BAB 14

Romance Completed 14475

Keningku bertaut apabila melihat sebuah van putih yang terparkir di sebelah kereta Lamborghini milik Jun Jie. Selesai memarkirkan kereta dan menguncinya, aku terlebih dahulu bertindak untuk mendekati Ahmad dan Channarong yang tampak sungguh serabut dengan sesuatu perkara. Wajah mereka yang kusut aku pandang sekilas lalu.

“Ahmad, Chan… what happened? Kenapa muka kamu macam muka orang ada problem?”

Channarong yang terkejut terus menoleh.

“Aaa… Ad? Kamu Ad?” soalnya.

Aku mengangguk. “I am Ad, Chan.”

“You look quite different but in a good way,” ikhlas Channarong memuji namun bibirnya mengoyak senyuman terpaksa. Keluhan kemudian dia lepaskan sebelum topi jemari ditanggalkan dari kepala dan rambutnya dilurutkan ke belakang.

Ahmad turut mengeluh sama.

“What’s wrong?”

“Wartawan-wartawan tak bergaji tu datang lagi ke sini, mengungkit soal tanah ni sedangkan bos berkeras nak jaga kandang ni. Dua tahun yang lepas pun mereka buat kacau dan soal macam-macam dengan bos. Syarikat yang kononnya nak biarkan kandang ni tiba-tiba minta bos untuk sign contract supaya mereka dapat bina pusat perindustrian di sini. Memang tanah ni tak bertuan, tapi mereka tak sedar tindakan mereka akan buat kami ni menjadi pengganggur. Kami nak makan apa kalau tak bekerja? Nak ke bandar, bukannya orang nak terima. SPM pun kami tak lulus, Ad. Inilah cara kami nak cari rezeki,” luah Ahmad kesal.

Darah panas menyirap naik ke wajah. Terasa sakit hatiku terbayangkan perbuatan mereka dalam mengendalikan masalah. Setelah dua tahun masalah yang sama berlalu, mengapa perlu dibangkitkan isu itu lagi?

“Ahmad… kalau kita kena berhenti, di mana kita mahu cari kerja? Saya tak nak berhenti daripada bekerja dengan bos,” Channarong meluah rasa.

Ahmad menjongketkan bahu. “Entahlah.”

Renungan aku campakkan ke arah beberapa orang pemuda dan pemudi yang mulai mengerumuni Jun Jie dan Chen di sisinya.

Pantas aku melangkah laju menuju ke sana dengan perasaan yang bercampur-baur untuk turut sama melindungi tanah ini. Chen pernah mengatakan bahawa tanah ini merupakan tanah peninggalan mendiang ibu bapa Jun Jie yang meninggal dunia kerana kemalangan ngeri di lebuh raya Utara-Selatan.

Inilah satu-satunya pekerjaan yang boleh lelaki itu lakukan untuk terus mengingati mereka sebagai memori lama. Lagipun, cekap sahaja kandang ini dikendalikan dan diuruskan. Kebersihannya turut terjaga rapi. Pendek kata, kesungguhannya dalam bekerja memang boleh mendapat pujian.

Chen sudah mulai serabut semacam namun aku lihat Jun Jie setenang air yang mengalir. Langsung tidak tergambar wajahnya yang gundah gulana mahupun tidak menyenangi kehadiran wartawan dan jurukamera yang tidak henti-henti menyesakkannya dengan soalan-soalan yang perlu dijawab olehnya.

“Encik Jie pernah menyatakan bahawa encik sebenarnya mengaku yang tanah ini tak bermilik kepada sesiapa jadi mengapa perlu encik membantah cadangan syarikat Industry & Consultants Company untuk mendirikan pusat perindustrian di sini? Lagipun, kawasan ini memang sesuai bentuk muka bumi dan geografinya untuk mendirikan kawasan perindustrian yang berjaya.

Tidakkah encik dikira mementingkan diri sendiri kerana lebih mengutamakan pekerjaan sebegini daripada membiarkan ekonomi negara menjadi bertambah maju untuk membentuk sebuah negara yang membangun di persada dunia pada zaman ini?”

Sinis! Kalau bukan kerana ada kamera yang merakam, aku rasa sudah lama aku mengherdiknya kerana tergamak mengaitkan hal kerja dengan hal negara pula. Paling tidak pun, aku persembahkan silat gayung seminit. Sudahlah jurang perbezaan di antara kedua-duanya terlalu jauh! Langsung tidak wajar topik sebegitu dijadikan ukuran untuk membelasah Jun Jie cukup-cukup.

“Malah, pihak kami mendapat laporan bahawa encik tetap berkeras untuk mempertahankan tanah ini yang semakin dimamah masa. Syarikat Industry & Consultants sebenarnya sedang berbincang dengan pihak atasan untuk mendirikan kilang-kilang dan bangunan lain yang mendatangkan keuntungan untuk kaum sejagat.

Peluang pekerjaan juga turut meningkat dan kes penggangguran sedikit sebanyak dapat diatasi daripada terus berleluasa. Apakah ulasan encik tentang laporan tersebut dan boleh encik terangkan dengan lebih lanjut tentang keputusan encik?”

Aku memerhatikan sahaja wajah Jun Jie yang tidak beriak. Mengharapkannya agar menidakkan semua itu dan tidak terpengaruh dengan benda-benda sebegitu. Mendoakannya agar dapat menangkis semua jenis soalan mengarut yang memaksa dia untuk menjawab.

Senyum.

Senyuman yang mendebarkan.

“As you can see, I forbid anyone from taking away this land from me. It was from my late parents and it is so rude for an unknown company to drive me away that easy. You’re saying that the industry would help in reducing the number of people who are unemployed and still waiting for a job for themselves but you forgot that nowadays, people are still unemployed.

You just can’t blame others when some of the people didn’t try to search for one. They sit around and think that job will come to them without any efforts to be done yet you mentioned about this kind of issue?” balasnya tenang namun tegas dan cukup serius.

“Tapi Encik Jie, laporan ada mengatakan…”

“Laporan tersebut hanyalah sekadar mahu menunjukkan betapa syarikat itu memerlukan perhatian orang ramai, bukan? Industry & Consultants Company sebenarnya hanya menggunakan media supaya dapat mendesak Encik Jie untuk pergi dari sini.

Rancangan syarikat untuk merobohkan kandang dan bangsal akan menjadi lebih mudah jika ada pihak yang menyokong dan bersimpati terhadap mereka yang kononnya cuba untuk memajukan negara. Tidak tahu bagaimana hendak memujuk dengan cara berbincang, syarikat tersebut menggunakan cara psikologi untuk menggunakan tanah ini sedangkan selama ini tidak ada pula syarikat-syarikat besar nak buat benda yang sama.”

Serentak dengan itu, kesemua wajah yang ada berpaling untuk menghadapku.

Chen yang berdiri di sebelahku sudah terkebil-kebil memandang. Tidak sedar mungkin akan kemunculanku dan penampilanku yang berhijab sedangkan semalam aku tidak mengenakan sebarang tudung pun di kepala. Jun Jie merenungku tidak percaya dengan dahinya yang ternyata sudah berkerut-kerut.

“What… what do you mean by that? You mean… mereka hanya mendesak kerana competition among themselves and not because of this land?”

Aku sedikit mengangguk. Ligat kepala memerah memori lama mengenai kes yang aku sendiri kaji. Kes lama.

“Sort of but soal tanah ni pun ada kena-mengena dengan penubuhan kawasan industri yang mereka maksudkan. Orang tak boleh nak tipu saya sebab saya sendiri yang tulis artikel ni dalam surat khabar dua tahun yang lepas. Sebelum saya bekerja dengan majalah Ekspresi, saya menulis artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang perniagaan dan saya serta seorang lagi kawan ditugaskan untuk mengupas isu ini.

Syarikat Industry & Consultants sendiri mengaku bahawa mereka sebenarnya kekurangan modal dan memerlukan wang untuk mengekalkan nama mereka. Disebabkan ketiadaan tanah untuk dibangunkan di kawasan Ulu Bernam dan juga Ipoh yang menjadi fokus utama, syarikat itu mengambil keputusan untuk memilih ladang ini. Tempatnya yang strategik dan berhampiran dengan lebuh raya pada mereka mampu mendatangkan keuntungan dan tarikan yang lebih baik.”

“Why tak bangunkan dekat kawasan bandar? Kenapa kena pilih ladang ni juga walhal mereka bukan pemilik tanah ni? Not fair!” Chen menyoal tidak puas hati.

Dua orang wartawan yang ada di hadapan kami terpinga-pinga, tidak tahu tentang kejadian sebenar yang terjadi. Jurukamera yang selesai dengan rakaman tadi turut mencampakkan pandangan ke arahku dengan renungan penuh berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang rancangan perindustrian tersebut.

“Pada waktu itu, tanah yang ada di kawasan pembandaran terlalu mahal untuk mereka bayar harganya dan kekurangan modal merupakan punca utama mereka memilih ladang ini. Memang biaya untuk meratakan permukaan ladang agak mahal tetapi fikirkanlah keuntungan yang bakal mereka dapat.

Lagipun, mereka mengambil kesempatan terhadap kandang ini sebab tempat ini masih belum terkenal dan dikenali umum. Hanya sedikit sahaja yang memesan lembu untuk dibeli. Kalau pilih ladang ternakan yang lain, bimbang pula ada pihak yang membantah dan mereka seboleh-bolehnya tak nak ada sesiapa yang melakukan protes.”

Merengus kuat Chen mendengar apa yang aku ketahui sepanjang aku ditugaskan untuk menguruskan hal tersebut. “They are just too much!” tempiknya.

“Huan Kiat,” tegur Jun Jie.

“Urgh, I had enough!”

Terus dia meninggalkan kami dengan amarah yang ditahan-tahannya agar tidak meletus. Rona di pipi itu tampak merah padam. Aku mencampakkan pandangan ke arah wartawan yang hadir.

“Saya harap awak tak sebarkan spelukasi palsu tentang tempat ini. Awak tentu tahu kan akibat menyebarkan fitnah? Dosa yang lebih besar daripada membunuh orang. Kalau membunuh itu awak kata kejam, maka menfitnah itu sebenarnya lebih kejam dan keji.”

“Err…”

Kelu mereka ingin menjawab. Barangkali tidak menduga lain pula yang jadi dengan kenyataan yang aku berikan. Entahlah! Aku cuma membantu Jun Jie untuk mempertahankan ladang ternakannya sahaja, tiada niat lain. Aku tidak rela jika mereka yang lebih berkuasa memijak kepala mereka yang berada di bawah dan ingin bangkit.

“Awak…”

Bergetar suara yang menyeruku. Pandangan teralih sepenuhnya untuk merenung wajah Jun Jie yang kelihatan lega dan penuh dengan rasa kesyukuran. Senyuman manis yang dipamerkan di hujung bibirnya membuatkan aku turut merasakan hal yang sama.

“Thanks, Ad. Really, thank you.”

Aku senyum. Sama-sama… hati menyahut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience