BAB 6

Romance Completed 14475

“All religions forbid their followers to fornicate.”

Straight forward bicaranya tanpa simpang-siur.

“Not all of them will try to obey it.”

“So why should you blame the religion itself when its own followers didn’t try their best to obey such simple orders?” balasnya kembali.

Aku terdiam lama. Buntu untuk menjawab apa kerana hujahku dengan senang dapat dia patahkan dengan ayat yang ringkas tetapi tetap padat dengan isi. Benar, sesuatu agama tidak boleh diletakkan kesalahan sekiranya pengikutnya sendiri yang melanggar arahan yang terbina.

Dalam sesuatu agama, sudah tentu ada yang mematuhinya dan ada juga pihak yang melanggar peraturannya. Terkena batang hidung sendiri! Pedas rasanya!

Lelaki itu mendapatkan kayu kecil yang ada di sebelahku lantas dicampakkan ke tengah-tengah bangsal. Tanah ditutup dengan lantai kayu namun di tengah-tengahnya dibiarkan kosong untuk menyalakan api.

Mungkin bangsal ini memang menjadi tempat teduhan sementara menunggu hujan reda sekiranya hujan lebat turun. Mancis dari atas kaunter kayu dicapai dan digeserkan hujung mancis ke permukaan kotaknya yang kesat. Usai menyalakan api, ditiupnya mancis yang berapi itu dan diletakkan ke tepi.

Dan aku sekadar menjadi pemerhati setia.

“Come here, it’s enough to make you warm,” ajaknya yang sedang meletakkan tangan berhampiran dengan api. Mendapatkan haba daripada baranya untuk mengurangkan kesejukan yang mencucuk-cucuk sekujur jasadnya.

Aku akur. Duduk aku labuhkan bertentangan dengannya. Lilitan tuala di kepala sedikit sebanyak membuatkan aku terasa dilindungi dan dipelihara. Turut aku melakukan perkara yang sama sepertinya, membiarkan haba terasa melalui sepasang tangan yang kuletakkan berhampiran dengan api yang kecil menyala.

Sesekali aku mencuri pandang ke arahnya yang tidak pernah memandang wajahku. Jikalau ada pun, tidak lama. Hanya sepintas lalu kerana kebetulan. Bibir tersenyum pahit seraya melepaskan keluhan.

“I’m sorry. Tentang tadi, Chen cakap awak bencikan reporters. Sorry sebab saya tak tahu pun tentang problem awak dengan syarikat yang hendakkan tanah awak,” luahku.

Diam. Kulihat dia menggigit bibirnya sebelum kayu di hadapannya dijolok dengan kayu yang lain sebelum turut dicampakkan untuk dimamah api.

Faham bahawa dia tidak sudi membalas, aku meliarkan pandangan untuk merenung kawasan sekeliling. Hujan masih lebat di luar sana, meningkatkan potensi untuk kami terperangkap di sini untuk satu jangka masa yang lama. Tuala di tubuh aku pegang bucunya agar tidak terlucut dari bahu.

Kelihatan barangan seperti but dan kasut-kasut lama disusun di rak. Penjuru bangsal pula diisikan ruangnya dengan sebuah bakul rotan untuk mengisi barangan yang lebih panjang seperti kayu-kayan mahupun besi. Parang dan kapak pula diletakkan di atas kaunter tanpa bekas untuk menyimpannya manakala di bawah sebuah meja usang, ada beberapa buah bekas untuk menyimpan lilin yang dinyalakan. Sedikit bersepah namun kukira agak tersusun juga aturannya, tidaklah sakit mata yang memandang.

“Awak lapar?”

“Kenapa tanya?”

“Kalau lapar, ada snacks. Dalam drawer.”

Aku menggeleng lemah. Tiada selera untuk menikmati makanan apatah lagi dalam situasi terdesak sebegini rupa. Hanya haba yang aku perlukan di saat ini agar tidak mati kesejukan pula di dalam bangsal kecil ini. Sesekali aku terbersin di hadapannya dan aku tertunduk menahan segan. Pastinya tingkahku menimbulkan ketidakselesaan di hatinya.

“You okay?” soalnya memohon kepastian.

“I’m all right. Just a little bit cold, that’s all.”

“You’re freezing. Hang on,” dia seperti sedang mencari-cari sesuatu sebelum mengeluarkan sesuatu yang tersembunyi di ceruk bangsal.

Sebuah benda yang bergulung diambil lalu dibuka zip yang ada padanya. Sleeping bag berwarna biru itu dia bentangkan di tepi dinding sebelum isyarat matanya memberitahuku untuk menggunakan sleeping bag tersebut. Dengan kudrat yang bersisa, aku tabahkan juga badan untuk bangkit dan menghampirinya dengan hidung yang barangkali sudah bertukar menjadi sedikit merah.

“Pakai cepat. Benda tu quite warm juga,” pesannya. Dingin sahaja intonasi suara yang diberikan tetapi aku tahu ada terselit kegusaran dan keperihatinan di situ.

Aku memandangnya. “Awak… macam mana?”

“Saya dah biasa,” gugup dia menjawab sebelum berdeham perlahan.

Memandangkan tahap gigil yang tubuh aku hasilkan sudah semakin menggila, aku turutkan juga apa yang diperkatakannya. Aku membungkuskan diri ke dalam sleeping bag itu ibarat caterpillar sesat sebelum dia turut membantu untuk menzipkan kembali di bahagian yang tidak dapat kucapai. Segan dengan bantuannya, aku cuma mengangguk bagi membuktikan bahawa aku sudah ‘cukup’ selesa dengan perkhidmatan 24/7 yang tersedia.

“It’s okay, saya dah rasa panas sikit dah ni.”

Dia menghembuskan nafas kelegaan sebelum mengucapkan, “Alhamdulillah.”

Terkejut bukan kepalang aku merenung anak matanya tidak berkejip. Tidak percaya bahawa bibir itu memuji Tuhan sedangkan dia berbangsa Cina. Air muka lelaki itu turut sama berubah pucat sebelum menggaru-garu kepala yang tidak gatal dengan jari.

“Err… sorry. Saya selalu guna perkataan tu bila dengan Huan Kiat. He always teases me with the same word so saya macam terpengaruh juga nak gunakannya setiap masa.”

Chen?

“You… you should rest.”

Lambat-lambat aku mengangguk sebelum memusingkan tubuh untuk membelakanginya. Minda berputar ligat bagi mencernakan maklumat dan informasi yang baru sahaja diterima dek otak.

Jadi, ini bermakna Chen sebenarnya beragama Islam dan barangkali seorang mualaf di dalam agamaku? Mengapa aku terlalu naif untuk tidak mengetahuinya? Jikalau lelaki ini tidak membocorkan rahsia, mungkin aku selama-lamanya tidak akan pernah tahu.

“Apa nama awak?” soalan itu aku ajukan perlahan dan aku rasa cukup kuat untuk didengari olehnya.

Jeda sejenak.

“No need to know.”

Hish, kedekut sungguh! Aku hendak bertanyakan nama pun, tidak akanlah sudah salah di sisi undang-undang? Bukannya aku nak guna nama dia dalam kad pengenalan aku tu pun!

Bibir aku cebikkan dalam diam sebelum kelopak mata yang terbuka cepat-cepat aku rapatkan. Menadah telinga dan merelakan bunyi titisan hujan bertukar menjadi melodi dan halwa telinga sebagai peneman untukku terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience