Maira mula keluar dari restoran tersebut , tidak berteman . Hanya dia seorang .
Betul lah kata Qis , Restoran Bonda Sayang je ada kat sini , yang lain tak ada penyewa .
Melihat keadaan orang yang sedikit , Maira mempercepatkan langkah .Sikit lagi nak sampai .
Tiba - tiba tangannya di tarik . Ditarik masuk ke sebuah ruang yang kecil diantara bangunan .
" apa ni ? "
Maira terkejut . Tiba - tiba saja tangannya ditarik kasar .
" hai ! Nak pergi mana ? "
Soal seorang lelaki . Agaknya masih sebaya dengannya , umur belasan tahun . Mungkin masih bersekolah . Tiga orang lelaki sedang mengerumuninya . Seorang memakai topi , berbaju merah , seorang lagi memakai baju berwarna hijau , manakala seorang lagi memakai cermin mata hitam berbaju coklat .
" korang nak apa ni ? Pergilah ! "
Maira ketakutan . Ada tiga orang lelaki mengerumuninya .
" cik adik , jangan takut . Abang - abang bukan nak datang kacau . Saja nak sembang dengan cik adik "
Kata salah seorang daripada mereka yang memakai baju berwarna coklat . Seram !
" hei ! Untuk pengetahuan korang kan , aku lagi tua dari korang . Tolong hormat sikit ! "
Maira cuba mengherdik tiga lelaki itu , tapi dia lupa lelaki itu bukanlah budak - budak umur 7 tahun . Entah betul atau tak , Maira lagi tua .
" kakak lah ni kan . Takutnya ! "
Tiga orang lelaki itu mentertawakannya .
" kak , senang cerita . Kami ni budak sekolah lagi , tak ada duit nak pergi belajar . Mak ayah tak bagi . Jadi , kakak macam banyak duit je . Bagilah sikit "
Kata lelaki yang berbaju merah .
" jangan harap ! Baik korang blah sebelum aku jerit ! "
Ugutnya . Tas tangannya dipegang erat .
" orang kata , bagi tu bagi jelah ! "
Maira dipaksa . Oleh itu , dia terpaksa menjerit .
" tolong ! "
Sebaik sahaja Maira menjerit , dua orang daripada mereka memegang Maira lalu mencampakkan badan Maira jatuh ke lantai . Tas tangan Maira diambilnya ..
Maira tidak mudah mengalah , dia merebut kembali tas tangannya .
" degil perempuan ni ! "
Kata lelaki berbaju hijau .
" kau settle perempuan ni ! Buat baik punya kat dia ! "
Apa diorang nak buat kat ni ?
Maira diheret lebih dalam . Disitu ada sebuah tangga untuk menuju ke atas . Maira hampir dibawa kesana ..
" kitaorang bagi first class punya layanan kat akak ye "
Mereka berdua tertawa . Memperlekehkan Maira yang tak dapat nak lepaskan diri .
Takkan diorang nak ..
Maira betul - betul takut , tangannya digenggam kuat oleh dua orang lelaki itu ..
" hoi ! Korang tak ada lawan lagi kuat ke ? Sampai perempuan pun nak main ? "
Suara itu menganggu dua orang lelaki yang mengheret Maira .
Lelaki itu menutup sebahagian wajahnya . Juga memakai hoodie berwarna hitam ..
Lelaki berbaju hijau yang mengambil tas tangan aku sebentar tadi , juga terganggu oleh kata - kata lelaki dihadapan mereka .
" kau siapa arr ? Sibuk je nak ganggu urusan kitaorang "
" lepaskan perempuan tu "
" kau nak dia lepas , kau kena lawan aku dulu "
Lelaki berbaju coklat membuka langkah . Rasa tercabar dengan lelaki asing itu .
" korang bukan lawan aku , aku tak ada masa nak layan korang . Aku takut korang jatuh macam nangka busuk je "
Lelaki itu mencabar . Berani dia .
" kurang ajar ! "
Berlaku pergaduhan diantara mereka . Maira hanya menjadi saksi atas apa yang berlaku .
Lelaki yang kelihatan separuh muka itu sungguh hebat . Sekelip mata tiga orang lelaki itu jatuh terhuyung - hayang ke lantai .
Padan muka !
Maira bersyukur kali ni dia selamat , kalau lelaki itu lambat tak tahu apa yang jadi kat dirinya .
Selesai dengan tiga orang lelaki hingusan itu , lelaki itu berjalan ke arah Maira . Pandangan lelaki itu seperti dikenali .
Semakin lelaki itu mendekat , semakin Maira cuba berundur .
Lelaki itu jahat atau baik ?
Lelaki itu mengambil tas tangan Maira yang terjatuh di atas lantai .
" awak okey ? "
Soal lelaki itu . Suara tidak berapa jelas , tapi cukup untuk Maira dengari .
Maira angguk . Takut itu masih ada . Pergaduhan berlaku dihadapannya , sudah pasti dirinya juga dalam bahaya jika tersilap langkah .
Lelaki itu makin mendekat . Lelaki itu tertawa .
Tawanya seperti dikenali .
" jangan takut , saya tak akan apa - apakan awak "
Boleh percaya ke ?
" awak tahu siapa saya . "
" siapa awak ? "
Lelaki itu memperlihatkan wajah sebenar .
" Maira . "
Lelaki itu menyebut nama Maira .
" Aiman ? "
Maira terkejut . Dia tidak menyangka lelaki itu ialah Aiman .
" tas tangan awak . "
Tas tangan Maira dikembalikan .
" awak ke tadi yang belasah diorang ni semua ? "
Aiman angguk .
" yang penting awak selamat , Maira . Lain kali , awak kena hati - hati . Jangan jalan seorang diri lagi ! "
Dia seperti memarahi Maira . Lebih kepada berpesan .
" diorang ni macam mana ? "
" telefon polis . "
" tak boleh , nanti awak kena tangkap sekali ! "
" kalau macam tu biarkanlah diorang kat situ . Diorang tak nampak muka saya , jadi saya selamat "
Jujur Maira masih rasa takut dengan Aiman , dia tidak menyangka Aiman pandai berlawan .
" alamak ! Saya lupa . Saya nak beli soto ayam "
Seketika kiriman abang luput dari ingatannya kerana situasi yang amat genting tadi .
" tak apa , saya belikan . Awak pergi balik jumpa Qis dengan Irshad . "
( Bunyi telefon berdering )
Maira mengambil telefon yang ada di dalam tas tangannya .
" siapa call ? "
" Irshad . "
Maira perasan wajah Aiman berubah .
" tak apa , awak angkat je "
Maira tidak menjawab panggilan itu , sebaliknya dia menghantar pesanan ringkas kepada Irshad .
" saya teman awak beli . "
" awak jangan degil boleh tak ! Saya kata awak pergi balik kat Qistina dengan Irshad . Pergi je lah ! Itu pun susah nak dengar . Saya pergi beli untuk awak ! Tunggu je saya sampai situ ! "
Mereka bertekak selama beberapa minit . Masing - masing tak mahu kalah .
Share this novel