♦
Bahagian II
Misi Menjejak Senjata Rahsia
♦
Bab VII
Perajurit Itu Terkorban
♦
4 Disember 5371. Jam 0316. Istana Terbiar Daerah 31. (Bahagian Tercerma Miasma).
Robert lari selaju yang boleh. Dia mengetuai kumpulan kecilnya. Maiya dan Kieran pula berlari seiring di belakang. Beberapa ekor Gargoyle berada di belakang mereka. Makhluk tersebut bertungkus-lumus mengejar mangsanya. Mujurlah kaki lima istana ini sempit. Simpangnya yang banyak juga turut membantu. Kieran menjatuhkan apa-apa saja perhiasan yang terdapat di laluan mereka. Berharap perbuatan demikian dapat melambatkan pergerakan Gargoyle.
Raut wajah Robert berubah sebaik saja nampak sebuah pintu. Tiba di sana dia membuka pintu di hadapannya. Dia bersyukur kerana pintu tersebut tidak berkunci. Ketiga-tiga mereka cepat masuk ke dalam. Robert terkaku takala melihat isi dalamnya. "Dewan makan!?" Dia melalui yang lain untuk periksa keadaan. Keiran dan Maiya pula mengambil beberapa kerusi makan sebagai penyendal pintu. Harap-harap perbuatan tersebut mampu melenggahkan masa Gargoyle. Harap-harap begitulah.
"Robert!" Suara Kieran cemas. Seperti yang lain, dia tercungap-cungap tak cukup nafas. Wap-wap panas kerap sangat keluar dari pernafasan masing-masing. Matanya ligat perhatikan keadaan sekeliling. "Robert, tolong jangan buang masa! Kita perlu cari jalan keluar!"
"Jalan keluar?" Suara Robert lemah. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya. Wajahnya pucat sekali. "Tiada lagi jalan keluar. Kita terperangkap."
Kata-kata Robert tergantung begitu saja. Kieran juga terdiam tak terkata apa. Matanya ralit perhatikan wajah Maiya. Dia tahu kekasih hatinya menahan diri daripada ketakutan menjamah dirinya. Air matanya sudah pun berkumpul, menanti masa saja untuk mengalir keluar. Kieran merengus kasar tak puas hati. Dia baru saja menyatakan impiannya dan dia benar-benar berharap impiannya akan tertunai.
"Kieran..." Panggil Robert. Lelaki tersebut meninjau keadaan luar. Salji mula deras menuruni dari langit. Malam yang gelap itu kelihatan cantik sekali. Malam yang gelap itu disinari perak-perak kecil yang sedang gugur perlahan. Gugurnya ke tanah ataupun hinggapnya pada daun-daun pokok tirus yang banyak menggelilingi istana tersebut. Kieran mengerti maksud Robert. Pintu tingkap segera dia buka. Bayu dingin segera menghempas wajah mereka. Kieran perhatikan jarak mereka di antara pokok tirus tersebut. Jaraknya agak dekat. Kebarangkalian mereka boleh turun ke bawah. "Kau pasti Kieran?" Bisik Maiya ditepinya. Lelaki tersebut hanya mampu tersengih. "Apa lagi pilihan yang ada?"
Segera dia menggapai pokok tersebut lalu menolak Maiya ke depan. "Perempuan dulu." Sempat dia bergurau. Gadis tersebut memanjat pokok tersebut lalu mula turun ke bawah. Keadaan di bawah sunyi tanpa sebarang hidupan. Maiya berpendapat keadaan di bawah selamat. Dia mula menurut dengan pantas.
"Robert! Cepatlah!" Kieran memanggilnya.Dia dapati lelaki tersebut perhatikan pintu yang telah disendalkan olehnya dengan Maiya tadi. Dia hairan kenapa Robert berkelakuan demikian. Sebelum sempat dia menyoal Robert telah menyoalnya terlebih dahulu. "Kau perasan tak, Gargoyle tadi tak sampai-sampai lagi? Patutnya dengan kelajuan mereka...mereka sudah ke sini..."
"Cepatlah!" Kieran menarik Robert lalu memaksa dia melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan Maiya tadi. Sewaktu menanti Robert tiba menjejak tanah mata Kieran beralih pada pintu tersebut. Kata-kata Robert ada benarnya. Gargoyle patut sampai tetapi kenapa makhluk tersebut tidak sampai-sampai lagi? Dia dapat merasakan sesuatu tidak enak bakal berlaku sebentar nanti. Apa yang bakal terjadi dia tidak ketahui. Jantungnya berdegup kencang kerana tidak selesa memikirkan kata-kata hatinya. Sesuatu buruk bakal terjadi dan dia tidak dapat fikirkan apakah ia itu.
Segera dia memanjat lalu menuruni pokok tirus tersebut. Melalui pengalaman latihannya, Kieran hanya memerlukan dua minit saja untuk menurun ke bawah. Dia melompat ke bawah apabila yakin keadaan selamat. Robert dan Maiya menanti. "Jadi," Robert mula bersuara takala Kieran menghampiri mereka. " Apa yang perlu kita lakukan sekarang?"
Maiya telah menjawab terlebih dahulu. "Kita cari yang lain. Sambil tu kita cari juga senjata rahsia di sekitar istana ini."
"Entah kenapa hati aku berkata," Robert bersuara sekali lagi. Kali ini bunyinya agak ragu-ragu. "Senjata yang kita cari bukan sebarangan senjata..."
Kieran mengangkatkan keningnya. Kata-kata Robert menarik minatnya. "Maksud kau?" Dia meminta kepastian daripada lelaki tersebut. Sambil itu dia mengetuai kumpulan kecilnya. Maiya disebelahnya. Masing-masing bersiap sedia dengan senjata api masing-masing. Robert pula masih lagi berdiri di tempatnya. Kepalanya berfikir deras. "Maksud aku...bagaimana senjata tersebut hasil daripada ilmu larangan? Kau tahu bukan? Mengendalikan ilmu larangan salah disisi undang-undang."
"Benar kata kau..." Kieran membalas kata-kata Robert. Dia perasan juga lelaki tersebut mula bergerak menyertai dia dan Maiya. Tibanya Robert disebelahnya dia menyambung kata-katanya semula. "Tapi kau lupa, kalau seseorang tersebut berkelayakan dia mampu,,,,,menggunakan ilmu tersebut. Undang-undang membenarkan."
"Tepat sekali!" Suara Robert tinggi. Perbuatannya benar-benar memeranjatkan Kieran dan Maiya. Kedua-dua mata pasangan tersebut terus menikamkan mata mereka pada Robert tetapi ia tidak memberikan sebarang kesan. Lelaki tersebut masih lagi meneruskan kata-katanya. "Hanya mereka yang berkelayakan saja dibenarkan dan kita semua...semua orang di bawah unit ini tiada seorang yang layak pun!"
Kata-kata Robert ada benarnya. Mereka yang bergelar ahli sihir dalam unit ini ternyata sedikit. Lagipun kesemua mereka hanyalah kelas tiga. Hanya mereka yang berkelas pertama saja layak menggunakan ilmu larangan. Kieran tak mahu bebankan fikirannya lagi. Kata-kata Robert tidak dipedulikan. Namun begitu hatinya terasa berat. Bagaimana kalau kata-kata Robert ada kebenarannya? Ilmu larangan bukan sebarangan ilmu. Ianya ilmu yang bermainkan jiwa dan raga seseorang. Hukuman yang berat akan dikenakan sekiranya mereka yang tidak layak menggunakannya.
Fikirannya yang runsing tiba-tiba lenyap takala Maiya menggengam erat tangannya. Dia tidak menoleh pun memandang Maiya sebaliknya dia hanya tersenyum. Melihat senyuman tersebut Maiya juga mengukirkannya. Robert pula di belakang hanya pandang pasangan tersebut dengan perasaan jengkel. "Menunjuk!" Bisiknya cemburu.
Beberapa minit kemudian mereka bertiga tiba di pintu masuk istana tersebut. Seperti biasa, suasananya sunyi. Kesemua mata perhatikan keadaan sekeliling. Setelah pasti keadaan selamat barulah mereka meneruskan perjalanan. Maiya mendahului yang lain. Robert di tengah manakala Kieran di hujung. Sudah beberapa langkah mereka berjalan ke dalam. Istana yang sunyi itu hanya diiringi bunyi bayu menghembus serta hentakan kasut mereka. Kumpulan kecil tersebut melangkah ke jauh ke dalam istana tersebut sehinggalah-
Robert jatuh tergelincir. Jatuhnya tiba-tiba. Kieran membantu Robert berdiri. Lelaki malang tadi mengusap pinggulnya berulang kali. Kesakitannya tidak dapat diperkatakan. Disebabkan tidak puas hati Robert berpaling ke arah tempat dia terjatuh tadi. Raut wajahnya bertukar pucat apabila melihat tidak diduganya. Perlahan-lahan mata Robert perhatikan tangannya. Tangannya menggeletar. Sarung tangan miliknya berwarna putih kini bercapuk merah. Ya, tepat sekali. Robert tergelincir disebabkan takungan darah. Milik siapa darah itu, mereka semua tidak ketahui.
"Darah..." Suara Maiya halus.
"Kita perlu keluar dari sini. Lekas!" Suara Kieran tegas sambil menarik tangan Maiya. Robert turut sekali. Tidak pedulikan pinggulnya yang sakit. Namun disebabkan itu dia jauh ketinggalan ke belakang. Sedang pasangan tersebut lari keluar, mata Kieran tertangkap sesuatu. Makhluk itu tinggi kira-kira empat kaki setengah. Pergerakannya lincah sekali. Setelah lama menelitikan makhluk tersebut, barulah otak Kieran dapat mengenal pasti makhluk tersebut. Ianya harimau jadian. Tetapi mengapa haiwan tersebut berada di sini? Belum sempat dia mencari jawapan, haiwan tersebut telah pun melompat ke arahnya.
Kieran telah pun bersiap siaga. Pisau belati tersisip kemas di pinggangnya dibawa keluar. Seraya itu tangannya yang memegang Maiya dilepaskan. Dia sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan harimau jadian tersebut. Malang sekali Kieran bukan sasarannya. Matanya tidak percayai apa yang dilihat. Harimau jadian tersebut menerkam tepat ke arah Maiya. Gadis tersebut tidak sempat berbuat apa. Apa yang mampu dilakukan hanyalah menjerit. Harimau jadian tersebut membawa mangsa jauh ke dalam istana. Tinggalkan Kieran jauh kebelakang. Larian haiwan tersebut cukup laju meskipun ia mengheret seorang manusia dewasa.
Langkah haiwan itu terhenti takala bertembung dengan seorang manusia. "Harimau jadian!?" Robert terkejut melihat kejadian dihadapannya. Seekor harimau jadian dewasa dihadapannya. Harimau jadian tersebut menderam kasar. Disebalik deraman tersebut ia telah pun menghempap seluruh tubuhnya pada Maiya. Tanpa membuang masa Robert mengeluarkan pisau belatinya lalu dibenamkan pada bahu harimau jadian itu. Tak cukup dengan itu lagi, dia memulaskan pisaunya. Disebabkan itu harimau jadian itu mengaum, melepaskan Maiya jatuh ke lantai.
Matanya merenung tajam pada Robert. Deramannya semakin kuat takala dia menghampiri mangsanya. Robert perasan keadaan harimau tersebut pelik. Kulit-kulit dagingnya tercarik. Darah mengalir keluar daripada mata, mulut serta telinganya. Seolah-olah ia mengalami kecederaan dalaman yang teruk. Tetapi kalaulah ia benar, harimau jadian itu tidak patut berlari ataupun mencuba untuk menerkam. Itulah yang dilakukan olehnya sekarang. Robert tidak mampu untuk berlari akibat kecederaannya.
Harimau jadian itu melompat.
Robert hanya berserah. Matanya dipejam rapat menutupi perasaan takutnya. Hanya seketika saja. Matanya kembali buka takala bunyi tembakan menerjah telinganya. Seraya itu harimau jadian itu tercampak jauh daripadanya. Tepat di sisi kepalanya berlubang. Darah mengalir deras dari situ. Ia mengoyangkan kepalanya berkali-kali sehinggalah peluru keluar dari isi kepalanya. Jatuhnya melantun ke lantai disertai sebahagian kecil cebisan otak.
Robert mula seram sejuk. Bagaimana ia masih lagi hidup? Ia sepatutnya mati. Mindanya kembali ke alam nyata takala Kieran menjerit padanya. Dia benar-benar marah. Marah kerana dia tidak melindungi Maiya. Dia juga marah kerana Maiya dicederakan. Dia melepaskan tembakan tepat pada harimau jadian itu sebaik saja ia membuka langkah untuk menyerang Robert. Namun ia masih lagi berdiri. Kieran berkerut. Segera senapanya dicampakan dan mengeluarkan sepucuk pistol. Ia lebih mudah untuk membidik daripada memakai senapang.
Tembakan demi tembakan dilepaskan. Kelongsong peluru bertaburan sekitarnya. Malam yang sunyi itu kini tiada lagi. Malam yang sunyi itu kini diganti dengan bunyi tembakan das pistol serta ngauman harimau jadian. Kieran tidak memberikan peluang langsung pada haiwan tsrsebut. Hampir das yang ke dua puluh barulah haiwan itu menunjukan tanda-tanda ia menemui ajal. Suasana untuk seketika menjadi hening.
Mata Kieran masih lagi perhatikan bangkai harimau jadian itu. Tak masuk akal. Kepalanya sudah pun ditembak dan ia masih lagi hidup. Kenapa dan apa maksud semua ini? Matanya beralih pada Maiya takala Robert menghampirinya. "MAIYA!" Dia menjerit menuju ke arah yang sama. Robert sampai dahulu. Dia melutut dan memanggil nama gadis itu berkali-kali namun tiada jawapan. Peluh dingin mula mencurah. Hatinya mula berbisik bukan-bukan. Bahu gadis itu dipegang lembut. "Maiya..." Dia memanggil nama gadis itu. Kieran telah pun tiba pada saat itu. Adakah ini perasaan yang tidak senang hati dia rasai awal tadi. Tolonglah. Dia belum bersedia lagi. "Maiya..." Sukar benar nama itu mahu keluar dari mulutnya. Perlahan-lahah dia melutut di sebelah Robert. Hatinya berdegup kencang.
Robert memalingkan Maiya ke arah mereka. Saat itu masa seolah-okah berhenti. Niatnya cuma satu iaitu memerhatikan reaksi masing-masing takala melihat mata milik Maiya terbuka luas merenung ke atas. Warnanya yang berseri sudah tidak bersemi lagi. Mulutnya juga tidak mengeluarkan sebarang bunyi apatah lagi nafas. Ya. Benar sekali. Maiya sudah pun tiada lagi. Nyawanya telah pun dibawa arus kematian takala harimau jadian itu mengigit kepalanya sekali gus memecahkan tempurung kepala serta menyekat pernafasannya.
Robert tak terkata apa. Dia terperanjat melihat Maiya sudah pun tiada lagi. Namun tangannya masih lagi mampu untuk bergerak. Tangannya itu menutup mata Maiya. "Tak...tak...Maiya..." Itu sajalah perkataan yang mampu Kieran keluarkan. Berkali-kali dia menepuk pipi gadis itu. Kononnya untuk bangkitkannya dari tidur. Dia tahu perkara itu tak akan terjadi. Biarlah dia memperbodohkan dirinya asalkan kesedihannya mampu terubat. "Maiya...tolonglah...Maiya..."
"Kieran..."
Robert cuba memulakan kata-katanya. Tapi apa yang mampu dikatakan? Maiya tak akan sesekali kembali. Dia tiada pilihan lain melainkan membawa Kieran pergi jauh dari situ. Lelaki itu beberapa kali meronta namun ia tidaklah sekuat mana. Sebelum dibawa pergi tangannya sempat menarik gelang pemberiannya pada Maiya awal tadi. Niatnya untuk mengambil sebagai kenangan. Seperti hatinya yang telah pun luluh, gelang tersebut terputus. Sama sepertinya. Ikatan percintaannya terputus sebaik saja Maiya menghempuskan nafasnya. Manik-maniknya melantun serata alam. Berkongsi tempat dengan kelonsong peluru miliknya tadi. Pelepah-pelepah putih itu pula gugur pada takungan darah harimau jadian tersebut lalu meresapnya. Hanya sebahagian kecil saja yang selamat digenggaman Kieran.
Entah kenapa melihat saja kejadian itu, air matanya gugur. Sudah lama air matanya tidak berguguran. Lama kelamaan tangisan mula sertai deras air matanya. Semakin lama ia semakin tidak terkawal. Genggaman yang melindungi sebahagian gelang milik Maiya dirapatkan ke dahinya. Fikirannya kosong. Begitu juga hatinya. Hatinya kosong setelah insan tercintanya pergi. Dia menangis. Dia menangis seperti anak kecil kehilangan mainannya. Mujurlah Robert di sisinya. Dia cuba menenangkan Kieran dan membawa pergi jauh dari tempat ini.
Setelah lama berjalan pasangan tersebut sebulat suara untuk berehat. Mereka memilih sebuah kamar kecil jauh di satu sudut. Pintu dikunci sebaik saja dimasuki. Kieran membisukan dirinya lalu rebah di salah satu katil yang terdapat di kamar tersebut. Satu bantal digunakan untuk menekup mukanya. Robert membiarkan saja. Perlahan dia menuju ke tingkap untuk ditarik tirainya. Selesai saja dia berharap dapat merehatkan badan untuk seketika lalu dia menuju ke katil yang satu lagi.
Langkahnya terhenti takala melihat seorang perempuan baring diatasnya. Hairannya. Tanpa membuang masa dia mengejutkan perempuan tersebut. Namun tiada reaksi. Cubanya untuk kali kedua, namun sebelum sempat dia melakukan satu Terminal terpapang dihadapannya.
"Senjata rahsia ilmu sihir kegelapan.
Boneka keluaran ke 5.
Bernombor siri 14.
Diaktifkan."
Robert tidak percaya apa yang dilihatnya. Dia juga tidak percaya apa yang dijumpai. Perempuan ini...dia merupakan senjata rahsia yang dicarikan!
Share this novel