♦
Bahagian II
Misi Menjejak Senjata Rahsia
♦
Bab IX
Boneka Bermata Merah
♦
4 Disember 5371. Jam 0440. Istana Terbiar Daerah 31. (Bahagian Tercerma Miasma).
Milan mengerang kesakitan. Bahunya teruk berdarah. Cengkeman Gargoyle itu telah membenamkan taring dalam ke isi dagingnya. Mujurlah Eric pakar pemain pedang. Mata haiwan tersebut berjaya dicucuknya. Sewaktu Gargoyle itu meraung kesakitan mereka sempat menyelamatkan diri. Namun mereka tersilap langkah. Mereka pergi ke menara istana ini. Menara istana yang telah lama dipinggirkan. Erti kata lain mereka menuju ke jalan mati.
Nafas Cornelia turun naik cepat sekali. Dia dapatkan rasakan jantungnya hampir gugur. Dirinya bertambah cuak takala lihat bahu Milan berlumuran darah. Walaupun sudah ditekup titisannya masih lagi membasahi lantai. Eric hanya mendiamkan diri dari tadi. Seperti Cornelia jua, dia tidak cukup nafas. Setelah keadaan kembali baik, pedangnya mengeluarkan cahaya lalu mengecil menjadi sebilah pisau terus disisipkan di pinggangnya. Dengan nada yang lemah dia bersuara, "Mari," Dia menaiki anak tangga menara tersebut. Meninggalkan Cornelia dan Milan di belakang.
Kedua-dua mereka pun akur. Kira-kira dua puluh minit kemudian mereka tiba dipuncaknya. Dihadapan mereka terdapat sebuah pintu lalu dibuka Eric dan memasukinya. Cornelia dan Milan mengikut. Mata mereka melihat sebuah kamar tidur yang kecil. Kebanyakan perabotnya ditutupi dengan kain putih. "Cuba geledah dan cari apa yang patut." Arah Eric memecahkan kesunyian. Masing-masing menyelongkar apa yang patut. Milan dapati kesemua laci yang berada di kamar ini kosong.
Eric hanya melepaskan keluhan kecewa. Mereka ke sini dengan tangan kosong. Pulang juga dengan tangan kosong. Dengan hati yang berat dia pergi mendapatkan tunangnya. Semasa dalam perjalanan Cornelia memanggilnya. Bunyinya cemas. Eric segera menghampiri. Milan juga turut sekali. Mereka sampai di satu penjuru bilik di mana adanya beranda. Cornelia berdiri ditepi pintu luar tersebut. Tiba tunangnya di situ, segera jarinya menuding ke satu arah. "Eric, tengok ni." Nadanya berbunyi teruja. Eric berjalan dan berhenti disebelah tunangnya. Dia terkejut melihat apa yang ditunjuk oleh Cornelia. Milan menghampiri pasangan tersebut, seperti mereka dia juga tidak percaya apa yang dilihat.
"Apa makna semua ni!?"
Dihadapan mereka terdapat seorang lelaki duduk di atas kerusi. Kedua-dua belah tangannya di atas alas lengan kerusi. Kepalanya tertunduk. Rambutnya pula sama seperti Cornelia iaitu kuning keemasan. Pemuda itu membela sedikit rambutnya untuk dijadikan ekor. Ia diikat kemas dengan reben merah. Sekali kala bayu dingin menerjah masuk menghayunkan rambutnya. Sedikit pun langsung tak bergerak.
Eric menghampirinya. Dia menghampiri sambil meneliti pemuda itu. Dia perasan pemuda itu memakai seragam Rosamund berwarna hitam serta merah. Melalui pemerhatiannya juga pemuda ini merupakan Kesateria Sihir kelas pertama. Dia juga merupakan pengawal Genma. Namun hatinya tetap berdetik, apa makna semua ini? Dia menghampiri pemuda tersebut untuk pastikan keadaannya. Lagipun kesemua anak buahnya hanya seorang Kesateria. Ahli sihirnya pula sedikit. Begitu juga pengawal Genma. Tibanya di situ, dia menyentuh bahu pemuda itu.
Derungan angin kuat tiba-tiba menerpa dari tempat pemuda itu duduk. Cornelia menjerit. Milan pula terduduk tak mampu melawan kerana kecederaan dia alami. Eric pula berundur kebelakang dan pergi mendapatkan tunangnya. Seraya itu suasana bilik diterangi dengan cahaya merah. Semerahnya warna darah. Takala itu derungan angin kasar itu hilang. Eric perasan di lantai pada pemuda itu berada terdapat medan sihir segi tiga warna merah. Itulah sumber yang menyumbangkan cahaya merah darah tersebut. Lagi satu medan sihir itu berbentuk segi tiga. Memberi maksud ilmu sihir kegelapan.
Setelah keadaan kembali terkawal pemuda itu berdiri tiba-tiba. Memeranjatkan semua orang. Eric dan Milan bersiap siaga dengan senjata masing-masing. Takut-takut ada perkara yang tak diingini berlaku. Namun mereka terkaku sebaik saja pemuda itu membuka matanya. Warnanya pekat seperti darah. Seraya itu satu Terminal merah hati terpanpang dihadapan mereka. Cornelia yang beranikan diri untuk melihat isi kandungannya. Eric dan Milan mengikut di belakang. Membaca seiringi dengannya.
"Senjata rahsia ilmu sihir kegelapan.
Boneka keluaran ke 1.
Bernombor siri 92.
Diaktifkan."
Ya, Boneka Bermata Merah sudah dibangkitkan.
Share this novel