BAB 10

Romance Completed 14475

Derapan tapak kakiku semakin mendekati Perodua Myvi kesayangan yang terparkir kemas di tanah lapang.

Punat merah pada kunci kereta aku tekan sebelum ingin aku masuk ke dalam perut kereta sebelum ada satu susuk tubuh lain yang bersandar elok di pintu tempat duduk belakang. Ekor mataku menjeling untuk memandangnya dengan perasaan hairan yang elok bertapa.

“Awak… awak buat apa dekat sini? Saya ingatkan awak dah balik tadi.”

“Dan biarkan awak tak tidur malam?” sinis dia menjawab.

Bibirku melepaskan keluhan. Cari fasal pulak dia ni!

“Look, Jun Jie. I don’t know why you’re doing this tapi seperti yang I cakapkan tadi, I will find a room for myself to have a rest. I berterima kasih di atas keprihatinan you dan rakan-rakan sekerja you untuk menolong tapi I boleh buat semua benda ni sendiri,” tegasku, ingin memberitahunya bahawa aku juga boleh hidup berdikari. Tidak aku perlukan sebarang huluran tangan untuk menolong.

“You are my guest. Awak tanggungjawab saya!”

“Thanks but no thanks.”

“Ad…”

“I boleh buat semuanya sendiri,” dalihku seraya membuka pintu kereta di bahagian pemandu sebelum berkira-kira untuk masuk ke dalam.

Kaki kanan yang melangkah masuk terpaksa kutarik semula ke belakang tatkala tangannya kemas memegang daun pintu kereta daripada tertutup rapat. Sudah berkali-kali aku cuba untuk mengelak namun Jun Jie masih statik dengan caranya yang menghalangku daripada memasuki kereta aku sendiri.

Wajahnya aku pandang tajam. “Apa lagi yang awak…”

“Rahadatul ‘Aisy,” nama penuhku disebutnya dan spontan mematikan kata-kataku yang tersusun kemas di dalam kepala.

Hilang semua keyakinan dan keberanian yang terbina tinggi di dalam dada digantikan dengan perasaan berdebar yang hadirnya entah bila. Berada bersebelahan dengannya menyebabkan denyutan nadiku semakin kronik dan tidak stabil.

Aku berundur beberapa tapak ke belakang sebelum kaki tersadung batu di atas jalan. Tubuhku hampir terdorong ke belakang kalau bukan jemari miliknya yang cekap menyambut lenganku yang berlapikkan baju lengan panjang. Pautannya yang kemas menyukarkan aku untuk meronta sedangkan tahap kestabilan di dalam badan sudah berada di zon selesa.

Air liur aku teguk lagi. Pahit gilerrr.

“Awak… awak dah boleh lepaskan…”

Jeda. Tiada respons positif.

“Awak tengah pegang lengan saya…”

Jun Jie kelihatan tersentak sebelum meleraikan pautan tanpa banyak bunyi. Seakan-akan baru sahaja bangkit dari lamunan yang panjang menjela. Tangan ditariknya semula sebelum ditudingkan jarinya ke kereta Lamborghini Gallardo yang masih setia menghambakan diri di sisi keretaku.

“WWW 1. Time awak drive nanti, make sure you ikut plat kereta ni baik-baik.”

Huh? “Untuk apa?”

“Saya temankan awak.”

Rahangku seakan-akan mahu terjatuh.

“Tadi saya call kawan saya dan dia cakap ada satu hotel yang dekat dengan tempat ni. Awak follow saya dari belakang. We’ll move together,” arahnya sebelum menekan punat pada kunci keretanya pula.

Lampu Lamborghini yang menyala benar-benar membuatkan aku terlopong. Sesungguhnya, aku tidak sangka orang yang tampak biasa mampu memiliki kereta mewah sebegitu rupa sedangkan aku berikat perut untuk mendapatkannya di dalam hidupku.

“Tapi saya…”

“Rahadatul ‘Aisy, hop in.”

Bagai kerbau dicucuk hidung aku menuruti ‘titah’ lelaki itu. Enjin kereta aku hidupkan sebelum mengekori kereta miliknya yang dipandu di hadapanku. Menuju ke sebuah destinasi yang aku sendiri kurang pasti di mana lokasinya. Ucapan terima kasih sekali lagi tidak terluah dek bibir sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience