CHAPTER 43

Action Series 136596

Mata hazel terus memandang jauh ke hadapan. Tiada siapa yang dapat membaca apa yang ada dalam fikirannya saat itu. Kedua belah kakinya dinaikkan ke atas kerusi lalu tangannya memeluk erat lututnya sambil kepala ditongkatkan ke atas kepala lutut tersebut.

Mata hazelnya memandang tepat ke arah laman yang kehijauan itu. Rumah sederhana besar itu kelihatan sunyi ditambah pula kedudukan rumah itu sedikit terpencil dari yang lain.

Thea mengeluh kecil.

Sweater milik Emeer itu di betulkan. Pakaian hariannya lansung tidak disediakan oleh Emeer. Hanya pijama untuk tidur dan beberapa pakaian dalam. Dia terpaksa memakai baju Emeer yang agak besar di tubuhnya.

Thea tahu Emeer sengaja berbuat seperti itu kerana mahu dia bersuara. Kejadian tempoh hari masih belum dia maafkan.

"I miss you, Ibu.. Papa.." Gumam Thea perlahan. Mata dipejamkan sejenak.

Terasa ciuman kecil di labuhkan di kepalanya sedikit menyentakkan Thea dari lamunan. Kepalanya terus mendongak ke atas. Tidak sampai seminit, Thea segera melarikan pandangannya ke arah lain apabila sepasang mata dark hazel yang sedang merenung tajam ke arahnya.

"What are your doing here?" Soal Emeer sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Thea. Wajah yang masih kelihataan pucat itu dipandang.

Namun tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulut isterinya itu. Emeer berdecit geram. Isterinya seakan sengaja mencabar kesabarannya ketika itu.

"I'm talking with you, Thea Hazel." Kali ini suara itu kedengaran sedikit keras bersama dengan tarikan kuat di lengan Thea.

Thea gigit bibir bawah. Tarikan yang sedikit kuat itu buat dia terasa sakit. Dan makin bertambah sakit hatinya pada lelaki yang bergelar suami.

"Sakitlah. Awak nak apa lagi? Tak cukup lagi ke awak buat saya macam ni. Saya penat. Saya nak balik. Saya rindu ibu. Saya rindu papa. Awak kurung saya dekat sini macam banduan. Saya tak nak duduk sini. Awak faham tak?!" Serentak itu juga tangan Thea naik menumbuk dada Emeer bertubi-tubi.

Dia mula menangis teresak-esak di situ. Dia tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya saat itu. Terlalu mudah terasa hati dan dalam pada masa yang sama juga, dia terlalu mudah mengalirkan air mata. Sedang sebelum ini, itu bukan dirinya yang sebenar.

Emeer terus menarik Thea ke dalam pelukannya. Dia mengemaskan pautan di pinggang isterinya apabila Thea mula meronta-ronta minta dilepaskan.

"Shh.. Aku tahu. Aku terlalu kejam dengan kau. But I'm doing this because I want to protect you. I have my reason. Aku harap kau boleh bersabar sampai semuanya okay. Can you sweetheart?" Pujuk Emeer. Dia tahu emosi isterinnya saat itu kurang stabil.

Thea sedikit pun tidak membalas. Dia yang tersedu-sedan itu hanya membiarkan perbuatan Emeer yang mula mengangkat tubuhnya masuk ke dalam bilik.

"Sleep. Aku nak mandi. Kejap lagi aku nak keluar. Kau tidur dulu, rehat." Tubuh Thea diletakkan di atas katil lalu comforter yang berada di hujung kaki ditarik menyelimuti tubuh isterinya.

Emeer mendekatkan wajahnya pada Thea lalu bibirnya dengan selamba mencium bibir pink isterinya untuk beberapa saat sebelum bibir itu kemudiannya melabuhkan ciuman di ubun-ubun isterinya.

Thea memejamkan matanya untuk seketika.

Satu perasaan yang sudah lama hadir dalam dirinya makin kuat terasa. Walaupun selama ini dia cuba untuk menafikannya, namun makin dia menafikan, perasaan itu makin kuat terasa.

"Awak nak pergi mana?" Thea mula bersuara sebaik sahaja Emeer ingin melangkah ke wardrobe.

Emeer yang berada di tengah ruang bilik tidur mereka itu terus berpatah semula mendekati isterinya. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Kiri dan kanan tangannya mengepung tubuh Thea yang terbaring di atas katil itu.

"I'm going to meet daddy and mummy. Why?"

Dia tidak terasa untuk membawa Thea berjumpa dengan kedua orang tuanya apabila melihat keadaan emosi isterinya yang kurang stabil itu walaupun itu adalah plan asalnya.

"They are here too?" Soal Thea seakan kurang percaya.

Emeer mengangguk kecil.

"Yeah. Why? You want to meet them too?" Tangannya naik mengusap lembut pipi Thea.

Thea yang tidak selesa dengan keadaan seperti itu terus bangun dari baring dan bersandar pada katil. Matanya mula membalas panahan mata suaminya namun hanya untuk seketika.

Emeer yang melihat tingkahlaku Thea itu mula tersenyum nakal.

"I miss Ibu tapi saya rindu mommy juga.. Awak tak nak bawa saya sekali ke?" Tanpa sedar tangannya mula mencapai tangan Emeer yang betada di atas pahanya.

"Bukan aku tak nak kau ikut tapi kau kan tak sihat lagi. Muka pun pucat. Are you sure you are okay, sweetheart?"

Thea mula mengemam bibirnya kuat. Lain yang di tanya lain pula yang di jawab.

"I'm just fine. Jet lag maybe."

Emeer memandang wajah isterinya. Lama. Berbelah bagi untuk dia percaya dengan kata-kata Thea itu. Hatinya kuat mengatakan isterinya cuba menyembunyikan sesuatu tapi bila difikirkan balik, mungkin itu hanya mainan perasaannya sahaja.

Emeer mula mengeluh sebelum kepala digerakkan beberapa kali.

"Okay."

"Apa yang okay?"

"Okay. Kau boleh ikut aku sekalilah. Tadi cakap nak jumpa mummy kan?"

Thea tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi itu.

"Tapi saya tak ada baju. Tak akan saya nak jumpa mereka dengan pakai baju awak yang besar gedabak ni." Rengek Thea tanpa sedar.

Dia akui apabila mengetahui ibu mentuanya turut berada di sini, semangat yang tadi hilang mula kembali. Tak dapat berjumpa dengan ibu, sekurang-kurangnya lepaskan rindu dengan ibu mentuanya pun cukuplah.

Emeer tergelak kecil sebaik sahaja mendengar omelan isterinya itu.

"Okay apa baju aku tu. You look perfect. From head to toe." Dia mula tersenyum nakal.

Thea mendengus. Dia terus merebahkan diri ke atas katil semula. Comforter ditarik sehigga menyelubungi seluruh tubuhnya.

Geram.

Dan dalam pada masa yang sama juga, ketawa Emeer yang kuat itu kedengaran. Sekali lagi dia berdecit.

Buang tabiat ke mamat ni. Ketawa mengalahkan cik ponti. Lawak sangat ke? Rungut Thea sendirian.

"I heard you, Tesoro.'

Gulp!

______________________________________________________

"Che cosa?! No! Non lascerò che accada (What?! No! I won't let that happened)" Suara Emeer yang kuat itu mula memenuhi ruang pejabat mini milik Ethan.

Dia membalas pandangan tajam daddynya tanpa sebarang riak. Tangann!ya dikepal kuat. Apa yang disampaikan oleh Kevin langsung dia tidak boleh terima dan apa yang keluar dari mulut daddynya itu langsung tidak masuk akal.

"Questa è l'unica strada. Ti piaccia o no, devi accettarlo! (This is the only way. You like it or not, you have to accept that!)" Nada suara Ethan turut sama naik dengan anaknya.

Emeer mendengus.

"Fuck!" Rambutnya dikusut geram.

"Just wait for your father in law. Ini keputusan dia. Nak tak nak, along terpaksa terima. Tengku Hakimi tak akan lepaskan satu-satunya cucu perempuan dia. And demi keselamatan Thea, kita kena terima apa sahaja keputusan Tengku Hafiez." Pujuk Ethan. Dia faham apa yang di rasakan oleh anaknya saat ini dan dia pernah mengalaminya suatu masa dulu.

"But I'm her husband. I have the right to decide for my wife. Don't you forget about that, daddy?" Tanya Emeer dengan nada sinis.

Ethan berdecit geram. Geram dengan anak sulungnya yang keras kepala. Besar kecil besar kecil sahaja dia tengok Emeer yang sedang berdiri di hadapannya itu.

Kotak rokok yang berada di atas meja di ambil lalu seputung rokok di keluarkan. Dan dengan pantas Kevin menyalakan putung rokok yang berada di bibir tuannya itu.

"Uruskan budak Tengku tu dulu. Yang lain biar daddy handle. Tinggalkan Thea dekat sini. Lagi pun pagi esok parents dia sampai. Don't worry about her. Just settle your problem first." Arah Ethan dengan tegas.

Emeer berdecit.

Daddy kalau bab mengarah, memang dari dulu tak pernah berubah. Tua-tua pun masih tak boleh tinggalkan perangai lama dia tu. Bebel Emeer di hati.

"Bene. Coprimi. Mi è successo qualcosa, sai cosa fare, papà (Fine. Cover me. Something happened to me, you know what to do, Daddy)"

Ethan mengangguk.

"Sì."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience