Bab 28

Romance Series 87538

Sungguh cantik busana yang digayakan Melur,baju kurung moden berwarna ungu lembut dilengan baju itu dihiasi sulaman tangan,digayakan pula dengan selendang ungu bebutirkan batu swarovski,pakaian dan selendang hadiah dari Ibu Hanim.

"Airil! jom saya dah siap...

"Cantik lah kau pakai macam ni!"Puji Airil apabila pandangannya dialih ke arah Melur yang berdiri dihadapannya.

"Ya ka!..Err terima kasih."
Tersimpul malu Melur mendengar pujian suaminya.

"Semua suiz kat atas dah off,lampu kipas iron semua dah off!"

"Dah!...

Hari ini Airil dan Melur akan pergi kerumah Dato Hakimi,mereka akan bersama Pn Sri Ramona,Orkid,Syuhada,Ibu Hanim dan Dato Hakimi untuk menghadiri undangan majlis perkahwinan Rania iaitu anak kepada Datin Maria dan Dato Zainal .Hanya Ali tidak turut bersama kerana bekerja.

"Hai Datin Hanim,Syuha apa khabar??..."
Tegur salah seorang tetamu yang hadir.

"Eh Datin Nora! khabar baik!."Jawab Ibu Hanim sambil menghulur salam,manakala Syuhada hanya mengukir senyuman dan menghulur salam.

"Kenalkan ni anak saya,Nurul Syifa single lagi ni..haha."seloroh Datin Nora sambil tertawa kecil.

"Nurul Syifa?? lamanya auntie tak jumpa,rasanya las saya tengok dia masa umur 14 tahun! Datin datang butik saya beli dress untuk Syifa..Betul tak??."

"Ya ya betul la tu!"

"Ya Allah cantiknya kamu."
Kata Ibu Hanim memuji kecantikkan anak sahabatnya itu.

Gadis berwajah ayu persis arab itu menghulur salam sambil mengukir senyuman.

"Nurul Syifa.. cantiknya nama secantik orangnya.."pantas Syuhada mencelah.

Tersimpul malu Nurul Syifa mendengar pujian Syuhada.

"Eh Datin borak la dulu dengan Syuha! saya nak jumpa Datin Julia jap."

"Ya ya pergilah..

"Betul ke anak Datin ni single lagi! dah bekerja ka masih belajar."

"Ha ah ya.. Nurul Syifa ni single lagi,baru habis degree,sekarang pratikal kat syarikat anak sulung saya."

"Kebetulan Datin Nora,saya pun ada anak bujang boleh la kalau nak berkenalan."

"Iyaa.. ada kat sini tak!"teruja Datin Nora ingin tahu.

"Ada! Tu hah,yang pakai kemeja biru tu.."kata Syuhada sambil menunding jarinya ke arah Airil
yang sedang berbual bersama Dato Hakimi.

Meliar bola mata Datin Nora mencari wajah Airil.
"Itu anak awak! Ya Allah tampannya..."

Tersenyum lebar Syuhada mendengar pujian Datin Nora.Nurul Syifa pula malu malu kucing bersembunyi di belakang ibunya.

"Eh jom la perkenalkan Syifa ni dengan anak awak!"

"Err...Boleh.. tapi bukan hari ni la,kita jumpa kat luar ja! boleh la bagi peluang Syifa dengan Airil berkenal kenalan...hahaha."kata Syuhada tanpa rasa bersalah yang cuba ingin menjodohkan Airil dengan Nurul Syifa.

"Airil!..

"Ya.. Muhammad Airil nama penuh,panggil Airil ja!"

Gadis bertudung labuh rona nude itu hanya mengukir senyuman manis mendengar rancangan yang diatur oleh Syuhada dan Datin Nora.Selesai betukar nombor telefon Syuhada kembali ke tempat duduknya dengan rasa gembira.

"Pergi mana lama abang tunggu..."kata Dato Hakimi.

"Pergi jumpa kawan,kenapa abang tunggu Syuha??"

"Jom teman abang jumpa kawan kawan abang! Eh Kak Hanim mana??"

"Bolehhhhh..Kak Hanim apa lagi jumpa costemer dia lah!..Hah! tu pun dia."kata Syuhada sambil menjeling kearah Ibu Hanim yang masih rancak berbual dengan pelanggannya.

"Jom lah kita pergi ajak Kak Hanim sekali..,Bonda nak ikut sekali tak??"ajak Dato Hakimi yang sangat menghormati ibunya.

"Boleh juga.."balas Pn Sri Ramona menerima baik ajakan anaknya itu.

Tinggallah Airil,Melur dan Orkid yang masih lagi menikmati makanan yang terhidang diatas meja.

"Abang Airil ! Haiii...."
Tiba tiba datang seorang gadis muda yang memakai dress labuh yang agak ketat sehingga terlihat susuk tubuhnya yang ramping persis model.

Pantas bola mata Airil mencari arah suara itu.
"Eh! Tania..."
Balas Airil yang sangat mengenali gadis itu.Tania adalah adik kepada Rania.Tania dan Rania adalah rakan sekolah Airil dan Ali.

"Wahhh hensemnya abang..Patut la kak Rania tu susah sangat nak buka pintu hati dia terima lelaki lain.."
Kata Tania berdirinya disisi Airil dan Melur.
"Eh sory! ada orang tak perasan tadi..heee..siapa ni abang?"ujar Tania yang berpura pura sedar kewujudan Melur dan Orkid.

"Ini Melur,ini Orkid sepupu abang."

"Hai I'am Tania!.."
kata Tania memperkenalkan diri dengan hanya melambai sebelah tangannya.

Melur hanya mengukir senyuman dan mengangguk,manakala Orkid merenung geram gadis gedik yang dari tadi sibuk memegang bahu abang iparnya.

"Ali tak datang ke?"

"Tak! Ali biasa lah Fly...

"alaaa rinduuunyaa nak jumpa! mesti hensem kan..."

"Hukk..hukkk..huk.... "tersedak Orkid apa bila gadis gedik itu menyebut nama suaminya.

Pantas Melur menepuk lembut belakang Orkid."kau ni makan tu gelojoh sangat."bisik Melur.

"Nah! minum air ni.."
Kata Airil sambil menghulur segelas air putih.

"Eh ! abang Tania minta diri dulu ya nak jumpa kawan jap! kirim salam Ali ya!"kata Tania sambil mengukir senyuman menggoda kepada Airil.Lalu melangkah dengan lenggang lenggoknya meninggalkan meja bulat itu.

"Eiiii gediknyaa.. siapa tu Airil??"soal Orkid.

"Kawan!"ringkas Airil menjawab.

"Kawan ke buah hati!"balas Orkid tegas.

"Ha ah betul la tu buah hati,buah hati suami kau!"sengaja adik iparnya itu disakat.

"Apa??...eeeee."geram Orkid mendengar jawapan Airil.

Airil hanya ketawa besar melihat raut wajah adik
iparnya itu.

Selesai semua urusan mereka terus pulang kerumah Dato Hakimi.Malam itu juga Melur dan Airil pulang ke rumah mereka sendiri kerana esoknya mereka harus masuk ke pejabat.

"huhhh..penatnya!"keluh Airil sambil membuka butang kemejanya.

"Awak nak air??"soal Melur sambil melangkah kaki ke ruang dapur.

"Boleh juga."

Melur datang semula keruang tamu sambil membawa segelas air putih lalu dihulurkan kepada Airil.

"Terima kasih.. duduklah sini"
Kata Airil sambil mengarahkan Melur duduk disebelahnya.

Melur hanya akur walaupun niatnya mahu naik keatas biliknya untuk mandi dan merehatkan diri.

Segelas air putih habis diminum lalu Airil meletakkan gelas kosong itu diatas meja.Pandangannya dialihkan kearah raut wajah Melur yang dari tadi hanya duduk kaku disebelah suaminya.

"Awak kenapa tengok saya macam ni!,saya ada buat salah ke??"soal Melur apabila wajahnya direnung Airil.

"Ya!"jawab Airil ringkas sengaja menyakat isterinya.

Berkerut wajah Melur memikirkan kesalahannya,tabiat menggigit bibir mula dilakukannya.

"Dah buat dah!.."

"Buat apa?"soal Melur hairan.

"Kenapa awak suka gigit bibir awak! tak sakit ke??"

Mendengar teguran Airil pantas Melur menghentikan tabiatnya.

"Melur...."manja namanya dipanggil.

Melur mengalihkan pandangannya kearah Airil.

"Aku lapar laa.. lapar sangat...."

"Hah Lapar??
Hairan pula Melur mendengar rungutan Airil,sedangkan banyak juga hidangan yang Airil jamah tadi.
"awak nak makan apa??"

"Hmmmm... boleh ke kau sediakan untuk aku! kau tak penat!"

"Bolehhh.. nak makan apa?"

Airil terdiam seketika seakan memikirkan sesuatu sambil bola matanya merenung wajah manis Melur yang masih dihiasi make up nipis.

"Aku rasa macam nak makan....

Terjegil bola mata Melur apabila bibirnya menjadi santapan Airil.
Bola mata yang membulat tadi mula mengecil dan terpejam rapat menikmati kucupan sang suami yang penuh ghairah.

Diruang tamu itu Airil dan Melur menikmati dan memenuhi keinginanan masing masing.Sehelai demi sehelai pakaian berselerakan dijatuhkan ke lantai.

Di dalam sebuah rumah kawasan perumahan teres satu tingkat itu Amira berusaha meraih simpati Zaidan.

"Abang.... tolong laa! Mira minta ampun bang... Mira janji Mira takkan buat lagi semua tu."

"Tolong Mira! Keluar! Keluar dari rumah ni! malam ni juga! abang dah tak boleh terima Mira.."

Perlahan Amira melangkah kaki menghampiri Zaidan lalu melabuhkan duduknya diatas sofa bersebelahan bekas suaminya.
"Mana Mira nak pergi malam malam ni! abang tolong la Mira,kalau abang tak kesiankan Mira,tapi tolonglah kesiankan anak kita ni."Ujar Amira sambil memegang perutnya.

Pantas Zaidan mengalihkan pandangannya melihat raut wajah Amira yang dibasahi dengan air mata.

"Kau mengandung??.."

Terlihat sedikit riak wajah ceria di wajah Zaidan.. tiba tiba wajah ceria itu hilang.

"Tu bukan anak abang kan!..

"Ya Allah...sumpah bang!! ini anak abang.Mira tak pernah tidur dengan lelaki lain bang."
Rayu Amira lagi apabila kandungannya diragui Zaidan.

"Tak mungkin!! dah setahun kita kawin tiba tiba kau mengandung! pasti bukan anak abang."

"Betul bang.. Mira tak tipu ni anak kita!"tegas Amira. "Tolong bang izinkan Mira tinggal sini,Mira janji lepas anak kita lahir Mira akan pergi.. tolong bang..."

Sayu Zaidan memandang Amira,rasa simpati terhadap Amira mula hadir,apatah lagi Amira kini sedang hamil anaknya,tetapi entah mengapa berat hatinya untuk mempercayai kata kata Amira.

"Dengan apa yang kau dah buat tak mungkin abang percayakan awak!."

"Mira tahu Mira salah! Tapi Tolong la bang! Mira dah tak tahu nak pergi mana,izinkan Mira tinggal kat sini sekejap ja..."Rayu Amira lagi.

"Baiklah abang izinkan,selepas habis iddah kau kena tinggalkan rumah ni!"

Baik hati Zaidan masih mampu memberi tempat bertuduh untuk bekas isterinya itu.
~~~~~

"Hai dari tadi tersenyumm je,ada apa apa berita gembira ke?? ke Syuha mengandung lagi.."seloroh Datuk Hakimi sengaja menyakat isterinya Syuhada yang dari tadi tersenyum ceria sambil menyisir rambutnya.

"Ishhh abang ni! merepek lah... Syuha ni priod pun dah takde nak mengandung apenya lagi..."

"Hahaha.."tergelak kecil Dato Hakimi."mana la tahu rezeki.. anak dengan cucu sebaya!..hahaha"

Geram Syuhada merenung wajah suaminya,lalu melabuhkan punggungnya di ranjang sebelah Dato Hakimi.

"Tadi Syuha jumpa Datin Nora,abang tahu Datin Nora tu ada anak perempuan...Ya Allah cantik la bang,kulit putih,mata bulat,kening tebal,hidung tinggi! Masyaallah sekali pandang macam orang arab."
Teruja Syuhada memuji kecantikkan Nurul
Syifa.

"Oohhhh.. memang lah anak Datin Nora tu cantik,dah suami pun orang Arab,anaknya pun cantik lah."

"Ya ka bang suami Datin Nora orang Arab! sesuai sangat lah dengan Airil tu ada darah Rusia."

Pantas Dato Hakimi menatap hairan wajah isterinya apabila nama anaknya disebut.
"Apa Syuha cakap? sesuai dengan Airil... Apa maksud Syuha ni??"

"Takde apa apalah... Err tidurlah! Syuha mengantuk lah!"
kata Syuhada cuba mencari helah kerana risau rancangannya diketahui Dato Hakimi.

"Syuha jangan nak pandai pandai jodohkan Airil tu dengan anak Datin Nora ya! ingat Airil tu dah kawin!"tegas Dato Hakimi yang boleh mengagak niat isterinya itu.

Mendengar suara tegas Dato Hakimi,Syuhada terus bangun dari baringnya.
"Kenapa tak boleh??.. Itu hak Airil la,abang sendiri pun kawin dua,kenapa Airil tak boleh!"jawab Syuhada Dato Hakimi pula dipersalahkan.

"Abang ni lain,Abang ada sebab! lagipun abang kawin dengan Syuha sebab sayang. Takde siapa pun paksa abang."

"Oohh abang nak cakap yang Syuha ni nak paksa Airil lah!! habis tu Airil kawin dengan Melur tu pun sebab terpaksa kan!! Syuha cuma nak diaorang berkenalan ja,kalau suka kawinlah..kalau tak suka tak perlu lah kawin!"tegas Syuhada.

"Astagfirullah hal Azim... Syuha Syuha! awak tak fikir ke apa perasaan Melur! abang tengok baik je Airil layan Melur tu!"

"Diaorang tu berpura pura je nak jaga hati bonda! lagi pun Airil tu takde perasaan pun pada Melur!"

Dato Hakimi hanya mampu menggelengkan kepala,bukan senang untuk menutup mulut Syuhada apabila bibirnya sudah mula berkata kata.

"Suka hati Syuha lah..abang tak nak campur urusan Syuha! tapi ingat jangan sampai bonda tahu hal ni! abang tak nak bonda naik angin."
Kata Dato Hakimi yang terpaksa akur akan kemahuan isterinya,sikap keras kepala isterinya itu bukan mudah dihalang.

Dirumah semidi dua tingkat itu,Airil dan Melur masih belum melelapkan mata,setelah penat berperang di ruang tamu mereka naik keatas dan merehatkan diri sambil berbual kosong dibilik Airil.

"Kau dah tidur ke.."bisik Airil ditelinga Melur,sambil memeluk erat tubuh kecil isterinya.

Melur mengelengkan kepalanya."Belum...Kenapa? awak lapar lagi ke.."kata Melur cuba menyakat Airil.

"Hah apa kau cakap?..aku tak dengar la!"soal Airil sambil mendekatkan cuping telinganya ke bibir Melur,berpura pura tidak mendengar pertanyaan Melur tadi.

Perlahan Melur mengalihkan tubuhnya berhadapan Airil,kini wajahnya sangat dekat dengan wajah tampan suaminya.
"Awak lapar lagi ke..."soalnya sekali lagi.

Pantas senyuman nakal terukir di bibir Airil."Kalau aku lapar kau sudi ke temankan aku makan."balas Airil yang masih mahukan layanan isterinya itu.

Perlahan Melur mengusap pipi Airil sambil mengukir senyuman manja lalu mengangguk tanda setuju...

Tanpa membuang masa lelaki berdarah Rusia itu terus menikmati hidangan didepan matanya,hidangan yang tidak pernah jemu menjadi santapannya....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience