BAB 40

Romance Series 113290

pulang sahaja dari khuruj, kami terus bergegas ke rumah bonda memandangkan adik beradik Ilyas ingin membuat sedikit jamuan makan makan sesama keluarga sempena ulang tahun peerkahwinan ayah dan bonda yang ke berapa tahun aku tidak pasti. mungkin 29 tahun memandangkan anak sulung bonda juga sudah berumur 28 tahun.

sebaik sahaja aku menukar uniform dari jubah hitam, tudung hitam dan juga segala kain sehingga tidak terlihat walaupun sebiji anak mata kepada tshirt muslimah dan seluar tracksuit milik Ilyas. mujur saja saiz badan Ilyas dan aku tidak jauh beza..

"okay? " soal aku sambil menayang diri di hadapannya, sesekali aku memandang ke arah cermin turut menilik pakaian aku. Ilyas memandang aku atas bawah sebelum mengangkat ibu jari, menandakan dia berpuas hati dengan pemakaian aku.

aurat checklist, done!

walaupun di rumah keluarga mentua, aurat tetap menjadi keutamaan para wanita. kerana yang menjadi mahram hanya lah suami dan bapa mentua. ipar lelaki dan biras masih termasuk dalam kategori ajnabi.

tangan aku ditarik supaya mengikuti langkahnya keluar dari bilik. pintu utama di tujui, baldi di tepi pintu dapur Ilyas capai sebelum melangkah laju menuju ke arah kebun markisah di belakang rumah.

"pernah makan? " soal Ilyas sambil memetik sebiji demi sebiji lalu di masukkan ke dalam baldi yang di bawa sekali.

"salah satu buah kegemaran saya. tapi tu lah, ingat lepas kahwin hari hari boleh makan, rupanya dah setahun baru dapat jejak ladang markisah ni. " jawab aku tersebik sebik berpura pura kecewa. Ilyas gelak.

"ada mulut, tak reti nak cakap? takkan nak tunggu Allah tarik nikmat baru nak beritahu." balasnya bersahaja. aku mencebik.

"awakkkan suami, takkan lah tak boleh baca apa yang berada di minda saya." jawab aku, buah markisah aku tarik sekuat hati melepaskan rasa tidak puas hati,.

"i'm your husband. not your brain! ni dah kenaapa bersaya awak. nak kena lempar dalam selut ke? ke buat buat lupa kena panggil apa? " sindirnya sambil menjeling sekilas kewajah aku. tanpa menghiraukan lirikan matanya, aku hanya memetik buah markisah tanpa sedikit pun memandang ke arahnya.

malu!

"kita dah janjikan malam tadi nak tukar panggilan. rasanya dah boleh mula sekarang kut. " bisiknya tepat ke telinga aku. aku mengemam bibir menahan segan dengan menayang muka bersahaja. tidak sanggup untuk menjeling walaupun seinci kewajahnya.

ini semua berpunca dari pesanan yang aku hantar kepadanya malam tadi. mencandangkan utnuk menukar panggilan. lepas itu, aku pula yang rasa macam kena cekik. dah tahu si Ilyas sejenis tak boleh bawa bergurau.

menyesal sekarang tiada guna, tidak cukup mulut laju dari otak, jari pun ikut sama!

"nah, " buah markisah yang sudah siap dibelah Ilyas hulur kepada aku. terbuntang biji mata aku. macam mana dia kopek? dalam pelik, aku sambut juga. aku cicip sedikit. sekali lagi aku terpana.

"manisnya, first time rasa manis macam ni,. selalu dapat yang masam sampai nak kecut otak." komen aku, sambil mencicip lagi isi markisah sehingga bersih.

"patut pun. " aku terkebil kebil dengan jawapan balasnya.

patut pun? patut pun apa? bengap? slow? sengal?

malas aku mahu membahas, kalau dibahas nanti, aku juga yang sakit hati. hari ini bukan hari yang sesuai untuk aku merajuk. esok baru aku bangkitkan balik. bukan wanitalah aku jika tidak suka mencari gaduh!

"yas tak makan ke? " soal aku apabila melihat buah buah yang dibuka semua di tolak depan aku tanpa merasa sikit pun. dia menggeleng perlahan.

ruginya, ada kebun tapi tidak suka. tidakkah dia tahu, markisah antara buah yang market tinggi jika diluar. aku tahulah dia tidak suka makanan yang masam. tetapi buah yang dikopak ini bukannya masam sangat

"yang ni tak masam lah. cuba rasa. " aku cuba memujuknya. dia tetap menggeleng.

"sayang makan lah.. kata suka. tak payah lah pelawa pelawa. " jawabnya. aku mencebik.

sombong!

"kenapa yas tak makan masam? " soal aku. sebiji demi sebiji buah markisah masuk ke dalam perut aku. lepas gian setelah sekian lama tidak makan, dapat pula yang manis begini.

nikmat apa lagi yang hendak engkau dustakan?

"makan je, tapi entahlah. dulu zaman belajar, selalu kena momok. budak hafal quran tak boleh makan asam, tak boleh makan jeruk. tak elok. nanti otak boleh kecut. sejak dari tu macam dah tak ada feel bila tengok makanan masam masam ni. " ceritanya buatkan markisah yang memenuhi mulut aku tersembur keluar.

ya Allah, jeruk pula difitnah!

"ingat kepala ikan je kena fitnah boleh bodohkan orang, rupanya asam pun difitnah juga. " seloroh aku. mulut yang comot aku lap dengan belakang tapak tangan. memang selekeh.. tapi tak seselekeh muka aku baru bangun tidur dengan air liur basi melekat dipipi. Ilyas ketawa kecil.

"memang tak elok pun. budal hafal quran. atau lebih tepatnya, budak yang belajar madrasah, banyak pantang larang bab makanan.. itu baru bab makan. belum lagi bab lain." terangnya tanpa dipinta.

"dah jom. habis kat dia je nanti benda ni.. markisah dah gondol kena petik. tapi air tak nampak bayang." sindirnya dan terus bangun dari duduk sambil mencapai baldi yang sudah dipenuhi markisah. aku mencebik. bukannya aku kokak semua buah yang ada. aku cuma makan yang dia sudah kopek saja.

sebaik sahaja selesai menjadi petani gigih aku masuk ke dapur.atas arahan Ilyas. sementara menunggu Ilyas mencuci buah, aku mencapai dulang yang sudah aku letak awal awal bersama papan pemotong, pisau, garpu dan jag lalu aku letakkan di atas tikar.. sebuah bekas air sederhana besar aku ambil lalu di isi air sehingga separuh penuh.

kemudian, aku mengisi air panas ke dalam mangkuk kecil lalu merendam segenggam asam boi putih ke dalam air panas itu. aku menghampiri Ilyas, sebelah markisah yang sudah di potong aku capai bersama garpu. lalu mengorek isi markisah masuk je dalam jag..

isi markisah ini akan di jadikan air. aku juga tidak tahu bagaimana rupa air itu. tetapi berdasarkam cerita empat orang adik ipar aku, sepertinya air itu mampu mengecurkan air liur sesiapa sahaja yang mendengar.

jag yang sudah penuh dengan isi markisah Ilyas tuang kedalam bekas air yang sudah aku isi separuh. asam boi yang telah aku rendam juga dimasukkan ke dalam bekas sedikit pati sirap dituang bersama dan juga gula tidak dilupakan.

"cuba rasa. okay tak? " air dicedok sedikit mengunakan senduk sebelum di beri kpada aku.

"sedap. " komen aku. kepala aku bagai burung belatuk, terangguk angguk dengan riak wajah penuh teruja.

"nak letak ais ni. manis dia dah okay tak? " soal Ilyas membuatkan bibir aku meleret nakal.

"manis, tapi rasa manis tu mungkin datang dari senyuman yas. "

"heh! orang bawa khuruj belajar benda lain, benda lain pula dia belajar. " balasnya sinis.

dia heh kan je aku?

dia buat boleh, aku buat tak boleh?

hampeh!

------

Ilyas yang sedang bergerak ke sana ke sini aku perhati dari sofa dengan dahi berkerut. bukan pelik dengan kerajinannya menyelesai urusan rumah, tetapi pelik dengan tingkah lakunya yang terlihat terlampau rajin sehingga tugas memasak yang dari awal kahwin di beri kepada aku juga dia sanggup buat.

padahal Ilyas seorang yang sangat bermusuh dengan dapur, memasak bukan minatnya. sedangkn untuk menggoreng telur mata sebiji pun dia akan minta tolong aku. ini mimpi apa pula hari ini sehingga aku tidak boleh bergerak dari sofa walau seinci.

dari duduk, kini aku sudah berbaring di sofa single seat, sambil menggoyang kaki aku yang tergantung.

"oh tuhanku,
berikanlah ketenangan abdi
untukku menghadapi
resahnya hati ini... "

"nak tenang ngaji, menyanyi memanglah tak tenang!." suara laungan Ilyas dari arah dapur membuatkan aku hampir terjelupuk ke lantai.

jika sharpshooter memerlukan sniper untuk membunuh, Ilyas pula hanya memerlukan lidah sahaja untuk melumpuhkan hati. kata katanya jauh lebih halus dari sniper. sakitnya sampai ke ulu hati!

"Abiy, nak ambil laptop dekat atas boleh? " laung aku meminta izin untuk bergerak dari sofa ini.

"dua minit, lepastu turun balik." jawabnya, aku menepuk dahi. apa kena dengan laki aku ni?

tanpa membantah aku menapak laju menaiki anak tangga. tidak sampai dua minit aku kembali ke ruang tamu bersama laptop dan tab di tangan.

aku tersandar di kaki sofa sebaik sahaja meletak laptop dan tab itu di atas meja melepskan lelah. semput ini jauh lebih dasyat dari dikejar anjing.

setelah nafas aku kembali teratur, aku mencapai kembali laptop di atas meja sebelum aku menapak menuju ke dapur.

"yas, kalau Azwar nak berhenti kerja, yang mana satu yas prefer. stop modelling atau stop menulis? " soal aku meminta pendapatnya. belakang badanya yang sedang memcuci pinggang mangkuk aku jeling sekilas.

"stop modelling. " jawabnya laju tanpa berfikir walau sesaat pun. laju menoleh kembali ke arahnya.

"sebab? "dia diam tidak menjawab, sebalik dia terus fokus kepada kerjanya seolah olah tidak mendengarkan aku. lama aku menunggu sehingga aku menghela nafas berat.terasa dengan sikap tidak ambil pusingnya. aku kembali menatap skrin laptop. manuskrip yang hampir siap aku tatap kosong.

"supaya sayang dah tak terdedah dengan tatapan manusia.." jawabnya lembut. aku menoleh ke arah Ilyas yang sudah melabuhkan punggungnya di sebelah aku.

"kalau menulis pun sama je. " balas aku.

"tak sama. kalau model, sayang yang kena ke depan. tetapi kalau menulis, karya yang akan ke depan.figura seseorang penulis itu tak penting . yang penting karya dia mampu memberi manfaat pada orang lain. mampu menghibur dan mampu menarik minat pembaca sudah cukup. tak perlu untuk upload gambar bermacam posing semata mata mahu melariskan karya." terang Ilyas panjang lebar.

"so sekarang ni, yas suruh Azwar stop modelling ke macam mana? " soal aku meminta kepastian.

"nope, terpulang pada sayang nak stop atau teruskan. sebab penerangan tu tadi untuk pilihan yang sayang bagi." jawab Ilyas bersahaja. aku terangguk. setiap bait kata katanya membuat aku termenung jauh.membuatkan otak aku kembali bercelaru. aku keliru. aku minat model, aku juga minat menulis.

tetapi dalam masa yang sama aku bercita cita menjadi isteri berjaya, untuk menjadi isteri berjaya aku perlu mengorbankan cita cita untuk menjadi berkerjaya.

"sayang fikir apa? " soal Ilyas. aku menghela nafas berat.

"entahlah, rasa dah penat nak menulis, rasa macam terkejar kejar. rasa macam tak habis habis fikir pasal manuskirp.. setiap masa di hantui oleh manuskirp yang tak siap siap. kadang balik kerja dah malam pun masih terfikir manuskrip tak siap. tapi dalam masa yang masa rasa penat juga dengan modelling..rasa macam semua benda terabai bila ada job. kerja tak tentu masa. tak ada masa tetap. kadang balik tengok yas dah ada kat rumah. rasa macam tak guna jadi isteri pun ada juga. lebih pentingkan kerja luar dari suami sendiri. kadang hari cuti pun kena kerja. tak tau, tak tau nak rasa apa. tak tau nak fikir apa. keliru dengan keputusan sendiri.. setiap hari bertukar tukar keputusan," luah aku, wajah Ilyas yang tekun mendengar aku jeling sekilas. senyum nipis terbit di bibirnya.

"bila keliru apa yang kita kena cari? " soalnya lembut. aku menggeleng, aku tidak tahu. aku malas sudah mahu berfikir. hampir sebulan perkara ini bermain di fikiran aku. jadi aku mahu dia yang buat keputusan untuk aku. sekali sekali aku juga perlu mengikut telunjuk orang dari terus membuat keputusan untuk diri sendiri.

"istikharah dulu." arahanya membuatkan aku terus terusan mengeluh.

"cuba yas putuskan terus, kenapa mesti nak suruh Azwar buat keputusan sendiri juga. Azwar bukan bujang lagi."bentak aku.

"masa bujang Azwar pun baba tak pernah kongkong, selagi Azwar tak memecahkan kepercayaan baba, selagi tu baba akan sokong. jadi yas akan sambung apa yang baba buat pada Azwar. yas memang ada hak untuk terus buat keputusan untuk hidup sayang dalam masa yang sama yas juga ada rasa ihsan." rambut aku yang dibiar lepas dan mengurai ke tepi pipi Ilyas selit di tepi telinga, sesekali kepala aku di elus lembut.

"isthikharah dulu, then yas putuskan, okay? " lambat lambat aku mengangguk.

"bila lagi photoshoot? " soalnya.

"isnin depan. "

"oh, dengan Afni eh? " aku mengangguk.

"lain? "

'tak ada. "

"okay, tak payah ambil apa apa job dulu buat sementara ni. hari ni cutikan, so sekarang tutup laptop, pergi simpan balik, pastu siap siap. kita keluar. esok baru balik. " aku menoleh ke arahnya, baru sahaja mulut aku mahu bertanya Ilyas pantas mencelah.

"tak payah tanya nak pergi mana, ikut je.. " aku akur. baru sahaja mahu membuka langkah, tangan aku ditahan.

"kalini last dengar panggil yas lagi, lepas ni panggil lagi macam tu, ada denda dah sedia. " satu amaran di keluarkan dari mulutnya membuatkan aku ternganga.

"masalahnya Azwar panggil abiy, yas gelak sampai nak putus urat kentut,." balas aku tidak puas hati.

"ahaa. apa dia? " lagi lagi dan lagi aku mengeluh.

"baik lah.." Ilyas mengekek apabila mendengar jawapan pasrah aku.

malas aku mahu melayan, aku terus memanjat anak tangga dan bersiap siap, mencari baju yang tidak perlu digosok. selesai mengenakan pakaian aku menapak menuju ke arah meja solek.

krim pelindung matahari aku capai, lalu aku picitkan sepanjang seruas jari di jari telunjuk dan jari hantu sebelum aku rata di seluruh muka.

bedak kompak yang baru sahaja aku beli dan belum sempat aku pakai, aku capai. sebaik sahaja aku membuka penutupnya hampir saja rambut aku seperti mahu luruh.

bedak kompak aku dah jadi tepung kastard!

kelemumur aku pun tak halus macam ni, ini dah jadi serbuk terus ni, langsung tiada rupa bedak kompak. aku menoleh kearah pintu bilik. Ilyas yang baru memunculkan diri aku tenung tajam.

dia yang pada awalnya beriak tidak bersalah, terus sahaja bertukar cuak sebaik sahaja terpandangkan benda yang sedang aku pegang. Ilyas menggigit bibir sambil tersengih,.perlahan lahan kedua tapak tangannya di rapatkan.

"sorry, nanti abiy ganti balik. janji! " ucapnya perlahan. tangan diangkat seperti orang berikrar.

"patut pun rajin sangat. " ujar aku. badan aku paling kembali ke arah cermin. hancur hati aku tidak sehancur bedak ini.

tak ada anak lagi dah ada perosak barang solek.

"macam mana boleh bersepai macam ni sekali? " soal aku.

"yas nak ambil kunci, lepas tu dia terjatuh, dah jatuh masa nak angkat bawa naik, terpijak pula, itu pun yas sapu guna penyapu habuk, lepas tu bawak masuk balik dalam tu. yang lain lain tak dapat nak selamatkan. "

"woi, tak senonoh lah, dah lah dah pijak, sapu pula tu!" berdekah aku dengan ceritanya, kopiahnya yang berada di atas meja aku capai sebelum aku campak ke arahnya. pantas Ilyas mengelak sebelum melarikan diri ke dalam bilik air.

sengal punya suami!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience