BISIKAN CINTA

chryst

Romance Series 26453

4.4 (511 ratings)

Synopsis

Ainul Izza, seorang gadis manis dan biasa. Hidupnya bertemankan seorang umi, Azalea. Tetapi dia tidak kisah. Kerana kehadiran keluarga Azir sudah cukup untuk dia menumpang kasih keluarga sempurna. Ditawarkan menyambung pelajaran ke salah satu Universiti terkemuka Malaysia bakal membawa Izza ke satu dunia yang baru. Dunia penuh liku perasaan. Pertemuan pertama dengan Elman Harith tidak begitu menyenangkan. Ada saja yang tidak kena, ada saja yang Elman tidak puas hati. Tanpa dia sangka, Elman menaruh hati padanya. Elman suka melihat Izza yang ceria dan gembira. Hatinya terpaut. Sukar untuk dia mengalih pandangan daripada merenung seraut wajah seorang Izza. Ben Azir, abang angkat kesayangan. Ben sudah berada di sisi sejak dia baru celik mata lagi. Ben Azir adalah satu-satunya lelaki yang pernah diberi izin masuk ke dalam hidup Izza. Ben Azir lelaki yang baik dan abang yang penyayang. Kerana tidak mahu melupakan dan dilupakan, Elman tekad meluahkan perasaan. Sukar untuk dia melepaskan cinta yang sudah bertakhta di hati. Sukar lagi untuk dia menahan rasa ini. Senyuman Izza muncul siang dan malamnya. Ketawa Izza terasa indah di pendengaran. "I tak faham! I betul-betul tak boleh hadam! Penting sangat ke Ben tu pada you?!" - Elman Harith "Ben adalah satu-satunya lelaki yang bersama Izza dan Umi dari kecil sampai besar. Ben sudah seperti keluarga Za sendiri!" - Izza Pelbagai dugaan dan rintangan cinta mereka tempuhi. Ben Azir lah tempat Izza mengadu dan meluah. Kalau tidak kerana Ben, dia pasti sudah putus asa akan cinta ini. Sungguhlah, cinta sangat sukar untuk dipertahankan. Datanglah walau seratus wanita sekali pun, hati Elman tetap bersama Izza. Tiada godaan dunia yang mampu meruntuhkan cinta dan kasihnya pada Izza. Dan dia tahu, sekalipun Tuhan datangkan seratus orang lelaki kepada Izza.. Hati Izza tidak akan goyah juga. Kecuali, Ben Azir. Satu-satunya lelaki yang dia tidak boleh usir pergi dari hidup seorang Izza. "Izza umpama matahari yang menyinari hari-hari abang. Yang membuatkan abang terus bangun dan berusaha. Abang sentiasa mahu yang terbaik untuk Izza." Elman Harith, Izza dan Ben Azir. Apa sebenarnya perasaan Ben Azir kepada Izza? Adakah Elman mampu bersabar dalam mengharungi satu lagi dugaan besar cinta mereka? dan Izza.. Kenapa sukar benar dia mahu melepaskan Ben Azir dari hidupnya? Siapa Ben Azir di hati nya? Siapa Elman di hatinya? Dia buntu.


Rate this story

Share this novel

Arisa Dania
2020-10-24 

T_T sedihnya utk elman. Indeed he is a stronger n wiser man now. May you found the one that will bring happiness n joy to your life.

Aryanie
2020-10-24 

semua org nampak ben azir cintakan izza termasuk elman.. nape izza x nampak erk??? geram pula dgn izza ni... ben azir be gentleman please.. luahkan cinta ke izza.. tak mau kias2 lagi.. sakit tau..

Ummu Sofea
2020-10-24 

chryst jodoh kn la elman ngn wawa@adila..

chryst

1085 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience

You may also like

"DEMI MU SAYANG"

Razz Zam

meihat kau berlalu pergi, lebih menyakitkan dari tembakan peluru, melihat air mata mu menangis,...

Dia Isteri Aku

nnayliaa

Kahwin paksa antara Hanis Adawiyah dan Hazzar Iskandar membuatkan hidup Hanis berubah 360 darjah....

Sumpah

DindaCute_

Setiap kisah manusia tidak sama dengan kisah cinta orang lain. Begitulah aku. Setiap aku...

DI SINI LAHIR MIMPI KITA

DHIA MARNI

Mampukah mimpi yang terlakar menjadi realiti?