♦
Bahagian III
Serangan Balas Bermula
♦
Bab II
Boneka Itu Berhibur
(Air Dan Ais)
♦
4 Disember 5371. Jam 0540. Bangunan Terbiar Daerah 31. (Bahagian Tercerma Miasma).
Dia melarikan diri daripada seekor harimau jadian. Hairannya, mengapa makhluk itu wujud di kawasan ini? Ini bukan habitat asalnya. Lagi pun keadaan haiwan itu yang cedera parah mampu lari mengejarnya. Hairannya. Dia menoleh kebelakang. Ia semakin hampir lalu tingginya lompat untuk menerkam mangsa dihadapan. Perbuatannya berjaya.
"Robert!"
Jerit satu suara nyaring milik seorang gadis. Tubuhnya yang genit lengkap dengan seragam Rosamund. Seragamnya dihiasi dengan warna biru, menandakannya seorang daripada tentera laut. Tangannya didepakan ke hadapan, menampilkan satu medan sihir biru muda berputar dengan ligatnya. Selang beberapa saat kemudian muncul satu kepingan ais seperti tombak, laju bergerak di udara terus menusuk kepala harimau jadian tersebut. Lalu ia jatuh terkulai di atas Robert.
"Ingatkan aku mati tadi..." Suara Robert cemas sambil menolak harimau jadian tersebut. Ais tersebut masih lagi tercacak dikepalanya. Wap-wap sejuk berkepul-kepul keluar daripada ais tersebut. Setelah berjaya melepaskan diri, Robert perhatikan harimau jadian itu. Dia masih lagi tak puas hati. Mengapa ia disini? Lagi satu mengapa ia berlumurah darah sebegini? Lama pemuda itu perhatikan keadaan haiwan itu seolah-olah jawapan yang dicari melompat keluar di hadapannya.
"Robby," Gadis genit itu memanggilnya. Perlahan-lahan dia menghampiri Robert lalu meneliti apa yang dilihat oleh pemuda itu. "Tengok apa?" Soalnya. Nadanya berbunyi kebudak-budakan. Tambahan pula dia pendek. Lebih pendek daripada Cornelia sendiri. Robert menoleh padanya sambil tersengih. "Entahlah. Aku pun tak tahu."
Terkebil-kebil mata gadis itu. Hairan sekali melihat perangai Robert.
"Ingrid! Robert!"
Jerit Kieran dari jauh. Segera pasangan itu menoleh. Kieran datang berserta dengan seorang pemuda. Penampilannya serupa dengan seragam Ingrid. Gadis genit itu menjerit riang lalu berlari ke arah mereka. "Gabby! Awak cedera tak!?" Tibanya dihadapan pemuda itu terus saja dipeluknya. Pemuda disebelah Kieran itu mengerutkan dahinya serta melepaskan satu keluhan yang besar sekali. "Ingrid, perlu ke kau peluk aku setiap kali terpisah? Lima minit sekali pun?"
"Biarlah! Ingrid suka!" Dia bersuara. Dengan sengaja juga dia mengecilkan suara. "Mengapa? Gabby tak suka?"
"Ya, aku rimas..."
Dengar saja perkataan tersebut lantas Ingrid menolak pemuda itu. "Nak manja pun tak boleh..." Rungutnya bersendirian lalu berlalu pergi meninggalkan ketiga-tiga lelaki itu. Kieran hanya tersenyum lalu bahu pemuda itu disentuh. "Pergilah pujuk dia, Gabrian. Nanti entah apa dia buat. Bukan boleh percaya pun."
"Yalah..." Jawab Gabrian bersahaja lalu melepasi Kieran untuk memujuk Ingrid. Kieran hanya perhatikan mereka dari jauh. Dia tak sedar pun Robert menghampirinya. "Tak sangka, mereka merupakan senjata rahsia yang dicari. Mereka benar-benar kelihatan...manusia..." Ujar dia kagum. Kieran hanya tersengih mendengar kata-kata tersebut. "Dah lahir pun dari ilmu larangan, mestilah hasilnya agak 'hebat'."
Tiba-tiba Terminal Kieran terpanpang berhadapan mereka. Robert segera membaca perkataan yang timbul di Terminal tersebut, menutup kesemua pandangan Kieran. "Ada pesanan. Dari Ericlah!" Segera Kieran menolak muka Robert jauh dari Terminalnya. Pesanan Eric segera dibaca. Matanya bergerak pantas kiri ke kanan membaca setiap baris perkataan tersebut. Dia tak percaya. Misi mereka telah berjaya! Bukan itu saja, bantuan juga akan tiba! Hatinya benar-benar riang. Dia memberitahu Robert.
"Baguslah! Misi ini dikira berjaya! Mereka yang terkorban tidak akan sia-sia!"
Kieran tersenyum hambar mendengar kata-kata tersebut. Namun kata-kata itu ada benarnya. Sekurang-kurangnya kematian Maiya tidak sia-sia. Matanya merenung pada pergelangan tangan. Seutas gelang yang dibuat olehnya sebagai bukti ikatan dengan gadis yang dicinta. Lama dia perhatikan gelang tersebut sehinggakan Robert bersuara padanya. "Kieran, kita ada masalah. Sekiranya kita tak sampai pada waktu yang ditetapkan, mereka akan dianggap terkorban. Erti kata yang lain, akan ditinggalkan."
Kieran hanya diam. Matanya terus beranjak pada jam tangannya. Angkanya telah menunjukkan jam 0555 pagi. "Rasanya tak sempat pun." Usai saja berkata dengan tenang dia melepasi Robert yang terpinga-pinga melihat reaksi tenang serta selambanya. "Kieran! Kenapa kau boleh tenang!? Kita berada tingkat paling atas di istana ini."
"Bukan salah sesiapa pun kita berada di tingkat atas. Kalau nak salah sesiapa, salahkan harimau jadian, dari tadi asyik dihambat mereka saja."
Benar kata Kieran tapi semua itu tak penting lagi. Apa yang penting sekarang ialah mereka tiba di tempat perjumpan yang dijanjikan. Tetapi...tetapi...istana ini besar. Jalannya pula seperti pagar sesat. Kalaulah ada cara yang lebih mudah untuk pergi ke tempat yang dinyatakan hanya dengan 'terjun' saja ke bawah.
"Ingrid ada cadangan!" Jerit gadis genit itu riang. "Mari! Mari ikut Ingrid!" Panggilnya dari jauh untuk tiba di beranda dalaman istana. Gabrian menanti disebelahnya. Dia tersenyum. Nampaknya dia sudah berjaya memujuk Ingrid. Tibanya Kieran dan Robert di sana Ingrid terus menunjukan jarinya jauh ke bawah."Robby dan Kiery nak ke bawah bukan?" Dahi dua-dua pemuda itu berkerut melihat di bawah. Tinggi. Ianya sangat tinggi. "Nampaknya kita perlu berlari turun ke anak tangga untuk tiba dibawah..."
"Sempat ke?" Soal Gabrian. Dia sudah dengar segala kerana suara Robert meninggi tadi. Dengan suara sekuat begitu siapa yang tak akan ambil peduli. Seperti yang lain dia juga perhatikan tingkat bawah tersebut.
"Mestilah tak sempat!" Suara Robert dengan nada lemah. "Lainlah kalau aku terjun, sekejap saja dah sampai!"
"Bukan ke tu sama saja dengan tak tiba pada waktunya?" Celah Keiran tak sedap hati apabila Robert berkata demikian. Hatinya bertambah runsing lagi apabila Gabrian mula mengukirkan satu senyuman.
"Aku setuju dengan kata-kata Robert. Cuma dengan terjun ia agak berisiko tinggi." Ujarnya tenang. Kedua-dua Kieran dan Robert terkejut apa yang didengar olehnya. Ingrid pula hanya tersengih. "Jadi saya cadangkan kita semua-"
Dia menuju ke tengah beranda dalaman tersebut jauh daripada yang lain. Mencari kawasan yang agak luas. Seraya itu dia memegang birai penghadang tersebut. Satu medan sihir kecil berwarna biru muncul dibelakang telapaknya. Seraya itu air dengan banyaknya mencurah keluar dari tapaknya. Ianya deras. Terus ia jatuh menuju ke tingkat bawah. Turunnya laju merupai air terjun. Tiba-tiba Ingrid muncul disebelahnya. "Giliran Ingrid pula!" Laungannya riang lalu jari telunjuknya dicelupkan ke 'air terjun' tersebut. Tak sampai beberapa minit ia membeku keseluruhan. 'Air terjun' itu membeku sebelum sempai ia mencecah lantai.
Robert dan Kieran terlopong melihat situasi hebat dihadapannya.
"Aku mencadangkan kita semua mengelongsur ke bawah?"
"Ingrid mulakan dulu!" Jerit gadis itu lalu memanjat ke birai beranda itu. Dia terkial-kial tanpa mengharapkan pertolongan sesiapa pun. Setelah berjaya dia terus saja mengelongsur ke bawah. Jeritan serta hilai tawanya bergema satu istana. Robert dan Kieran perhatikan Ingrid tiba dibawah. Laju...sangat laju...bagaimana kalau.....
"Tak mengapa." Suara Gabrian dibelakang seolah-olah membaca fikiran mereka. Dia tersenyum. "Aku akan pastikan kalian tak tercampak...jadi siapa dulu?"
Robert dan Kieran hanya berdiam diri. Suara Ingrid masih lagi bergema. Dia tak pedulikan langsung jika perbuatan itu mengundah padah. Perlahan-lahan mata kedua-dua pemuda itu beralih. Mereka melihat orang berada disebelahnya. Mata masing-masing menjerling sesama sendiri menyuruh untuk pergi dahulu.
♦
Share this novel