BAB 34

Romance Series 113195

'plak'

'plak'

'plak'

"sayang. " suara Ilyas lembut menegur aku sekali gus memecahkan kesunyian di ruang tamu. tangan aku yang sedang sibuk memicit bubble wrap di hadapan mata terhenti. seketika kemudian aku kembali termenung sambil memicit satu persatu biji yamg timbul.

puas rasa hati bila mendengar letupan setiap kali aku memicitnya. Ilyas mengalihkan tangan aku. tidak lama selepas dia alihkan tangan aku dari menyentuh bubble wrap. aku kembali memicit.

"sayang, jangan picit picit! " tegur Ilyas lagi sedikit keras. aku mengangkat tangan.

"sorry sorry. " ucap aku sambil. mengusap usap bubble wrap. baru berapa minit dia menegur aku buat lagi.

"sorry sorry, tapi buat lagi" ujarnya geram.. gulungan bubble wrap dia ambil dan bawa jauh dari aku..sempat dia mengetuk hujung kepala aku dengan gulungan itu sebelum di letakkan di sebelahnya. aku gelak sambil membetulkan kembali rambut aku.

mana tidak marahnya, bubbble wrap itu baru saja di beli 5meter. dapat ke aku. di picit picitnya. benda itu mahu dibuat balut barang yang akan dipos kepada orang orangnya. bukan untuk aku melepaskan bosan.

"gatal betul tangan. " gumamnya geram. aku gelak. masalahnya aku bosan menghadap baramg niaganya yang tidak surut surut. baru habis semalam pagi tadi datang lagi yang baru. sudah lah jadual aku hari ini kosong. tiada photoshoot yang perlu aku kejarkan. ada suami di rumah pula sibuk memanjang..baik pergi kerja. nanti petang pergi sekolah pula. termenung lagi aku nampaknya..

menteri kanan kerajaan pun tak sibuk macam ni!

"yas, lama lagi ke? " soal aku yang sudah baring terlentang di tengah ruang tamu. Ilyas tergelak

bosan!

"sikit lagi. " aku mengeluh mendengar jawapannya. penat terlentang aku meniarap pula. dagu aku lekat di belakang tapak tangan.

"dak ke belum? " dua minit kemudian aku bertanya lagi. tetapi soalan aku hanya di jawab dengan tawa kecil.

yang menjadi semakin bosan ialah Ilyas bukan seorang yang boleh bercakap sambil buat kerja. dia boleh buat bermacam macam kerja dalam satu masa. bila nak bercakap secara automatik gerak tangannya terhenti.

aku bernyanyi kecil. tidak cukup dengan lagu siti Nurhaliza yang mencabar vokal sehingga lagu didi and friends. Ilyas masih belum siap buat kerja bungkus membungkusnya..

"dah siap. jom," entah bila masanya dia datang. tiba tiba sudah berdiri di sebelah aku sambil tangan kiri bercekak pinggang tangan kanan pula di hulur pada aku.

"pergi mana? " soal aku ragu ragu. huluran tanganya langsung tidak bersambut. ustaz ni nama je ustaz. tapi kepala dia bukan betul sangat. lihat pada senyumannya lagi lah aku was was.

"yas nak ajak pergi belanja barang basah, tapi Azwar macam nak benda lain je. " jawabnya sambil menjungkit kening berberapa kali. tanpa membalas dan tanpa menyambut hulurannya terua aku bangun dan berlari laju menuju ke bilik. siap untuk keluar. pintu juga tidak terlupa untuk aku kunci dari dalam.

------

"boleh berfikir ke kalau bising bising macam ni? " tegur Ilyas yang baru sahaja melangkah masuk. ke dapur. tangan aku berhenti dari terus terusan mengentuk meja. mata aku mencerlung memandang wajahnya yang sudah melabuhkan duduk berhadapan dengan aku.

"ini namanya komunikasi alam. dah tu tanya manusia pun tak membantu." sindir aku geram, setiap kali tanya mahu makan apa jawapan mudah diberinya. apa saja yang senang.

tahukah beliau, yang paling senang ialah tidak perlu memasak?

Ilyas mencebik.

"buat menu yang tak perlu duduk menghadap. yang boleh makan sambil buat kerja."

"contoh?"

"jemput jemput."cadangnya bersahaja. aku memetik jari dan bangun dari duduk bersedia untuk mengambil tepung dari dalam laci.

"nak ke? " soal aku saja saja.

"tak nak. " jawapan tegaknya membuatkan aku kembali memusingkan badannya memandangnya. aku bercekak pinggang.

"dah tu yang suruh buat jemput jemput buat apa?" soal aku geram. lagi bertambah panas hati aku apabila melihat wajahnya yang tidak berperasaan. dah macam Ilyas zaman bujang versi suami orang.

"tak suruh buat pun, tadikan minta contoh. orang bagilah contoh." aku mendengus.

"jadi nak makan apa ni? " soal aku sebal. perangai Ilyas sejak dari pagi tadi menjengkelkan sungguh. habis karekter zaman bujang di keluar sungguh sungguh.

"bolognese. " tengok tu, sepatah sepatah. jawab penuh penuh tak boleh?

spegetti bolognese!

atau aku yang datang bulan sehingga suami aku buat pelek sikit aku dah rasa nak hempuk semua benda atas kepala dia..

"masak lah sendiri." gumam aku seakan merajuk. banyak sangat songeh. itu makan dia. malam malam buta minta spegetti. boleh tahan juga lidah pak ustaz ni. nak cakap mak bapak ada kacukan australia. tiada

dua dua jawa pior. dapat ke anak, lidah mat saleh.

"tak ada pula yas suruh sayang masak." mendidih lubang telinga aku. dengan bersahajanya Ilyas bangun dari duduknya lalu mencapai sebiji bawang dan tiga ulas bawang putih kemudian di bawa kesingki.

"serius b? " mencerlung mata aku, bibir aku tersungging senyum sinis. dia mengangguk yakin. kakinya menapak ke arah peti ais untuk mengambil beberapa batang cili thai.

"tak sakit kepala ke dongak macam tu? " dari soalanya seperti mahu mengusik.. tetapi melihatkan muka tegaknya. aku jadi was was. memerlikah? mengusikkah?

ah, Ilyas ni!

aku malas mahu membalas lebih lebih, aku yang sekarang tidak selantang dahulu. jika dulu aku boleh mematahkan setiap katanya, walaupun
diakhirnya aku yang terdiam. sekarang modal aku lebih kepada air mata. berani betul dia tumpahkan air mata aku lagi dan lagi. kata ustaz, belajar luar negara, ilmu import dari yaman. takkan lah tak tahu hukum?

aku sekadar memerhati Ilyas yang lincah mencapai kuali, sedikit minyak di letakkan ke dalam kuali. setelah minyak agak panas. bawang bawang yang sudah di potong dadu ditumis. tidak dilupakan cili thai juga di masuk sekali. aku mengerut dahi.

ada ke western letak cili thai ni?

"cili ni untuk melayukan rasa dia." ujarnya tiba tiba. seakan menjawab soalan yang terangka di kepala aku. aku menelan liur pantas mengalihkan wajah dari terus memerhatinya.

"tak tanya punya. " gumam aku sambil mencebik.

"bagi tahu je.. kut kut lah esok tanya. yas bagi jawapan siap siap." balasnya sambil memasukkan daging hancur kedalam kuali setelah daging sudah masak, setengah tin sos bolognese dituang..kemudian diperasakan dengan sedikit gula dan garam. api ditutup setelah kuah mendidih. siap. kosong ye kuah dia! tidak. mengapalah. cuma ada sesuatu yang aku rasa kurang.

"nak makan dengan apa ni? nasi? " soal aku apabila terperasan dapur gas sebelah kuali kosong.. bermakna mi spegetti belum di rebus. pendek kata. belum pun di keluarkan dari dalam laci simpanan makanan kering

"nak buat la ni.." balasnya perlahan. aku kembali duduk di kerusi setelah penat berdiri. Ilyas turut melabuhkan duduknya di sebelah aku. aku mengeluh buat ke sekian kali.

aku tidak tahu apa punca aku mengeluh aku cuma tiada mood. aku juga tidak tahu apa yang diri aku perlukan. dengab Ilyas yang tiba tiba berperangai pelik, lagi membuatkan aku merasa jengkel dengan perkara sekeliling aku.

"yas. " badan aku palingkan ke arahnya. tak jadi mahu merajuk lama lama. Ilyas sekadar menjugkit kening menjawab panggilan aku.

"jom buat tik tok." laju kepalanya menoleh. terkejut? mungkin kut.

"dah kenapa dengan budak ni? " soalnya dengan dahi berkerut seribu. dia menggeleng perlahan dan terus bangun dari duduknya. malas mahu melayan ajakan aku yang entah apa apa.

aku ajak buat tiktok je. bukan ajak menari tiktok. tak sama kan? ingat semua benda dalam tiktok tu mengarut

aku mengekori langkah Ilyas bersama sepinggan spagetti menuju ke arah bilik kerja. nampaknya idea aku mencurah curah malam ini untuk memulis. laptop yang sudah sedia terbuka aku hampiri. malam ini Ilyas juga akan ada kelas tajwid bersama sama rakan niaganya.

tanpa membuang masa, perut yang lapar juga sudah berdendang sayang, laju tangan aku aku menggulug spegetti ke.garpu sebelum di masukkan ke dalam mulut. baru saja spegetti itu cecah ke lidah segumpal spagetti tadi kembali masuk ke dalam pinggan. lidah aku terjelir kepanasan..

Ilyas yang sudah mula buat penerangan tentang ilmu tajwid mengemam bibir menahan tawa.

"panas lagi lahh, sabar lah sikit." tegurnya bersama seplastik tisu di baling tepat kemuka aku.

kurang asam!

aku tidak mengendahkan tegurannya dan spegetti yang sudah tergulung kemas di garpu aku masukkan ke dalam mulut. sambil aku mengunyah sambil aku mengipas mulut aku yang kepanasan.

"hanas, hanass. " cukup tangan mengipas.. badan aku juga terlompat lompat di kerusi. ini semua gara gara Ilyas yang sibuk memanaskan kembali kuah bolognese sebelum di curah ke atas spegetti. Ilyas tidak dapat meneruskan kata katanya akibat menahan tawanya dari terus meletus.

"please sayang." pintanya perlahan dengan oandangan mata helang yang membuatkan aku meneguk liur. tapak tangan kiri dan kanan aku rapatkan tanda memohan maaf. maka terpaksa lah aku menggaul spegetti dalam pinggan ini sehingga sedikit sejuk sebelum masuk ke dalam mulut.

karang dia starlight atas dahi aku, apa pun tak boleh!

"hukum belajar tajwid fardhu kifayah, jadi bila mana dalam satu keluarga kita sudah ada yang dah tahu tentang ilmu tajwid. maka kita kira dah terlepas satu tanggungjawab. tetapi, baca al quran dengan bertajwid, hukumnya fardhu Ain. kita nak baca al quran, kita nak belajar mengaji maka secara tidak langsungnnya, belajar tajwid dah jadi satu kewajipan. da faham? "

"faham. " jawab mereka serentak. terasa seperti zaman sekolah rendah. bila cikgu tanya faham, semua jawab faham.

hakikatnya.....

aku leka dengan spegetti di hadapan aku, sambil memasang telinga mendengar setiap penerangan yang diberikan Ilyas. idea aku yang tadi mencurah curah bagai air terjun sudah hilang di bawa pergi.

sedap juga makanan western yang sudah di derhakakan menjadi makanan melayu. terasa pedas cili, gula yang dimasukkan tadi juga tidak menjadikan kuah tadi terlalu masam.walaupun lihat dari zahir, bolognese buatan Ilyas ini hambar, kosong. tapi sekali dah makan, memang tidak angkat kepala.

jika di ikutkan resepi asal, memang tidak lalu ke tekak aku. kerana aku lidah jawa asli. sejak aku bernikah dengan Ilyas ini lah baru aku kerap makan makanan barat. jadi spegetti bologness sudah menjadi senarai makanan pilihan aku bila tiada idea untuk memasak. tapi bukan aku lah yang masak.

aku nak masak benda begini, silap silap jadi asam pedas nanti!

------

dari rumah aku sudah mendengar riuh rendah dari rumah mama.setiap saudara yang berada di dapur aku salam sebaik sahaja memunculkan diri selepas menyiapkan kelengkapan Ilyas untuk ke sekolah.

boleh pula hari ini menjadi kelam kabut apabila Ilyas terpaksa mengganti syif seorang imam zohor yang ada kecemasan. dengan mama yang mahu membuat tahlil dan aqiqah untuk cucunya. tidak ramai tetamu dijemput hanya jiran jiran dan saudara mara.

"sihat Azwar?" sapa mak usu sekadar berbasa basi.

"alhamdulillah..sihat." jawab aku sopan.. mata aku terpandangkan sayur sayur yang masih belum di potong atas meja.pantas tangan aku mengambil pisau dan papan pemotong sebelum memulakan kerja.

"Azwar dah berapa lama kahwin? " soal satu suara milik mak andak yang turut bersama aku memotong bahan bahan yang akan dibuat masak sebentar lagi. tangan aku yang lincah terhenti. aku jadi tidak senang duduk mendengar soalan yang baru meluncur dari bibir mak andak.

aku cuba untuk tersenyum.

"6 bulan ada kut. " jawab aku perlahan. lalu kembali menyambung kerja aku yang terhenti.

"tak ada isi lagi ke? " soalan yang paling aku takuti akhirnya terluncur juga. aku menelan liur. senyuman manis cuba aku ukirkan. aku sekadar menggeleng perlahan..

"rancang ke? " soal mak uteh pula.

"tak lah. " jawab aku pendek. malas mahu memanjangkan cerita. kalah aku cakap paniang panjang pun tetap juga mereka akan pertikaikan.

"sementara masih muda ni, mengandung je. tak perlu takut takut. kalau dah merancang. nanti bila dah sedia nak mengandung Allah terus tak beri.. takkan lah nak tunggu dah tua baru nak beranak pinak. laki kamu tak ada tanya tanya ke? " aku menggeleng.

gelengan untuk semua yang diperkata oleh mak uteh tadi. aku tak merancang. akiu tidak pernah terfikir langsung untuk mengambil peracang. dan selama 6 bulan aku mendirikan rumah tangga tidak pernah sekali pun Ilyas suarakan tentang anak.

hati aku sudah lenyap rasa gembira berjumpa dengan saudara mara. aku sudah rasa mahu balik saja sekarang.

"dik tolong kejap sini. " laung mama dari ruang tamu. aku menghela nafas lega.

terima kasih Allah!

------

aku merebahkan badan di atas katil melepaskan lelah, aku terlalu letih hari ini.bukan letih kerana terlalu banyak kerja. penat kerana melawan emosi. penat mendengar soalan soalan yang tidak habis habis tanya tentang anak. di tambah pula cerita tentang kehamilan beberapa orang yang entah siapa siapa, sudah bunting pelamin.

tak. logik betul kaitkan aku dengan orang yang aku tidak kenal.

telinga aku menangkap bunyi tolakan pintu dari luar, tetapi tidak aku endahkan. aku sudah terlalu letih.

"kenapa tak kunci pintu? " soalan dari satu suara yang amat sebati dengan akiu menyapa telinga. baru lah aku menoleh. Ilyas yang baru pulang dari masjid sudah merebahkan badannya di sebelah aku.

"orang tengah ramai dekat luar kenapaa sayang kat dalam bilik?" soalan itu membuatkan aku mengeluh berkali kali.

"nanti lah, penat." jawab aku acuh tidak acuh.

"sayang okay tak ni?" soalnya..dapat aku rasakan dia menoleh kearah aku .mata aku memaku ke siling.. aku mengangguk perlahan dan terus bangun dari katil.. sebelum aku tewas dengan suara Ilyas yang seakan memujuk lebih baik aku bersiap.

aku sudah nekad tidak mahu menjaxi sensetif untuk soalan soalan berkaitan anak. sudah aku pasakan dalam hati, tiada apa yang perlu aku risaukan. aku bukan tidak pernah mengandung. cuma rezeki untuk memiliki cahaya mara sendiri belum memihak kepada aku.

"ye ke okay? " aku menelan liur. Ilyas yang sudah berada di belakang aku, aku pandang melalui pantulan cermin di hadapan. aku mengangguk lagi.

aku tidak mamph menjawab dengan suara. aku yakin jika aku menjawab bukan saja suara yang keluar malah air mata turut mengalir laju menuruni pipi.

"yas kenal istsri yas tak ada lah lama mana. tapi kalau setakat muka macam ni, orang tanya mengelak elak nak jawab. yas tak rasa sayang okay. tak nak cerita apa apa ke pada yas? " serentak dengan itu air mata aku mengalir laju. benteng yang aku bina dari tengahari tadi roboh sekelip mata.

Ilyas memusingkan badan aku kemudian ditarik aku masuk ke dalam pelukannya.belakang badan aku di tepuk perlahan.

"air mata bukan tanda kita lemah.bukan tanda kita putus asa. Allah jadikan air mata untuk membasuh luka.jika itu yang membuatkan jiwa kita tenang menangis saja. tak perlu tahan.. " aku mendongak memandangnya dengan mata merah.bibir aku gigit kuat supaya air mata aku tidak tumpah lagi.

"ada apa apa yang yas tak tahu ke?" soalnya lagi.languang tidak putus asa mahu mengorek. dahi aki dikucup lembut. aku mengembungkan pipi. berfikir mahu cerita kepadanya atau tidak..

"yas nak baby ?" soal aku. aku kembali memusing badan menghadap cermin. tiada apa pun yang mahu dibetulkan. tudung juga aku hanya menggunakan tudung sarung mama.

"nak." aku meneguk liur. jiwa aku yang sudah tenang kembali tidak tenteram.

"kenaoa yas tak pernah persoalkan? " soal aku lemah. aku berjalan melepasinnya yang masih berdiri utuh di belakang aku. lalu melabuhkan duduk di birai katil. ilyas menarik kerusi meja solek supaya dekat dengan aku sebelum dia duduk di kerusi itu.

"sebab kita manusia.. kemampuan kita setakat usaha, tawakal. selebihnya kerja Allah.takkan yas nak ambil alih pula. nanti orang cakap yas sesat pula." jawabnya bersahaja.mencerlung mata aku memandangnya..

"siapa je yang dah kahwin tak nak anak? kalau ada pun mungkin 10%. selebihnya, semua mahukan anak dalam perkahwinan. tapi kita ni manusia. makhluk. sekuat mana pun keinginan kita. habis tinggi kita boleh buat pun, tawakal. siapa tanya ni? "

aku termenung, kepala aku gelengkan. terlalu ramai yang bertanya.

"tapi takkan sikit pun yas tak pernah berharap? kita dah kahwin hampir 6 bulan kut. bukan baru 6 minggu."

"tapi masan kita baru 6 minggu nikah kan Sayang dah pregnant." aku memutar bebola mata. itu pun di kira juga ke? ilyas senyum.

"tipu kalau yas tak pernah berharap. tapi yas tak kisah, sumpah yas tak kisah. bulan ni tak lekat. bhlan depan kan ada." senyuman nakalnya aku endahkan..

"yas rasa hambar ke kita hidup berdua je? " mengecil matanya mendengarkan soalan aku yang satu ini.

"hambar yang macam mana? Allah tak janji pun pasangan yang berkahwin akan ada anak. jadi anak bukan tiket sesebuah hubungan itu untuk bahagia. berapa ramai pasangan hari ini yang tiada anak tapi mampu bahagia sampai akhir hayat. mereka lagi lah. kahwin berpuluh tahun. hadapnkata sinis orang. ada juga orang anak berderet, tapi mengadu dekat krt." berdekah aku ketawa. tiba tiba masuk krt ni dah kenapa?

mana dia tahu page tu?

"bahagia adalah tentang kita.. anak hanya penambah perisa. kita yang cipta bahagia. yas aim Azwar bukan semata mata nak jadikan ibu pada anak anak. tapi untuk jadikan pendamping yas, untuk jadikan penguat semangat. untuk jadikan seorang wanita yang yas boleh sayang lebih dari seorang adik, lebih dari seorang kawan. andai kata kena hidup berdua sampai Allah ambil salah seorang dari kita pun yas tak kisah. yas lebih perlukan Isteri untuk teman yas.." mata aku menatap dalam anak matanya yang juga sedang mrmandang aku. sebuah senyuman aku ukirkan apabila senyuman manis terukir indah di bibirnya.

lekuk lesung pipitnya aku cucuk dengan jari telunjuk. lebar senyumannya, tangan aku sudah ditangkap masuk kedalam genggamannya.

"dah okay? " soalnya lembut. aku mengangguk.

"okay jom. " tangan aku ditarik supaya bangun dari duduk. sebuah kucupan aku hadiahkan di pipinya. lelaki kedua selepas baba yang Allah hantar untuk melindungi diri aku menenangkan jiwa aku. dengan lelaki ini juga aku memahami makna cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience