BAB 4

Romance Completed 14475

“Rahadatul ‘Aisy from Ekspresi magazine and I’m here to interview you,” jawabku tergagap-gagap sedangkan tidak ada apa-apa yang perlu aku takutkan.

Riak wajah yang dilakarnya ternyata berubah. “Islam?”

“Proud to say… I am.”

“You didn’t act like one,” pedas sindirannya.

“Excuse me?!”

“If you’re so proud to be a Muslim, you didn’t act like you are an Islam. I thought Islam is a religion where the girls should cover their bodies perfectly. But I guess my perception changed when seeing you with this type of outfit,” balasnya lagi sebelum mencampakkan renungannya untuk memandang anak lembu di tangan.

Langsung tidak mengendahkan kehadiran aku untuk menemu ramahnya. “I don’t like any interview sessions. Sometimes it is good to be nothing than being popular with everything,” tegasnya dingin.

Aku merengus. Geram! “I’m here for work.”

“So do it.”

“But it involves you.”

“So forget about it,” keras ucapannya sebelum berlalu pergi ke sebuah bangsal kecil, tempat di mana barang-barang seperti kapak, parang, tali dan alatan lain disimpan.

Kasar sahaja aku yang bengang dengannya melepaskan keluhan sebelum berkira-kira untuk mencampakkan sahaja buku nota di tangan. Tercabar rasanya ego di jiwa. Kiranya, aku sudah cukup baik kerana mampu bersabar dengan kerenahnya yang panas baran.

Ikutkan hatiku yang membara, sudah lama aku meninggalkan tempat ini dan membatalkan sesi temu ramah yang perlu aku jalankan. Tetapi aku enggan mengecewakan Encik Firash yang sabar menanti laporan daripadaku.

Peluang hanya datang sekali. Sekiranya laporan sempat aku siapkan, majalah Ekspresi bakal mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pembaca sendiri dan itulah perkara yang penting bagi kami.

Bahuku terasa disentuh dari belakang. Sentuhan hangat yang sedikit sebanyak menenangkan jiwaku yang kacau-bilau dengan perangai pelik lelaki tadi. Chen yang tampak risau denganku membuatkan ketenangan mulai meresap masuk untuk memadamkan api kemarahan yang menjulang tinggi menelan abu.

“Are you okay, Ad?” prihatin dia menyoal.

Lemah aku menggelengkan kepalaku. Sempat aku menjeling ke arah susuk tubuh yang baru sahaja keluar dengan tali yang disangkut ke bahunya. Geram di hati masih bersisa namun aku sabarkan sahaja agar tiada peperangan bakal tercetus. Aku perlu bersikap professional ketika melaksanakan tugasanku. “Guess so tapi lelaki tu peliklah. I just tanya nak interview dia tapi dia marahkan I. Dia cakap dia tak nak sesi temu ramah dijalankan and then he left me! Geramlah I!”

Chen mengeluh berat.

“I’m sorry for everything. Dia memang macam tu sejak ada wartawan yang cakap tempat kami ni tempat haram dan menyusahkan industri to build buildings.”

“Apa maksud awak?”

“It happened two years ago but I already forgot about it sebab I bukan di sini. Masa tu kami ke Kuala Lumpur, jumpa customer yang nak order lembu dan kambing. He was here, alone. By that time, satu reporter ni datang nak interview dia so he agreed.

Everything went smoothly until reporter tu cakap yang kandang yang kami bina tak dapat kelulusan. Industri pembangunan at first mahu dijalankan di sini but it was cancelled so when they wanted to continue that industry, they simply asked him to move. And of course, he was really mad at the reporter.

This is our land for decades of years and the company asked us to pack our things and forget everything easily? No! He made a report and tried his own best to defend this land, all by himself. He loves this place so much, Ad.

Nasib baik syarikat tu akhirnya mengalah dan tak ambil tanah ni semula. So from that day, he doesn’t like reporters and he becomes stricter than a dicispline teacher. Dia baik tapi… he was too lazy to show it to people. Well, sad to say… I miss the old him.”

Bisu sahaja mulutku daripada terkuak untuk bertutur kata. Tidak sangka pula impak yang ditanggung dek lelaki itu sebenarnya amat besar. Patutlah wajahnya seperti benci sahaja melihat aku usai aku memperkenalkan diriku daripada pihak majalah. “I’m so sorry, I tak bermaksud nak sakitkan dia…”

Tergeleng-geleng kepala Chen menafikan sebelum dia mampu tersenyum. Cumanya aku dapat menghidu kekelatan senyum yang dia cuba sembunyikan. Tidak seikhlas yang pernah dia pamerkan. “I’ll talk to him later.”

Aku merenungnya. “Tapi I tak nak susahkan you.”

“Anything for you, angel.”

Gamam. Seakan-akan ada gam kuat yang menutup rapat mulut ini. Dengan renungan tidak percaya aku membalas pandangannya yang bisa memukau aku dalam diam. Biarpun tanpa sebutir bicara, aku tahu rentak jantung kami barangkali sama kencang degupan yang terhasil.

Deruan nafasnya yang menyapu muka semakin meresahkan jiwa wanitaku. Seraut wajahnya sudah tidak mampu untuk aku padamkan daripada membelenggu ingatan. Hanya dia yang aku fikirkan. Hanya dia yang aku terbayangkan tanpa ada orang lain yang mengganggu.

Hatiku beralun mesra, bahagia rasa.

Jatuh cintakah aku kepadanya?

“Ehem! Ehemmmm!!!”

Hampir sahaja aku melatah kerana tiba-tiba sahaja disergah dek dehaman kasar itu. Tiada salam, tiada huluran maaf, terus sergah orang! Mahu tak tergolek jantung dan organ lain? Sungguh, aku tidak sedar sejak bila jarak wajah antara aku dan Chen semakin hampir.

Cepat-cepat aku menarik semula wajahku sebelum melontarkan panahan mata terhadap lelaki itu yang kukira sengaja berdeham sebegitu. Tegang sahaja urat di mukanya tanpa seulas senyuman yang hendak dihadiahkan kepada aku sebagai tetamu. Cukup untuk memberitahu bahawa dia langsung tidak menyukai aku. Sentap weih!

“Ni hao,” seloroh Chen.

Dia senyum terpaksa sebelum menyambung tugasannya semula.

Namun, aku tahu dalam senyap dia memberikan amaran agar kami tidak lagi berposisi sebegitu. Lantas aku mengambil peluang yang ada untuk meminta diri sebentar, menghilangkan gemuruh di dada yang rancak mengalunkan rentak. Irama yang membuatkan bibir ini tersenyum seorang diri bagaikan pesakit mental yang terlepas dari wad Tanjung Rambutan.

Chen Huan Kiat…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience