BAB 20

Romance Completed 14475

“Arwah Aqil tu lebih kurang macam kenalan babah dan sejak dulu lagi dia memang sukakan seorang perempuan Cina ni. Tapi babah taklah rapat sangat dengan dia. Jennifer Tan Wei Meng tak silap babah nama perempuan tu, manis aje orangnya. Jennifer ni pun sukakan dia jadi Aqil buat keputusan nak kahwin dengan dia bila dah cukup duit.

Lepas mereka berkahwin, Aqil gunakan tanah dekat Perak tu untuk bina kandang kecil sebab dia minat menternak. Jennifer ni pulak sukakan haiwan jadi makin dia sokonglah usaha Aqil untuk dirikan kawasan kosong tu. Daripada tak berpenghuni lebih baik dia dirikan kandang.”

“Tapi masalahnya, bila kahwin macam ni Jennifer terpaksa masuk Islam. Dia masuk Islam pun bukan sebab dia sukakan Islam tapi sebab nak kahwin dengan Aqil. Bila iman tak kukuh, dah kahwin dan bergaduh sikit-sikit pasal Aqil yang suruh dia pakai tudung, Jennifer melenting. Dia nak pakai apa pun mestilah Aqil tegur sebab Aqil tu suami dia.

Alih-alih semasa mengandungkan Muhammad, Jennifer keluar dari Islam. Lahir aje Muhammad, mereka dah bergaduh untuk tentukan agama Muhammad. Sama ada Islam atau tidak. Aqil bertegas, Jennifer pulak langsung tak mahu kalah. Masing-masing berebut.”

“Akhirnya, Jennifer buat keputusan supaya mereka lahirkan satu lagi anak. Jadi memandangkan ada dua orang anak, salah satu akan masuk Islam dan yang lagi satu ikut Jennifer. Nama asal Muhammad sebenarnya Muhammad Zabaniyah tapi Jennifer panggil Chen Jun Jie di rumah. Untuk adik dia, babah tak ingat tapi nama dia memang mereka panggil Chen Huan Kiat. Aqil tu mualaf juga, nama asalnya Chen Wen Hong. Tengok?

Susah kalau lain-lain agama kahwin apatah lagi kalau pasangan masuk Islam bukan kerana Allah Taala. Bila taqwa dan akidah melayang entah ke mana, terus nak murtad. Yang jadi mangsa anak-anak. Adik Jun Jie pun sebenarnya memang nak ikutkan Jennifer sebab dia pun tak terima Islam. Sekarang ni tak tahulah macam mana keadaannya.”

Fin.

End of a tragic story.

Babah as my storyteller.

Aku terasa sungguh kasihan dengan Jun Jie. Mempunyai sebuah keluarga yang berlainan agama bukannya sesuatu benda yang boleh dia banggakan. Semua itu tentu menyakiti hatinya.

Patutlah dia jenis yang suka menyendiri dan membuat kerja seorang diri, barangkali peristiwa silam mendidik dia untuk tidak jatuh cinta kepada mana-mana wanita. Barangkali dia khuatir dia akan mengikut jejak langkah ibu bapanya. Dinginnya seorang Jun Jie menyembunyikan sebuah memori pahit yang dia sendiri tidak ingin kenang sampai bila-bila.

Tidak aku tahu dia mempunyai sebuah nama yang indah diberikan oleh ayahnya. Muhammad Zabaniyah. Kerana keakraban hubungan mereka, ayahnya menyerahkan tanggungjawab untuk menguruskan ladang ternakan kepadanya yang masih mentah. Selok-belok penternakan diajarkan. Mungkin kerana itulah Jun Jie memang bertegas untuk mempertahankan tanah tersebut daripada syarikat yang menginginkannya. Hanya itulah satu-satunya memori terindah daripada ibu bapanya sebelum mereka pergi untuk selama-lamanya.

I hear and I forget.

I see and I remember.

I do and I understand.

:[Confucius]:

Ingin aku melakar pelangi usai hujan lebat membasahi dunianya. Semua orang layak mendapat peluang untuk mengecapi kebahagiaan. Bukan memori pahit yang menjadi ukuran sama ada seseorang itu layak untuk gembira atau tidak.

Sesungguhnya aku pernah hanyut dengan dunia. Dunia yang aku sangka syurga sedangkan ada Jannah Allah yang menanti aku di akhirat sana. Jun Jie telah membantu aku untuk kembali ke paksi yang sebenar dengan tegurannya biarpun sinis dan penuh dengan sindiran.

Dan kali ini, biarlah aku menjadi berus lukisan. Berus yang bakal menconteng warna-warni bahagia di atas sebuah kertas yang mempunyai lakaran hitam di satu sudut.

Tidak mengapa.

Lakaran itu tetap seni.

Dan aku sebagai penyeri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience