang berair. Majalah di tangan ditutup lembarannya lalu dihulurkan kepada aku yang setia menjadi pendengar setia. “Looks like I’m too sensitive today. Maaf kalau saya buat awak tak selesa tadi. I’m such an ugly crybaby.”

Aku tersenyum nipis. Tidak memandang wajahnya namun sebaliknya hanya merenung majalah yang dia hulurkan. Pantas, aku menyambutnya dan meletakkan kembali ke atas meja kopi. Tiada mood untuk membaca.

Bunyi pintu yang terkuak memberitahu aku bahawa babah sudah selesai bersiap. Aturan langkahnya semakin mendekati Jun Jie dan mereka berbual-bual kosong. Duit lebihan tempoh hari sempat Jun Jie beri.

Sesekali aku lihat betapa murahnya harga senyumannya itu ketika berinteraksi dengan lelaki. Bukan kerana dia menyukai lelaki namun kerana tidak pernah mesra dengan mana-mana wanita. Dan kini aku mengerti, nama aku tidak akan pernah berada di hati lelaki itu.

Rahadatul ‘Aisy, you need to wake up.

You’re dreaming. Please… wake up.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience