Bab 1

Romance Series 7034

" Maira ! Maira ! "

Qisitina menjerit memanggil nama Maira . Dia nampak tergesa - gesa .

Maira yang sedang membaca buku disebuah pondok bacaan di sekolah berpaling ke arah Qistina . Hairan dia melihat Qistina .

" Maira ! "

" kenapa ? "

Maira bertanya sebaik sahaja Qistina berada dihadapannya .

" Aiman panggil kau ! "

Tercungap - cungap Qistina bercakap .

" kenapa Aiman panggil aku ? "

" entah , aku tak tahu . Tapi nampak macam dia tak puas hati . Baik kau pergi jumpa dia sekarang , kau tahu kan Aiman punya panas baran tu macam mana "

Buku - buku yang ada dibawa bersama ketika menuju ke pondok bacaan dikemas lalu dia berlari anak bertemu dengan Aiman . Dia tahu Aiman berada di mana sekarang .

*
* *

Seorang pelajar lelaki sedang mundar - mandir di dalam bilik kaunseling . Nampaknya menunggu kedatangan seseorang .

Pintu bilik diketuk . Tuk ! Tuk !

Perhatian Aiman dialih kepada orang yang mengetuk pintu . Itulah orang dicarinya .

" awak nak jumpa saya ke ? "

Maira sudah berada dihadapan pintu . Dia rasa gerun sedikit hendak berjumpa dengan Aiman . Tapi kalau dia tidak berjumpa dengan Aiman , itu lebih parah .

" memang saya nak jumpa awak ! "

Suara Aiman sedikit meninggi . Pantang dijentik sedikit , pasti melenting . Itu lah Aiman .

Maira menundukkan pandangan . Sudah pasti ada hal yang tidak kena seperti sebelum ni .

" Maira Haziqah ! macam awak buat kerja ? "

" hah ? "

Terpinga - pinga Maira mendengar kata - kata Aiman . Apa pula yang sudah dia lakukan kali ini ?

" saya dah suruh awak kemas bilik pengawas sebelum mesyuarat bermula kan ? kenapa awak tak kemas ? saya baru suruh awak buat benda tu semalam dan hari ni saya nampak bilik tu tak kemas "

Maira mengingati arahan itu . Berkemungkinan arahan itu luput dari ingatannya .

" saya .. "

Maira tidak terkata apa - apa . Dia masih cuba mengingat .

" apa masalah awak ni Maira ? kalau tak boleh buat satu tugas , tak payah rasanya nak jadi pengawas "

Tajam kata - kata Aiman itu menusuk ke hati Maira . Aiman kalau berkata - kata tak fikirkan perasaan orang lain . Main redah saja .

" saya minta maaf , saya kelam kabut semalam .. Saya terpaksa balik awal lepas sekolah sebab ummi saya sakit "

" itu semua alasan ! saya nak awak kemas bilik tu sekarang juga .. seorang - seorang je "

" tapi .. "

" apa masalah awak tak nak ikut arahan saya ! "
Matanya memandang tepat mata Maira .

" selaku ketua pengawas , awak wajib ikut arahan saya "

Maira mengangguk . Bila Aiman sudah menggunakan kuasa vetonya . Tak ada siapa berani lawan .

" dah , lepas ni kalau awak bagi banyak alasan lagi .. siap awak ! "

" lagi satu , mesyuarat pengawas akan kita buat lepas balik .. make sure semua kerja awak , awak siapkan dengan sempurna "

Maira angguk lagi ..

Dia takut mahu berbicara lagi . Aiman tu macam perempuan yang tengah period . Asyik nak marah memanjang .

" dah awak keluar ! "

" baiklah "

Fuh ! lega dapat lari dari dia .
Fikir Maira .

Siapa juga mahu ketua pengawas yang sebegitu ? Marah - marah saja kerja .

*
* *

Apa lah salah aku ni ?

Mesti ada je kerja aku yang tak sempurna di mata dia .

Semalam tu bukan sengaja .Aku memang balik awal sebab ummi sakit .

Benci gilerr ada ketua pengawas macam ni .

Dia hanya mampu merungut dan protes dalam hati .

Maira menuju ke bilik pengawas sekolahnya .

Sesampainya di sana , dibukanya pintu dan tanpa berlengah dia memulakan kerja .

Semua kerja dia seorang yang buat .Menyapu , mop lantai , kemas meja dan kerusi , susun barang dan bersihkan tingkap .

" lama sangat tak guna bilik ni . Dah kalau guna sekali setahun memanglah berhabuk macam ni "

Adakalanya dia bersin kerana habuk yang berterbangan ketika dia membersihkan bilik itu .

20 minit kemudian , kerja pun siap !

" alhamdulillah "

Kemudian , dia pun beredar dari situ .

Badannya rasa lemah . Mana tak lemah kalau buat kerja macam tu seorang - seorang .

Malang bagi nasibnya , di perjalanan balik ke kelas . Dia bertemu pula dengan ketua pengawas yang annoying .

" Maira ! "

Kasarnya dia sebut nama Maira . Aiman mana pernah berlembut dengan perempuan .

" ye ? "

Conform kena bebel lagi lah ni .

Getus hatinya . Maira sudah boleh agak apa yang akan berlaku .

" dah siap kerja ? "

" dah , awak boleh tengok kalau awak tak percaya "

" baik , kejap lagi saya pergi tengok . Kalau saya dapati tak kemas . Saya panggil awak kemas balik masa pdpc "

Amaran diberi lagi sekali .

Aiman berlalu pergi . Mungkin terus ke bilik pengawas .

Teruk habis ketua pengawas sekolah aku ni .

Maira hanya mampu menyumpah seranah dalam hati .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience