BAB 16

Romance Completed 113574

ELMAN Harith bin Khairul Bakhtiar. Lelaki yang namanya terukir di hatiku tetapi sampai sekarang aku masih ragu-ragu mahu memperkenalkan dia kepada umi.

Bukan umi tidak pernah tanya, tetapi setiap kali itu juga aku lencongkan topik kami ke arah lain. Entahlah. Aku sendiri keliru. Apa benar hati ini betul-betul serius dengan Elman atau tidak?

Telefon ku campak ke sebelah. Mesej dari Elman tadi menambahkan lagi keraguan.

Elman selalu begitu. Kerja lebih penting. Tidak habis-habis dia bersembunyi di sebalik alasan kerja. Aku penat mencuba untuk memahami tetapi takkanlah Elman tidak boleh faham aku?

Sejak memulakan latihan, kami langsung tiada masa untuk bertemu empat mata. Aku akui Elman memang tidak pernah lupa pada aku. Setiap malam Elman akan hubungi dan kami akan berbual sampai pagi. Tetapi hati yang satu ini seakan tidak mahu berkompromi. Aku mahu keadaan kami seperti ketika di universiti.

Elman sentiasa ada untuk aku dan aku boleh selalu lihat wajahnya bila-bila aku mahu. Bukan seperti sekarang. Terpisah berbatu jauhnya. Dengan tugas masing-masing menjadi penghalang.

'Sorry Sayang. Elman janji cuti nanti kita keluar. -Elman'

Haih... Janji lagi!

Tetapi tepatinya tidak pun. Aku yang terlalu mementingkan diri atau Elman yang seperti tidak kisah?

Panggilan Auni dari katil membuat aku berpaling menghadapnya.

"Jadi tak malam ini nak enjoy?" soal Auni. Aku menjungkit bahu.

Sudah hilang semangat aku mahu keluar bila Elman membatalkan temu janji kami.

Sepatutnya Elman akan sertai kami bertiga sekali. Sudah lama aku nyatakan hasrat mahu dia teman aku makan menu istimewa sempena hari krismas di restoran viral itu tapi inilah yang jadi. Elman dengan mudah membatalkannya.

Aku beritahu kepada Auni bahawa kemungkinan aku, dia dan Hanis saja. Elman tidak dapat turut serta kerana kekangan kerja.

Auni mengangguk memahami keadaan aku dan Elman. Dia juga tidak bertanya banyak.

"Kau ajaklah Abang Ben sekali. Tak seronoklah kalau tak ramai. 3 orang nanti seorang tersisih," cadang Auni.

Badanku terus duduk menegak dari berbaring.

Betul juga cadangan Auni. Kalau Elman tak boleh pergi, baik ganti dengan Abang Ben saja. Lagipun abang bukan jauh sangat. Di Kuala Lumpur juga duduknya.

"Hanis okay ke kalau Abang Ben ikut?" Aku bertanya sebelum jari mendail nombor telefon abang.

Auni mengangguk laju.

"Mana kau tahu dia okay? Dia mana kenal abang aku. Nanti kalau dia rasa kekok macam mana?"

Auni... Pandai-pandai aje. Aku suruh dia tanya Hanis, bukan buat keputusan untuk Hanis. Alahai....

"Dia mesti okay punya. Lainlah kalau tak hensem."

Alasan Auni tak boleh percaya betul. Lantaklah! Kalau kau orang malu-malu kucing nanti, siap!

Telefon aku bawa ke telinga, menunggu orang di sana menjawab panggilan.

"Hello, Abang!" sapaku sebaik sahaja aku mendengar suaranya di hujung talian.

Baru bangun tidur ke apa ni. Tak bersemangat langsung dia menjawab. Asyik 'hm...' aje.

"Abang sibuk ke?"

Abang Ben 'hm..' lagi. Sibuklah tu. Bukan rezeki Auni dengan Hanis lah gayanya ini nak melepak dengan Abang Ben.

"Ala... Tak apalah. Izza baru nak ajak abang keluar makan sekali. Abang pergilah sambung buat kerja."

Tangan memberi isyarat kepada Auni yang Abang Ben tidak dapat ikut juga. Auni mengeluh. Mungkin dari perbualan aku saja dia sudah tahu, bila aku beri isyarat dia semakin yakin dengan telahannya.

"Kenapalah semua mamat hensem tak nak keluar dengan kita ni!" jerit Auni selepas aku mematikan panggilan.

Terbahak-bahak ketawaku melihat perangai si Auni. Kau sudah patut cari boifren sendiri lah, Auni!

•••

MATA kami bertiga terkebil-kebil memandang susuk yang sedang berdiri tegak dengan cermin mata gelapnya. Bibir merah pucat itu tersenyum.

Auni dan Hanis menundukkan wajah. Malu bila pandang Abang Ben lama-lama.

"Abang... Buat apa dekat sini?" Aku pandang kiri kanan dan belakangnya. Mana tahu dia datang dengan orang lain.

Macam tak percaya. Baru tadi abang kata dia sibuk, tiba-tiba dah terpacak saja dia di sini.

"Za kata Za nak abang datang."

Auni dan Hanis mendengar, langsung tidak ada tanda-tanda mereka mahu mencelah. Abang Ben menarik kerusi di sebelah aku lalu duduk.

"Memanglah. Tapi tadi abang kata abang sibuk."

Cermin matanya aku tarik, lipat dan letak atas meja. Dalam mall pun nak bercermin mata gelap. Parah betul penyakit abang ni....

Dia sibuk-sibuk pun, penampilan tetap kemas. Bau cologne di tubuhnya semerbak menusuk ke lubang hidung kami. Kalah aku.

"Memanglah. Tapi tu sebelum Izza kata Izza nak abang datang. Sekarang tak sibuk dah."

Boleh pula macam itu? Senang betul. Kalau macam ini, setiap kali aku minta dia datang, dia terus jadi tak sibuklah ya? Baik berhenti kerja terus kalau begitu.

Auni memandang aku penuh makna. Bibirnya tersenyum senget sedikit dengan kening terangkat-angkat. Hanis pula cuci mata. Perangai Auni sudah melekat pada dia.

"Order lah. Izza nak makan apa?" Matanya terpaku pada papan menu di atas kaunter.

Auni dan Hanis teruja. Bermacam-macam set makanan mereka pesan. Tak habis, siaplah!

"Izza makan kongsi-kongsi ajelah. Auni dan Hanis dah pesan banyak," Putusku.

"Izza kongsi dengan abang kalau macam itu," saran Abang Ben. Aku setuju saja.

Bukan tak biasa berkongsi makanan dengannya. Auni dan Hanis pandang kami dengan pandangan yang sukar ditafsir pula.

Bip.

Mesej dari Elman aku biar tidak berbalas. Malas. Dah mungkir janji!

Abang Ben bangun dari kerusi dan beratur di barisan yang agak panjang di hadapan kaunter. Bila aku mahu beratur sekali, dia suruh aku duduk diam-diam saja di meja. Orang nak tolong, tak sudi!

"Psst!" Auni sudah mula.

Bosanlah. Auni ada saja cerita kontroversinya.

"Apa?" Aku membalas malas-malas setelah beberapa kali Auni memanggil.

"Lajunya abang datang."

Hanis mengangguk bersetuju. Aku menjungkit bahu. Kalau jalanraya tidak sesak, mestilah cepat sampai.

"Kau ini bendullah! Maksud aku, lajunya abang sampai bila kau ajak. Kalau dia boleh naik jet pejuang sampai sini, eh aku rasa dia dah beli sebiji," usik Auni lagi.

Pipi memerah. Auni banyak tengok drama cintalah. Ini realiti! Mana boleh nak disamakan dengan drama di televisyen.

Abang Ben aku kerling dari ekor mata. Dia elok saja beratur sambil main permainan online di telefon pintar.

"Mungkin abang syok dekat kau kut, Auni," tebakku.

Dia mahu bikin kontroversi, kan? Mari aku reka satu untuknya.

Auni buat tidak tahu dengan kontroversi yang aku cipta untuknya.

"Atau ... abang syok dekat kau kut, Za."

Eh... Aku kenakan dia, dia kenakan aku balik. Ini yang malas ni. Aku abaikan Auni dan Hanis yang sedang bergosip. Kalau dilayan nanti, nescaya makin banyaklah akal Auni mahu mengenakan aku dan abang.

Aku buka permainan online di dalam telefon pintar. Permainan yang sama macam Abang Ben sedang main sekarang. Macam mana aku tahu dia sedang main game? Sebab karakter dia tengah 'online'.

"Oh! Kau online juga ek...." Auni bersuara. Kening aku terangkat memandang Auni.

"Aku nampak kau ini. Aku dekat sebelah aje."

Tiba-tiba karakter sebelah aku menyapa. Aisey... Auni pun 'online' juga. Kacau!

"Kau janganlah ikut aku. Aku nak pergi masuk dungeon lah," rungutku apabila karakter Auni tak habis-habis mengekori aku dari belakang.

Auni gelak mengekek.

"Ala... Nak level-up juga. Kau dah level tinggi. Boleh payung aku kalau combat sekali."

Ewah! Ewah! Dia ingat senang ke aku level-up. Hoh!

Aku bergerak ke arah gua terdekat. Bibir tersenyum apabila terpandang karakter yang aku cukup kenal sedang berpusing-pusing di penjara bawah tanah itu.

Sebaik sahaja karakter kami mendekat, pakaian karakter aku yang comel itu bertukar menjadi pakaian yang sama jenis dengan karakter lelaki tadi.

"Uwoh! Kau orang berdua dah capai level berapa ni sampai dapat logo 'partner-in-crime'"

Auni melongo.

Aku tersengih. Saja tak mahu beritahu. Tiap malam aku level-up dengan Abang Ben sampailah kami dapat taktik combat rahsia. Syaratnya kena combat bersama 10,000 kali. Bayangkanlah, macam mana rutin kami setiap malam. Combat-partner hari-hari dengan Abang Ben. Akhirnya karakter buruk aku dah jadi cantik sebab dapat banyak taktik-taktik hebat.

Karakter Abang Ben bagi 'flying kiss' pada karakter aku. Ha, setiap kali dia bagi 'flying kiss', kami punya intimacy akan meningkat dan selepas itu serangan pun boleh jadi lebih kuat. Tapi nak capai 1 level keatas untuk serangan tu, perlu 'flying kiss' 100 kali setiap hari selama 7 hari berturut-turut. Baru naik level serangan kami.

Penatlah nak 'flying kiss' setiap hari.

"Amboi... Mana kau dapat skill hebat-hebat begini! Tak adillah abang tolong kau."

Aku ketawa terbahak-bahak. Itulah kuasa aku! Kuasa membodek Ben Azir!

Auni merungut lagi setiap kali dia lihat Abang Ben menaikkan semula HP aku yang sudah nyawa-nyawa ikan padahal karakter Auni dibiar terbaring saja.

Itulah gunanya logo 'partner-in-crime' kami ini. Karakter aku boleh terus hidup selagi karakter Abang Ben hidup!

"Aku dah add abang." Auni melambai Abang Ben yang sedang beratur.

Lelaki itu hanya ketawa sambil menggeleng kepalanya. Hanya tinggal beberapa orang lagi aje dia dah nak sampai ke kaunter.

Aku fokus kepada permainan. Ini kalau Elman tahu, mesti kena bebel. Lagi-lagi kalau dia tahu aku tolak 'call' dia malam-malam sebab main game. Minta jauhlah dari pengetahuan Elman.

"Lawanya karakter abang. Hebat gila," puji Auni sebaik sahaja Abang Ben datang dengan dulang di tangan.

"Minta tips dekat Izza. Outfit semua Izza yang buat untuk abang." Abang Ben pecah rahsia. Adoi... Abang!

Aku menggeleng. Memang aku tak mahu beritahu resipi pakaian karakter kami. Pakaian ini aku dan Abang Ben saja yang ada. No! No! Sekalipun Laila aku tak beri resipi rahsianya.

Abang Ben mengagih ayam goreng di pinggannya separuh ke pinggan aku. Semua bahagian peha dan kepak, dia beri pada aku. Dan dia makan bahagian isi.

"Abang Ben pun main game. Hanis macam tak percaya aje." Hanis pula buka mulut. Kentang goreng sudah dikunyah.

"Za yang paksa abang. Dia kata dia sunyi. Tak ada siapa partner dengan dia. Lagipun, Za langsung tak pandai main game. Seminggu Za main game tu, nak naik level 10 pun payah. Nasib ada abang...."

Abang Ben pecah rahsia lagi!

Tangan menampar bahunya. Tak bagi peluang aku nak riak sikit pun. Grr....

Hanis dan Auni mencebik.

"Patutlah level tinggi. Abang tolong."

Mata menjeling Abang Ben sekilas. Geram betul dengan abang sekarang ini dan dia boleh buat muka tak faham pula. Hish!

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience