♦
Bahagian II
Misi Menjejak Senjata Rahsia
♦
Bab I
Sepasang Kekasih Sejoli Sertai Misi Kelas Pertama
♦
3 Disember 5371 (50 Tahun Kemudian). Jam 1847. Kawasan Terbiar Daerah 31 Daerah 31. (Bahagian Tercerma Miasma).
Sekumpulan askar-askar terlatih daripada Unit Pembanteras Kegelapan milik Rosamund sedang berlari sambil mengacukan senjata masing-masing. Matahari sudah hampir terbenam. Ini bermakna mereka tidak boleh leka walaupun seminit. Entiti kegelapan daripada kelahiran kepulan asap hitam Miasma akan muncul. Gargoyle namanya. Benamnya matahari ia mulalah berlegar. Diri hidupan itu akan membeku jadi batu takala matahari menyinari hari.
Meskipun dari awal siang lagi mereka kemari, misi pencarian mereka tidak berbuahkan hasil. Cornelia selaku ketua operasi begitu keluh kesah sekali. Misi ini seharusnya berjaya. Seboleh-bolehnya juga dia tidak mahu ahli pasukannya terkorban begitu saja.
“Cornelia…”
Suara seorang lelaki. Si gadis it terus menoleh. Disebelah tampil seorang lelaki berambut jingga keemasan serta bermata hijau seperti permata zamrud. Lelaki tampan itu berpakaian tentera kelabu disulami garisan merah. Seperti Cornelia dia memakai kot labuh berserta lencana perak bersimbolkan matahari pada sisi bahunya. Atas bahunya terdapat tiga paku menandakan dirinya berada pada pangkat yang tertinggi. Tidak kurang juga dia memakai topi kelabu bersulam delima lambang Rosamund. Eric namanya. Dirinya selaku tunang Cornelia memberikannya bimbingan.
“Jangan bimbang…kita pasti akan jumpa senjata rahsia tersebut.” Ujarnya halus sambil menggenggam erat tangan Cornelia. Sebaik saja dia menggenggam tangan tunangnya dirinya mendapati bahawa gadis dihadapannya menggigil walaupun ianya sudah bersarung. “Sejukkah? Salju tidak turun lagi. Masih terlalu awal untuknya turun. Adakah awak takut?”
“Semestinya saya takut...matahari hampir terbenam...bagaimana kalau kita gagal menemui tempat tersebut?”
Eric tersenyum simpul. Gengamannya dieratkan lagi. “Usah risau. Kita akan jumpa tempat tersebut.” Dirinya berharap kata-katanya mampu untuk menenangkan perasaan tunangya namun kegelisahan pada gadis itu tidak berkurangan. Malah ianya semakin teruk.
“Andai kata kita telah menjumpai tempat tersebut...mampukah kita jumpa senjata rahsia tersebut? Selamatkah kita semua dalam perjalanan ini nanti? Awak pasti tiada yang akan terkorban?”
Sebaik saja mendengar kata-kata tersebut daripada tunangnya...dia tidak terkata apa-apa. Gengamannya dieratkan lagi sehinggakan sehinggakan si gadis itu mula merasai kesakitannya. “Maaf...perkara itu semua aku tidak mampu untuk dijanjikan. Aku tidak mahu janji-janji itu menjadi perhiasan pada bibir. Yang ternyata aku tidak mahu menipu pada kau...misi yang kita ambil sekarang ini merupakan misi kelas satu-”
“AHH!”
Jerit Cornelia takala sesuatu hempasan kasar mendarat berhampiran mereka. Kabus mengaburi mata semua. Kesemua ahli Rosamund bersiap sedia dengan senjata masing-masing. “Ia datangkah.....” Soal gadis itu ketakutan. Seraya itu dirinya terus memeluk erat pada tunangnya. Eric membalas perbuatan tunangnya dengan pelukannya juga. Sambil itu dirinya berundur ke belakang...menjauhkan diri serta tunangnya daripada bahaya yang bakal dihadapi sekejap lagi.
Bunyi deruman kasar jelas kedengaran disebalik kabus. Sekali-sekala ia melepaskan nafasnya kasar. Ianya seekor. Susuk tubuhnya mula kelihatan takala kabus salji mula reda. Benar sekali tangapan Cornelia.
“Gargoyle!?” Bisik Eric. “Tidak mungkin...makhluk tersebut tidak septutnya muncul sekarang! Matahari belum terbenam sepenuhnya!” Gargoyle dihadapanya kira-kira lima meter tinggi. Ianya berkepak serta bertanduk. Ekornya pula panjang sekali.
“Eric!” Cornelia bersuara halus. Jari telunjuknya menghadap pada langit. Segera Eric menoleh.
“Tidak...” Matanya tidak percaya apa yang dilihatnya. Seboleh-bolehnya mahu saja dia menipu dirinya. “Matahari...matahari disebalik awan...takdir...adakah kau mempermainkan kami semua?” Gargoyle hanya mampu bergerak sekiranya tiada kehadiran matahari. Walau untuk masa yang sekejap saja.
Tumpuan pasangan tersebut terganggu apabila jeritan kedengaran. Makhluk itu mula menyerang. Mangsa pertamanya merupakan anak muda berpangkat rendah. Seluruh kepalanya telah dimasuki ke dalam mulut makhluk itu. Tangannya terkulai kebawah. Kesemua yang memerhatikan keadaan itu diam seribu bahasa kerana takut menjadi mangsa seterusnya.
“Tidak...” Cornelia bersuara. Nadanya bertukar sebak. “Seorang ahli kita terkorban....” Air matanya mula mengalir.
Akhirnya....
Perkara yang ditakuti oleh Cornelia baru saja bermula. Gargoyle dihadapannya memusingkan kepala berkali-kali. Kedengaran tulang patah bergema dikawasan sunyi itu. Beberapa saat kemudian makhluk itu mencampakan kepala mangsa pertama ianya tinggi di udara. Badannya yang terpisah rebah ke salji membasahinya dengan warna merah. Bukan itu saja makhluk itu seakan-akan mempermainkan perasaan kesemua ahli Rosamund. Kepala askar malang tersebut segera dicampak ke udara. Darahnya terpercik mengenai beberapa yang lain termasuk Cornelia dan Eric. Matanya pasangan tersebut tidak berkedip walau sesaat pun memerhatikan adegan yang sedang berlaku dihadapan mereka.
Sehinggalah kepala si malang itu mendarat bersebelahan mereka.
“Tak...kita akan mati...kita semua akan mati...”
“Cornelia-”
Belum sempat Eric menenangkan tunangnya Gargoyle itu mengaum sekuat hatinya. Ngaumannya begitu lama sekali. Ramai diantara ahli Rosamund terpaksa menutup telinga masing-masing kerana tidak dapat menaham pekikan tersebut.
Sebaik saja ia berhenti mengaum...makhluk itu menderam perlahan sambil memerhatikan mangsanya. Seolah-olah ia membuat pilihan untuk membuat tangkapan seterusnya. “Tak guna...ia permainkan kita...” Eric sempat melepaskan satu dua sumpah seranahnya pada makhluk itu. Gargoyle itu berhenti menderam apabila ngauman yang lain bergema. Ianya bukan seekor. Bukan dua ekor. Sebaliknya berpuluhan. Ngauman itu berbunyi bertalu-talu.
“Ia panggil temannya...” Ujar Cornelia ketakutan.
“Hal itu tidak perlu dirisaukan sekarang...” Sampuk Eric. “Tengok dihadapan kita sekerang. Itu yang perlu dirisaukan.”
Benar kata Eric. Mereka sepatutnya risaukan keselamatan mereka sekarang. Hal ini kerana Gargoyle dihadapannya sudah menyasarkan sasaranya. Ianya merupakan pasangan merpati sejoli.
♦
Share this novel