BAB 16

Romance Completed 14475

Dapat aku lihat jemarinya yang ingin mencuit hidung milikku tanpa rasa segan silu namun aku terlebih dahulu mengelak, rimas dengan tindakannya. Tak akan aku menjadi semurah itu untuk disentuh olehnya.

Bukankah Chen juga beragama Islam seperti yang aku dapat konklusikan biarpun dia tidak memberitahuku apa-apa mengenainya? Jadi mengapa harus berbuat begini sedangkan ajaran agama sudah sepatutnya dia ketahui? Perlukah aku bina sebuah kelas untuk mengingatkannya tentang itu?

Bunyi rumput yang dipijak membuatkan aku tersedar dari lamunan. Kupandang susuk tubuh lelaki itu yang semakin menjauhi dan menuju ke bangsal. Langsung tidak mengendahkan aku dan Chen.

“Jun Jie!”

Meloloskan diri daripada berada bersama-sama dengan Chen, aku terus mengejar Jun Jie yang memasuki bangsal kecil di tengah padang ragut. Baldi kosong yang dibawa bersama dia letakkan agak kasar ke atas lantai kayu. Kemeja kotak-kotak di tubuhnya dia tanggalkan sebelum digantikan dengan kemeja putih tanpa sebarang corak. Topi jerami dia pakai lalu talinya dibiarkan menyapa wajah yang mulai terlihatkan renik peluh.

“Jun Jie…”

Bahunya kelihatan terangkat sedikit, seperti tersentak dengan teguranku. Tubuhnya yang membelakangi langsung tidak berganjak apatah lagi berpusing agar kami dapat berdiri bertentangan.

Aku menyusun kata, enggan membiarkan jeda yang tercipta melarikan dia lagi daripada perbualan. “Saya dah nak balik. Kalau lambat bertolak, nanti sesak pulak jalan tu waktu orang lain lunch time.”

“Okey.” Dingin nada, sedingin waktu kali pertama kami bertemu.

“Jun Jie, sebenarnya…”

“If you don’t mind, saya nak sambung kerja ni.”

Tertunduk aku menekur rumput. Bibir meletuskan tawa hambar sebelum aku mengetuk sedikit kepala yang tidak bersambung fiusnya. Kutahan-tahan air mata supaya tak gugur kerana aku tidak mahu menampakkan bahawa aku seorang perempuan lemah yang hanya tahu menangis. Biarlah detik-detik terakhir aku melakar kenangan di sini manis-manis belaka tanpa hadirnya air mata yang tidak aku undang.

“Sure! Sure, I’m… sorry sebab ganggu awak. Saya pun datang just nak inform awak. Thank you untuk semua kerjasama dan jasa awak untuk saya muatkan semua tu dalam majalah. Awak banyak sangat tolong saya. Nanti kalau edisi tu dah keluar, saya bagitahu awaklah, ya? Bolehlah awak simpan ke, awak baca ke, atau pun awak boleh buat sebagai kenangan!”

“You don’t need to,” tegas suaranya sebelum menyarungkan but ke kaki dan mencapai baldi yang dibalingnya tadi. Terlalu pantas dia melarikan diri hinggakan aku tidak mampu untuk mengejar dan berjalan seiringan dengannya.

Basah terasa wajah.

Rahadatul ‘Aisy menangis lagi.

Pipi yang sedikit lembap dengan air mata yang entah mengapa terlalu degil untuk berjuraian aku seka lembut. Ucapan yang aku pendamkan masih tidak mampu untuk aku luahkan. Dia lebih selesa untuk menjauh dan menjauh daripada diriku.

Chen yang memerhati dari jauh tidak aku pedulikan lagi. Bunga raya yang diselitkan ke selendang aku tarik sebelum aku letakkan ke atas kerusi kayu di sebelah pintu bangsal.

Terima kasih kerana mengingatkan aku kepada Tuhan biarpun kita bukannya sebudaya dan berkongsi agama dan bangsa yang sama, Jun Jie. Terima kasih kerana sudi menegur aku biarpun teguranmu sungguh sinis dan menusuk ke kalbuku.

Terima kasih di atas keprihatinan dan sifat kepimpinan yang engkau tunjukkan. Terima kasih kerana melindungi aku yang takutkan petir dan kilat dan untuk tidak mengapa-apakan sedangkan kau boleh pada waktu aku menjadi selemah itu, terima kasih.

Mungkin kau akan bosan dengan ucapan terima kasihku ini.

Hinggakan boleh menjadi dendangan untuk kau tidur.

Anggaplah ini kali terakhir untuk kita bertemu. Barangkali tiada peluang kedua untuk dua insan ini bersua muka semula biarpun orang selalu kata bumi ini terlalu kecil untuk tidak berjumpa akhirnya.

Allah menemukan diri ini denganmu sebagai peringatan bagi menjentik sinar kesedaran agar mengingati Tuhan. Dan aku patut bersyukur untuk itu. Kalau bukan kerana teguranmu, barangkali aku masih hanyut dengan dosa yang membelenggu.

Terima kasih…

Sungguh, terima kasih…

Semalam kudatang dengan harapan.

Hari ini aku pulang dengan kejayaan.

Moga esok kita bahagia dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience