Bab 3: Musuh Sejati

Fantasy Series 4911

Planet bumi yang amat istimewa ini tempat tinggal dua makhluk nan berbeza sekali. Alam kehidupan kedua-dua makhluk ini terpisah jauh di antara dua dimensi. Satu dimensi tunduk patuh kepada hukum daya graviti.

Ertinya apabila dua objek diletakkan berdekatan di dalam dimensi bergraviti, setiap jasad akan merasai suatu daya tarikan yang bertindak kepada kedua-duanya. Daya halimunan yang hanya boleh dira- sai ini menyebabkan dua jasad saling menarik tetapi tidak pernah bertolakan inilah daya graviti. Segala benda yang hidup mahupun mati asalkan berjisim pastilah akan menuruti hukum graviti ini. Jika semakin dekat dan semakin besar jisim suatu benda itu, maka semakin kuatlah daya gravitinya. Justeru, di dalam dimensi yang mana graviti menguasai, dimensi ini digelar alam hakiki. Di dalam alam hakiki inilah tempat hidup bermacam-macam makhluk yang mana komposisi tubuhnya dibina daripada jirim organik. Makhluk organik yang bertebaran menguasai alam hakiki ini pastilah tidak lain dan tidak bukan manusia itu sendiri.

Dimensi kedua masih suatu dunia misteri. Hanya terdapat bayang-bayang maklumat tentang dunia ini sedikit di sana dan sedikit di sini. Maka wajar saja dunia tersembunyi ini dipanggil alam makhfi. Daya graviti langsung tiada memberi kesan kepada alam makhfi. Akan tetapi makhluk yang tinggal di dalam alam makhfi dipengaruhi oleh daya elektromagnetik. Daya elektromagnetik ini boleh menarik atau menolak dua benda yang bercas elektrik dan juga berupaya menghasilkan medan magnet. Kekuatan daya ini jauh sekali berbanding graviti. Daya elektromagnetik bukan saja mampu menembusi alam hakiki dan alam makhfi, malah sanggup mengikat api plasma sehingga mengkristal berbentuk hablur dalam ketiadaan daya graviti. Lantas di dalam alam makhfi, komposisi tubuh makhluk habluran padat kerana dibina daripada ion-ion api plasma berbentuk trimatra. Makhluk habluran di dalam alam makhfi inilah yang dikenali manusia sebagai jin.

Sesungguhnya apa yang tidak dapat dilihat dan didengari adalah kegelapan yang pasti dan tidak berbunyi. Namun memang tidak dapat dinafikan lagi, di dalam gelap ada makhluk hidup tersembunyi. Sepertinya manusia bebas memilih untuk apa tenaganya harus digunakan, makhluk jin juga sedemikian. Sebagaimana manusia itu berbilang-bilang suku bangsa, jin jua berbagai-bagai rasnya. Di antero ras jin itu ada suatu golongan yang memilih untuk mengaba- dikan seluruh tenaganya memerangi manusia. Kebencian yang nyata memusuhi manusia itu sudah berlanjutan berkurun-kurun lamanya. Ras manusia menggelar musuh ini sebagai syaitan. Sungguh syaitan sanggup melakukan apa saja agar manusia musnah dalam kesesatan moral dan akalnya.

Benar-benar syaitan tiada kuasa atas manusia kerana setiap perbuatan yang dilakukan manusia itu sebenar-benarnya adalah kehendak dirinya sendiri. Namun begitu, syaitan masih boleh mempengaruhi pertimbangan akal manusia. Mereka mengetahui gelom- bang bunyi boleh melintasi sempadan alam makhfi ke alam hakiki. Lalu dari sempadan dua alam ini mereka mengalunkan mantera sakti dan meneriakkan kata-kata manis kepada manusia. Teriakan syaitan yang kuat penuh bertenaga itu apabila melintasi batasan alam akan tertapis menjadi bisik-bisik yang tidak berupaya dikesan oleh deria pendengaran manusia tetapi mampu menggetarkan indera jiwa. Jiwa yang lemah mudah saja terpengaruh lalu tertunduk pada dorongan durjana ini.

Manusia itu lemah serba-serbi, lebih-lebih lagi anak gadis ini. Krr-Rachnadewi tahu benar kelemahan Rani. Lucu sekali pada Krr-Rachnadewi bagaimana gadis sebodoh ini boleh terpilih untuk lahir ke bumi. Pada pandangan Krr-Rachnadewi, Rani ini memang patut menjadi mangsa tipu dayanya. Daif dan naif. Mudah saja Krr-Rachnadewi mempengaruhi jiwa gadis ini untuk berfikir bahawa dunia berputar mengelilinginya. Ibunya memenuhi segala keperluan asasi Rani, anak tunggalnya, sekadar yang mampu diberinya. Walaupun banyak kekurangan, namun Rani tidak pula mahu berusaha memperbaiki keadaan diri. Belajar pun setakat ala kadar. Dengan ilmu yang sedikit, mudah saja Krr-Rachnadewi membuat Rani percaya segala-gala sudah cukup baginya. Keperluan rohaninya telah terisi dengan cinta Gusman. Tidak ada lagi perkara yang perlu dirisaukan olehnya, hayat hidupnya hanya mahu keseronokan bercurah-curah dari seorang teman lelaki. Rani sendiri telah merelakan dirinya untuk mengikuti Gusman ke banglo usang ini dengan mempercayai bahawa apa yang sedang mereka lakukan sekarang merupakan satu manifestasi cinta tulus suci.

Keupayaan melihat yang tinggi milik Krr-Rachnadewi memberi pengetahuan dan kelebihan ketika dia berbisik untuk menumpaskan pertahanan jiwa gadis ini. Krr-Rachnadewi tahu benar Rani hidup membesar dalam persekitaran terkawal. Didikan ibunya walaupun tak sempurna membentuk Rani menjadi gadis berbudi pekerti. Kemurnian hidup di kampung dan persekitaran masyarakat yang masih mengamalkan budaya sopan-santun orang Melayu membuatkan Rani bertindak mengikut adat resam. Pada kaca mata sosialnya, tidak ada perkara yang bejat dilakukan olehnya. Namun apabila datang persimpangan waktu dan ruang di mana Rani perlu membuat suatu pilihan di antara cintanya pada Gusman dan mengawal tingkah laku aga r tidak sumbang, maka di situlah tempatnya Krr-Rachnadewi akan membisikkan janji-janji indah kepada indera jiwa gadis yang telah setengah tahun ditemaninya ini. Lantas Rani mendengar bisikan itu tanpa disedari dari mana punca gerak hati. Dia mabuk meneguk ayat-ayat cinta yang dicurahkan oleh Gusman. Rela saja dia andai dicumbui Gusman ketika bertemu pada waktu-waktu mereka berdua berpencilan. Malah dia sendiri ketagih perasaan sensual tatkala tubuhnya mengeluarkan hormon epinefrina kesan dari sentuhan Gusman. Cemerlang sekali hasil kerja Krr-Rachnadewi meruntuhkan pertimbangan moral gadis desa ini.

“Krr-Rachnadewi.”
“Krr-Rachnadewi!”
“Dari kecil sejak mula kita bersua, kaulah yang kupuja di dalam hatiku ini.”
“Krr-Rachnadewi.”
“Krr-Rachnadewi!”
“Kucinta kau sampai aku mati.”
“Krr-Rachnadewi.”
“Krr-Rachnadewi!”
“Kita bertemu. Kita berpisah. Tapi ingatlah daku sampai kau mati.”

Burzuglu mengungkapkan satu elegi buat kekasihnya yang berada di dalam dakapannya. Mereka terus meluahkan perasaan cinta kerana telah lama tidak bersua. Burzuglu baru keluar dari pertapaannya, sedang Krr-Rachnadewi sudah lama mendampingi Rani. Segala perbualan Burzuglu dan Krr-Rachnadewi itu berlaku di sempadan di antara alam makhfi dan alam hakiki.
Saat itu, pada masa dan ruang yang sama, Gusman dan Rani sedang berpeluk cium sambil berbaring di atas tikar tak berbantal. Dalam remang senja yang menjelang, Gusman sudah mula mahu bertindak lebih berani lagi. Matanya memandang tepat pada mata Rani.
“Sayang, bolehkah abang?”
Rani hanya mengerdip mata tanda kesetujuan. Pandangan mata mereka masih lagi bertautan.
“Cantiknya, sayang abang,” puji Gusman sebagai galakan.

Rani hanya tersenyum manja. Dia tidak mampu lagi hendak bercakap kerana fikirannya seolah-olah berada di awang-awangan dibelai oleh Gusman. Selang beberapa minit kemudian mereka sudah bersedia untuk bersatu.

Ketika itulah Burzuglu melepaskan diri dari dakapan Krr-Rachnadewi.
“Aku pergi dahulu, wahai cinta hatiku, jagalah dirimu, ingatlah daku selalu kerana aku akan selalu dekat bersamamu. Aku benar-benar yakin rancangan ini akan berjaya. Oleh itu, janganlah dikau bersedih apabila aku tiada. Inilah pengorbananku demi ratu kita. Beritahu baginda bahawa aku telah menunaikan janjiku dan tuntutlah janji ganjarannya untukmu,” kata Burzuglu sambil tangannya mengelus-elus wajah Krr-Rachnadewi.

“Oh, kekasihku, usahlah kau pergi lagi, tunggulah sebentar,” balas Krr-Rachnadewi seraya memegang tangan Burzuglu.

“Tidak, sayang, inilah masa yang kita nanti-nantikan sekian lama. Selamat tinggal, sayang,” kata Burzuglu lalu dia melepaskan pegangan tangan kekasihnya perlahan-lahan dan menciumnya buat kali yang terakhir.

Apa yang mereka perbualkan tidaklah didengari oleh Gusman dan Rani. Dua insan itu sedang asyik dalam cubaan untuk bersatu. Dengan teratur Burzuglu membaca jampi serapahnya. Perlahan-lahan tubuh berkulit biru kehitamannya yang besar dan bongkok bertukar menjadi asap hitam lalu turun ke alam hakiki tanpa disedari oleh pasangan kekasih yang sedang bertindihan antara sesama. Krr-Rachnadewi sangat sedih. Namun tidaklah dia menangis tetapi sebaliknya dia tak henti-henti menuturkan mantera sakti untuk memastikan pasangan kekasih di bawahnya itu terus dibuai keseronokan dan tidak sedar perubahan yang sedang berlaku di sekitarnya. Cahaya lilin yang terangnya tidak seberapa menyebabkan asap hitam yang berlegar-legar di atas dahi Gusman tidak disedari olehnya mahupun Rani. Beberapa detik berlalu sebelum asap itu masuk melalui hidung Gusman. Dia tiba-tiba terkaku seketika. Dahinya basah lantas menitis-nitis peluhnya pada perut Rani. Badannya terkejang dan kepalanya terdongak ke atas. Badannya mengeras dan dia telah berhenti bernafas dalam kedudukan itu. Asap yang tebal itu berpusu-pusu menyumbat masuk ke dalam saluran pernafasannya dengan laju. Saat itu Rani sedang memejamkan matanya menahan kepedihan ketika Gusman mengasak untuk mereka bersatu buat pertama kalinya.

“Kenapa, Abang Gus?” tanya Rani seraya membuka matanya apabila tiba-tiba sahaja Gusman berhenti bertindak kepadanya. Dia dapat merasakan suhu di dalam bilik itu jatuh serta-merta sehingga lafaznya menghasilkan kepulan wap sejuk.

Waktu itu seluruh asap jelmaan jasad Burzuglu telah pun masuk ke dalam badan Gusman. Dia kembali normal semula tanpa menye- dari tubuhnya kini telah diresapi oleh Burzuglu. Badannya yang tegak tegar tadi mengendur semula. Pernafasannya yang terhenti bersambung semula. Dia berasa tubuhnya penuh tenaga.

Lantas Gusman pun bersuara. “Ah, tidak ada apa-apa, sayang. Boleh tak ni abang nak teruskan?”

Rani hanya diam seraya matanya berkedip memandang pada Gusman tanda setuju. Meskipun dalam cahaya lilin yang kurang terang, Rani dapat melihat kedua-dua bebola mata Gusman menjadi hitam. Dia yang terkejut lalu segera memejamkan matanya ketakutan. Tetapi apabila dirasakan ada pergerakan yang padu pada kewanitaannya maka segera dia membuka mata dan merenung semula mata Gusman. Mata Gusman kini dilihatnya kembali seperti biasa, kuyu dibayangi alis mata yang lebat tetapi layu ke bawah. Terlintas di fikiran Rani mungkin tadi itu hanya imaginasinya. Mindanya kembali tertumpu pada apa yang sedang dilakukan oleh Gusman. Reseptor-reseptor saraf dari bahagian kewanitaannya sedang hebat dirangsang. Paduan rasa sakit, pedih, ghairah dan kenikmatan yang tak pernah dirasainya sebelum ini membuatkan dia begitu khayal. Hatinya dipenuhi perasaan euforia apabila kewanitaannya ditembu- si tusukan kelelakian Gusman.

Daripada alveolus di dalam paru-paru Burzuglu meresap masuk ke dalam kapilari darah bersama-sama dengan oksigen yang sedang disedut dengan pantas oleh Gusman. Dari sana dia bergerak melalui kapilari darah lalu masuk ke saluran vena pulmo- nari menuju ke dalam jantung. Jantung Gusman berdegup kuat. Burzuglu merentasi dua bahagian jantung kiri dalam satu degupan lalu keluar mengikuti salur darah aorta. Burzuglu dapat merasakan darah suam Gusman semakin laju dipam oleh jantungnya. Meskipun dalam bentuk asap, Burzuglu masih berdaya untuk berfikir dan bertindak. Malah dapat didengarinya suara erangan sepasang kekasih yang sedang melakukan perhubungan badani ini. Dia harus segera. Segala pengetahuan tentang anatomi manusia telah pun dikuasainya sebelum ini. Burzuglu mesti bertindak tepat dan pantas dalam menyusuri saluran-saluran darah yang bersimpang-siur dalam tubuh Gusman. Dari arteri abdomen, Burzuglu pun menelusuri saluran darah itu menuju ke arah saluran vas deferens dan masuk ke dalam testis Gusman. Sampai di sana maka dengan pantas Burzuglu membaca jampi untuk mengubah lagi dirinya daripada asap kepada jasad yang sangat halus; jauh lebih kecil daripada sel badan manusia. Lantas dia melekatkan dirinya pada salah satu sel gamet Gusman yang dirasakannya paling kuat dan sihat seperti ikan remora yang melekat pada badan jerung.

Pada ketika yang sama Gusman dan Rani masing-masing sudah terbuai dalam keseronokan perzinaan mereka. Ditambah lagi dengan jampi mantera yang dibisikkan oleh Krr-Rachandewi, mereka tidak lagi menghiraukan suasana di sekeliling yang semakin gelap. Inilah detik yang mereka idam-idamkan sekian lama. Kalau boleh, mereka tidak mahu saat-saat indah ini tamat dengan segera. Namun, apa yang bermula pastikan berakhir apabila semua faktor yang menamatkannya dipenuhi. Gusman semakin hampir ke puncak kepuasan. Otot-otot kakinya menegang seraya menarik otot bulbos-pongiosus pada hujung punggungnya menyebabkan Gusman sudah bersedia mengeluarkan semennya. Apabila tiba saatnya, Gusman memberhentikan pergerakannya lalu memancurkan semen ke arah rahim Rani. Mereka berdua terkejang seketika.

Saat itu, Burzuglu mengeluarkan tenaganya untuk memacu sperma yang ditumpangnya supaya berenang dengan lebih laju. Lalu sperma yang ditungganginya memecut mendahului dengan jauh berbanding dengan yang sperma-sperma lain untuk pergi ke tiub fallopia di hujung rahim Rani. Di sana, tatkala terlihat sahaja sel ovum, Burzuglu pun masuk ke dalam nukleus sperma itu dan mengubah dirinya sekali lagi untuk menjadi satu kromosom yang terdapat di dalam nukleus sperma itu. Lantas apabila persenyawaan antara dua gamet itu berlaku, maka tamatlah nyawa Burzuglu dan selesai sudah misinya.

Minit-minit yang berlalu seterusnya, sepasang kekasih itu kini berbaring keletihan sambil berbual-bual mesra. Tanpa dirancang tak lama kemudian mereka berdua pun tertidur. Satu jam berlalu begitu saja. Krr-Rachnadewi masih menangisi pemergian kekasihnya. Tanpa didengari sesiapa, esakan tangis syaitan itu bergema di dalam banglo usang ini. Tetapi setelah lebih sejam begitu, Krr-Rachnadewi telah berhenti menangis lalu dia tersenyum. Tersenyum-senyum kemudian ketawa. Hilaian ketawanya tak didengari sesiapa. Andai didengar pasti meremang bulu roma. Perlahan-lahan dari lubang pada siling yang sudah pecah-pecah, turun segumpal asap hitam yang pekat dan tebal. Asap itu bermata merah menyala-nyala datang daripada jelmaan Krr-Rachnadewi yang mula mahu bertindak.

Suhu udara menjadi dingin. Api lilin pun terus padam apabila disapu asap hitam. Tanpa jejak dengan tak berpijak pada lantai, asap hitam itu beberapa kali berpusing mengelilingi sepasang kekasih yang sedang lena. Suara-suara halus yang tidak difahami kedengaran seolah-olah satu jampi sedang dibaca. Setelah beberapa kali berpusing, kedua-dua biji mata merah di dalam asap itu berhenti di sisi Rani lalu menatapnya yang sedang tidur. Daripada gumpalan asap hitam dan tebal itu tiba-tiba keluar satu bauan yang masuk ke dalam rongga hidung Rani lantas membuatkan derianya tumpul seketika. Dia terus tidur dan tidak sedar apa yang sedang berlaku padanya.

Asap hitam jelmaan Krr-Rachnadewi pergi pula ke sisi Gusman. Asap itu bergumpal-gumpal di atas badan Gusman. Menyelaputi seluruh abdomennya seperti selimut hitam yang membungkus bahagian atas tubuhnya. Kemudian Krr-Rachnadewi membaca satu mantera yang panjang. Habis saja mantera itu, muncul terpacul kepala seekor ular sawa daripada asap jelmaan. Ular yang menjelma itu terus menghidu dan menggesel-geselkan kepalanya pada pipi Gusman sambil berdesis. Desisan ular itu sungguh kuat, panjang dan menakutkan. Daripada baki gumpalan asap, terbentuk pula tubuh ular sambil meliuk-liukkan badannya di sekeliling tubuh Gusman yang belum sedar dari tidurnya. Sisiknya hitam berkilat dan berlendir pekat. Badan ular sawa yang panjang itu meliliti badan Gusman sementara kepala ular itu bergesel-gesel di lehernya pula.

Gusman masih belum sedar. Perlahan-lahan ular jelmaan itu melingkari lehernya. Sedikit demi sedikit otot-otot badan ular itu mengecut lantas menjerut leher dan abdomen Gusman. Makin lama makin bertambah kuat jerutan Krr-Rachnadewi dalam cubaan membunuh Gusman. Kadar oksigen dalam badan yang menurun secara mendadak menyebabkan Gusman terjaga lalu cuba meronta-ronta akan tetapi ular sawa yang amat besar itu takkan melepaskan jerutannya. Badan Gusman terkejang tak mampu bergerak. Untuk menggeleng pun tak berdaya kerana lehernya terkunci mati. Hanya matanya terbeliak buntang dan liar memandang ke kanan dan kiri dalam kegelapan nan sunyi. Dada Gusman semakin senak. Pernafasannya tersekat-sekat. Daripada rusuknya bunyi tulang patah-patah sungguh kuat kedengaran. Hendak mengaduh pun tidak boleh, apa lagi kalau mau menjerit minta tolong. Gusman akhirnya pasrah lalu mengalah saja. Bibirnya bergerak-gerak mahu mengucapkan selamat tinggal pada Rani walaupun tak berbunyi. Hanya buih-buih air liur bercampur darah meleleh keluar dari bibirnya. Tak sampai seminit kemudian, Gusman sudah hilang upaya untuk hidup dan terus mati. Tanpa belas kasihan Krr-Rachnadewi telah membunuh kekasih hati Rani. Dalam kesunyian malam yang baru menjelang itu, Gusman telah hilang nyawanya menjadi korban percintaan.

Ketika rembulan sudah tegak di atas kepala, suasana di sekeliling banglo usang itu tidaklah sunyi. Saat itu haiwan nokturnal sedang sibuk mencari makan sambil menimbulkan pelbagai bunyi. Cengkerik dan katak pula tak henti-henti memanggil pasangan. Bagaimanapun di dalam bilik tadi, kesunyian merangsang nada keseraman. Tiba-tiba Rani pun terjaga. Terasa oleh tubuhnya kesejukan. Dia memandang dalam kegelapan memikirkan mimpi ngeri apakah yang telah dialaminya dan sudah berapa la- makah dia tertidur. Bulu romanya meremang tiba-tiba. Lilin yang dipasangnya telah lama terpadam. Angin yang menghembus masuk dari lubang tingkap yang lohong membawa kedinginan malam. Tangannya segera meraba dalam kegelapan lalu terpegang olehnya sekujur tubuh yang dia pasti ialah Gusman. Tubuh itu sejuk sekali. Dengan bingkas dia bangun mencari tempat mancis dan baki lilin diletakkan. Apabila terjumpa dengan cepat dia menyalakan sebatang lilin lantas sinar-sinar api pun menembusi kegelapan. Jantungnya berdebar-debar apabila dia menyuluhkan cahaya lilin itu ke arah tubuh Gusman. Terlihatlah Rani sebatang tubuh yang keras dan kaku. Segera dia membawa lilin itu ke arah kepala Gusman. Maka tampaklah oleh Rani wajah Gusman yang pucat lesi tak berdarah lagi dengan mata buntang terbeliak dan mulut yang berbuih darah. Hatinya segera dirasuki ketakutan. Dengan sedikit keberanian dia menggoyangkan bahu Gusman.
“Abang, bangun!”
“Bangun!”
“Rani takut,” ujarnya terketar-ketar.

Akan tetapi pastilah tidakkan ada tindakbalas dari mayat Gusman. Maka terbitlah kesedaran pada Rani bahawa dia kini keseorangan di situ. Dia terpempan lalu jatuh terduduk.
“Abang!”
“Bangun, abang!”
“Abang!”
“Abang!”
“Abang, bangun!”
“Abang!!” teriak Rani lebih kuat. Tetapi Gusman takkan bangun lagi. Mahu tak mahu, Rani terpaksa menerima hakikat ini.

Air matanya deras mengalir, tubuhnya menggigil dalam kesejukan dan ketakutan yang menggilakan. Dia menangis dan meratap dalam gelap kerana lilin yang dipegangnya sudah padam. Lilin itu tanpa sedar telah digenggamnya hingga hancur berderai dan Rani terus meraung dan menangis. Dia benar-benar menjadi tak keruan. Di dalam selubung kegelapan Rani tidak tahu apa yang wajar dilakukan sama ada mahu lari atau terus menemani mayat kekasihnya ini. Apa yang berlaku memang di luar jangkaannya. Setelah hampir sejam dia tidak lagi dapat bersuara hanya kedengaran sedu-sedan. Perlahan-lahan semangat Rani pulih sedikit demi sedikit. Akalnya yang hilang sebentar tadi kini kembali waras membuat pertimbangan. Rani cuba melawan ketakutan. Dengan tangan yang terketar-ketar dia merangkak dan meraba-raba lantai mencari lilin lain untuk dinyalakan.

Beberapa kali dia menggores mancis tetapi api yang terhasil cepat saja terpadam. Namun akhirnya berjaya jua dia menyalakan lilin itu setelah datang sedikit kekuatan dalam dirinya. Dengan sinar lilin itu dia mencari pakaiannya. Apabila terpandang saja mayat Gusman pantas saja matanya ditundukkan dan cepat-cepat dialihkan ke arah yang lain. Tangisannya masih kedengaran ketika dia mengenakan pakaian. Fikirannya sedang bercelaru tetapi dengan semangat yang diperkuat, dia cuba bangun perlahan-lahan. Belum sempat sebelah kaki ditegakkan, Rani jatuh terjelepuk kerana lututnya turut menggigil tak boleh distabilkan. Dia cuba untuk berdiri sekali lagi. Tetapi gagal lagi untuk dia berdiri. Tidak berdaya untuk pergi kerana fikirannya tertumpu pada mayat Gusman yang terbujur kaku. Rani jatuh lagi dan langsung menangis teresak-esak. Mindanya mengajak dia lari dari situ tetapi apakan daya tubuhnya tak punya kekuatan. Rani terbaring hampir pengsan.

Entah berapa lama Rani terbaring di situ dalam keadaan separuh sedar. Lilin yang masih dipegang sudah padam dan cairan lilin penuh mengisi genggaman tangannya. Namun Rani langsung tak merasa pedih atau kepanasan. Tiba-tiba reseptor sentuhan pada epidermis kulitnya terangsang apabila terasa ada gegaran pada lantai dan bunyi derapan langkah menaiki tangga. Terdengar olehnya percakapan yang kurang jelas tetapi semakin menghampiri bilik di mana dia berada. Rani mahu bangun namun akhirnya dia tidak berbuat apa-apapun. Fikirannya kusut sekali. Dia tidak lagi mengendahkan apa yang akan terjadi nanti.

Sayup-sayup Rani mendengar derapan langkah dari arah tangga dan ternampak olehnya cahaya lampu suluh yang bersinar terang. Rani tidak langsung mempedulikan perubahan situasi ini. Kemudian satu suara lelaki berkata,
“Sini, sini! Lekas sini!”
Semakin banyak bunyi derap langkah mendekatinya tetapi langsung tidak dipedulikan oleh Rani. Segala-galanya tidak penting lagi baginya. Apa sahaja yang bakal berlaku akan begitu sahaja dibi- arkan terjadi olehnya. Lalu semakin banyak cahaya menerangi bilik itu.
“Cik, cik. Cik tak apa-apa ke?” Rani terasa bahunya digoyang. Akan tetapi dia bertindakbalas dengan memejamkan matanya rapat-rapat.
“Eh, ada mayatlah. Apa yang dah berlaku ni?”

Rani terdengar suara yang lain. Kini, ketakutan yang lain terdetik di dalam hatinya. Mungkin orang yang datang itu akan menambahkan masalah kepadanya.
“Mari kita angkat dia ini dulu,” saran suara pertama tadi yang didengarinya.
“Cik jangan takut ya, tadi kami sedang berburu. Kami mendengar suara orang meraung lalu kami mencari arah datangnya dan apa- bila kami datang dekat dengan banglo usang ini kami nampak percik cahaya dari tingkap bilik ini,” ujar seorang lelaki dengan penjelasan penuh tertib kepada Rani.
“Din, mari tolong angkat dia,” lelaki itu memanggil sahabatnya.

Pelan-pelan Rani membuka matanya yang sudah merah kerana menangis dan meraung tadi. Terlihat olehnya dalam sinar lampu suluh lelaki yang berkata-kata kepadanya ialah seorang yang sudah agak berumur dan sedang bertinggung kira-kira dua kaki di hadapannya. Wajah lelaki itu kurang jelas pada Rani, tetapi dia dapat melihat kumis dan janggutnya yang sangat tebal. Lelaki itu berhidung besar dan matanya dihiasi dengan alis mata yang juga tebal. Dahinya sedikit luas dan dia memakai topi yang kelihatan sudah dimakan oleh masa. Pakaiannya memang seperti seorang pemburu. Seluarnya berpoket-poket dan berbaju kemeja petak merah-hitam lengan panjang serta berjaket tanpa lengan. Rani berasa senang melihat si pemburu itu. Tiba-tiba pemerhatian Rani terbantut apabila dia terdengar derap langkah yang berat menuju kepadanya. Apa yang dapat dilihatnya hanyalah dua batang kaki yang besar dibaluti jeans biru tua lusuh. Terdapat rambu-rambu pada hujung kaki jeansnya. But yang dipakai pemburu yang kedua ini menunjukkan bahawa dia seorang yang bertubuh besar. Tanpa bersuara dia memapah Rani seorang diri.

“Jangan takut, cik. Kami akan bawa cik ke khemah kami dahulu. Besok pagi baru kami akan hantar cik ke rumah cik,” sekali lagi pemburu pertama itu berkata. Rani hanya berdiam diri tetapi matanya menyorot pada mayat Gusman.
“Kami hantar cik dulu ya. Khemah kami tak jauh dari sini. Mayat ini biarlah kami uruskan sebentar lagi. Cik tak perlu beritahu kami apa-apa sekarang,” kata pemburu itu lagi seolah-olah dia dapat membaca fikiran Rani.

Seraya dengan itu Rani pun didukung keluar dari bilik itu. Fikirannya benar-benar buntu menyebabkan dia langsung sepi membungkam. Lalu dia merapatkan kepalanya pada lengan pemburu yang dipanggil Din itu dan membiarkan sahaja dirinya dibawa pergi. Tidak lama kemudian, mereka pun tiba di khemah yang dimaksudkan. Rani yang tertidur lagi tadi telah terjaga apabila dibaringkan ke dalam khemah tersebut. Kemudian dia ditinggalkan seorang diri setelah khemah itu dizipkan dari luar. Hanya sebuah lampu kecil bercahaya suram menemaninya. Air matanya mengalir lagi ketika fikirannya kembali mengingati cinta hatinya telah pergi dan takkan kembali lagi. Sementara itu, derap langkah pemburu-pemburu tadi didengarinya semakin menjauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience