Sayu sayu terdengar suara orang menangis,Perlahan Dato Hakimi bangun sambil menggosok kedua belah matanya,suiz lampu dimeja sisi ranjang ditekan.Dato Hakimi mengecilkan kelopak matanya merenung susuk tubuh seseorang yang sedang duduk disejadah.
Kelihatan Syuhada menangis teresak esak memohon ampun kepada yang maha esa atas segala perbuatan kejinya.Alhamdulillah dah betul betul insaf Syuhada.
Dato Hakimi tersenyum tetapi sebak pula hatinya melihat Syuhada.
Dato Hakimi melangkah turun dari katil dan menyapa Syuhada,sebelah bahu Syuhada ditepuk lembut.
"Syuha...
Pantas Syuhada menoleh ke belakang,tangan Dato Hakimi terus diraih.
"Abang ampunkan Syuha bang,ampunkan Syuha bang... Syuha betul betul nak berubah.Abang tolong la jangan buat Syuha macam ni lagi.Syuha sayang abang."
Dengan linangan air mata Syuhada sekali lagi memohon ampun dan maaf dari suaminya.
Hampir seminggu Dato Hakimi tidak pedulikan Syuhada selepas isterinya itu berterus terang dengannya tentang perkara sebenar yang berlaku.Disebabkan itulah kehidupan Syuhada dihantui rasa bersalah,puas Syuhada memujuk tetapi keras pula hati Dato Hakimi.
Sayu riak wajah Dato Hakimi merenung Syuhada.
"Dah sudah jangan menangis,Abang maafkan Syuha,abang ampunkan semua salah Syuha.Abang pun minta maaf layan Syuha macam tu. Sekarang ni kita tutup buku lama kita buka buku baru."
Kata Dato Hakimi kepada Syuhada,tubuh Syuhada dieluk erat,lega rasa hatinnya bila sudah berbaik dengan Syuhada.
"Terima kasih bang"
Jawab Syuhada dengan senyuman gembira belakang tangan Dato Hakimi dikucup.Hati Syuhada kini tenang apabila semua kejahatan yang terbuku dihatinya telah dia buang sejauh jauhnya.
Pukul 4 pagi Airil terbangun dari tidurnya,perutnya berbunyi minta diisi.
"Isshh lapar la pula"
Rungut Airil,wajah Melur ditenung seketika.
"Nyenyaknya tidur,kesian pula nak kejut."
Bisik Airil lalu perlahan Airil melangkah turun dari katil keluar dari bilik.
"Nak makan apa ni? maggi! roti! nasi!"
Berdirinya Airil di ruang dapur masih terfikir fikir apa yang mahu dimakannya.
"Hah Nasi lah,goreng telur tambah kicap sikit sedap juga."
Kuali diambil,minyak dituang sebiji telur dicapai Airil.
"Abang buat apa tu!"
"Eh sayang... abang nak goreng telur,lapar...kenapa sayang turun lapar juga ka."
Ujar Airil kepada Melur yang baru menjengah keruang dapur.Api dapur dibuka perlahan.
"Tak lapar...Melur terjaga abang tak ada Melur cari lah."
"Hai abang hilang sekejap pun dah rindu ka..."
"Mestilah rindu...bantal peluk Melur kan."
Kata Melur,laju kakinya melangkah menghampiri Airil.Belakang Airil dipeluk erat.
"Sayang... panas ni! nanti nanti la peluk."
Pantas Airil menegur apabila telur yang digoreng minyaknya mula meletik.
"Abang nak milo panas tak? Melur nak buatkan!"
"Boleh juga! thank you sayang."
Jawab Airil laju ja ciumannya melekat ke pipi Melur.
Dua mug berisi Milo panas dibawa keruang tamu lalu diletakkan diatas meja kopi,Melur pula melabuhkan punggungnya disebelah Airil.
"Abang bangun ni sebab lapar ka atau nak layan bola"
Tergur Melur dengan nada sindiran apabila bola mata Airil kusyuk menonton tv sambil menikmati nasi putih dan telur goreng.
"Lapar la! apa salahnya sambil menyelam minum air."
balas Airil,sekilas lalu wajah Melur dipandang.
"Sayang nak tak! abang suapkan"
Melur tidak menjawab,hanya kepalanya digelengkan.Milo panas dipegangngannya dihirup perlahan.
Usai makan dan minum Melur dan Airil masih lagi duduk diruang tamu,Airil masih mahu menonton siaran sukan kegemarannya.
Melur juga turut menemani Airil,tubuhnya berada didalam pelukan Airil.
"Abang,apa cerita Mira sekarang ni kan!"
Entah apa la yang difikirkan Melur soalan itu juga ditanya kepada Airil.
"Mira sekarang stay dengan Zaidan,Diaorang rujuk sebab Mira pregnant."
Jawab Airil bersahaja.
"Mana abang tahu?"
Pantas Melur bangun dari pelukan Airil.Wajah Airil ditenung dengan riak wajah tidak puas hati.
"Abang tahu la,Mira ada datang Ofis dia nak jumpa abang tapi abang tak ada,Malika la yang bagitau abang semua ni."
"Kenapa Mira nak jumpa abang?"
Soal Melur lagi,jelas sekali riak wajahnya cemburu.
"Dia datang nak minta kerja,tapi awal awal lagi Irfan dah reject dia."
Jawab Airil dengan tenang. bola matanya tidak memandang Melur.
"Bunyi macam simpati ja! kalau Mira jumpa abang,abang terima la."
"Dah nak bebal.. Melur yang tanya,abang jawab la.Kalau Mira jumpa abang,abang pun takkan terima la Mira kerja kat situ. Dah la sayang tak payah cakap lagi pasal Mira.Melur dah curi hati abang,tak ada sapa sapa yang boleh ambil...kecuali..
Ujar Airil cuba memujuk Melur.Wajah Melur direnung.
"Hah dah ada kecuali pula...."
Rungut Melur riak wajahnya berubah lagi.
"Kecuali anak anak kita ja yang boleh curi hati abang... Tapi separuh ja!"
Seloroh Airil sambil tertawa kecil lalu tubuh Melur ditarik kedalam dakapannya perut Melur diusap lembut.
"Eh abang! Tuan Irfan masih dengan perangai dulu ka... buaya darat!"
Sekali lagi Melur bertanya tentang orang didalam Syarikat Berjaya Holding.
"Sayang! Awak tu pregnant.Mulut tu suka suka ja mengata orang."
Pantas Airil menegur,pipi Melur dicubit lembut.
"Astagfirullah hal azim.. Sory la tak sengaja.Melur cuma nak tahu ja."
Ujar Melur sambil tersengeh sengeh.
"Irfan dah banyak berubah sekarang,dah tak banyak cerita hal perempuan tapi kat luar abang tak tahu la,abang dah jarang keluar dengan dia."
"Isma! Malika!... diaorang apa cerita."
Soal Melur lagi ingin tahu tentang rakan rakannya itu.Mungkin Melur mula merindui mereka setelah lama tidak berjumpa.
Airil menggelengkan kepala merenung wajah Melur.
"Sayang ni kenapa? rindu diaorang ka! nanti ikut abang pergi ofis jumpa diaorang,Melur tanya la sendiri ya.Sekarang ni jom kita naik atas,abang dah lapar."
Pantas Melur mendongak memandang wajah Airil.Dia sudah faham maksud kata kata Airil itu.
"Abang ni kan memang tak boleh berkepit dengan Melur,asal bersentuh ja....
Bebelan Melur terhenti apabila mulutnya ditekup Airil.
"Dah! jangan nak menjawab!"
Airil bangun dari duduknya lantas tubuh Melur dicempung,perlahan kakinya melangkah menaiki anak tangga sambil mengugkapkan kata kata mesra kepada Melur.
Selesai solat subuh bersama Airil,Melur mahu melelapkan matanya sebentar kerana penatnya melayan Airil masih terasa. Entah jenis apa pembawakan budak yang dibawa Airil kerap pula dia meminta layanan batin dari Melur.
"Abang,Melur nak tidur jap.nanti abang nak keluar pergi ofis kejutkan Melur ya."
Kata Melur kepada Airil.Dengan senyuman begitu tenang perlahan Melur menjatuhkan kepalanya ke atas bantal.Tetapi belum pun sempat tidurnya dibuai mimpi tiba tiba....
"Sayang bangun sayang! mama call.Orkid dah masuk wad."
Kelam kabut Melur bangun dari baringnya.
"Hah Orkid! tapi kan dia masih tak...
"Mama cakap Orkid jatuh dalam toilet."
"Ya Allah Orkid!"
"Sayang siap la,kita pergi hospital sekarang."
Laju kaki Melur melangkah kakinya turun dari katil,bersiapnya hanya ala kadar,hatinya betul betul gelisah memikirkan Orkid dan anak dalam kandungan.
Melur dan Airil bergegas pergi kehospital.Sepanjang perjalanan Melur tidak henti henti berdoa untuk Orkid.Air mata jatuh silih berganti.
Hampir 35 minit memandu mereka tiba di hospital.Kelihatan Ali duduk termenung dengan air mata yang masih tersisa,disisinya ada Syuhada dan Dato Hakimi yang memberi kata kata semangat untuk Ali.
Laju Airil menghampiri Ali,tubuh Ali dipeluk erat.Kata kata nasihat dibisikan.
Melur duduk disebelah Syuhada,Syuhada mula menceritakan apa yang berlaku kepada Melur.
Tidak lama kemudian Ibu Hanim pula tiba,pelukan diberi kepada Melur dan Syuhada.Mereka menunggu didepan dewan bilik bedah dengan penuh debaran. Doa dipanjatkan tanpa henti.
Setelah lama menunggu daun pintu bilik dewan bedah dibuka.Nama Ali dipanggil.
"Tahniah Cik Ali baby boy! Alhamdulillah ibu dan anak selamat.Cuma sekarang Orkid masih belum sedar dan baby kami perlu tahan di wad NICU."
Bersujud Syukur Ali mendengar khabar gembira dari Doktor Asfa.Dato Hakimi dan Airil mengusap lembut belakang Ali.
Melur,Syuhada dan Ibu Hanim berpelukan sesama mereka,ucapan syukur diucapkan.
"Betul ka baby boy! hari tu korang sibuk sangat carikan nama anak perempuan."
Soal Syuhada kepada Ali.
"Iya ma,anak lelaki. Last kita orang pergi scan baru tahu baby boy.Orkid saja nak berahsia. Nak suprise katanya."
"haihh macam macam lah korang ni nak berahsia pula.Dah ada nama?"
"Dah mama."
Jawab Ali sambil tersenyum.
"Sayang."
Lemah lembut Ali memanggil Orkid.
"Ali,mama semua ada."
Ujar Orkid yang baru tersedar,kelopak matanya dibuka kecil.Perlahan Orkid bangun dari baringnya,Ali dan Syuhada turut membantu.Sakit bawah perutnya mula terasa.
"Ali anak kita mana?"
Soal Orkid lemah suaranya.
"Anak kita ada di NICU sebab pramatang,nanti kau dah sihat sikit aku bawa kau pergi tengok,Kau jangan risau anak kita sihat."
Tabah hati Orkid menerima khabar tentang anaknya.Air mata mula jatuh,sebak hatinya kerana belum dapat melihat wajah putra yang dikandungnya.
Setelah Orkid sedar mereka tidak menunggu lama di hospital,hanya Ali sahaja yang bermalam dibilik itu untuk menemani Orkid.
Hari demi hari,bulan demi bulan telah pun berlalu kini tiba masanya Airil pula menanti Melur didepan dewan bilik bedah dengan penuh debaran.
Dato Hakimi,Syuhada,Ali dan Ibu Hanim sentiasa ada disisi,kata kata semangat diberi.Selepas lama menunggu Doktor Naila keluar membawa khabar gembira.Dua orang puteri Airil telah selamat lahir kedunia,Melur juga berada didalam keadaan baik.
Selepas beberapa hari Melur tinggal dihospital dia sudah pun boleh pulang bersama dua orang puterinya.Rumah Dato Hakimi menjadi tempat untuk Melur berpantang.
"Sayang.. kenapa menangis ni?"
Soal Airil apabila melihat mata dan hidung Melur bertukar merah.
"Melur sakit la... tapi kesian baby nak susu,Melur dah pam tapi susu tak banyak pun keluar."
Jawab Melur sayu wajahnya,belakang tangannya mengesat air mata yang mengalir.
"Tak apa sayang... abang dah bagi susu formula tadi,nyenyak ja diaorang tu tidur.Melur jangan fikir sangat,tak salah pun.Melur dah usahakan tapi susu yang keluar tak banyak.Dah jangan nangis."
Kata Airil untuk menenangkan Melur.Bahu Melur dipeluk.Kesian pula Airil melihat Melur.Hampir sebulan Melur berusaha mengeluarkan susu badannya sehingga sakit kedua aset dadanya.Namun bukan rezeki Melur mampu menyusukan kedua puterinya dengan susu sendiri.
Sungguh gembira Ali mendukung anaknya kehulu kehilir melepaskan rindu selama beberapa hari tidak berjumpa dengan puteranya Adam Mikail.
"Tengok tu Adam mummy merajuk.. daddy tak nak dukung mummy."
Tertawa kecil Ali melihat wajah monyok Orkid.Sengaja dia mahu menyakat Orkid.Sebelum Adam Mikail lahir Orkid lah yang diangkatnya,peluk dan cium tidak pernah lekang.Tetapi hari ini sengaja Ali mengabaikannya untuk mengusik Orkid.
"Dukung lah anak kau tu! cium lah puas puas.. nanti malam kau jangan nak kacau aku."
Orkid mula membebel garang suaranya.Dato Hakimi dan Syuhada yang ada disebelahnya tidak dia pedulikan.
Bulat mata Ali memandang Orkid.Mulut isterinya itu kalau dah bercakap memang tak boleh dikawal.Mujur kedua mertuanya sudah masak dengan perangai Orkid.
"Adam mari sini opah pula nak dukung,biar mummy peluk daddy kamu tu puas puas."
Seloroh Syuhada sengaja menyakat Orkid.Cucunya Adam diraih dari Ali.
"Hah Ali pergi la peluk isteri kau tu! biar papa dengan mama jaga Adam."
Kini giliran Dato Hakimi pula mengusik menantunya itu.Adam dibawa bersama mereka meninggalkan ruang tamu.
"Jom!"
"Jom nak pergi mana?"
"Naik atas la masuk bilik! kata nak dukung,nak peluk,nak cium hah jom lah."
Bertaut kening Orkid merenung geram wajah Ali.
"Kau ni kan saja nak cari pasal... saja nak menyakat aku.,jom makan aku dah lapar tunggu kau nak makan sekali."
Balas Orkid,suaranya berubah manja.
"Ya ka kau tunggu aku! ala kesiannya lapar ya!jom jom kita makan."
Ali memeluk belakang Orkid berjalan ke ruang makan.Itulah dia jodoh pilihan opah,Ali dan Orkid perkahwinan yang dijanjikan hanyalah setahun terbatal apa bila cinta mula disemai dan benih mula terhasil.
Begitu pantas masa berlalu kini usia kedua puteri Airil dan Melur sudah pun setahun.
Airil duduk termenung dibirai katil wajah kedua puterinya Lilly dan Imani direnung...Sungguh comel wajah bayi kembar seiras itu kulitnya putih,hidungnya tinggi,bibir merah bak delima,rona rambut perang hampir seiras dengan wajah arwah adiknya Lilly Imani.
Lahirnya mereka berdua adalah hadiah istimewa untuk Syuhada,Puteri Lilly dan Puteri Imani nama pilihan Melur sebagai pengubat rindu Syuhada kepada anaknya.
Tiba tiba bola mata Airil menitiskan air jernih,entah kenapa perjalanan kisah hidupnya bersama Melur bermain di kotak fikirannya.
Melur jodoh pilihan opah,isteri yang dibenci Airil kerana dendam,isteri yang tak ingin Airil akui,isteri yang Airil jadikan tukang cuci,isteri yang diabaikan,isteri yang bakal diceraikan selepas setahun berkahwin....kini semuanya telah berubah, Melur isteri yang sangat Airil cintai,Melur menjadi penghuni dihati Airil.Bila cinta mula hadir,semua dendam terhapus dengan sendiri bila cinta masih ada kemaafan diterima dengan hati yang terbuka.
"Abang,anak anak tidur lagi ka?"
Tersentak bahu Airil,lamunanya terhenti pantas air matanya dikesat.Melur tiba tiba masuk kebilik.
"Ya sayang."
"Laa tidur lagi anak anak ibu ni.Lama diaorang tunggu kat bawah tu nak bergambar."
Rungut Melur,kedua wajah anaknya ditenung.
"Sayang."
Kedua tangan Melur digengam Airil.
"Abang nangis?"
Soal Melur dengan riak wajah hairan.Ada air mata yang tersisa dibawah mata Airil.
"Tak la,mata abang masuk habuk.Melur dengar sini abang nak cakap."
Seketika Melur merenung Airil,bertaut keningnya hairan menanti apa yang Airil ingin katakan.
"Abang nak ucap terima kasih kerana Melur banyak bersabar dengan sikap abang.Melur sudi maafkan abang walaupun abang pernah sakitkan hati Melur,kejam dengan Melur.Abang minta maaf sayang... Terima kasih dah lahirkan anak anak abang...Abang sayang Melur,terlalu sayang....
"Abang ni kenapa? demam? tiba tiba cakap macam ni.Perkara dah lepas,dah banyak kali abang minta maaf dengan Melur.Melur pun dah tak ingat semua tu. Sekarang ni kita kena kuat,perkahwinan kita ni baru fasa pertama ada bermacam lagi ujian yang bakal kita tempuhi."
"Betul sayang... Abang harap kita sama sama kuat untuk hadapi semua dugaan dan cabaran.,kita jaga rumah tangga kita sampai akhir hayat kita."
Ujar Airil bersetuju apa yang dikatakan Melur.Perkahwinan adalah hubungan cinta halal,hubungan diranjang adalah hiburan yang diperlukan dalam sebuah perkahwinan.Hiburan yang ada kesan sampingannya.kesan sampingan itulah yang dimahukan oleh suami dan isteri dan kesan sampingan itu adalah tanggungjawab besar dalam sebuah rumah tangga.
Seketika bola mata Airil dan Melur bepandangan.Kini bibir Melur dan Airil yang jauh semakin dekat... dan semakin dekat dan hampir bertaut.... tiba tiba...
Ada suara bayi yang menganggu Airil dan Melur.
Lilly dan Imani sudah pun terjaga dari tidur,tak dapat lah papanya itu menikmati bibir ibunya...
Share this novel