CHAPTER 39

Action Series 136596

Thea yang baru sahaja selesai round wad itu mula melangkah ke biliknya. Leher yang terasa lenguh itu dipicitnya beberapa kali. Wajahnya kelihatan sedikit pucat. Rasa tidak selesa pada bahagian abdomen buatkan tubuhnya terasa letih dan tidak bermaya.

Nasih baik shift dia untuk hari ini sudah berakhir. Bolehlah dia berehat seketika sebelum balik ke rumah. Belum sempat tangannya memulaskan tombol pintu biliknya, kedengaran suara Doktor Adam mematikan perbuatannya.

"Hai, you dah habis kerja ke?" Soal Doktor Adam sambil tersenyum. Tubuhnya disandarkan di birai pintu bilik Thea.

"A'ah.. Dah habis kerja. I nak terus balik rumah. Penat." Jawab Thea perlahan.

Dia tahu tujuan Doktor Adam bertanya seperti itu. Dan dia tidak suka cara lelaki itu yang seakan cuba memikatnya walaupun Doktor Adam sendiri tahu status dirinya.

Dalam diam Doktor Adam tersenyum mengejek. Dengan nada suara Thea dia tahu perempuan di hadapannya itu bagaimana.

"Yeah. I rasa pun you kena terus balik rumah. I tengok muka you pun macam pucat semacam je. Are you okay?"

Serentak dengan soalan itu, tangan Doktor Adam naik ingat menyentuh pipi Thea namun sempat Thea melarikan wajahnya. Riak wajah Thea turut terkejut dengan tindakan berani lelaki itu.

"Ehem.. Thea?"

Thea dan Doktor Adam serentak menoleh ke arah lelaki yang berdiri tegak di belakang mereka. Masing-masing menunjukkan riak wajah yang terkejut apabila melihat susuk tubuh yang berdiri dihadapan itu.

Penampilan lelaki itu yang kelihatan kemas dengan suit berwarna biru navy beserta kaca mata hitam mula menarik perhatian setiap gadis yang lalu lalang di situ.

"Aw--awak buat apa dekat sini?" Tanya Thea sambil kepalanya memandang sekeliling. Hatinya mula berdengup pantas melihat kehadiran lelaki itu yang tiba-tiba sahaja.

"I just wanna meet my cousin here. Tak salahkan?" Tengku Damien mengangkat sebelah keningnya kepada Thea.

Thea gigit bibirnya. Cuba menahan geram. Ini lagi seorang yang tak faham bahasa. Dari tidak kenal batang hidung, tiba-tiba sahaja muncul depan mata mengaku sebagai sepupunya.

Dan disebabkan oleh lelaki bernana Tengku itulah dia dan suaminya bergaduh. Walaupun dua lelaki dihadapannya itu mempunyai rupa paras yang mampu buat mana-mana perempuan tidak tidur lena, fikirannya tetap pada lelaki yang bernama Emeer.

"Kenapa sampai sini cari saya? Mana Tengku tahu saya dekat sini?" Soal Thea.

Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhampiran biliknya. Tidak jadi untuk masuk ke bilik apabila dua makhluk yang tidak di ingini muncul. Lain yang diharap lain yang datang.

Dia mengeluh. Pelipisnya diurut perlahan. Tiba-tiba sahaja terasa kuat mencengkam di kepala.

"Like I said just now, I want to meet you, Thea." Tanpa kata Tengku Damien turut melabuhkan punggungnya di sebelah Thea.

Doktor Adam yang melihat keadaan itu terus mendengus kuat.

"Kita tak ada apa-apa urusan. So, nothing to talk about."

Thea terus bangun dan ingin masuk ke biliknya. Dia ingin segera pulang ke rumah.

"Wait, Thea. We need to..." Belum sempat Tengku Damien menghabiskan ayatnya, Doktor Adam terlebih dahulu menghalangnya.

"Stay away. Kalau dia cakap kau dan dia tak ada urusan, so faham-faham je la. Ke nak aku tolong fahamkan dekat kau?" Ujar Doktor Adam keras.

Tengku Damien ketap rahangnya kuat. Penumbuknya di genggam kemas. Matanya mencerlung memandang wajah doktor muda di hadapannya ketika itu.

Baru sahaja Thea ingin mencelah, kedengaran pintu biliknya dibuka dari dalam dan mereka yang berada disitu terus menoleh ke arah itu. Wajah Thea membulat melihat gerangan yang sedang bersandar di bingkai pintu biliknya.

Wajah Thea mula bertukar pucat apabila mata dark hazel itu memandang tajam ke arahnya.

"Apa yang kau orang bising sangat ni? Dengan bini orang juga kau berdua nak berebut kan?" Soal Emeer selamba sambil berpeluk tubuh.

Sejak setengah jam yang lalu dia mendengar segala butiran perbualan mereka bertiga dari dalam bilik. Sudah satu jam dia menunggu Thea di dalam bilik itu namun lain pula yang dia dapat.

"Aa--apa awak buat dalam bilik sa--saya?" Thea bersuara dengan nada yang masih terkejut. Tidak sangka Emeer berada di situ. Tapi macam mana suaminya boleh masuk ke dalam bilik.

Emeer melangkah mendekati isterinya dengan wajah serius. Dan dengan hanya senyum nipis terukir dibibir, tangannya terus menarik lengan Thea lalu memaut pinggang Thea rapat ke tubuhnya. Thea yang terkejut itu terus meronta kecil namun hanya untuj seketika apabila Emeer semakin kuat mencengkam pinggangnya, sebagai tanda amaran.

"Lepaslah. Kita dengan hospital sekarang, bukan dekat rumah."

Kali ini Thea bersuara sedikit keras. Dia mula tidak selesa apabila orang yang lalu lalang di situ mula memandang ke arah mereka. Namun Emeer langsung tidak mengendahkan larangan isterinya itu.

"Don't you missed me, sweetheart?" Mata sempat menjeling ke arah Doktor Adam dan Tengku Damien yang dari tadi kelihatan tegang itu.

"I think she doesn't want you to be here, bro. So let her go." Tengku Damien bersuara apabila melihat Thea seakan tidak selesa.

Emeer berdecit perlahan bersama dengan senyuman sinis. Wajah Tengku Damien dan Doktor Adam di pandangnya salih berganti.

"Let me clear one more thing. Both of you. Don't you dare to touch my woman or else you know what will I capable doing with both of you. Dont' mess with me. And you Doctor Adam, I know who you are actually. So, tolong hentikan apa pun plan kau sebelum aku sendiri bertindak." Emeer mula bersuara keras sambil rahangnya diketap kuat.

Situasi di situ mula kelihatan tegang. Thea yang melihat keadaan itu terus menarik Emeer masuk ke dalam biliknya sekaligus meninggalkan Tengku Damien dan Doktor Adam disitu.

"Fuck!" Carut Doktor Adam perlahan tapi masih didengari oleh Emeer.

Sebaik sahaja pintu bilik ditutup, butang kunci ditekannya. Emeer terus melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia di dalam bilik Thea dengan wajah yang kemerahan.

Thea hanya membiarkan suaminya meredakan kemarahannya sendirian. Tiada mood untuk dia memujuk. Rasa sakit kepala kuat mencengkam itu memaksa dia melabuhkan punggung di sebelah Emeer.

Kepala direhatkan seketika. Mata dipejamkan. Emeer yang melihat situasi itu menyebabkan dahinya sedikit berkerut. Dia terus memusingkan badanya mengadap Thea.

"Kau kenapa?" Soal Emeer sepatah.

Krikk! Krikk!

Tiada jawapan yang keluar dari mulut Thea membuatkan Emeer makin membara. Akibat terlalu geram dengan Thea yang membisu itu, lengan isterinya terus direntap kuat ke arahnya.

Tindakannya itu buat Thea terkejut. Dahi Thea kelihatan berkerut seribu.

"Sakitlah! Awak ni kenapa? Hikss.. Hikss.. Sa--Saya penat tahu tak. Please s--stop. Hikss.. Hikss.. You hurt me. I hate you! I hate you, Luthfan Emeer!"

Serentak itu dengan sebelah tangan, Thea memukul kuat dada Emeer sambil menangis teresak-esak. Sedih dengan layanan kasar dari seorang suami. Ditambah pula dengan tubuhnya yang tiba-tuba sahaja terasa letih sejak dari tadi. Dan bertambah letih dengan situasi yang dia hadapi sekarang.

Emeer yang terkejut dengan tindakan Thea itu hanya membiarkan sahaja perbuatan isterinya sebelum dia menarik Thea ke dalam pelukkannya. Cuba menenangkan isterinya yang mula kelihatan tidak menentu.

"Shhh.. I know. I know you hate me and you love me. Calm down, tesoro.. I'm sorry for hurting you. Shh.." Tutur Emeer lembut sambil menarik tubuh Thea ke atas pangkuannya.

Belakang tubuh itu diusapnya perlahan. Masih cuba untuk menenangkan isterinya yang masih dalam keadaan tersedu-sedan.

"I hate you.. I hate you.. I hate..."

Makin lama makin perlahan suara Thea kedengaran. Tiada juga rontaan dari isterinya. Emeer terus menundukkan sedikit kepalanya, mencuri pandang ke arah wajah Thea yang terletak elok di dada bidangnya itu. Wajah Thea yang terlena itu dipandangnya dengan pandangan yang cukup berbeza.

"So che mi odi e anch'io ti amo, tesoro. non ti lascerò mai andare dalla mia vita. (I know you hate me and I love you too, sweetheart. I will never let you go from my life)." Dahi Thea dikucupnya lembut serentak tubuh kecil itu dicempungnya dengan mudah.

Kakinya terus melangkah keluar dari bilik Thea sambil di ekori oleh James dari belakang. Mata-mata yang memandang ke arahnya langsung tidak dihiraukan. Dengan wajah yang beku, sesiapa pun tidak berani menegurnya.

Emeer segera meloloskan diri ke dalam kereta yang sudah tersedia di hadapan pintu utama hospital itu.

"Kau dah bagi surat yang aku bagi tu dekat Doktor Danny?" Tanya Emeer kepada James sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam kereta.

"Sudah Tuan."

"Bene (Good)"

"Tuan, kita hendak ke mana?" Aiman bertanya sambil matanya melihat pada wajah Emeer dari cermin tengah.

"Direttamente in aeroporto (Straight to the airport)."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience