BAB 19

Romance Completed 113574

SELEPAS pulang dari kelas malam, aku terus ke Pustaka sebentar hanya untuk mengambil angin. Bau buku dan ketenangan di dalam Pustaka saja yang dapat meniup semangat belajar ke dalam diri. Hanis awal-awal sudah minta diri mahu pulang ke hostel memandangkan blok hostelnya agak jauh dari blok aku yang hanya berdepan dengan pustaka universiti.

Selesai memilih beberapa buah buku rujukan yang boleh digunakan untuk mengulangkaji di bilik nanti, kaki aku hayun ke kaunter untuk memasukkan rekod. Mesej dari Elman membuat aku terbuai rasa gembira.

Sudah agak lama kami tidak bersua muka. Elman sibuk dengan kerjanya kerana dia baru saja diserap masuk sebagai pekerja tetap. Tepat mengena ramalan kami kerana tempat dia menjalani latihan industri itu juga syarikat ayah tiri Elman. Pastilah dia akan masuk bekerja di sana juga nanti.

Aku membalas mesejnya dengan kata-kata semangat kerana dia mengadu penat dengan kerja yang menimbun. Kalau aku boleh bantu, aku akan bantu akan tetapi apalah guna bantuan pelajar tak habis graduasi seperti aku ini.

Telefon disimpan semula ke dalam kocek setelah aku maklumkan kepada Elman rutin harian. Kalau nak tahu, Elman memang hari-hari spot check rutin aku. Hari-hari kena melapor pada dia.

Kaki terhenti dari melangkah apabila diri terasa diperhatikan. Mata melingas memandang sekeliling.

Entah kenapa sejak dua menjak ini aku selalu sangat merasa tidak sedap hati. Seakan-akan gerak geri aku diawasi seseorang.

Aku lajukan langkah ke hostel. Sekurangnya jika sudah sampai di depan pintu masuk, sudah ada makcik guard yang setia menunggu di situ. Selamat sikit berbanding jalan berseorangan.

Pap!

Muka terpaling ke tepi. Rasa pedih melekat di pipi. Terkejut dengan tamparan yang tiba-tiba, lantas aku alih pandangan ke hadapan semula.

Muka Nadia yang sedang menahan marah itu menghantar rasa gerun ke segenap deria tubuh.

"Perempuan sial! Kau curang dengan Elman, kan!" tengking Nadia. Serentak itu tangan aku ditarik dan tubuh ditolak kasar ke atas jalan.

Nadia mula menarik tudung di atas kepala.

"Kau tak payah berlagak baik! Aku nampak kau keluar dengan jantan lain. Kau ingat Elman tu apa? Kena bodoh-bodoh dengan kau!"

Kaki Nadia menendang tubuh yang sedang terduduk di atas jalan. Tangan gigih menahan tudung di atas kepala dari tercabut.

"Apa kau cakap ni? Aku tak buat apa-apalah!" Aku jerit juga apabila Nadia sudah seperti orang hilang pertimbangan.

Memang pada mulanya aku mahu sabar dulu mengenangkan cerita Elman dan senior lain mengenai Nadia, tetapi aku rasa aku bodoh pula jika tak melawan.

Dia menekan-nekan kepala aku supaya mencium lantai jalan tar yang berbatu-batu ini.

Suara makcik guard menjerit dari kejauhan kedengaran. Lega. Bunyi wisel yang ditiupnya itu membuatkan beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan yang berada di kedai runcit berdekatan berlari mendapatkan kami berdua.

Pelajar lelaki cuba meleraikan cengkaman tangan Nadia pada tudung aku manakala, pelajar perempuan cuba menarik aku menjauhi Nadia.

"Ya Tuhan! Sabar, Kak Nadia," ujar salah seorang pelajar.

Nampaknya ada juga orang yang kenal Nadia ini. Apa dia ingat dia dah habis belajar di sini, tiada siapa kenal dia? Buat malu sendiri aje.

Ah! Apalah yang aku harap dari orang sakit mental yang tidak bisa dikawal begini. Mestilah Nadia sendiri tidak sedar ataupun tidak mampu menahan diri sendiri pun.

Makcik guard mula menghubungi pakcik guard yang bertugas di pintu utama. Pelajar lain pula cuba telefon abang JPP.

Renungan mata Nadia padaku jelas menunjukkan dia masih belum puas hati. Tangannya mengeluarkan telefon pintar di dalam beg dan terus mencampaknya sekuat hati.

Buk!

Tangan naik menyentuh kepala. Sakit!

Pandanganku semakin kabur. Hentakan kuat yang terkena kepala tadi membuatkan kepala berdenyut tidak berhenti-henti.

Jeritan mahupun panggilan pelajar perempuan yang menahan tubuh aku dari jatuh langsung tidak ku balas.

Perlahan-lahan tubuh beransur lesu. Kaki juga tiba-tiba menjadi lemah. Tidak mampu mengawal keseimbangan badan.

Sebelum menutup mata, sempat tubuh aku di sambut beramai-ramai daripada terjatuh ke atas jalan. Apalah nasib aku.

Datang universiti nak belajar, tapi pergi bergaduh tengah jalan pula.

•••

"IZZA!"

Kepalaku laju berpusing ke arah muka pintu balai polis. Dahi yang sudah berbalut itu masih berdenyut lagi dek kerana penangan balingan si Nadia yang sedang duduk menunduk dengan tangan di gari di sebelah ini.

Abang Ben berlari mendapatkan kami. Seluruh tubuh aku di periksa terlebih dahulu sebelum bertanya apa-apa soalan. Terpusing-pusing macam model mannequin dah ni.

Matanya terpandang ke arah balutan di kepala, terus dia merenung Nadia dengan pandangan membunuh.

"Abang."

Tidak senang dengan perbuatan Abang Ben yang over-react begitu, pinggangnya aku cubit supaya dia turunkan pandangan yang menakutkan begitu. Lagipun, Nadia sudah mengaku salah di depan pegawai polis tadi. Dan kami pun sebolehnya tak mahu panjangkan lagi isu ini.

"Za tak apa-apa. Salah faham aje." Sungguh-sungguh aku cuba meyakinkan Abang Ben.

Pada mulanya aku memang tak mahu menghubungi sesiapa dan mahu selesaikan perkara ini sendiri saja. Tapi abang polis paksa juga aku telefon waris terdekat. Nama abang saja yang muncul di kotak fikiran tadi.

"Mana boleh tak apa-apa. Luka ni! Sekarang iya lah boleh main lepas aje. Kalau buat lagi nanti macam mana?" Matanya memandang ke wajahku tetapi aku tahu dia sedang bercakap dengan mak si Nadia itu yang juga sedang menunduk dengan rasa serba salah.

Telinga Abang Ben aku tarik dan berbisik sesuatu padanya. Mengenai kesihatan mental Nadia.

"Jadi? Itu tugas abang ke untuk ambil tahu? Kalau lepas ini dia buat lagi, Za nak guna alasan itu juga ke?" Dan sekali lagi, dia tak cakap dengan aku.

Abang ni... Kasihanlah pada mak Nadia. Bukan dia minta semua ini terjadi.

"Tak ada apa-apa tindakan ke yang encik boleh ambil? Demi keselamatan adik saya?" Kali ini renungan tajamnya terarah kepada pegawai polis yang terlihat lebih muda sedikit dari Abang Ben sendiri.

Suaranya yang garang dengan riak yang tegas itu, pegawai polis yang muda ini pun jadi serba salah mahu jawab.

"Tak! Za dah tarik balik laporan dah. Tak perlulah nak panjangkan lagi, bang," pujukku. Lengannya aku tarik, sedikit menjauh dari Nadia.

Abang Ben mengeluh. Kami bertentang mata membuktikan yang aku benar-benar yakin bahawa Nadia tak akan ulang lagi perbuatan yang sama.

Aku yang kena serang, tapi aku pula yang sokong si Nadia. Ini bukan kes aku mahu berlagak baik, tapi ini isu perikemanusiaan juga sifat empati dan simpati dalam diri.

"Kalau dia buat sekali lagi, you won't say any word anymore." Jari telunjuk Abang Ben naik ke depan batang hidung aku. Jelas dia serius!

Aku janji! Walaupun separuh hati aku meragui. Ah, biar sajalah apa mahu jadi kemudian hari. Itu, kemudian nanti baru fikir.

Mak Nadia bersalaman dengan kami sambil mengucapkan terima kasih berulang kali. Hati aku pula yang terasa sayunya. Pengorbanan seorang mak sangat besar. Nadia juga hanya mendiamkan diri di sisi.

Tangan melambai teksi yang dinaiki Nadia dan maknya. Selepas mendengar cerita mengenai kesihatan Nadia tadi, rasa simpati memuncak. Bagaimana tabahnya seorang mak membesarkan anak seperti Nadia, yang tidak dapat mengawal emosi dan perasaan sendiri.

"Kenapa?" Lamunan aku dimatikan dengan soalan dari Abang Ben. Mata terkebil-kebil memandangnya.

"Kenapa Za tak buat laporan aje? Za tahukan macam-macam kemungkinan boleh berlaku," tambahnya lagi.

Aku menjungkit bahu. Aku pun tak tahu kenapa cepat benar aku lembut hati.

"Za mahu fikir positif aje. Tak mustahil Nadia boleh berubah."

"Not so easy, Za. She's sick."

Amboi... Selamba badak dia mengutuk orang lain sakit.

"Tak baiklah abang. Sakit-sakit pun, tengoklah dia belajar sampai degree tau. Bukan calang-calang pandai Nadia itu." Aku membangkang.

"That's why I told you. She's sick!"

Tiba-tiba jadi faham pula dengan pernyataan Abang Ben tadi. Air liur ditelan. Tapi... Tak mungkin kan.

"Sudahlah. Abang jangan nak fikir bukan-bukan. Za nak cakap terima kasih dekat abang. Terima kasih, abang...." Mata ku kerdip-kerdip di depannya.

"Untuk?" Abang Ben nampaknya sudah mula lupakan topik Nadia tadi. Lega....

"Sebab datang sini. Susah-susah aje. Za mulanya nak selesaikan sendiri tapi polis tu suruh telefon waris juga jemput Za disini," terangku.

"You can count on me, Za. Takkanlah masa susah aje cari abang. Masa senang?" Abang Ben mula menguji.

Dagu diketuk berkali-kali. Cuba fikir ayat apa aku mahu beri sebagai jawapan.

"Bukan dari kecil ke, Izza senang-senang semua dengan abang?"

Abang Ben menghalang aku dari membuka pintu kereta. Dia bersandar dengan tangan di dalam kocek seluar.

"Bila tu?" Soalannya yang ini buat aku perlu berfikir lagi. Alah....

"Masa kecil dululah. Masa kita mandi sungai, masa kita panjat pokok, masa ... hm?"

"Bukan itu pun abang susah juga ke? Masa mandi sungai, Izza kena gigit pacat kecil. Lepas itu Izza menangis tak mahu jalan sendiri. Abang yang kena dukung Izza sampai rumah. Masa panjat pokok, pun sama. Izza yang panjat, Izza yang jatuh, abang juga yang kena tanggung salahnya," jawabnya sebelum aku selesai bercakap.

Bibir ku kemam. Memang semua yang abang cakap tu betul. Tapi, itu kenangan yang gembiralah buat aku.

"Abang tak rasa itu kenangan yang seronok ke? Izza rasa seronok."

"Hm... Seronoklah sebab dia yang didukung. Yang kena dukung dia ini yang seksa." Abang Ben menggeleng kepala.

"Habis itu apa kenangan yang seronok bagi abang?" Aku berceKak pinggang.

Abang Ben mengumam perlahan, cuba mengingat.

"Masa hari ayah. Abang rasa abang yang paling bahagia masa itu sebab dapat wakilkan ayah Za datang tengok persembahan Za. Dan abang rasa ayah Za bertuah sangat-sangat. Sajak hari ayah yang Za tulis untuk ayah tu... Abang cemburu sebab sajak itu bukan untuk abang. Abang cuma wakil saja tapi abanglah orang yang paling bangga sekali dengan Za."

Senyuman nakal aku beransur hilang. Yang ada sekarang cuma perasaan terharu memenuhi segenap ruang hati. Tidak sangka Abang Ben masih ingat sajak yang aku karang buat ayah ketika masih di sekolah rendah. Aku yang masih bertocang dua ketika itu.

"Kenapa abang ingat lagi? Malulah!" Wajah yang sudah memerah aku tutup dengan tangan.

Tidak boleh mahu bayangkan, aku yang bertocang dua dan comot dulu. Aku mula berubah menjadi seorang gadis yang cantik bila sudah masuk tingkatan 3. Masa itu baru perangai perempuan nak berkembang. Barulah aku pandai bersolek dan bercantik-cantik ke sekolah. Kalau tidak, selekeh!

"Eh... Za pandai malu ke? Abang tak tahu."

Tangan menampar bahu Abang Ben. Saja cari pasal!

"Za!" Jeritan dari suara yang cukup aku kenali itu membuat kami berdua menoleh ke belakang.

"Elman! Elman buat apa dekat sini?" Cepat-cepat kaki bergerak menghampiri Elman yang sudah tercungap-cungap berlari dari tadi.

Elman lakukan yang sama. Memusing-musingkan aku macam patung mannequin dekat butik.

"Mana Nadia? Let me settle this with her!" marahnya apabila mata terpandang balutan di kepala yang sedikit tersorok di sebalik tudung berwarna hitam.

Tangan cepat-cepat menahan Elman dari bergerak masuk ke balai semula bagi mencari Nadia. Sekali lagi aku perlu terangkan keadaan yang sebenar. Penatlah! Kenapa semua lelaki tak boleh sabar? Tahu nak mengamuk aje.

Ombak di dada Elman beransur tenang apabila aku sudah menceritakan segalanya. Dia meraup wajah dengan kedua tapak tangan.

"Elman hampir sakit jantung bila dengar Za kena pukul dengan Nadia."

Baik! Perkataan pukul tu macam melampau sikit sebab perempuan pukul bukan macam lelaki pukul pun. Setakat sakit sikit-sikit tu ada lah.

"Macam mana Elman tau?"

Seingat aku, aku dah tutup telefon tadi sebab terlalu banyak mesej whatsapp dari geng-geng gosip kelas kuliah aku yang mula bertanya macam-macam. Kejap aje berita tersebar. Dasar lo komuniti membawang!

"Auni. Elman call Za dari tadi tak dapat. Elman call lah Auni. Dia yang beritahu." Tangan Elman menyentuh dahi yang berdarah dan sudah dibalut itu.

Aku mengangguk faham pada masa yang sama aku sudah rancang mahu sumbat cili di dalam mulut Auni balik nanti.

Memang sengaja aku tidak mahu beritahu Elman. Makin berat pula masalah di fikiran Elman nanti kalau sibuk memikirkan hal aku dan Nadia. Lagi-lagi dia yang sedang sibuk sekarang ini.

Mata Elman memandang ke arah Abang Ben yang masih menanti di kereta. Tidak berkerdip. Giginya diketap perlahan dan dapat aku lihat buah halkumnya turun naik.

Aku mengikut langkah Elman yang sedang menghampiri Abang Ben. Tenang saja lelaki itu bersandar ke kereta dengan senyuman di wajah. Tapi, kenapa aku yang rasa gemuruh begini?

Tangan Elman dan Ben Azir bertaut. Walaupun ini perasaan aku saja tapi entahlah, senyuman Elman nampak agak dibuat-buat.

"Thanks, abang," ucapnya dengan nada yang cuba dimesrakan. Mengucapkan terima kasih atas kesudian lelaki itu datang ke sini menemani aku.

"Tak ada apa lah. Apa saja untuk Za." Mata redup itu memandang padaku. Aku membalas senyumannya dengan sengihan di wajah.

"Shall we? Elman hantar Za balik," pinta Elman.

Hati dipalit rasa serba salah. Aku sudah mahu pulang naik kereta abang tadi tapi....

"It's okay, Za. Za baliklah dengan Elman. Abang pun nak gerak ke ofis semula ni."

Nasib abang faham!

Tangan melambai pada Abang Ben yang masih setia berdiri di tepi keretanya. Menghantar kereta kami pergi dengan pandangan mata. Kalau Abang Ben ada kekasih hati, tak perlulah dia susah-susah pedulikan aku ini. Tengoklah! Buat penat aje dia datang tapi aku balik dengan Elman.

"Kenapa sayang tak call Elman?" Wajah Elman kosong. Matanya tetap ke depan. Langsung tidak memandang aku di tepi. Senyuman pun sejak tadi tawar saja.

"Bateri Za habis." Baik, aku tipu. Aku tak mahu hubungi dia sebab Nadia. Nanti Elman panjangkan pula lagi masalah ini.

"Abang Ben boleh aje call." Genggamannya pada stereng kereta semakin ketat.

"Err... Sebab polis tadi minta call waris terdekat. Jadi, nombor Abang Ben saja yang Za ingat." Yang ini aku tak tipu ya!

Memang betul pegawai polis tadi minta aku hubungi waris terdekat baru dia lepaskan aku pulang.

Elman mengeluh kuat.

"I wish, I am your Ben instead of him."

Permintaan Elman ini langsung aku tidak dapat telan. Akhirnya aku buat keputusan untuk menyepikan diri saja dari aku melayan sangkaan pelik-pelik Elman.

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience