BAB 13

Romance Completed 14475

Death is calling.
It won’t stop calling.
Hear that? It’s not our call yet but the time will come.
Be ready. For anything if you think it’s nothing.

Terketar-ketar bibirku memandang skrin televisyen yang masih menyala. Seperti wajah yang berdarah ditoreh-toreh sehingga menjadi pucat dan tidak bermaya.

Tanpa berfikir panjang aku tergesa-gesa masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwudhuk untuk menunaikan solat Isyak. Ibadah wajib yang sudah lama aku tinggalkan setelah sekian lama dan kini, aku akan menunaikannya semula.

Aku tak nak mati sebelum aku sempat bertaubat! Aku tak nak Allah ambil nyawa aku sebelum aku sempat solat! Aku tak nak penyakit malas dan sombong aku menjadi semakin melarat!

Dan untuk kali pertamanya, sejadah yang terbentang menghadap ke arah kiblat dibasahi curahan air mata seorang hamba yang memohon ampun buatNya. Sujud yang terakhir menjadi saksi di mana dahi ini sendiri telah mencium tikar sejadah selama yang boleh.

Doa demi doa kupanjatkan bersama-sama pohonan ampun daripada Tuhan mengenai segala dosa semalam dan kekurangan.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba, selama nyawanya belum sampai di kerongkongan.” (HR. At-Tirmidzi, dan ia menghasankannya).

Mampukah insan sehina ini mendapat keampunanMu, Tuhan? Siapalah aku di sisiMu sedangkan aku amat kerdil jika hendak dibandingkan dengan mereka yang lebih alim dan menjadi ulama’.

Aku bukannya kekasihMu yang setia. Aku cuma manusia hina yang taksub dengan perhiasan dunia walhal aku tahu jalan mana yang sedang menanti aku ketika kaki ini melintasi Titian As-SiratMu.

Abu Musa R.A. meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di siang hari dan Dia membentangkan tangan-Nya pada siang hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di malam hari, sehingga matahari terbit dari barat (Kiamat).” (HR. Muslim)

Apakah masih terselit kasihMu untukku, Rabb?

“Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar.” (QS. Ath Thahaa: 82)

****************

Telefon bimbit aku letakkan ke atas meja usai selesai berbual-bual dan menghubungi babah di rumah. Semalam aku terlupa untuk memberitahunya bahawa aku terpaksa bermalam untuk satu malam di Perak. Untunglah babah sangat memahami kerana aku yang sibuk dengan tugasan ini. Cumanya dia sempat berpesan agar aku menjaga diri aku sepanjang berada di sini.

Blaus labuh yang aku beli semalam dengan Jun Jie sudah tersarung di tubuh. Kain yang aku pakai juga amat selesa dan lembut fabriknya. Selendang coklat itu sahaja yang menghantui aku kini. Ingin aku memakainya namun aku bukannya seorang hijabista yang pandai memakai benda pelik sebegini rupa.

Aku melayari laman web Google dan menaip:

‘Cara-cara untuk memakai selendang.’

Pap! Ambek kau. Nak sangat tadi! Berderet-deret tutorial free or charge yang beria-ia mahu mengajar insan serba jahil ini untuk melilitkan tudung ini ke kepala. Nasib aku memang baik kerana Jun Jie semalam berkeras mahu merembat beberapa pin untukku sedangkan aku yang menolak mentah-mentah.

Terror jugak mamat tu dalam bab-bab pemakaian tudung ni. Aku manalah tahu kalau nak pakai selendang ni kena berpin-pin bagai. Kalau menjahit tu, aku tahulah.

“Aduh, aduh, aduh!!!”

Jika aku sedang melakonkan watak Tom & Jerry mahu ibarat air terjun kepala aku mengeluarkan darah. Sakit sungguh apabila pin yang ingin aku selitkan ke tepi tertusuk pula ke kepala. Inilah pengorbanan aku untuk memakai selendang dan aku harap pengorbanan aku tidaklah menjadi sia-sia.

Siap!

Aku pandang wajah aku di cermin lama.

Benarlah, berhijab tampak lebih manis. Kalah diabetes.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience