BAB 18

Romance Completed 14475

Rancak babah berbincang dengan lelaki itu di ruang tamu tentang harga seekor lembu dan jenis apa yang ada di ladang ternakannya. Akan tetapi, aku pasti babah pasti bersetuju untuk dia menghantarkan lembu korban ke kampung kerana lembunya sihat-sihat belaka dan dijaga dengan baik.

Kubawa diri untuk masuk ke dalam bilik. Meja makan sudah selesai aku kemaskan. Lauk-pauk yang bersisa aku simpan di bawah tudung saji. Lelaki itu yang membantu untuk membasuh pinggan mangkuk di sinki hinggakan babah sudah tenung aku semacam lagi.

Bukannya aku yang memaksa tetapi dia yang dengan rela hati ingin menghulurkan bantuan. Tak akan aku nak tergelak dengan sopan seperti perempuan Melayu terakhir dan menyuruhnya berehat sahaja? Meremang semua bulu hidung aku dengar.

Daun pintu almari baju aku buka. Sebuah laci yang letaknya di sudut sebelah kanan terus aku tarik lalu kukeluarkan sebuah majalah Ekspresi yang sudah tiga tahun lamanya dicetak.

Muka surat tiga puluh dua aku cari. Jemari membelek-belek helaian yang ada sebelum statik di halaman yang aku dambakan. Sebuah gambar yang aku muatkan ketika sibuk aku sedang mengambil gambar kandangnya.

Pohon rambutan yang menjadi saksi di mana Chen sengaja membuli aku turut terdapat di situ. Terlalu aku rindu akan kenangan ini hinggakan ada gugusan permata jernih yang berjuraian lagi. Empangan mata tidak mampu menampung beratnya air mata seorang wanita.

Aksara demi aksara aku tatap. Bibir bergigit entah mengapa. Peristiwa tiga tahun yang lalu memukul kuat jiwa yang masih terluka. Parut yang sepatutnya sembuh kian ditoreh agar berdarah semula.

By Rahadatul ‘Aisy.

Masih segar di ingatan apabila aku ditegur sinis olehnya mengenai pakaianku. Ketika itu terasa mahu sahaja menembak meriam buluh ke mukanya. Coretan yang aku muatkan ke dalam majalah Ekspresi di kala itu menerima komen yang sungguh positif daripada Encik Firash.

Mana tidaknya, aku sendiri menulis tentang pengalaman aku ketika berada di sana. Masing-masing tidak kedekut ilmu untuk berkongsi rutin seharian mereka sama ada melayan pelanggan, melepaskan lembu ke kandang dan bagaimana mahu memanggil mereka kembali pada waktu petang.

Masalah dengan Industry & Consultants Company dapat diselesaikan akhirnya, alhamdulillah. Syarikat tersebut mengalami kerugian yang besar dan mengamalkan rasuah agar tanah kosong yang ada di kawasan pembandaran dapat dimiliki agar tidak jatuh ke tangan orang lain.

Dengar cerita syarikat itu bakal ditutup tidak lama lagi kerana sudah gulung tikar. Hukuman akan dijalankan terhadap mereka yang terlibat dengan amalan mazmumah itu dan kes akan dibicarakan kembali pada bulan hadapan.

Telefon bimbit yang ada di birai katil aku capai. Skrin yang gelap aku sentuh agar menjadi terang semula dan keningku bertaut apabila nama Chen terpampang besar. Satu panggilan tidak berjawab beberapa minit sebelum aku masuk ke dalam kamar tidur.

Kuambil keputusan untuk menghubunginya semula, manalah tahu kalau dia ingin menyampaikan hal yang penting kepada aku.

“Hello…”

“Hello, my lovely angel.”

“Chen, I tak nak you panggil I macam tu lagi. I tak selesalah,” tegurku entah untuk kali yang ke berapa ketika berbual dengannya melalui telefon bimbit. Mahu berbuih-buih mulut ini menegur sedangkan dia tidak ambil peduli pun dengan teguranku. “I nak tanya. Kenapa you call I tiba-tiba ni? Ada benda urgent ke?”

Chen di hujung talian ketawa.

“Nothing. I just miss my angel.”

“Hish, you ni! Buat bazir kredit sendiri aje,” kataku geram. Kalau dia ada di hadapan mata ini memang sudah aku piat-piat telinganya menjadi butang di stove. Tiada kerja agaknya kerana suka benar mengganggu aku dengan menghubungi aku. “Kalau you tak nak cakap benda yang lebih mustahak, I nak letak!”

“Angel marahkan I ke?” soalnya lembut.

“Tak marah. Suka sangat!” sindirku.

“Okay, okay. I minta maaf sebab ganggu you tapi I cuma nak jawapan daripada you. For three years I have been waiting for you to say yes. Whenever I wanted to talk about marriage, you’ll avoid or just mention about another topic to be shared. Kalau you tak suka I kerja ladang, just admit it. I tak marah! I akan cari kerja lain. Dekat Kuala Lumpur tu ada banyak lagi benda yang I boleh buat untuk bagi kita duit. Nanti bila anak-anak dah besar, bolehlah kita…”

Cepat-cepat aku menyampuk apabila dia sudah berhijrah ke soal anak pula.

“Chen, this is not about your job. I tak pernah sebut pun yang I bencikan pekerjaan you sedangkan menternaklah benda yang paling menarik pernah I tengok. I tak pernah cakap I bencikan lembu-lembu di kandang sebab I sendiri sukakan haiwan. I tak pernah kata yang I tak sukakan kerja you sebab kalau boleh biarlah ada orang yang menceburi bidang penternakan.”

“Well, then. Let’s get married. I’m serious, Ad!”

Kronik terus sistem pernafasan aku hendak menegur Chen dengan cara yang lebih lembut agar dia memahami bahawa aku tidak mampu menerimanya. Bukan wang yang menjadi ukuran apatah lagi paras rupa yang aku kejarkan namun agamanya yang sungguh berlainan.

Aku sangka Chen yang beragama Islam kerana Jun Jie pernah mengatakan bahawa Chen gemar menyakatnya dengan gelaran alhamdulillah. Tidak pula aku tahu Jun Jie sendiri yang sudah memeluk agama mulia itu tanpa aku mengetahuinya. Babah pun macam dah kenal sungguh dengan hati perut Jun Jie.

“Chen, are you an Islam?” aku menagih kepastian.

Dia mendecit.

“No.”

Aku terkesima. Dia bukan…?

“It doesn’t really matter, Ad. Ayah I Islam. Mak I bukan Islam. Boleh aje mereka kahwin dan dapat anak! Kenapa you nak kena bagi agama sama baru boleh kahwin? Benda tu tak perlu pun, kan? Tak boleh ke orang bukan Islam hidup dengan orang Islam? Why so serious?” soalnya tidak puas hati.

Aku mengeluh.

“Chen, cuba you fikir baik-baik. Kalau kita kahwin dan you dapat anak, anak kita sendiri yang akan tentukan agama dia sama ada nak pilih agama I atau agama you. Tentu you tak nak dia masuk agama selain daripada agama you, betul tak? I pun tak akan benarkan anak I pilih agama-agama lain selain daripada agama Islam.

Benda ni memang penting untuk masa depan anak kita. Kalau dia tak tahu buat pilihan dan kita mendesak, you tak fikir ke kalau kita bergaduh, bertumbuk, bertegang urat? You ceraikan I. You nak anak kita. I pun nak anak kita. So siapa jadi mangsa dekat dalam cerita ni? Anak tu sendiri, Chen!”

“We’ll think about that later, Ad. Apa yang penting ialah marriage kita. I tunggu you untuk tiga tahun, Ad dan I tak pernah cuba dekati perempuan lain sebab I nak you jadi queen dalam hidup I. You tahu tak yang I sakit nak tunggu you? I’m good at waiting but I am weak at loving a person that I loved the most. It hurts me, Ad. It really hurts. Is it that hard for you to accept me just the way I am?”

“Chen Huan Kiat…”

Dia menyampuk, “Ad, please say yes.”

Lemah terasa tubuh ini mahu berdebat. Duduk aku labuhkan ke birai katil. Majalah masih berada di dalam genggamanku yang kemas. Nafas aku tarik sedalam-dalamnya sebelum menghembuskannya perlahan untuk menenangkan jiwa yang serba kusut dengan masalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience