♦
Bahagian I
Buku Larangan Boneka
♦
Bab IV
Buku Rahsia Kaynard
♦
21 Mac 5321. Jam 2007. Kamar Bacaan Kediaman Kaynard.
Pintu kamar bacaannya dihempas kasar. Seboleh-bolehnya seluruh perasaan kecewanya mengalir keluar darinya. Tetapi apakah dayanya…dirinya tidak mampu. Setelah ketahui dirinya tidak mampu dia mengeluh dan terus menuju ke dalam kamar bacaannya dalam gelap gelita tanpa membuka sebarang cahaya pun. “Laporan…laporan…laporan…”
Dirinya berhenti ditengah-tengah kamar tersebut. Sejurus itu muncul medan sihir berwarna biru muda seperti mata si empunya dan ianya muncul di bawah tapak kakinya. Medan sihir itu berpusing perlahan. Lama-kelamaan ianya semakin laju. Malah ianya juga semakin membesar. Tekanan kuasa sihir daripada medan itu mula menghasilkan arus bayu lembut cukup sekadar bermain untuk memberi alunan pada rambut Cornelius. Buku-buku tertentu yang diselubungi oleh cahaya sihir berwarna biru muda milik Cornelius mula terapung keluar daripada rak-raknya dan berhimpum mengeliling si ahli sihir itu.
“Apa ilmu sihir hendak dipakai? Ilmu asas tidak berkesan pada Miasma. Ilmu rahsia…tidak… jika aku mengunakannya ianya tidak lagi menjadi ilmu rahsia. Ilmu larangan…tidak…pangkat aku tidak layak untuknya. Bagaimana ilmu tersembunyi…tunggu…aku tidak tahu mana-mana ilmu tersembunyi yang wujud di Ghais Lavanark pun…jadi pilihan yang terakhir…ialah ilmu hitam…”
Sepantas kilat kesemua buku-buku terapung meluru ke arah rak masing-masing. Hanya beberapa buah saja masih kekal terapung mengeliling Cornelius. Si ayah tunggal itu mengeluh sambil tersenyum kambing. Dia mengambil salah satu buku-buku terapung itu untuk ditatap. “Seboleh-bolehnya aku tidak mahu mengunakan ilmu hitam. Jika aku tidak berhati-hati…natijahnya bukan aku seorang yang tanggung…tetapi mereka yang terlibat dengan aku sekali…”
“Tapi Cornelius…ini satu saja pilihan yang aku ada. Orang dahulu kala selalu berkata…untuk memadam api yang marak hanya boleh dilakukan oleh api yang sama marak dengannya sahaja!”
Pintu kamar dihempas kasar tiba-tiba. Sejurus itu cahaya dari luar menjamah sedikit kegelapan yang menyelubungi Cornelius. Camus masuk kedalam sambil membawa sedulang hidangan. “Merapu lagi ayah? Ini makan malam saya bawakan.”
Sambil mengurut dadanya yang terkejut Cornelius tersenyum. “Terima kasih.”
“Ayah…” Sepatah Camus bersuara.
“Ya…”
“Mengenai kakak…dia ada beritahu saya…benarkah…”
“Ya…” Sekali lagi Cornelius bersuara.
“Begitu…” Perlahan saja Camus bersuara. Wajahnya yang sugul semakin teruk. “Saya masuk bilik dulu. Esok ada ujian.”
“Semoga berjaya…” Itu saja yang mampu dikatakan oleh Cornelius. Dia tidak tahu bagaimana mahu memujuk anak bongsunya itu. Tambahan pula Camus keras kepala.
“Terima kasih…dan…selamat malam ayah…” Ujarnya perlahan lalu berlalu keluar. Cahaya luar mula ditelan kegelapan melainkan medan sihir milik Cornelius di dalam kamar bacaan itu. Cahaya biru muda itu lembut saja menyambar wajahnya. “Takdirku…aku tidak tahu tahu bagaimana aku hendak berhadapan denganmu…”
Wajahnya ditekup. Cubanya dia menyembunyikan wajahnya daripada melihat takdirnya sendiri. Namun perbuatannya diganggu. Sebuah buku berkulit keras menghantuk perlahan pada kepalanya. Terus Cornelius mengambil buku tersebut. “Buku apa ini?”
BONEKA.
“Bon…ne…ka…” Ujarnya perlahan. “Ilmu hitam jenis apa ini…” Buku kegelapn itu hitam keseluruhan. Bingkai dan tulisan pada kulitnya merah. Merahnya semerah warna darah. Melainkan helaiannya yang putih salji. Cornelius melihat muka belakangnya pula. Terdapat beberapa ayat. Perlahan-lahan dia membacanya.
“Mereka dicipta untuk menaburkan kegembiraan.
Jangan sesekali berikan mereka kesengsaraan.
Jikalau diberikan pada mereka…
Mereka akan berikan kesengsaraan lebih teruk pada kita…
Dan jika ianya berlaku…
Tiada apa mampu berhentikan mereka melainkan jiwa pinjaman mereka dihancurkan.”
“Aneh…” Entah kenapa degupan jantungnya kedengaran kuat. Dirinya berasa teruja. Dia tidak tahu kenapa dirinya menjadi begini. “Aneh…” Dia bersuara sekali lagi. Nafasnya mula turun naik dengan pantas sekali. “Anehnya…” Buku kegelapan dilepaskan. Ianya dibiarkan jatuh ke lantai. Perkataan Boneka jelas nampak kerana warna merah menyala miliknya. Cornelius tidak percaya apa yang dibaca olehnya tadi. Perlahan-lahan dia melutut ke lantai. Matanya tidak beralih daripada melihat buku kegelapan itu. Tangannya mula memegang buku itu.
“Aku tidak percaya…bagaimana buku kegelapan ini boleh menaburkan kegembiraan? Ilmu hitam jenis apakah ini? Keluarga aku memilikinya selama ini… tak mungkin…” Suaranya mula terketar-ketar dan tangannya mula mengigil. Sama ada dirinya takut ataupun teruja dia sendiri tidak tahu.
♦
Share this novel