Maira sedar .
" kat mana aku ni ? "
Dia sedar dia berada di sebuah bilik . Masih berpakaian sekolah . Dia cuba memutar balik ingatannya terhadap peristiwa beberapa jam lalu .
" hospital ? "
Belum sempat dia hendak mengingat . Pintu seperti dibuka . Dia melelapkan mata . Tidak mahu orang tahu bahwa dirinya sudah sedar .
Seseorang seperti duduk di kerusi yang disediakan sebelah kanannya .
" assalammualaikum , Maira . "
Sapa lelaki , lembut .
Dia kenal suara itu . Agaknya lelaki itu tidak tahu bahawa Maira sudah sedar .
" saya minta maaf , saya terlalu mendesak awak . Saya salah , Maira . "
Suara meminta maaf .
" Maira , saya ada satu rahsia nak bagi tahu . Benda ni mungkin buat awak terkejut , saya tak mampu beritahu awak secara berdepan . Saya hanya mampu beritahu awak dalam keadaan awak macam ni . "
Maira menanti apa yang dicuba diberitahu . Cuba berlakon agar kelihatan masih tidak sedar walaupun sebenarnya mata memaksa untuk terbuka .
" saya suka awak , Maira . "
Nada suaranya seperti resah .
" agak kelakar , sebab mungkin awak anggap saya sebagai sahabat . Tapi saya tak boleh tipu hati saya . Saya tahu saya selalu marah awak . Setiap kali saya marah awak saya tak tahu kenapa dada saya rasa berdebar tengok awak . Kita hanya kawan , tapi saya rasa takut kehilangan awak . Saya sedar saya jatuh cinta pada awak . Saya percaya perempuan hanya menyusahkan kecuali ibu saya . Tapi awak runtuhkan kepercayaan saya . Awak nampak berbeza di mata saya berbanding perempuan lain . "
Dalam tidak sedarnya , Maira berfikir . Kalau dia mahu , dia boleh membuka mata sekarang . Tapi dia hendak dengar bicara Aiman sehingga selesai .
Cintanya tidak bertepuk sebelah tangan . Rasa hendak menangis , tapi dia cuba bertahan . Takut lakonannya tidak jadi .
" Aiman . "
Suara abang Maira memanggil . Pintu bilik di ketuk .
" hah , ye ? "
" kau boleh lah balik , kesian kau tunggu adik aku kat sini . Tak balik makan pula kau , ibu kau pun cari nanti . "
" aku balik dulu kalau macam tu . "
Kerusi kedengaran bergerak , menandakan Aiman hendak beredar .
" terima kasih , jaga adik aku . "
" sama - sama . "
Apabila Maira yakin Aiman sudah keluar , Maira membuka mata .
" Maira dah lama sedar ke ? "
Maira angguk .
" jadi Maira dengar semua yang Aiman cakap tadi "
" ye . Maira dengar semua . Abang pun dengar ke ? "
Abang angguk .
" abang dengar semuanya "
Jawab abang .
Maira senyum .
" cinta Maira tak bertepuk sebelah tangan "
Abang tersengih .
" Maira dah confess kat Aiman ke ? "
" belum . "
" tulah Maira , pengsan lagi . "
" oh ya , kenapa Maira pengsan ? "
Dia sendiri tak tahu kenapa dia pengsan .
" Maira makan atau tak masa rehat tadi ? "
Maira baru teringat , masa rehat dia tak makan .
" tak . "
" sebab tu lah pengsan . Maira pening , tak makan . Kan dah menyusahkan Aiman .. "
Maira tunduk .
Aiman tolong dia ?
Share this novel