BAB 9

Romance Completed 14475

Hari ini boleh meletup perut aku atau pertambahan lemak bertubi-tubi di perut bakal tercetus. Fenomena aneh di mana berpunca daripada nafsu sendiri yang tak reti aku kawal. Habis program untuk berdiet hancur luluh bak abu. Masakan tidak jikalau hari yang aku luangkan bersama-sama mereka di sini kebanyakannya terisi dengan makanan sahaja! Buncit weih perut!

Selesai sahaja menemu ramah Jun Jie tentang soalan-soalan yang aku sempat catat, aku dipelawa mesra untuk menyertai mereka menikmati hidangan makan malam. Tugas Channarong, Rajoo dan Ahmad sudah selesai dan bakal digantikan dengan beberapa orang pekerja lain pula untuk mengawasi kandang pada waktu malam.

Beberapa bungkus mihun goreng mamak style dibeli oleh Ahmad di gerai yang berdekatan dan semuanya di atas tanggungan Jun Jie. Baik pula mamat tu nak belanja orang. Haih… personaliti yang tak stabil sungguh! Sekejap baik, sekejap mood seperti terkena serangan senggugut.

“Ad… malam ini kamu tidur mana?” Channarong yang menyuapkan sesudu lagi mihun ke mulut sempat mengajukan pertanyaan kepada aku.

Aku tersengih, tidak tahu hendak membalas apa. Kepala masuk air betul aku ni. Sepatutnya awal-awal lagi aku sudah menempah mana-mana hotel untuk dijadikan tempat menginap pada malam ini. Langsung terlupa untuk menggunakan kemudahan atas talian biarpun berada di arus kemodenan.

“Kamu tarak book hotel ke, adik manis?” tanya Rajoo.

Geleng. Control ayu gituh! “Terlupa!”

Serentak, Chen dan Jun Jie tersedak sebelum menepuk-nepuk dada yang tersekat dek makanan barangkali. Masing-masing mencapai gelas berisikan air lantas diteguk rakus.

Chen terlebih dahulu merenungku tajam seakan-akan mahu membaham mangsanya. Tangan yang diacah-acah untuk seligi kepalaku membuatkan aku menepisnya dalam keadaan yang tidak selesa.

Aku tahu padanya hubungan kami sekadar kawan biasa namun apabila renungan Jun Jie menikamku, aku tahu dia marah dengan apa yang kami lakukan.

“You’ve gotta be kidding me, angel!” jerit Chen.

“Mana ada. I betul-betul lupa nak book hotel.”

“Genius. So malam ni you tidur mana?!”

“Along the streets should be enough.”

“Ad, it’s not funny!”

Riak wajah Chen berubah merah ronanya, menahan marah yang mengiggit-gigit hati. Jemariku hampir sahaja digenggam olehnya namun segera aku menariknya untuk memegang sudu dan menyuapkan nasi lemak ke mulut.

Enggan sentuhannya mendatangkan gemuruh yang bakal bertandang. Enggan mata-mata yang memerhati menaruh prasangka yang bukan-bukan terhadap kami berdua.

“You jangan buat kerja gila macam ni lagi, boleh tak? What if tak ada lagi bilik kosong untuk you tidur? What if anything happens to you, as you’re a woman? What if you tak akan dapat jumpa hotel dan…”

“Chen…” aku pantas mencelah.

Dia terdiam namun masih tidak berpuas hati dengan tindakanku yang selamba badak sahaja menyampuk ke dalam perbualannya. Wajah diraupkan kasar dengan tangan sebelum rambutnya dilurutkan ke belakang tanda sugul.

“I akan usahakan nanti, you jangan risau sangatlah…”

“But Ad, what if…”

“I akan jumpa bilik tu. Itu janji I pada you,” yakinku dengan senyuman yang termanis bisa aku hadiahkan kepadanya.

Tidak betah melihat kerisauan yang terpampang jelas melalui tindak-tanduknya sedangkan perkenalan kami hanyalah sementara. Tidak sampai 24 jam bersua muka, masakan telah bersemi istilah sebuah cinta? Hati membenarkan namun akal menafikan semuanya.

Chen membalas senyumanku, hambar.

“Call me as soon as you managed to get one.”

Aku mengangguk laju.

“I will.”

Renungan matanya damai namun tidak bertakhta terus di atma. Sedang elok kami berbalas pandangan, dehaman daripada mulut-mulut yang nakal menyakat begitu mengejutkan aku. Sedar bahawa aku dan Chen menjadi bahan usikan, wajah aku tundukkan bagi mengelakkan diri daripada dihambat malu yang tidak bertepian.

Channarong yang bertuah itu sudah tersengih-sengih seperti Rajoo. Ahmad pula mengambil keputusan untuk terus berdeham sedangkan sesi tersebut telah pun ditamatkan. Sengaja!

“Cinta pandang pertamakah, Chen? Cepat-cepat kahwin tau kalau sudah suka sama suka. Jangan lepaskan peluang sebab nanti orang lain yang ambil Ad,” sakat Channarong. Ah, semakin malulah aku dibuatnya apabila dikaitan dengan bab-bab jiwang sebegini.

Chen hanya ketawa. Angguk tidak, geleng pun tidak.

Dan lelaki itu hanya diam tanpa sebutir bicara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience