BAB 12

Romance Completed 14475

Jemari secara tidak sengaja menyentuh telekung dan sejadah yang diminta oleh Jun Jie daripada pekerja hotel memandangkan aku yang malas hendak meminta. Aku bawa telekung ke dalam dakapan sebelum menghamburkan tangisanku di situ juga tanpa bertangguh.

Rahadatul ‘Aisy…
Lihatlah sendiri.
Dengarlah sendiri.
Fikirlah sendiri.

Orang yang bukan seagama denganmu yang mengingatkanmu tentang kewujudan dan keesaan Tuhan sedangkan dirimu yang lahir dengan agama Islam tegar melupakan. Lelaki yang dikenal kurang dari masa sehari mampu membawa ingatanmu terhadap Ilahi sedangkan dia hadir cuma sekali.

Ke mana hilangnya iman?
Ke mana perginya taqwa?
Ke mana letaknya akidah?
Aku memandang pakaianku sendiri sambil memegang bahagian leher yang terdedah. Semakin lebat gugusan air mata bercucuran tumpah demi membasahi lekuk-lekuk di pipi sendiri. Rambut yang terjuntai di telinga aku pegang dengan esakan yang terbit dari bibir.

Sudah kutahu aurat itu wajib ditutup namun mengapa aku yang berpura-pura buta sedangkan seruanNya sudah lama sampai untuk wanita? Sudah aku diajar dengan ilmu-ilmu agama dan sifat sopan santun namun budaya Barat juga yang aku terima.

Sudah aku dididik untuk menjaga diri dan maruah daripada lelaki ajnabi namun jika berpakaian pun sudah mencolok mata yang memandang, masih adakah aset berharga yang mampu aku persembahkan buat bakal suami?

Kepala masih terasa seakan-akan ada tuala yang Jun Jie letakkan sebagai alas untuk menutupinya. Terasa aku dilindungi biarpun lilitannya bukanlah secantik mana.

Dendangan Chandelier daripada Sia mematikan lamunanku. Telefon bimbit yang berdering minta diangkat terus aku capai dari atas katil sebelum aku lekapkan ke telinga. Terlupa untuk mengotakan janji aku kepada Chen sekiranya aku menjumpai hotel untuk tidur pada malam ini. “Chen, I’m sorry. I lupa nak call you tadi sebab sibuk.”

“It’s okay, angel. Dapat book hotel tak?”

“Dah, baru aje check in tadi.”

“Oh, thank goodness. I baru ingat nak tolong you tadi.”

“Thanks, but no thanks.”

Suasana menjadi sepi untuk seketika. Aku boleh membayangkan wajah Chen yang semakin menghampiri wajahku pagi tadi dan aku terasa mahu menangis semula mengenangkan perbuatanku. Langsung aku tak tahu menjaga maruah!

Mungkin pada mulanya aku berasa bahagia dengan renungan redupnya namun kali ini semua kenangan semanis kurma itu aku fikir hanyalah parasit yang memusnahkan kehidupanku semata-mata. Enggan aku menjadi perempuan murah hanya kerana mahu menggapai cinta yang tidak akan bersatu.

Jika hari ini kami bercinta, esok berpisah jua.

Jika hari ini kami meluah rasa, esok akan ternoktah akhirnya.

Jika hari ini suka sama suka, esok belum tentu masih sama.

“Angel! Angel, are you crying?”

Soalan yang berbaur risau daripada Chen membuatkan aku terus mematikan talian dan menekup wajahku dengan tangan. Semakin aku cuba untuk berhenti menangis, semakin meronta-ronta jiwaku merintih. Aku tak pernah rasa sehina ini.

Aku tak pernah rasa semurah ini dengan lelaki apatah lagi aku mencintai lelaki yang aku kenal tak sampai sehari. Cinta yang berpaksikan renungan mata yang mendorong kepada zina. Cinta yang berlandaskan rupa sedangkan agama yang sepatutnya menjadi pilihan. Cinta yang berpasakkan nafsu walhal iman dan taqwa sepatutnya menjadi keutamaan.

Ini bukan cinta pandang pertama, tetapi cinta membawa murkaNya!

Bisakah kemanisan cinta itu dicapai andai segala-galanya sudah terluah sebelum berkahwin? Bolehkah rumah tangga bahagia dengan kata-kata lembut sedangkan semua sudah digunakan sebelum lafaz akad nikah dilafazkan? Akankah cinta itu berkekalan atau bakal ternoktah dengan kekesalan?

Telefon bimbit menjerit lagi. Lagi dan lagi.

Sudah aku tahu siapa yang menghubungiku namun aku mahu bersendirian tanpa diganggu oleh sesiapa. Nama Chen Huan Kiat ingin aku padamkan daripada hati dan kotak memori. Mungkin kami tidak akan bertemu lagi jadi sebelum aku semakin terluka dengan kenangan ini, adalah lebih baik untuk aku mendidik jiwa agar dapat melupai. Alat kawalan jauh aku capai sebelum aku membuka televisyen. Ingin melihat kalau-kalau ada siaran yang menarik untuk aku tonton.

Fateh Seferagic sedang mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Tidak aku tahu siaran apa namun aku kaku untuk mendengar alunan yang sudah lama tidak menjengah telinga. Surah Ar-Rahman yang dibacanya langsung tidak dapat untuk aku fahami maksudnya namun suaranya yang lembut dan mendayu-dayu mendorong aku untuk kekal dengan siaran tersebut.

Begitu cantik makhrajnya. Begitu indah sebutannya. Begitu lembut alunannya. Begitu bagus bacaannya sedangkan aku hanyalah sebaliknya. Vice versa.

Mengaji pun belum khatam.

Mengenal jawi pun ada kalanya main hentam.

Fabiayyi ala irobbikuma tukazziban…

Aku perasan ayat ringkas itu sering kali diulang-ulang dek Fateh Seferagic. Damai terasa hati bersulamkan jentikan sayu. Aku membaca terjemahan yang tertulis di bawah sebelum menunggu sahaja untuk ayat yang sama kelihatan. Sepotong ayat yang aku rasa sangat istimewa dan seakan-akan membantu aku untuk mencapai ketenangan yang tidak pernah aku capai sebelum ini.

(Then which of the favours of your Lord would you deny?)

It was repeated for 31 times in Surah Ar-Rahman, showing us how He loves his servants although they didn’t try to love him back. Letting us to know about His power and His gifts for us by serving beautiful natures, the various types of animals and microorganisms, which couldn’t be found to the hilt, the uniqueness of how elements, compounds and mixtures were formed, the charahcteristics of flowers and animals that are very different from others, the lines of our fingerprints that could help us to detect bad assassins or even the identity of a person.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience