♦
Bahagian IV
Pulang Dari Misi
♦
Bab II
Siapa Xavier?
♦
4 Disember 5371. Jam 0725. Bangunan Terbiar Daerah 31. (Bahagian Tercerma Miasma).
(Di luar persekitaran kapal bantuan Bahagian Unit Rawatan).
"Tak nak!"
Jerit Ingrid sekuat hatinya. Sengaja dia menekankan suara nyaringnya. Gadis genit itu akan berusaha untuk memastikan kemahuannya ditunaikan. Gabrian hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia hairan mengapa dirinya selalu benar ikutkan ragam Ingrid? Sekarang dia terpaksa melayan kerenahnya.
"Apa dia?" Tanya dengan nada yang malas. Ingrid ni perangainya mengalahkan perangai kanak-kanak. Dia mencebikkan mulutnya sambil merenung pada gadis genit itu.
"Kaki Ingrid dah lenguh!"
"Duduklah!" Gabrian meninggikan suaranya seraya menundingkan jarinya pada sebuah khemah khas didirikan untuk semua Boneka. Terdapat satu meja diiringi dua bangku panjang. Ada juga beberapa bangku kecil berhampiran. "Ada khemah disediakan untuk kita!" Marah lagi Gabrian takala Ingrid menggelengkan kepalanya laju.
"Tak nak! Tak nak! Tak nak!"
"Kenapa!?"
"Tu...."
Jari telunjuk gadis itu (dalam keadaan menggeletar) menuding pada arah khemah tersebut. Lebih tepat lagi pada Pemburu Bermata Merah. Dia seorang saja monopoli meja tersebut. Mungkin dia tak berniat tetapi tiada siapa mahu duduk disampingnya. Termasuklah Gabrian sendiri. Zachary sukar diramal. Kemungkinan sekarang dia memikirkan cara untuk membunuh Boneka yang lain. Tapi...rasanya tidak...Boneka Bermata Merah itu seolah-olah khayal memikirkan sesuatu. Mulutnya dari tadi menguncikan penyudut minuman. Air mineralnya dihirup perlahan. Sekali kala dia menyemburkannya. Dari jauh kepulan buih kelihatan di dalam botol tersebut.
Gabrian terkaku melihat telatah Zachary. Biar benar? Perangai itu sungguh tak matang sekali. Tiba-tiba dirinya terperanjat apabila seorang Boneka menghampiri Zachary. Boneka tersebut tak lainlah kalau bukan Cassandra sendiri.
♦
"Ada nampak Xavier tak?"
"Tak..."
"Dia adakan sewaktu kita dipadamkan?"
"Adalah..."
"Jadi mana dia?"
"Entah-entah dia terkorban..."
"Terkorban...tolonglah! Xavier tak mudah dikalahkan!"
"Kalau tak silap aku ada nampak Xavier berbual dengan Zachary sebelum dipadamkan..."
Kesemua suara diam saat nama Zachary dikaitkan. Baguslah begitu. Senyap sedikit. Bising. Walaupun mereka Boneka, hakikatnya mereka perempuan. Erti kata lain mulut murai. Zachary tahu sekarang mereka sedang perhatikannya. Dia tak pedulikan semua itu. Dia sememangnya terkenal pun. Terkenal dengan membunuh Boneka yang lain. Bukannya mahu pun lakukan tersebut tetapi terpaksa...
Dia menghempus penyedut minuman pada bibirnya. Air mineral tersebut mula berkeruh. Salah satu tabiat buruknya. Ia sukar dikikis. Lima puluh tahun lepas dia selalu dimarahi oleh-
Proses mengenang saat manisnya diganggu apabila seorang Boneka berdiri berhadapannya. Orangnya Cassandra. Gadis itu tersenyum dihadapannya tidak pedulikan mereka yang terperanjat dengan perbuatan beraninya. Ataupun ia merupakan tindakan bodoh. Mata Zachary merenung tajam pada Cassandra. Penyedut minuman itu masih lagi dikunci disebalik bibirnya. Harap-harap dia tak nampak apa yang dibuat tadi. Hancur reputasi gerunnya.
"Boleh duduk sekali?" Senyuman Cassandra masih lagi lengkang di bibirnya. "Kau tak makan orangkan?" Sempatnya bergurau. Zachary segera mencampakkan botol minuman ke dalam tong sampah berdekatan. "Duduklah. Aku tak makan orang...tapi bunuh orang, ya..." Balasnya dengan gurauan dinginnya.
Cassandra duduk bertentangan Zachary. Dia ingin menyoalkan sesuatu pada Zachary. Meminta kepastian daripada lelaki itu. Dia mula memikirkan ayat-ayat untuk menyusun katanya. Dia tak sedar dalam pada itu kepalanya mula menunduk. Zachary pula dari tadi tak sudah-sudah merenungnya (Dengan pandangan yang sangat tajam). Cassandra tak selesa sebenarnya. Zachary perasan lalu dia memalingkan wajahnya. Sebelah tangannya digunakan untuk menampung kepala yang dilentokkan diatasnya.
(Lagak mereka dua tak ubah seperti kekasih bergaduh).
"Katakan cepat..." Suara Zachary. Masih berpalingkan wajah daripada Cassandra. Seraya itu dia menudingkan jarinya pada seseorang. "Nanti ada yang cemburu..." Segera Cassandra mengangkat kepalanya, melihat pada arah yang ditunjukkan oleh Zacahry. Orangnya ialah-
"Blaize..."
Suara Cassandra halus. Dari jauh jelas kelihatan Blaize cuba mengawal dirinya. Mengawal daripada api cemburu miliknya. Dia diapitkan oleh Darren dan Edvard. Kedua-dua mereka merupakan kesateria sihir dari unit udara. Seragam hitam mereka lengkap dengan butiran-butiran warna ungu. Mereka berdua hanya tersengih melihat adegan dihadapan mereka. Kemungkinan mereka mengapi-apikan Blaize.
"Sebenarnya aku ingin bertanyakan mengenai Xavier." Dahi Zachary berkerut takala nama tersebut terpacul dari mulut Cassandra. Segera dia menoleh pada gadis itu. "Mana Xavier? Kau ada lakukan sesuatu padanya?" Soalnya bertalu. Jawapan yang diterima olehnya hanyalah gelengan kepala Zachary. "Maaf. Aku tak kenal siapa Xavier..."
"Apa!?" Cassandra tak duga itu yang dikeluarkan dari mulut Zachary. Dia lupa? Bagaimana dia boleh lupa? Sedangkan lima puluh tahun lepas Xavierlah orangnya yang selalu cuba untuk memujuk Zachary supaya hentikan tindakan membunuh Boneka. Tidak pernah sekali dia mengangkat pedangnya pada Zachary. Boneka Bermata Merah ini pula ya. Malah banyak kali. "Kau tak kenal Xavier? Lima puluh tahun lepas aku sendiri nampak kau berbual dengannya...mana mungkin-"
"Ataupun dia-" Zachary memintas kata-kata Cassandra namun kata-katanya dipintas oleh seseorang. Jeritan seorang gadis itu jelas kedengaran oleh semua Boneka yang berada disitu.
"KAU BUNUH DIA!"
Gadis itu berada dibelakang Zachary. Pisau belatinya segera dihunuskan pada Zachary. Biar ia terbenam dalam pada tengkorak lelaki tak guna ini. Baru puas hatinya. Namun dia lupa Zachary bukan calang-calang pahlawan. Tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan keadaan. Tangan si penyerang berjaya ditangkap seraya itu ia dipulas kasar, melepaskan pisau belatinya. Seraya itu Zachary menangkap sebelah lagi tangannya lalu berjaya dikuncikan. Dia menghempas kasar wajah gadis itu pada meja.
"Seperti biasa, serangan kau sangat mudah untuk dibaca Annabeth..."
Kata-kata Zachary berhenti setakat itu saja. Hal ini kerana dua pisau belati telah pun bersilang pada lehernya. Tuan empunyanya merupakan Edvard. Wajahnya bengis memandang Zachary. Salah satu keistimewaan tentera udara adalah kepantasan yang mereka miliki. Mereka mampu bergerak berpandukan arus angin. "Kau berkelakuan kasar pada perempuan..."
Zachary ketawa kecil. Matanya memberi renungan maut pada Edvard. "Salahkah aku melindungi diri aku...dia yang menyerang aku..."
"Hentikan!" Suara pula Darren dari arah kanan Zachary. Seperti Edvard, dia juga melakukan perkara yang sama pada Zachary. "Kau tak layak berkata begitu! Kau apa kurangnya!? Banyak Boneka telah kau bunuh!" Zachary berdecit takala mendengar kata-kata itu. Namun dia hanya menyimpan saja di hatinya. Tangannya diperkuatkan lagi mengkunci Annabeth. Gadis itu hanya mampu meronta.
"Ya, benar. Aku banyak bunuh Boneka yang lain. Sekurang-kurangnya aku berdepan dengan mereka secara adil. Bukan serangan curi. Betulkan Annabeth?"
Kata-kata tersebut memarakkan lagi kemarahan Annabeth. Merontanya sedaya upaya untuk melepaskan diri dari Zachary namun perbuatan itu tidak berjaya. Dia hanya berdesis tak puas hati. Sempat dia menjerling pada Zachary. Lelaki tak guna itu mempamerkan senyuman sinis. Sengaja dia berbuat demikian menaikkan lagi kemarahan Boneka tersebut.
"Annabeth..."
Guman Cassandra tak puas hati. Matanya merenung marah pada gadis Boneka itu. Agak mengerunkan juga. Hal ini kerana Annabeth berhenti meronta saat Cassandra bersuara. "Aku dah beri amaran bukan? Jangan mencelah..." Perkataan mencelah itu sengaja ditinggikan. Dia tahu Annabeth akan lakukan perkara begini. Dasar keras kepala. Kata orang langsung tak dihiraukan. Sejak dulu lagi beginilah perangainya. Ada satu ketika Cassandra berharap Zachary mengerjakannya. Mujurlah kejadian yang berlaku ini sedikit banyak puaskan hatinya.
"Zachary lepaskan Annabeth, boleh?"
Annabeth dilepaskan. Tindakan itu sedikit banyak memeranjatkan yang lain. Seraya itu jugalah pisau Darren dan Edvard disimpan semula pada sarungnya. Cassandra tersenyum puas hati. Zachary boleh dirunding orangnya. Namun senyuman gadis itu kendur takala melihat wajah Zachary yang tidak puas hati. Tanpa pedulikan apa-apa dia berlalu pergi meninggalkan Boneka dalam keadaan terpinga-pinga.
"Zachary!"Jerit Cassandra. Segera dia berdiri sambil menghentakan meja menggunakan kedua-dua belah tangannya. Panggilannya langsung tidak dihiraukan oleh Zachary. "Zachary! Mengenai Xavier! Apa yang kau cuba katakan tadi!?"
Akhirnya Zachary berhenti saat soalan itu dikeluarkan. Lelaki itu menoleh padanya. "Andai benar kata-kata tadi, Xavier ada jumpa aku sebelum dipadamkan...ertinya ada satu perkara saja yang masuk akal..."
Suasana senyap seolah-olah masa dihentikan. Menantikan apa yang akan dikeluarkan oleh Zachary.
"Xavier sendiri yang memadamkan ingatan aku mengenainya."
Kesemua Boneka tidak percaya apa yang di dengari oleh Zachary. Ya, benar. Kata-kata itu diterima akal. Tetapi mengapa Xavier berbuat demikian? Hidupkah dia lagi? Sekiranya hidup ke manakah dia menghilang?
♦
"Yay!" Lauang Ingrid kegembiraan. Ramai Boneka yang lain terperanjat. "Bolehlah Ingrid duduk dibawah khemah! Zachary dah pergi!" Tamat saja berkata demikian gadis genit itu berlari ke arah khemah tersebut.
Zachary telah pun meninggalkan kawasan ini sebaik saja mengeluarkan teorinya. Kemungkinan dia hendak berfikir mengenai masalah yang dihadapi. Gabrian tak mampu untuk berfikir lagi saat suara nyaring Ingrid memasuki gegedangnya. Dia menggeleng kepala melihat telatah Ingrid. Dia tak pernah mengambil berat setiap perkara.
Teruk punya perangai. Gabrian menggelengkan kepalanya tak puas hati. Dalam pada itu dia memikirkan kata-kata Zachary tadi. Mengapa Xavier berbuat demikian? Di mana sekarang? Atau pun Zachary telah membunuhnya dan mengaku satu penipuan?
Ya. Bagaimana kalau Zachary menipu?
♦
Share this novel