BAB 19

Romance Completed 14475

Cintaku terhadapnya sudah tiga tahun layu dimamah masa. Cinta pandang pertama yang mendatangkan dosa aku fikir wajar untuk aku tolak demi kepentingan aku untuk terus mencari cintaNya.

Si pemanggil di corong telefon turut melakukan benda yang sama. Seketika kemudian, aku terdengar ledakan tawa hambar daripada bibirnya apabila aku terus menyepi.

“I tahu. I tahu you mesti akan cakap yang you tak boleh terima I.”

“You dah tahu tapi kenapa masih nak tanya?”

“I cuma nak peluang terakhir untuk dengar suara you, untuk fikir yang you masih belum jadi milik sesiapa, untuk I pujuk hati I supaya lepaskan you for someone who is way much better than Chen Huat Kiat.”

Huh? Sungguh aku kurang mengerti.

“Chen, apa you cakapkan ni?”

Chen ketawa lagi. Penuh dengan nada kepura-puraan kerana aku tahu pasti hatinya sakit untuk meluahkan.

“You can’t deny your own feelings, Ad. I tahu apa rasanya kalau kita cinta orang tu but that fellow tak pernah pun menyedari kehadiran kita. Dan that fellow yang kita suka tu sebenarnya sukakan orang lain. I faham apa yang you tengah rasa. You tahu tapi you sendiri tak nak mengaku.”

Tegukan air liur di kerongkongku semakin aktif berfungsi. Hatiku berdebar-debar menanti bicaranya yang seterusnya, bagaikan dia mampu membaca kata hati yang aku sendiri ingin menafi.

“You cintakan Jun Jie, kan?”

Glup. “Chen, I…”

“Tak apalah, I tak akan sesekali beritahu benda tu dekat dia sebab I pun tahu mesti dia share perasaan yang sama macam you, Ad. I tahu walaupun dia nampak macam harimau, tapi dalam hati dia… I tahu mesti ada nama you.”

“Chen, please stop. Jangan cakap apa-apa lagi tentang benda ni,” rayuku apabila tangisanku semakin kedengaran. Enggan untuk aku menangis di hadapan lelaki kerana aku tidak mahu digelarkan sebagai perempuan lemah.

“My angel is crying because I’m telling you the truth, kan? Tiga tahun I tunggu you tapi at the same time I tahu dia pun sama menunggu. I tahu dia sebenarnya sukakan you tapi I still nak beritahu you tentang perasaan I.

Mula-mula I ingatkan Jun Jie sakit atau tak sihat tapi percaya atau tidak, untuk tiga tahun dia tunggu you. Bila I tanya, dia elak. I nampak dalam mata dia sendiri, Ad! I nampak yang dia rindukan you tapi I cakap dengan diri I yang he just missed you, tak ada niat lain.”

“Chen, stop…”

Helaan nafasnya kedengaran lemah, mencucuk-cucuk hatiku kerana tegar melukakan insan sebaiknya. Namun aku sudah berkali-kali memberitahu bahawa aku tidak boleh menerima namanya lagi sejak pertemuan pertama kami. Dia yang membuat keputusan untuk menunggu jawapan positif sedangkan aku tidak pernah pun memberikan balasan seperti yang dia mahukan.

“Ad, jujur dengan I. Do you love him?”

Kedu.

“Ad, tell me! Do you love Jun Jie?”

Aku tertunduk lama.

“Tell me? Be honest, Ad. Do you? Do you?”

“Chen… Chen, cukuplah tu!”

“I won’t stop until you admit it, Ad! Do you?!”

“Yes, I do love him!”

Akhirnya aku mengaku juga tentang bicara sekeping hati yang memendam rasa. Tiga tahun aku hidup dibelenggu wajah yang sama dan tiga tahun aku berdoa agar aku dapat melupakan dia. Air mata tumpah lagi.

Aku biarkannya tidak berseka dan aku hamburkan tangisan yang didengari olehnya. Aku tak pernah rasa sesakit ini dalam menunggu. Aku tak pernah rasa selemah ini sedangkan aku mampu untuk kuat di hari kematian arwah mama.

Chen di hujung talian senyap. Mendengar rintihanku, tangisanku…

“Angel… I hope you’ll be happy with him. I know he will make you happy and guide you. I know him well enough. I tahu you mesti boleh bahagiakan abang I. I akan anggap kita macam kawan kalau itu yang akan buat you gembira,” nada suaranya bergetar dan aku terdengar esakan halus yang terpacul dari bibirnya.

Wajah aku dongakkan. Terkejut dengan ujarannya yang mengatakan bahawa dia mempunyai abang. Otakku kuat bekerja dan rahangku hampir gugur apabila memikirkan bahawa Jun Jie ialah abangnya.

Chen Jun Jie.

Chen Huan Kiat.

Ah, sungguh aku ingatkan mereka datang daripada keluarga yang berbeza kerana bukankah nama keluarga orang Cina kebanyakannya sama? Nama-nama seperti Lee, Tan, Yap dan sebagainya sangat popular dan selalu aku dengari.

Sangkaku Jun Jie dan Chen juga begitu kerana nama sahaja sama di hadapan namun keturunan keluarga mereka sebenarnya berbeza-beza. Tidak pula aku tahu bahawa persamaan nama keluarga ini cukup untuk memberitahuku bahawa mereka ialah adik-beradik kandung. Wajah mereka juga tidak sama untuk aku kata bahawa mereka memang mempunyai pertalian darah.

“Chen, I’m sorry…”

“It’s okay… it’s okay… kalau angel I akan happy dengan dia, I pun akan happy juga. I nak you bahagia, angel. I nak you sentiasa senyum sebab dengan itu, barulah I pun akan happy,” nafinya sedangkan aku tahu dia sedang kecewa dan bersalutkan duka.

Cintanya selama tiga tahun terpaksa aku tolak atas faktor-faktor tertentu seperti agama yang kamu anuti dan hati yang tidak mampu untuk dia curi.

Aku tersenyum hambar. “You deserved someone better.”

“Not now, angel. I’m afraid your shadow will haunt me down.”

“I tahu kalau nak accept takdir bukannya mudah. Kalau I ada di tempat you, maybe I will do the same thing. Cumanya dalam agama Islam, kalau kita sedang bersedih, Tuhan suruh kami cari satu buku istimewa.

Buku tu cakap Arab but when you read it, you will find peace. Walaupun tak faham bahasanya, tapi bila dah habis baca I akan pandang langit dan ucapkan terima kasih Tuhan. Buku tu beri I kekuatan. Buku tu buat I faham yang takdir Tuhan sebenarnya cantik, but I was the only one who can’t see it yet.”

Dia mencelah, “al-Quran, kan?”

Angguk walaupun tidak dilihat.

“I know. Jun Jie selalu pegang buku tu dan baca dalam bilik dia macam baca diari. Almost everyday without fail. Bila I tanya dia apa yang special sangat pasal buku tu, dia cakap buku tu bagi dia peluang untuk cintakan Tuhan dan sayangkan takdir Tuhan.

Selalu setiap malam dia bacakan untuk I dengar and I have to admit that I love it. I tak pernah dengar buku yang best macam tu, Ad. Lagi-lagi bila Jun Jie cakap dia nak hafal apa yang ada dalam buku tu, I jadi kagum. I hope I dapat hafal macam dia jugak.”

Aku senyum.

Akan aku doakanmu untuk memeluk agama ini, Chen.

Akan aku sentiasa doakan hatimu untuk memilihnya.

Cintailah. Sukailah. Gemarilah Al-Quran lagi.

Kerana tidak kan pernah kau terasa rugi.

“Ad…”

Aku tersentak.

“If we’re not meant to be, then seeing you happy with Jun Jie will be the greatest moment in my life. He needs you more than I did. He was suffering for decades and he wasn’t that happy until he met you. You’ll make him happy. Happier. I know you will,” ujarnya perlahan.

“Thank you.”

Kali ini Chen yang bertindak untuk memutuskan talian terlebih dahulu. Dengan senyuman di bibir, aku pantas bangkit dan berjalan laju ke pintu sebelum memulas tombolnya perlahan. Kulihat ruang tamu sudah kosong. Hanya cawan yang bersisakan kopi yang ada di atas meja. Bunyi enjin kenderaan yang dihidupkan membuatkan aku terarah untuk ke luar rumah.

Babah sudah melambai-lambaikan tangannya dari tangga rumah. Menghantar kepulangan lelaki itu dengan senyuman manisnya seperti kebiasaan.

Tergesa-gesa aku menyarungkan selipar ke kaki yang berstokin. Dengan harapan agar aku dapat mengejarnya, aku berlari-lari anak mendapatkan kereta Lamborghini yang sungguh aku kenali itu.

Namun belum sempat aku ingin menegahnya daripada pergi, kereta itu terlebih dahulu diundurkan dan dipandu membelah jalan yang berdebu. Hanya angin yang kuat memukul tubuhku bersisa sedangkan aku ingin mengatakan sesuatu.

Saya cintakan awak, mamat dingin.

“Ad, buat apa tu dekat tengah-tengah jalan? Nanti kena lenyek dengan traktor terus babah tak dapat merasa nak ada menantu! Babah nak menantu!” seloroh babah yang melaung kuat dari pintu rumah, berkira-kira untuk masuk ke dalam.

Eeee… dia bukannya fikirkan pasal keselamatan kita ke, apa ke… yang dia ingat nak dapat menantu aje?

Mataku terjegil kegeraman sebelum muncul mentol idea yang menyala di atas kepala. Pantas aku melangkah ke rumah dan menghampiri babah yang ketika itu menghidupkan televisyen. Ingin menonton drama. Aku labuhkan duduk di sisi babah dan memaut lengannya erat-erat. Hendak mencungkil rahsia demi rahsia yang dapat aku ambil.

“Hish, ini kucing tua mana yang datang ni? Shuu! Shuu!”

“Babah, ini Ad, bukan kucing! Jahat!” aku mencubit manja lengan babah.

Ketawa babah mendengarnya.

“Babah, kalau Ad tanya babah jangan marah tau.”

“Macam mana nak marah kalau soalan pun tak ada?”

“Siapa Muhammad?” soalku tanpa berlapik kiasan.

Diam.

“Babah, Ad tanya ni. Muhammad tu siapa?”

“Err…”

“Babah, Ad nak tahu. Muhammad tu… babah kenal?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience