BAB 8

Romance Completed 14475

Plastik berisikan baju lengan panjang dan seluar tracksuit yang dibelikan untukku terpaksa juga aku sarungkan ke tubuh. Biarpun hati menolak namun aku tidak mempunyai pilihan lain. Legging dan bajuku sudah basah lencun dan selamat aku letakkan ke dalam kereta.

Aku selalu senang, jadi tak tahu rasanya jadi susah.

Begitukah?

Selama ini sifat cerewet yang menguasai hati tidak mengizinkan aku untuk membeli pakaian-pakaian murah seperti ini. Pakaian yang tidak berkualiti kataku sedangkan aku tengok sama sahaja kainnya.

Sering kali aku mengeluarkan duit yang banyak semata-mata ingin membeli pakaian yang pelbagai agar tidaklah bosan ditatap manusia lain. Jikalau boleh, setiap minggu aku akan membeli-belah sakan. Jadi untuk melihat aku memakai pakaian ‘murah’ sebegini… legend! Menempa nama di sejarah sendiri nampaknya!

Hendak tak hendak, terpaksa jugalah memakai pakaian yang ada. Usai itu, aku mengeringkan pula rambutku yang basah dengan tuala. Aku lilitkan tuala itu di kepala dan sekitar leher sebelum membuat bentuk seperti bunga. Rambut yang terurai keluar aku masukkan kembali ke dalam tuala. Penampilan aku yang baharu aku tatap lama tanpa berkejip melalui pantulan wajahku di cermin.

Sesungguhnya wanita itu dikurniakan kecantikan di waktu tiga keadaan.

1) Waktu malam.

2) Ketika mengandung.

3) Ketika berhijab.

Bunyi petikan gitar mematikan lamunanku. Hilang semuanya dihanyut masa. Tombol pintu segera aku pulas untuk menguak daun pintu sebelum mataku tertancap untuk memandang sahaja susuk tubuh yang kukenal duduk di atas sebuah bangku lantas memetik lagi gitar di tangan. Insan yang bertanggungjawab membelikan aku pakaian ini untuk kupakai.

Topi jerami dan kepalanya tidak dapat dia pisahkan. Teknik yang dia gunakan itu sama seperti teknik yang aku pernah lihat di internet. Haiwan lebih suka dan mudah dikumpulkan sekiranya terdapat lagu yang dimainkan.

Duduknya dia labuhkan di dalam kandang. Seekor anak lembu mulai menghampiri dan di waktu itu juga tangannya mengusap kepala anak lembu yang kelihatan begitu manja dengannya. Tindakan yang mendatangkan senyuman bahagia di bibir melihat betapa kasihnya dia terhadap makhluk Tuhan biarpun dia tidak memahami bahasa haiwan.

Aku mengambil keputusan untuk bersandar sahaja ke dinding, terus setia memerhatikannya yang langsung tidak menyedari kehadiranku di sini sebagai stalker terulung.

What would I do without your smart mouth?
Drawing me in, and you kicking me out
You’ve got my head spinning, no kidding, I can’t pin you down
What’s going on in that beautiful mind?
I’m on your magical mystery ride
And I’m so dizzy, don’t know what hit me, but I’ll be all right

My head’s under water
But I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind
‘Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections

Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
‘Cause I give you all of me
And you give me all of you, ohoh

How many times do I have to tell you
Even when you’re crying you’re beautiful too
The world is beating you down; I’m around through every mood

You’re my downfall, you’re my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can’t stop singing; it’s ringing, in my head for you
My head’s under water
But I’m breathing fine

You’re crazy and I’m out of my mind
‘Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections

Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
‘Cause I give you all of me
And you give me all of you, ohoh

Give me all of you
Cards on the table, we’re both showing hearts
Risking it all, though it’s hard
‘Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you

You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
‘Cause I give you all of me
And you give me all of you
I give you all of me
And you give me all of you

Gitar yang selesai dimainkan terus diletakkan ke tepi susunan kotak-kotak. Anak lembu yang ada di hadapan mata lambat-lambat diusap tubuhnya. Jemari kemudian dibawa untuk menyeka sesuatu di pipi yang aku kira juraian air matanya yang tumpah.

Hatiku turut luluh memandang keadaannya yang seperti menyembunyikan sesuatu yang tidak aku tahu. Keperitan dan onak duri dilalui seorang diri dan hanya diluahkan dengan menyayangi haiwan ternakannya.

Apakah batinnya sedang terseksa?

Apakah hatinya kian terluka?

Aku dengar dia bertutur dalam bahasa Cina sebelum mengusap-usap lagi tubuh anak lembu yang seperti memahami kesedihannya. Kini, tuala kecil di bahu pula menjadi alat untuk mengesat manik-manik berharga yang bersisa di wajahnya.

“Awak ada teringatkan seseorang?” lembut aku menyoal.

Tersentak dia apabila aku tegar untuk menegur. Wajah masih tidak dipalingkan sebelum dia bertindak untuk bangkit daripada duduk, menepuk-nepuk seluar lusuhnya daripada debu-debu tanah.

Seperti kebiasaan, dia enggan membuka mulutnya itu untuk menjawab soalan-soalan daripada aku. Banyak sangat jongkong emas di mulut agaknya, itu yang susah hendak bersuara denganku.

Kudengar dia menghela nafasnya. Lemah.

“Awak stay sini sampai bila?”

“Depends. Cepat siap, cepat balik.”

“You write?”

Angguk.

“Lebih kuranglah tapi saya cuma tulis benda-benda berkaitan kerjaya untuk segmen dalam majalah. Like some of my friends, ada yang tulis tentang kesihatan, amalan pemakanan, kebaikan herba and there are some who need to edit and put suitable pictures. Then, kena dapat persetujuan daripada bos sama ada okey atau tidak. Kualiti tu penting. Pasal iklan dan produk-produk tu bukan bidang saya tapi memang kena bayarlah kalau nak masukkan dalam majalah.”

Dia diam. Termenung.

“Bukan semua orang menyebarkan gosip. I’m here untuk tanya tentang kejayaan awak dalam bidang ni and not for slandering you without any reasons to be told. Lebih cepat saya interview awak, lebih cepat saya boleh balik.”

“So… where should we start?”

Terkebil-kebil aku memandang wajah tenangnya. Tiada lagi wajah bengang yang suka dia pamerkan ketika aku menjejakkan kaki ke sini. Dengan senyuman, aku menyuruhnya menunggu untuk aku memeriksa kembali e-mel yang dihantarkan oleh Encik Firash kepada aku agar aku tidak terlupa.

Buku nota dan pensel yang setia menemani kini berguna juga akhirnya. Aku perasan akan renungan mata sepantas kilatnya dan ketika aku mendongak, renungan itu sudah pun terarah untuk menekur lantai.

“Boleh saya mulakan, encik…”

“Call me Mister Jun Jie.”

Jun Jie. Sedap namanya. Aku akui itu.

“So, Encik Jun Jie… soalan saya…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience