BAB 7

Romance Completed 14475

“Ad…. Ad!”

“Urmmm….”

“Ad, wake up!”

Suara Chen yang mengejutkan aku memaksa aku untuk membuka kelopak mata. Meliar mata memandang kawasan sekeliling sebelum otak mendapat mesej bahawa aku telah tertidur di dalam bangsal. Cuak wajahku apabila tiba-tiba teringatkan aku yang duduk berdua-duaan dengan lelaki misteri tersebut lantas aku memeriksa pakaian yang tersarung di tubuhku.

Masih sama. Cuma lilitan tuala di kepala tampak semakin kemas.

Aku menghembuskan nafas kelegaan. Memandang wajah risau milik Chen sebelum keluar dari sleeping bag yang cukup memberikan aku kehangatan. Kesejukan semasa hujan berkurangan apabila aku menggunakannya dan perlu aku berterima kasih kepada lelaki tadi untuk jasa dan budinya.

“You buat apa dekat sini, Chen?” tanyaku naif.

“I risaukan you. Are you okay?”

Lemah aku menganggukkan kepala. Namun jemari Chen tiba-tiba bertindak untuk membelek wajahku tanpa berlapik. Aku sendiri tersentak dengan tingkahnya yang tidak mampu untuk aku jangka. Lama dia memeriksa wajahku sebelum matanya mendarat untuk memandang hidung merahku. Riak yang terlakar di mukanya tampak sungguh risau dan panik.

“Awak demam dengan selsema ke, Ad? Oh, I’m terribly sorry for not taking good care of you. I should be more careful as you’re our guest but looks like I didn’t do my job well enough!”

“Chen…” panggilku.

Dia menoleh.

“Your… your fingers. They’re on my face,” ungkitku dengan wajah yang membahang. Perasaan yang ternyata lain daripada yang lain kerana tidak pernah sekalipun lelaki menyentuh wajahku selain daripadanya. Air mata murah terasa hendak menitis sedangkan aku tidak tahu hal apa yang perlu aku tangisi.

Chen terkedu. Pantas jemari ditarik kembali dan dibawa untuk menggosok-gosok belakang lehernya. “Sorry.”

Ucapan maafnya tidak bersambut. Kubiarkannya disapa pawana yang bertiup. Suhu setempat tampaknya seperti turun sedikit memandangkan hujan baru sahaja reda.

Usai keluar dari sleeping bag dan melipatnya kemas, sambil bertuala aku keluar dari bangsal tersebut dan mataku tertancap ke arah satu susuk tubuh yang sedang membelakangi kami. Memeriksa keadaan ternakannya yang ditinggalkan sedari tadi. Tubuhnya sudah bersarungkan baju yang kufikir sempat dia rembat entah dari mana.

“Ad… nothing happened tadi, kan? I nampak dia pun masuk ke bangsal juga tadi so I was panicked. Dia tak buat apa-apa pada you?” Chen meminta kepastian.

Angguk. “Saya okey, serius. It’s just…”

“Apa?”

Malu sebenarnya untuk aku bangkitkan soal keislamannya. Barangkali dia enggan memberitahuku bahawa dia ingin semuanya dalam keadaan sembunyi tanpa membocorkan rahsia itu kepada aku. Lagipun, ini baru hari pertama aku menjejakkan kakiku ke sini jadi tidak hairanlah jika semuanya hendak dijadikan rahsia untuk disimpan.

Akan tetapi, perasaan ingin tahu aku membuak-buak di dalam dada. Selagi aku tidak mendengar dari mulutnya sendiri, selagi itu aku tidak akan pernah mencapai kepuasan hati. “I’m having a doubt about you. Sebenarnya I nak tanya something. You… you ni sebenarnya… orang Is…”

“Huan Kiat!”

Kami sama-sama tertoleh ke arah suara tersebut.

Lelaki itu.

“Sorry Ad, nanti kita berbual-bual lagi. I kena kerja ni,” dalihnya sebelum berlari-lari anak mendapatkan lelaki itu untuk membantunya. Mati kata aku untuk menyambung tutur bicara tentang pengislaman seorang lelaki. Akhirnya, soalan yang ingin diajukan terus tertangguh tanpa sebuah noktah yang pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience