Bahagian 2 - Bab 3

Mystery & Detective Completed 10182

♦

Bahagian II

Misi Menjejak Senjata Rahsia

Bab III

Istana Itu Telah Dijumpai

3 Disember 5371. Jam 2040. Kawasan Terbiar Daerah 31. (Bahagian Tercerma Miasma).

Eric bergerak pantas tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Matanya yang kini disebalik vizor memudahkannya tajam merenung keadaan persekitaran pada malam ini. Vizor khas itu dilengkapi infra merah memudahkan tugasnya lagi. Cornelia juga tidak kurang hebatnya berbanding Eric. Gerak gerinya pantas tanpa sebarang bunyi untuk mengelak dikesan Gargyole. Matanya sering kali memandang kiri kanan mencari anak-anak buah disebalik vizornya. Jauh disudut hatinya dia berharap mereka semua selamat walaupun ada diantara mereka dia tidak dikenali langsung. Pemerhatiannya terganggu takala Eric memanggilnya.

"Tengok!" Bisik Eric teruja. Jari telunjuknya dituju ke satu arah. Pandangan tersebut kabur disebalik kabus namun dengan bantuan vizor di mata masing-masing, mereka mampu melihat dengan baik. Hatinya Cornelia berbunga melihat apa yang ditunjukkan oleh Eric. Air mata kegembiraan mula mengalir keluar dari tubir matanya.

"Ianya istana..." Ujarnya halus. Seraya itu kedua-dua belah tangannya menggengam erat tangan milik Eric. Tunangnya juga melakukan perkara yang sama. "Ya...ianya cantik bukan?" Ternyata benar sekali kata-kata Eric. Istana tersebut terseragam megah disebalik kabus malam yang tebal. Tambahan pula ianya berciri-cirikan reka bentuk moden serta gothik. Sesuatu yang lain daripada yang lain. "Rasanya kita telah jumpa apa yang dicari..." Suara Eric tiba-tiba.

Tangan sebelahnya yang tidak dipegang oleh Cornelia segera dipetik. Seraya itu muncul satu skrin empat dimensi berbentuk segi empat tepat yang menegak. Ianya bercahaya lembut serta berwarna hijau muda. Ia digelar Terminal. Perisian moden pada era kini. Sesuatu yang biasa tetapi sangat mahal untuk dimiliki. Hanya golongan berpendapatan tinggi saja mampu milikinya.

Segera Eric melurutkan jarinya dan digerakan mengikut sususan tertentu. Selesai saja berbuat demikian nama penuh Eric tertera di skrin. Lalu Eric menekan satu simbol yang berterakan sampul surat. Kemudian dengan menggunakan kedua-dua belah jemarinya, dia menaip pantas. Dirinya tersenyum sejak tadi. Cornelia dibelakang hanya perhatikan saja.

"Segera pergi ke istana ini. Kebarangkalian tinggi senjata rahsia berada disana."

Selesai saja berbuat demikian, Eric mengambil gambar istana tersebut mengunakan Terminalnya. Dengan teknologi serba moden, gambar-gambar yang diambil oleh Terminal akan dikemas kini secara automatik. Jadi ianya tiada masalah sekiranya mahu bergambar ketika malam. Sebaik saja gambar diambil Eric mengantarkannya kepada semua ahli Rosamund berserta pesanan tadi. Tamat saja kerja tersebut dia menoleh ke arah Cornelia. "Mari..." Tangannya hala pada tunangnya lalu disambut lembut. Seraya itu pasangan tersebut meneruskan perjalanan mereka.

Mereka berlari anak tidak sedarkan bahawa masa telah banyak ditelan begitu saja. Sekali-sekala mereka bergurau senda memecah kesunyian. Itu pun dalam nada yang perlahan. Setakat ini nasib mereka baik. Tiada sebarang Gargoyle mereka bertembung...sehinggalah...Eric berlaga dengan sesuatu takala membelok di satu selekoh. Tidak. Dia berlaga dengan seseorang. Akibat itu kedua-dua mereka terjatuh. "Buta! Mata tak pakai ke!?" Tengking orang yang dilanggar Eric. Suaranya kepunyaan lelaki. Dia merengus kasar melihat siapa yang melanggarnya. Sebaik saja matanya melihat Eric terus dia meluru ke arahnya. Tangannya memegang kuat bahu Eric. "Kau masih hidup! Aku ingatkan kau...kau...kau..."

"Ya." Jawab Eric lemah. "Aku masih lagi hidup...begitu juga Cornelia..." Dia bangun mengibas-gibas saiji yang melekat di pakaiannya. Dalam pada itu juga Cornelia menghampiri Eric. Vizor diangkatkan dari wajahnya menampilkan mata biru yang sentiasa memberi renungan lembut. "Robert," ujarnya halus. "Seperti biasa kau kelam kabut." Kata-katanya diakhiri dengan ketawa kecil menyebabkan rona merah mula timbul pada pipi Robert.

Sedia maklum Robert merupakan kenalan Cornelia pada saat mereka kecil lagi. Lebih menarik lagi Robert merupakan salah seorang calon tunang buat Cornelia. Tidak seperti calon-calon yang lain, perhubungan mereka terputus begitu saja sebaik saja Cornelia memilih Eric sebagai pasangan cintanya. Menariknya Eric bukan dari senarai calon-calon tunang buat Cornelia. Robert pula tidak kisah semua itu. Padanya Cornelia merupakan sahabatnya, bukan cinta dan ianya akan berkekalan sehingga akhir hayat.

"Mestilah aku kelam kabut! Gargoyle muncul tak sudah-sudah. Mereka pisahkan kita dari kumpulan masing-masing dan serang satu per satu..."

Kata-kata Robert menyebabkan wajah Cornelia bertukar muram. Eric tahu apa makna disebaliknya lalu dia pergi menghampiri lalu menenangkan tunangnya. Matanya yang tidak dilindungi vizornya lagi memberi renungan maut pada Robert. Robert perasan lalu cepat-cepat dia menukar topik. "Kamu berdua saja?" Matanya melilau keadaan sekeliling sambil tersenyum kambing. Dirinya benar-benar serba salah melihat perubahan reaksi Cornelia. "Aku dengan...nanti...mana mereka!?" Dia menoleh kebelakang menanti kemunculan mereka namun bayang pun tak ada. "Mana mereka?"

"Mana siapa?" Soal Eric sambil mengangkat keningnya.

"Entah..." Jawab Robert sepatah.

"Entah kau kata!?" Eric tinggikan suaranya namun perlahan semula takala Cornelia menyikunya lembut diperut. Urat-urat berang mula timbul didahinya. "Bukankah mereka ahli pasukan kau!?" Suaranya dengan nada yang masih berang lagi. Dirinya bertambah berang apabila melihat Robert tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sebenarnya kita bukan sepasukan," Robert mula bersuara. "Seperti aku, mereka terpisah dari kumpulan mereka. Mereka bertembung dengan aku dan.....terpisah.....sekali lagi.....tanpa sengaja....." Dia mengakhirnya kata-katanya sambil menggaru dagunya yang tidak gatal.

"Jadi..." Eric geram mendengar kata-kata Robert tadi. Segera dia mengumpulkan salji di tanah lalu dikepalkannya. "Mereka terpisah lagi kerana kau tertinggalkan mereka!" Jerit Eric sekuat hati lalu membalingkan bola salji tersebut tepat pada muka Robert. Nasib malang buat Robert, dia tak sempat menggelak. Mana tidaknya, kedua-dua mereka berada pada jarak yang sangat dekat. Akibat itu dia jatuh sekali lagi.

"Sudahlah!" Cornelia tenangkan tunangnya. Sambil itu dia tersengih juga melihat adenga di depannya. "Eric, perlahankan suara. Kita tidak mahu Gargoyle serang kita..." Namun nasib tidak menyebelahi mereka. Selesai saja Cornelia berkata ngauman Gargoyle kedengaran.Bunyinya tidak beberapa jauh dari mereka. Ketiga-tiga orang tersebut terkaku sehinggalah Robert bersuara. "Ini semua salah kau...", Dalam keadaan terduduk lagi dia menuding jari pada Eric. Saki baki bola salji tadi masih ada lagi pada mukanya.

"Diamlah!" Bisik Eric lalu melepasi Robert sambil memimpin Cornelia. Sempat juga dia mengetuk kepala Robert. "Jangan tercegat saja. Selamatkan diri!" Ujarnya keras sambil memasang vizor semula. Cornelia juga melakukan perkara yang sama. Kemudian ketiga-tiga berlari. Mereka berlari dilorong-lorong sempit yang banyak selekohnya. Destinasi mereka istana tersebut.

Tibanya di satu selekoh Eric bertembung dengan sesuatu lagi lalu terjatuh. Sekali lagi. Namun kali ini lebih kuat dari sebelumnya. Sesuatu yang dilanngar Eric itu juga merupakan seorang lelaki. Sepertinya, lelaki itu juga ahli Rosamund. Dia menggerang kesakitan sambil mengusap dahinya.

"Oh," Suara Robert dibelakang tiba-tiba. "Jumpa pun..."

Selang sesaat kemudian muncul lagi sepasang ahli Rosamund. Mereka termasuk lelaki yang berlaga dengan Eric tadi berpakaian warna kelabu perak yang bersulamkan warna merah kecuali seorang gadis bertocang. Pakaiannya hitam, yang turut bersulam merah. Warna hitam ertinya pakar tempur. Erti kata lain lagi gadis itu merupakan barisan hadapan.

"Cepat!" Suara gadis bertocang itu cemas. Tangannya cepat menarik lelaki yang masih lagi berada di tanah. Perbuatannya memaksa lelaki malang tersebut berdiri walaupun kepalanya berpusing teruk. Gadis itu menolak Cornelia supaya masuk ke satu lorong. "Kenapa?"

Sebelum sempat gadis bertocang itu memberi jawapan pada Cornelia satu ngauman telah menjawab soalan. Ia betul-betul berhampiran dengan mereka. Eric dan Robert menoleh ke arah bunyi itu. Mereka nampak bayang-bayangnya. Beberapa saat kemudian kedengaran daging disiat-siat. Bulu tengkuk masing-masing sudah pun terangkat. Seolah-olah Gargoyle itu tahu ia diperhatikan, sengaja ia meleparkan lengan mangsanya telah diputuskan sebentar tadi.

Tinggi ia melemparkannya. Mata Eric dan Robert tidak beralih melihat lengan tersebut. Sehinggalah ia mendarat berhadapan mereka. Darah segar membasahi salji. Tidak kurang juga muka mereka terkena percikan tersebut.

"Lari!"

Tengking seorang lelaki berambut kuning emas. Dialah lelaki yang muncul bersama-sama gadis bertocang tersebut. Akibat jeritannya tadi, Eric dan Robert sedar dari lamuan seramnya tadi lalu mencabut lari selaju yang boleh. Mereka yang berada di depan terus mencari lorong yang sempit. Sekurang-kurangnya ia mampu melambatkan Gargoyle yang berbadan besar tersebut.

"Mana kita patut lari?" Soal Cornelia tercungap-cungap. Robert terbatuk-batuk takala mereka semua berhenti berlari.Mereka sudah jauh daripada Gargoyle tersebut. Namun ia akan tiba bila-bila masa saja. Mereka perlu sembunyi. Tetapi dimana? Kebanyakan bangunan-bangunan di sini semua usang dan hampir musnah. Hendak mencari bangunan yang elok memakan begitu banyak masa. Lagipun mereka tidak boleh berpecah. Risikonya terlalu tinggi. Tambahan pula ada yang tercedera.

Eric ligat memikirkan cara sambil perhatikan keadaan sekeliling. Matanya dapati kesemua lelaki yang berada bersama-sama turut juga berfikir. Peluh dingin membasahi dahi masing-masing. Tumpuan Eric terganggu takala ada cahaya merah kecil berpusing-pusing di dahi Robert.

"Robert," Ujarnya perlahan. Seperti yang lain dia juga tercungap-cungap. Wap berkepul-kepul keluar dari nafas masing-masing. Dia mengalihkan vizornya untuk memastikan apa yang dilihatnya benar. Ternyata cahaya merah itu masih ada. Cornelia juga melakukan perkara yang sama. Ya. Didahi Robert ada cahaya merah. "Dahi kau...ada sesuatu..."

Robert menggaru dahinya. "Dah hilang?" Eric hanya menggelengkan kepalanya. Sekali lari Robert menggaru kepalanya dan sekali lagilah Eric menggeleng kepala sehinggalah gadis bertocang itu bersuara. "Cahaya laser! Itu cahaya laser! Bermakna ada orang yang menyuluhnya!"

"Baguslah!" Suara Cornelia riang. Matanya mencari punca cahaya tersebut sehinggalah lelaki berambut kuning emas itu bersuara. "Di sana!" Tangannya menuding ke satu arah bangunan yang agak tinggi daripada yang lain. Di salah satu tingkapnya ternampak seorang pemuda berambut gelap melambai-lambai pada mereka. Sebelah tanganya memegang lampu laser tersebut.

"Kita selamat!" Sorak Robert riang. Ternyata benar kata Robert. Mereka dapat lindungi diri daripada Gargoyle. Tambahan pula bangunan tersebut tidak terlalu jauh daripada mereka. Kesemua mereka berjalan pantas kearah bangunan tersebut.

"Hai!" Suara gadis bertocang pada Cornelia riang. "Aku Rachel!" Cornelia tersenyum. Kedua-dua gadis itu berbual sambil meneruskan perjalanan mereka. Robert mendahuluhi yang lain. Eric memapah lelaki yang dilanggarnya tadi. Menurut Rachel namanya Niles manakala lelaki berambut kuning emas yang turut membantu Eric memapah namanya Gavin.

Cornelia bersyukur. Setakat ini orang-orang penting baginya masih lagi bernyawa. Bagi mereka yang terkorban, akan sentiasa diingati. Dia akan pastikan pengorbanan mereka tidak disia-siakan. Matanya merenung tajam istana yang berdiri megah disebalik kabus. Senjata rahsia tersebut akan dia jumpa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience