BAB 21

Romance Completed 14475

Alhamdulillah!

Aku membantu babah untuk membawa daging korban yang siap diagihkan. Bau busuk daging di dalam plastik tidak sesekali menjejaskan perasaan gembiraku kerana dapat menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari ini dengan senyuman.

Lapar terasa perut walhal bukannya aku yang sembelih lembu tu! Walaupun aku tahu aku ini seorang yang pemalas, aku tolong juga, tapi tolong tengoklah.

Nak pegang parang pun tangan terketar-ketar macam nak tercabut sendi jari, jangan haraplah dapat sembelih lembu. Lembu pun dah menghalau aku jauh-jauh sebab takut tengok cara aku pegang parang nanti.

“Babah, lembu-lembu tadi cantik sangat. Warna dia pun elok aje,” pujiku ikhlas. Memang cantik. Gemuk pulak tu. Selalunya lembu sembelihan bukannya berisi sangat malahan warnanya kadang-kala bukannya mengikut apa yang sepatutnya.

“Babah tahu. Ramai kawan-kawan babah cakap kat mana babah cari orang yang bagi lembu tu. Bila babah cakap pasal Muhammad, banyak tak kenal. Tempat tu pun baru orang nak pergi,” tambah babah yang sedang menanggalkan kasut. Tuala kuning di bahu diambil lalu digunakan untuk mengesat peluhnya.

“Tapi itulah, memang sihat-sihat lembu yang kita dapat tahun ni. Jarang dapat yang gemuk tapi rezeki tahun ni Allah bagi lebih banyak untuk kita. Nanti bolehlah Ad masakkan lauk masak lemak ke, apa ke… untuk babah. Mengidam ni, uhui!”

Aku ketawa perlahan. Macam-macam babah aku ni.

Usai menyimpan daging ke dalam peti sejuk, aku bergerak ke mesin basuh yang telah selesai membasuh baju-baju kotor. Suis aku tutup. Baju-baju kotor aku masukkan ke dalam bakul sebelum meminta diri daripada babah untuk menjemur jemuran di ampaian. Cuaca pun agak baik pada hari ini, sesuai untuk kain disidai dan dibiarkan kering.

Tudung yang sedia ada tersarung aku biarkan. Kaki mengenakan selipar merah jambu kesayangan sebelum penuh berhati-hati aku menghampiri ampaian yang terletak di halaman.

Entah di mana silapku, kakiku tersadung sebiji batu besar dan aku hampir hilang imbangan kalau bukan ada tangan yang membantu untuk memegang bakul.

Bibirku tersengih serba salah sebelum wajah aku dongakkan. Mati terus kuntuman senyum tatkala terpandangkan wajah yang berada di hadapan mata. Sangkaku, babah yang menghulurkan bantuan kecemasan 999 kepada aku.

“Ad okey?” tanyanya risau.

Rona wajahku merah padam. Dengan kepala yang terangguk-angguk aku memastikan badanku menjadi lebih stabil daripada tadi. Tangannya terus merampas bakul daripadaku sebelum kaki turut dia hayunkan menuju ke ampaian.

Tanpa berlengah, aku mengekori dari belakang dengan debaran di dada yang tidak surut-surut. Apabila melihat jemari mulai mencapai baju dari dalam bakul, aku sudah gelabah.

“Err… saya boleh sidai sendiri.” Gugup.

“It’s okay, I’ll help,” balasnya selamba.

“Muhammad Zabaniyah…”

Dia terkedu mendengar nama sebenarnya aku seru sebelum bibir itu menguntum senyuman plastik. Senyuman yang cukup menggambarkan betapa terseksanya dia dengan kenangan silam sendiri. Baju di tangan diterbalikkan sebelum hanger dicapai dan dimasukkan melalui lubang pada leher baju tersebut.

“Looks like somebody’s being a good little stalker. Apa lagi yang awak tahu pasal saya yang saya patut tahu?” tanyanya.

“Your past.”

“So?” Suaranya sedikit gugup.

“Saya bersimpati dengan awak.”

“Saya tak perlukan simpati untuk terus hidup, Ad. Hati saya dah lama mati,” balasnya sebelum mencapai lagu sehelai baju berkolar pula. Semuanya digantungkan ke tali yang diikat dari sebatang kayu ke sebatang kayu yang lain.

Aku turut melakukan hal yang sama tanpa menambah apa-apa, bimbang aku bakal melukakan hatinya. Hatinya masih belum mati lagi, aku yakin. Dia cuma berpura-pura mematikan perasaan sendiri supaya tidak ada benda lain yang mampu membuatkannya untuk hidup dan bernafas semula.

Sebuah klip baju aku ambil dan aku klipkan pada seluar agar tidak terjatuh. “Muhammad Zabaniyah yang saya kenal tak akan pernah mati hatinya kerana hati tu sendiri milik Allah untuk awak terus mencintai Dia.”

Khali, lama dia terpempan.

“If it’s really dead, you won’t help me when I’m shivering like crazy at your barn.”

“If it’s really gone, you won’t be crying when you played your guitar back then.”

“If it’s really dull, you won’t appreciate anything in your life.”

“So… is it really dead or are you trying to tell me a lie?”

Manusia tetap ada hati dan perasaan biarpun sentiasa menidakkan semua itu. Ada kalanya kita mampu tersenyum kerana gembira, menangis kerana kecewa, marah kerana geram dan lemah saat kecundang. Teguran itu sendiri membuktikan bahawa dia sebenarnya mempunyai sikap prihatin terhadap orang lain. Dia cuma menyembunyikan. Dia cuma malas untuk menonjolkan.

Kaku jemarinya di baju sebelum nafasnya ditarik dan dihembuskan lemah. Apabila melihat dia terseksa sebegini, aku juga mampu merasainya apatah lagi dia sendiri yang terpaksa berjuang untuk mengalaminya.

Memori dia mungkin tidak mampu untuk aku imbas dan aku tahu selok-beloknya tetapi aku boleh melakar memori baharu yang lebih indah untuk dia ingat. “Awak kena ingat hikmah. Hikmah kenapa awak diuji. Hikmah kenapa awak disakiti. Tanpa onak duri, awak tak akan tahu erti perit dan maksud bisa itu sendiri.”

“The pain is subjective. You just can’t guess the taste without experiencing it all by yourself, Ad. People think I’m horrible but my memories are much worse.”

“Saya tak pernah rasa awak teruk. Tak pernah,” ucapku dan apabila dia menjongketkan kening kerana tidak percaya, terus aku membetulkan ayat yang mempunyai kepalsuan di situ.

“Okey, tak adalah sampai ‘tak pernah’ tapi saya tak rasa awak macam kera sumbang sangatlah. Dulu memanglah saya cakap awak ni dingin sebab awak tak layan saya. Saya cakap apa pun bukan awak nak jawab. But everything is there for a reason.

Birds have reasons for bulding their nests on trees. Fishes have reasons for having gills and tails. We just can’t blame someone for doing something just because you hate that job. Don’t judge the book by its cover.”

“Nowadays, orang dah tak pakai perumpamaan tu.”

“So let me be the first to do so,” luahku berani.

Merah padam wajah lelaki itu kelihatan sebelum dia membetulkan kedudukan pakaian yang sudah disangkutkan ke ampaian. Dehaman terpacul dari bibir sebelum dia mencampakkan pandangan ke arah rumahku. “Uncle ada tak?”

“Ada dekat dalam. Kenapa tanya?”

“Kalau saya tahu, saya tak tanya.”

Tengoklah! Mulut macam meriam plasma main tembak-tembak orang sampai koma. Ada juga aku sumbat manusia dalam mesin basuh lepas tu kasi spin sikit. Aku lihat di dalam kocek seluar pada bahagia belakangnya terselit sampul surat kuning, barangkali ada urusan dengan babah yang belum selesai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience