Bahagian 2 - Bab 6

Mystery & Detective Completed 10182

♦

Bahagian II

Misi Menjejak Senjata Rahsia

Bab VI

Perajurit Itu Melamar

4 Disember 5371. Jam 0020. Kawasan Terbiar Daerah 31. (Bahagian Tercerma Miasma).

Milan menuruni anak tangga. Langkahnya berjaga-jaga. Tersilap langkah dia akan jatuh. Bukan itu saja, dia akan membawa rakan pasukannya sekali jatuh. Anak tangga yang diturun sudah pun berkarat. Malah ia juga berlumut. Itu sebabnya dia melangkah dengan begitu perlahan sekali. Dia melangkah dengan perlahan sehinggalah tiba di permukaan lantai. Mendarat saja di lantai dia dapati Kieran sedang menjerling padanya. "Lambat."

Milan hanya mengerutkan dahi merenung Kieran. "Biar lambat asalkan selamat." Mendengar saja kata-kata tersebut daripada mulut Milan, dahi Kieran berkerut. Seolah-olah kata Milan tadi telah menyentap dirinya. Dia berfikir seketika sebelum menjawab balik "Kata-kata kau ada betulnya. Tapi kau tetap lambat!"

Milan tak puas hati. Dia tak suka melihat Kieran memperlekehkan dirinya. Dia ingin membalas semula kata-kata Kieran. Namun sebelum sempat dia membuka mulut Maiya memanggil mereka. "Cepatlah. Apa tunggu lagi." Milan terpaksa akur. Kieran melepasinya sambil tersengih. Milan tak puas hati hanya mengeluh.

Mereka berdua sertai kumpulan tersebut. Sampai saja, Milan dan Kieran dapati kumpulan tersebut berjalan seolah-olah mereka makan angin. Kedua-dua mereka hairan. Namun tidak sampai beberapa minit kemudian mereka turut serta sekali sehinggalah tiba di destinasi mereka.

Lebih kurang satu jam kemudian kumpulan tersebut tiba jua. Kieran yang pertama melangkah masuk ke istana tersebut. Diikuti Maiya. Pasangan tersebut sentiasa bersiap siaga. Manakala dua lagi ahli Rosamund berpakaian hitam tersebut melangkah masuk dengan lagak yang tenang. Seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Wah," Rachel bersuara dulu. Matanya asyik perhatian keadaan istana tersebut menggunakan vizornya. Kepulan wap panas keluar sekali dengan nafasnya. Keadaan malam ini benar-benar membeku. "Istana ini benar-benar memukaukan." Katanya kagum mendahului yang lain. Cornelia mengikutinya. Gadis itu juga kagum dengan istana yang mereka kunjungi.

Eric serta Niles dan Gavin pula berbincang mengenai kedudukan senjata rahsia tersebut. Di bawah kurungan bawah tanahkah? Di atas menara yang tinggikah? Mereka tidak tahu. Jalan penyelesaian yang ada sekarang ialah mereka perlu cari senjata tersebut di setiap pelosok istana ini. Ini sememangnya membuang masa dan risiko. Jumlah kumpulannya sedikit. Istananya pula besar. Hendak tak nak pun itu saja pilihan yang ada. Tamat saja berbincang Eric menyertai Cornelia. Gavin dan Niles pula berlalu ke arah yang bertendangan.

Milan pula diajak Robert untuk menemaninya. Lelaki tersebut mahu memecah masuk sistem yang ada di istana ini. Tinggallah Kieran dan Maiya bersendirian. Kedua-dua mereka berjaga di pintu masuk istana tersebut. Kedua-dua mereka senyap. Hanya kedengaran nafas mereka saja dihembuskan. Wap-wap panas keluar melalui pernafasan mereka secara bergilir. Mata masing-masing leka perhatikan malam yang sunyi. Sunyinya hanya ditemani gugusan salju-salju perak menitis ke tanah.

"Lihat," Maiya bersuara. Kieran hanya bersuara sepatah tanpa menoleh padanya. "Bulan pada malam ini sungguh indah." Suara Maiya halus. Matanya asyik perhatikan bulan penuh bersinar di dada langit malam ini. Tiada satu bintang pun yang menemani sang rembulan. "Kau tahu Kieran, aku dah rasakan hidup aku seperti hari malam. Sejak aku dikutip oleh Rosamund...hidup aku berubah dengan mendadak...ianya bertambah buruk...aku diajar untuk membunuh...aku perlu kuncikan perasaan aku...aku juga perhatikan kawan-kawan yang hilang akal mahupun cacat sepanjang hayat akibat latihan keji yang terpaksa aku tempuh..."

Gadis tersebut meluahkan perasaannya. Entah kenapa dia berbuat demikian. Entah kenapa juga dia meluahkan pada Kieran, banyak-banyak orang. Air matanya dibiarkan mengalir deras. Dia mula tersedu-sedu dalam esakan. "Aku tak mahu semua ni...aku tak mahu berdepan dengan kematian...aku...aku..." Dia menangis akhirnya. Segera dia melutut dan lindungi wajahnya. Sebenarnya dia takut untuk berdepan dengan Gargoyle. Dirinya terselamat pun kerana dia cekap menyembunyikan diri. Dalan pada dia sembunyikan diri itu dia menyaksikan banyak kematian. Teman-temanya yang terkorban. Yang sebenarnya dia ketakutan. Dia takut akan kematian sekiranya menjemput dia. Tidak, dia takut sekiranya maut menyambar diri dia.

Kieran hanya perhatikan saja Maiya menangis. Tidak seperti gadis tersebut, Kieran telah mempunyai pengalaman selama sepuluh tahun menjalani latihan keji tersebut. Maiya pula hanya sekitar tiga tahun saja. Pemuda itu melepaskan keluhan yang berat setelah dapati tangisan Maiya tiada reda. Perlahan-lahan dia menuju ke arah gadis tersebut.

"Kau cerita seolah-olah kau seorang saja yang menjalani kehidupan yang gelap." Dia berhenti di hadapan Maiya. Kedua-dua belah tangannya memegang lembut bahu Maiya. "Aku juga menempuhi kehidupan yang gelap. Lebih gelap daripada malam hari ini." Pemuda itu membantu gadis tersebut berdiri. Dia tidak lagi menangis seperti tadi namun air matanya masih lagi mengalir. Kieran perlahan-lahan menyeka airnya. Tangannya dibiarkan pada pipi Maiya. "Seperti malam ini juga hidup aku telah disinari cahaya bulan purnama." Dia tersenyum kecil. Kini kedua-dua belah tangannya menekup pipi Maiya. Perbuatannya menyebabkan rona-rona merah timpul di pipi gadis itu. Mata Maiya juga mengalih daripada berdepan dengan mata milik Kieran.

"Kalau kau nak tahu, cahaya itu baru saja menjumpai aku beberapa tahun lepas. Walaupun ia baru saja berlalu...ia sudah pun menyinari seluruh kegelapan dalam hidup aku." Tiba-tiba Kieran melakukan sesuatu yang tak dijangka. Wajahnya mula mendekati wajah Maiya. Gadis tersebut terkejut. Dia cuba melepaskan diri namun tidak terdaya. Kekuatan Kieran bukan bandingannya. Dirinya terkedu apabila Kieran bisik sesuatu. "Kaulah orang yang menyinari hidup aku..."

Bisikannya diakhiri takala kedua-dua bibir pasangan tersebut bersentuh.

"Alamak!" Robert terperanjat apa yang dilihatnya. Kieran dan Maiya berkucupan. Dia tak berniat pun hendak mengganggu mereka. Sebelum mereka sedar lebih baik dia larikan diri dulu. Berberapa langkah kemudian dia terlanggar Milan.

"Kenapa?" Soal anak muda tersebut. "Muka kau pucat. Kau ada ternampak sesuatu ke? Ada Gargoyle menyerang!?"

Bertalu-talu soalan ditujukan kepada Robert. Sebelum fikirannya bertambah serabut Robert menolak Milan pergi. Dia tak mahu saat-saat manis pasangan tersebut diganggu. "Tak ada apa-apa pun. Mari pergi disini."

Milan hanya mampu akur dan turut perintah saja. "Baiklah, kalau kau dah cakap begitu..."

"Dah tenang?" Soal Kieran. Maiya hanya menggangguk. Kedua-dua belah pipinya masih lagi berona merah. Kejadian tadi masih lagi bermain-main difikirannya. Kieran telah mengkucupnya! Bukan itu saja, dirinya juga membalas kucupan tersebut! Memikirkan perkara itu juga membuatkan gadis tersebut tersipu-sipu. Kieran perasan tingkah laku Maiya. Bibirnya mula mengukirkan senyuman nakal. Dia ingin menyakat perempuan tersebut.

"Maiya!" Suaranya tiba-tiba lalu memeluk gadis itu. Maiya tidak mampu berbuat apa-apa pun. Wajahnya bertambah merah. Kieran mengangkat tinggi telefon pintarnya. "Senyum!" Suaranya riang lalu menekan butang untuk menangkap gambar. Selesai berbuat demikian dia melepaskan Maiya untuk memudahkan dirinya melihat hasil tangkapan gambarnya.

"Alamak...Maiya...muka kau agak merah. Kau malu pasal ciuman tadi ke?"

Maiya sememangnya malu. Mukanya bertambah merah lagi kerana dia marah dipermainkan. Sepantas kilat dia menumbuk perut Kieran sekuat hatinya. Perbuatannya menyebabkan Kieran jatuh terduduk menahan sakit. "Tak guna kau...tergamak kau..."

Maiya hanya ketawa. Kieran hanya tersenyum. Sekurang-kurangnya Maiya telah kembali ceria. "Buang gambar itu." Dia arahkan. Suaranya dingin tiba-tiba. Muka Kieran pucat takala dengar kata-kata Maiya tadi. Belum sempat Kieran berkata, Maiya sudah pun mengambil telefon pintar tersebut. Segera dia memadamkan gambar tadi. Perbuatannya sedikit banyak timbulkan kemarahan Kieran. Sekali lagi sebelum sempat Kieran membuka mulutnya Maiya sudah pun duduk disebelahnya. "Sedia?" Ujarnya sepatah. Tangannya yang memegang telefon pintar Kieran diangkat tinggi. Kieran mengangguk sambil tersenyum mengerti maksud Maiya. "Sedia." Ujarnya lembut sambil melentokan kepalanya pada bahu Maiya. Gadis itu pula tersenyum lalu rebahkan kepalanya di atas kepala Kieran.

"Kalau begitu senyum."

Mereka menangkap gambar akhirnya.

"Maiya..." Kieran bersuara tiba-tiba. Sambil itu dia menggeluarkan sesuatu dari kocek bajunya. Ianya seutas gelang yang diperbuat daripada manik berwarna-warni. Terdapat jua beberapa helai pelepah burung berwarna putih yang hitam dihujungnya. "Aku harap kau terima..."

Maiya tidak menjawab sebaliknya dia menghulurkan tangan kanannya. Kieran segera memasangkan untuknya. Dalam pada itu Maiya baru perasan pada pergelanggan tangan kanan Kieran juga ada gelang yang sama. Pipinya kembali merah. Dia tertunduk menyembunyikan perasaan malunya. "Ini saja yang mampu aku buat. Aku tahu kau suka benda sebegini. Anggap saja gelang ini sebagai bukti ikatan kita berdua..."

Mendengar saja kata-kata tersebut air mata Maiya mula bergenang di tubir matanya. Ianya air mata tangisan kegembiraan. Kieran masih lagi menyambung kata-katanya. "Tamat saja misi ini, aku nak bawa diri dari Rosamund. Kau ikut aku sekali..." Kali ini pipi Kieran pula berona merah. Kata-katanya juga mula tersekat-sekat. "Aku nak...kita berdua...membina hidup yang baru....ber...bersama...bersama-sama..."

"Setuju." Jawab Maiya sepatah lalu mengucup pipi Kieran.

Kumpulan tersebut kini telah pun berada di tingkat dua. Setakat ini mereka tidak berjaya jumpa lagi apa yang dicari. Setiap pintu yang dibuka merupakan kamar tidur beraneka jenis. Malah ia turut dijadikan permainan. Robert yang merekanya manakala Kieran meyokongnya. Apa yang perlu dibuat dalam permainan ini adalah meneka ciri-ciri rekaan kamar yang apa pada disebalik pintu yang hendak dibuka. Sekurang-kurangnya ia berjaya menghilangkan bosan.

Eric tidak setuju. Mewujudkan permainan bodoh ini akan mengalpakan mereka semua. Musuh pasti akan menanti bila-bila masa untuk menyerang. Jadi dia membuat keputusan untuk tidak sertai mereka. Tumpuannya begitu asyik dengan Terminalnya. Dia asyik membalas pesanan anak buah yang lain. Kebanyakan mereka telah pun sampai di perkarangan istana dan memulakan pencarian. Nasib mereka sangat baik setakat ini. Mereka tidak bertembung dengan mana-mana Gargoyle setakat ini.

"Baik," Rachel bersuara. Nadanya riang sekali. Dia seolah-olah lupa bahawa dia sedang menjalankan misi kelas pertama. Eric hanya menggelengkan kepala. "Pintu kali ini aku yang buka! Cepat mula berteka semua!"

"Kamar lelaki." Ujar Kieran sepatah. Hampir semua orang setuju dengannya kecuali Cornelia. Dia memilih kamar perempuan. Robert mengangkat kening. "Kau pasti Cornelia?" Gadis itu mengganguk. Matanya bersinar. Entah kenapa dia seolah-olah yakin bahawa kali ini dia akan menang dalam pertaruhan ini. Dia menoleh pada tunangnya. "Eric marilah turut sekali." Eric yang tidak pernah sekali menolak apa-apa pun permintaan Cornelia setuju jua. "Yalah. Apa yang perlu dibuat?"

"Kau tak tahu lagi?" Suara Robert hairan. Nampak benar Eric tidak hiraukan mereka dari tadi. Dia begitu asyik dengan Terminalnya. "Kau hanya perlu teka bilik ini kepunyaan siapa." Terangkan Niles disebelahnya. Eric hanya mengangkat keningnya dan terseyum. Senyumannya itu berniat tidak baik. "Aku mentaruhkan seluruh wang simpanan aku untuk menyatakan kamar tersebut milik Gargoyle. Begitu dengan kalian semua. Kecuali perempuan."

Suasana kaget takala Eric selesai berkata demikian. Cornelia pula pura-pura ketawa sambil menepuk lengang Eric lembut. "Kelakarlah awak ni..." Jauh dari situ Robert bisik di antara Milan dan Gavin. Nadanya berbau sinis. "Untuk pengetahuan kau, Eric tak beberapa pandai bergurau..."

Milan dan Gavin hanya tersengih.

"Aku faham apa yang kau maksudkan." Ujar Milan.

Lantas kata-katanya disambung oleh Gavin. "Kalau kau tak beritahu pun kita boleh tahu."

"Baiklah!" Rachel bersuara mematikan suasana kaget tersebut. "Kali ini terdapat tiga pilihan iaitu :

Pertama, kamar lelaki.

Kedua, kamar perempuan.

Dan yang terakhir, dimana segala wang simpanan menjadi pertaruhan, bilik Gargoyle."

Kata-kata Rachel dengan penuh perasaan diakhiri sebaik saja gadis tersebut membuka pintu. Dia membuka luas. Semua mata termasuk Eric perhatikan keadaan kamar tersebut. Telinga mereka menangkap bunyi deraman. Tidak. Katakanlah mata masing-masing tipu. Di dalam kamar tersebut terdapat lebih kurang lima ekor Gargoyle. Mata merah mereka merenung tajam pada manusia yang terkaku dihadapan. Kemudian mereka meraum sekuat hati lalu menerpa pada sekumpulan manusia tersebut. Mujurlah Maiya berada sebelahan Rachel, gadis itu cepat-cepat mengunci pintu tersebut. Namun ia tiada guna. Gargoyle tersebut merempuh pintu tersebut dan mula mengejar mangsanya.

Akibat terlalu takut disertakan dengan keadaan kelam-kabut, merek berpecah. Berpecah kepada tiga kumpulan. Eric dengan Cornelia berserta Milan. Robert pula dengan Kieran dan Maiya. Rachel, Gavin dan Niles satu kumpulan. Masing-masing dikejari Gargoyle. Dalam pada itu sempat diantara mereka menjerit untuk meluahkan perasaan mereka.

"Tak guna! Eric betul. Tak pasal-pasal habis duit simpanan aku melayang!!!"

"Kenapa mulut Eric bawa malang!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience