BAB 15

Romance Completed 14475

“So macam mana dengan pelanggan yang datang untuk beli lembu dan kambing encik?”

“Well, we just have some regular cutomers but it’s okay sebab semakin lama semakin ramai yang tahu tentang kami. Recently, kami ada hantar satu lori lembut ke kawasan Tanjung Malim bagi mereka yang ada pesan. Untuk bab-bab promote tempat ni, saya serahkan kepada Huan Kiat sebab dia lebih arif.”

“I see… jadi boleh encik kongsikan bagaimana encik berusaha untuk menternak sedangkan kerja ni dipandang remeh dan hina di mata masyarakat? Tak ramai yang sukakan pekerjaan ni sebab mereka kata benda ni kotor dan sia-sia.”

“Actually, menternak memang menjadi bidang yang saya salute sebab my late father pun seorang penternak. So, memang saya nak ikut jejak langkah dia untuk menjaga ladang ternak ni. Masa mula-mula ayah saya bina tempat ni, ternakannya tak banyak macam sekarang.

Kami breed lembu-lembu tu supaya membiak dan hasil tenusu yang kami dapat kami akan jual kepada mereka yang nak fresh milk. Kami tak guna pewarna atau campuran apa-apa cecair lain. Kami cuma kenalkan ladang ni kepada kawan-kawan tapi tak ramai yang tahu.”

Aku mengangguk beberapa kali, mencatat semuanya di dalam buku nota di tangan. Nampaknya sesi temu ramah bakal berakhir dan aku akan pulang ke Kuala Lumpur semula, meninggalkan tempat ini dan semestinya meninggalkan mereka yang ada di sini.

“Thanks for the cooperation, Mister Jun Jie.”

Kami sama-sama bangun dan aku sekadar menundukkan wajah tanpa menghormatinya. Ingin menghulurkan tangan, aku terasa bersalah pula kerana aku tahu dia tidak akan pernah menyambut huluranku. Lagipun, aku tidak mahu lagi menambah bebanan dosa yang wujud di bahu. Cukup-cukuplah aku mengumpul noda selama ini dan aku mahu mengusir semuanya.

Jun Jie turut mengangguk. “You’re welcome.”

“So… my work is done,” gumamku.

“Are you going to leave… now?” soalnya meminta kepastian sebelum membetulkan kedudukan baju di tubuhnya.

Rela dalam terpaksa aku mengangguk sebelum memalingkan wajah ke tempat lain, enggan bertembung pandangan dengannya. Degup jantung entah bila menjadi bertambah kencang tatkala teringatkan dia yang menanggalkan bajunya di bangsal semalam. Cepat-cepat aku beristighfar dan membuang bayangan itu daripada terus membelenggu kepalaku.

“I need to, nanti nak kena buat report pasal semua ni and it takes time. Saya tak nak tangguhkan kerja saya. Terima kasihlah sebab sudi tunjuk ajar, beri kerjasama dan… dan… dan…”

Panas wajahku kini apabila memikirkan pertolongan yang dia hulurkan walaupun sikap dinginnya tidak berkurangan. Jikalau bukan kerana dia, mati kesejukanlah aku di dalam bangsal itu jawabnya! Jikalau bukan kerana dia, entah aku tidur entah tidak semalam kerana susah hendak mencari hotel pada waktu malam.

“Dan… what?” tanyanya.

Baru sahaja ingin aku membuka mulut, namaku tiba-tiba sahaja diseru oleh Chen. Dengan cara yang baik, aku meminta diri untuk mendekatinya dan Jun Jie hanya bersetuju lalu berlalu pergi. Segera aku berjalan menuju ke arahnya yang sedang menyembunyikan sesuatu di belakang tubuhnya.

Nakal sahaja hati ini memaksa aku untuk mengintai namun aku takut rumah tebuan pula yang dia sorokkan. Tak pasal-pasal aku kena sengat macam belon, nanti mengembang macam hero di dalam cerita Big Hero 6 di pawagam itulah!

Sengih. Chen melambai-lambaikan tangannya sebelum berdeham beberapa kali. Membetulkan kedudukan suara di tangga solfa Do Re Mi agaknya.

“Ada apa you nak jumpa I ni?”

“I need to tell you something. Urgent.”

Huh? Luahkan apa pula dia ini? Masalah kejatuhan ekonomi setempatkah benda yang penting untuk diberitahunya? Tergeleng-geleng aku, menganggap bahawa apa yang cuba dilakukan ini tidak lawak jika dia ingin bergurau.

“Chen…”

“Angel, I love you,” sekuntum bunga raya yang dipetiknya entah dari pohon mana dihulurkan ke arahku, membuatkan aku tergamam tanpa suara.

Kerongkongku terasa perit semacam apabila dia seakan-akan menungguku untuk menyatakan hal yang sama. Bukan masalah bunga yang aku fikirkan, namun cara apa yang perlu aku laksanakan untuk Chen memahami bahawa tidak boleh untuk aku terima pemberiannya kali ini.

“Chen, I tak boleh terima ni…”

Chen tetap tersenyum manis.

“I tak nak jawapan you tu sekarang, angel. I prefer you to think first. I cuma nak cakap yang I mula sukakan you sejak you datang ke sini dan I tak pernah rasa this kind of feeling dengan perempuan lain. It sounds crazy but I’m pretty serious with myself. I harap you fikirkan baik-baik, angel. I beg you.”

“I… I tak…”

“We can still communicate, even though life tears us apart. We can still meet if that’s what you mentioned in your heart. Love never says sorry,” ujarnya lembut sebelum setia menghulurkan bunga itu kepada aku yang kaku di hadapannya.

Melihat aku yang tidak menerima kuntuman tersebut, Chen ketawa perlahan sebelum menyelitkannya di lapisan selendang yang terdapat di tepi kepalaku. Kelopaknya dicantikkan dan diperbetulkan bentuknya agar tampak cantik di matanya sebelum matanya tepat menikam anak mata milikku.

“Have you ever thought how my heartbeat was when those angel’s eyes were looking at me innocently, with those flawless cheeks blushed in scarlet?”

Aku mulai resah dengan ucapan demi ucapan yang dizahirkan, berharap agar aku memahami apa yang sedang dia sampaikan. Tidak berasa selesa dengan pengamatannya terhadap wajahku. “Chen Huan Kiat, wake up.

We only met since yesterday and I will move on with my life and yes, we couldn’t be together. I have my job and you have yours. Realiti tak akan jadi seindah yang you sangkakan. I tak nak buat you menaruh harapan dengan I sebab I maybe tak akan beri you jawapan macam yang you nak.”

“I’m very talented at waiting, actually.”

Sukar.

Aku bukannya Miss Heartbreaker yang senang-senang mematahkan hati orang tetapi kali ini aku tahu aku perlu tegas dengan pendirianku. Bicaranya langsung tidak mampu mencairkan hatiku lagi kerana dosa semalam. Kepala ligat berputar untuk merelakan imaginasi dan memori culang-caling terpugau.

Sudah berapa dosa yang aku kumpulkan semalam, membalas renungannya, mengaku bahawa aku bahagia dengan jarak antara kami yang rapat? Sudah berapa banyak salahku kerana tidak menutup aurat, memakai legging yang ketat? Sudah berapa banyak kali syaitan bertepuk tangan serta bersorak tatkala terlihatkan iman dan hatiku yang terlalu mendambakan perhatian manusia?

Ya Allah…
Semalam biarlah menjadi semalam.
Biarkan hari ini berubah menjadi lebih baik.
Cukuplah dengan dosa yang sengaja.
Cukuplah dengan hati yang bahagia.
Bukan untuk yang halal, apa guna?

“Ad, saya nak cakap yang…”

Terus aku dan Chen sama-sama menoleh ke arah Jun Jie yang muncul dengan beberapa baldi kosong yang dibawa untuk ke kandang lembu.

Mukanya menunjukkan perubahan emosi yang nyata. Ingin aku mempertahankan diriku dan mengatakan bahawa semua ini hanyalah mainan dan bukannya seserius mana namun tindakan Chen yang tiba-tiba memaut lenganku memeranjatkan jantung yang bekerja laju. Jun Jie mempamerkan wajah yang selamba namun aku tahu wujud perasaan lain di dalam atmanya.

“What are you guys doing?” soalnya.

“I’m confessing!” bangga Chen menjawab.

“It’s not a confession, really. Nothing serious. It’s nothing, Jun Jie. We just had a talk together, that’s all. This flower dekat kepala saya tak ada apa-apa meaning pun!”

“My angel is blushing again. How cute,” romantik Chen berbisik ke telingaku sebelum meleraikan pautannya pada lenganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience