Bahagian 4 - Bab 4

Mystery & Detective Completed 10182

♦

Bahagian IV

Pulang Dari Misi

Bab IV

Pasangan Kekasih Bertemu Janji

4 Disember 5371. Jam 1740. Pangsapuri Arsa. Blok 24. Tingkat 17. Bilik 49.

Mata Cornelia terbuka sebaik saja terdengar bunyi di dapur pangsapurinya. Diri yang masih lagi terpisat-pisat, gadis itu menoleh pada jam digital berada di sebelah bantalnya. Angkanya menjelaskan hari sudah lewat petang. Lamanya tertidur. Gadis itu tersengih memikirkannya. Mana tidaknya misi lepas yang disertai sangat mencabar. Tak cukup tidur serta rehat dibuatnya (Pulang saja dari taklimat Cornelia terus merebahkan dirinya ke katil). Malah angka yang terkorban juga banyak. Senyumannya mula kendur takala memikirkan mereka yang terkorban.

Bunyi kaca berderai di lantai tiba-tiba. Terus saja mematikan lamuannya. Gadis itu segera bangun dari katilnya lalu keluar dari kamar tidurnya menuju ke arah bunyi tersebut. Menuju ke dapur. Kedengaran suara perempuan sedang memarahi seseorang. Senyuman mula terukir sebaik saja Cornelia mula mendengar suara tersebut. Walaupun baru dua hari dia pergi ke misi, gadis itu benar-benar merindui mereka.

Cornella, si gadis yang sedang memarahi seseorang.

Cordelia, si anak kecil yang dimarahi.

Cornella ataupun kebiasaan dipanggil dengan nama Nella merupakan sepupunya. Ibu masing-masing merupakan kembar seiras. Jadi tak hairanlah jika wajah si sepupu ada iras-iras Cornelia sendiri. Lebih-lebih lagi mata biru bundar miliknya. Rambut kuning emasnya di potong pendek paras bahu. Wajah berang gadis itu kendur lalu mengukirkan senyuman sebaik saja melihat wajah sepupunya.

"Selamat pulang!"

Si anak kecil itu menoleh lalu menjerit riang. Segera dia berlari anak ke arah Cornelia lalu dipeluknya.

"Kakak!"

Cordelia merupakan adik bongsu Cornelia. Umurnya baru saja cecah lapan tahun. Seperti kakaknya Cordelia juga mewarisi rambut kuning emas serta bermata biru bundar. Ia merupakan ciri-ciri keluarga Kaynard. Darah daripada ayah mereka sendiri. Terkecuali Cornella. Walaupun begitu dia mewarisi kecantikkan dari ibunya yang sedia maklum kembar kepada ibu Cornelia juga cantik orangnya. Jadi secara langsung anak-anak perempuannya juga cantik.

Cornella.

Cornelia.

Cordelia.

Entah kenapa nama ketiga-tiga perempuan ini begitu sedondon bunyinya. Ramai orang luar pelik sebaik saja mendengar nama mereka. Kenapa diberi nama sebegitu? Mengapa bunyi nadanya hampir sama? Tidak pelikkah? Soalan itu selalu saja ditujukan pada mereka. Dan jawapan yang sama jugalah diberikan oleh mereka.

Mudah saja. Sedia maklum ibu masing-masing merupakan kembar. Erti kata lain arkab. Segala saat pahit manis akan dikongsi bersama. Saat kedua-dua pasangan tersebut berbadan dua, mereka menaburkan janji bahawa nama anak masing-masing akan berdondon. Tiba anak masing-masing dilahirkan janji sudah pun termaktub maka dengan itu nama Cornelia dan Cornella diberi. Namun ibu Cornella bertukar nyawa demi memberi nafas padanya. Tahun demi tahun berlalu ibu Cornelia pula menemui gilirannya. Nama Cordelia diberi oleh ayahnya hanya sekadar untuk menyambungkan permainan dicipta oleh isteri tercintanya.

Nama yang sedondon itulah yang mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ketiga-tiga gadis itu sentiasa berkongi suka dan duka. Mereka sangat cintakan ikatan keluarga mereka.

"Puas tidur?"

"Bolehlah..." Cornelia menjawab soalan sepupunya sambil tersenyum kambing. Perlahan-lahan dia menuju ke arah sepupunya untuk membantu mengutip serpihan kaca. "Delia terjatuhkan gelas lagi ke?" Lembut saja Cornelia bersuara. Dia tidak menoleh pada adiknya. Hanya menunggu jawapan saja dikeluarkan.

"Delia tak jatuhkan! Gelas tu terjatuh!"

Dalam pada itu Nella datang membantu sambil membawa tong sampah. Dia juga membawa penyampu dan penyodok sampah. "Lia! Nanti luka tangan. Ketepi, biar aku sapukan." Kata-kata Nella tidak dipedulikan langsung. Dikutip juga serpihan kaca itu menggunakan tangannya. Perbuatan itu terhenti sebaik saja telefon pintar Cornelia berdering dari bilik tidurnya.

"Delia jawabkan!"

Jerit si kecil lalu berlari terus ke bilik kakaknya. Cornelia kalut melihat tindakan adiknya. Ini semua kerana nada dering itu. Bunyinya dibuatkan khas untuk seseorang yang akan memanggilnya. Siapa lagi kalau bukan Eric orangnya. Serpihan kaca yang dikutip diletakan pada lantai. Terus saja gadis berlari pergi mendapatkan telefonnya. Adiknya tidak boleh mengangkat panggilan tersebut. Kalau tidak bermacam-macam soalan merepek ditujukan pada tunangnya. Nella hanya tersengih di belakang memerhatikan keadaan.

Pantas dia mengegar adiknya namun terlambat. Cordelia sudah pun mengangkat panggilan tersebut. Gadis kecil itu mula mengeluarkan soalan-soalan merepek pada Eric.

"Nak jumpa kakak? Kenapa? Nak bertemu janji ke? Nak ikut boleh? Bolehlah! Bolehlah! Bolehlah!"

"Delia!"

Jerit Cornelia seraya merampas telefon pintarnya. Mukanya sudah pun merah padam tanpa sebab. Segeranya pergi ke bilik air lalu dikunci terus. Nafasnya tercungap-cungap kerana kata-kata adiknya masih lagi tergiang-tergiang. Masakan tidaknya. Cornelia dan Eric tak pernah bertemu janji. Sebelum bertunang dia hanya berjumpa Eric sewaktu majlis tertentu saja. Boleh dikatakan seminggu sekali selama dua tahun.

Tempoh dua tahun itulah mereka mula berkenalan. Dia mengenal Eric pun kerana Nella sendiri. Eric merupakan sahabatnya. Mereka sentiasa bertembung setiap kali hadir pada satu majlis. Lebih menarik juga Robert yang merupakan salah satu calon tunang Cornelia sahabat kepada Eric juga. Robert jugalah bertanggungjawab yang menyemarakkan cinta pasangan tersebut. Setelah dua tahun berjumpa (itu pun pada waktu majlis-majlis tertentu saja), Eric melamarnya. Sejak itu mereka mula berhubung melalui panggilan telefon.

Namun duka citanya mereka tidak pernah keluar bertemu janji. Kata-kata adiknya tadi membuat dirinya cemas.

"Cornelia...awak ada tak?"

"Ya! Ya! Saya ni..."

Jawab gadis itu tersangkut-sangkut. Kedengaran suara Eric ketawa dihujung talian. Jarang benarnya dapat mendengar Eric ketawa. Dia seorang yang tegas. Tersangatlah tegas. Kadang kala Cornelia sendiri ada takut pada tunangnya. "Bagaimana? Mahu keluar tak?"

"Keluar?"

"Ya, keluar. Keluar untuk bertemu janji."

Cornelia terkejut. Mulalah dia merapukan kata-kata merepek. Dia dapat bayangkan Eric tersengih disebalik talian tersebut. "Kita keluar berdua-dua?" Sekali lagi dia mendengar Eric ketawa. (Cairnya). "Saya jemput awak pukul lapan malam nanti." Terus saja talian dimatikan.

Nanti! Sesuka hati Eric putuskan talian. Belum sempat dia memberi jawapan. Dia tahu tunangnya telah pun perangkapnya. Dia terpaksa pergi walaupun hatinya berat. Sambil melepaskan keluhann yang berat dia keluar dari bilik airnya.

"Eric ajak keluarkah?"

Soal pula Nella. Sepupunya berdiri dihadapan bilik air. Sekali gus menghalang laluamnya. Wajah perempuan ceria. Sambil tersenyum dia bersuara lagi. "Mari," tangannya segera menangkap pergelangan Cornelia. "Kau perlu nampak hebat untuk temu janji pertama kau!" Seraya berkata itu Cornelia ditarik oleh Nella menuju ke bilik tidur. Hilai tawa gadis-gadis tersebut memenuhi pangsapuri mereka.

"Saya pergi dulu." Ujar Cornelia sebaik saja gadis itu berlalu keluar. Jalannya dua tiga tapak ke hadapan, dia berhenti. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Menghadap sepupunya. "Kau pasti tak mahu ikut?"

"Lia!" Nella meninggikan suaranya tanpa sengaja. "Inikan temu janji kau? Pergilah berseronok!" Usai berkata demikian pintunya ditutup. Beberapa tika kemudian ia dibuka semula. Wajah Nella keluar disebalik daun pintu. "Pergilah." Katanya kali ini lembut. "Kau sendiri tahu Eric tak suka tunggu lamakan?"

"Ahh!"

Kata-kata sepupunya ada benar. Eric memang kurang penyabar orangnya. Dia tak mahu temu janji pertamanya dirosakkan. Segera gadis itu bergerak pantas. Dengan menggunakan lif, masa dapat dijimatkan. Tibanya diluar perkarangan pangsapurinya dia sudah pun nampak Eric. Tunangnya bersandar pada kereta biru gelapnya sambil termenung pada langit malam. Lelaki itu menoleh sebaik saja mendengar hentakan kasut tumit Cornelia menghampiri.

"Lama tunggu?"

"Taklah. Saya baru sampai." Ujar lelaki itu ringkas lalu membuka pintu kereta untuk Cornelia. Sebaik saja tunangnya masuk, lelaki itu telah pun berlari ke arah pintu kereta yang bertentangan. Dia masuk sebaik saja pintu kereta bahagian Cornelia ditutup. Tiba saja Eric duduk di tempatnya satu Terminal kecil berbentu segi empat panjang, seiring matanya. Satu cahaya kecil menyinar mata Eric. Ia tidak memedihkan pun.

Apa yang sedang berlaku sekarang ialah proses pengimbasan identiti. Teknologi yang digunakan sekarang oleh seluruh Ghais Lavanark ialah Tecno Magia. Erti kata lain gabungan sains dan sihir. Sangat rumit untuk dijelaskan walaupun keseluruhan Ghais Lavanark sedang menggunakannya. Seperti yang dilakukan oleh Eric. Kalau ketika dahulu kereta dihidupkan menggunakan kunci serta minyak untuk digerakkan, kini ia hanya perlu menggunakan Terminal pengimbas (sains) menggantikan kunci dan Permata Gemma (sihir) menggantikan minyak. Sejak Tecno Magia dicipta dalam pelbagai industri pencemaran alam beransur berkurangan. Cahaya biru di Terminal kecil itu mula bersinar terang. Ia telah sahkan bahawa Eric merupakan salah seorang pemandu yang tersenarai di dalam sistem untuk memandu kereta ini. Enjin serta merta hidup dengan sendirinya dengan bantuan Permata Genma.

Kereta tersebut terus saja meluncur laju pada jalan raya yang sunyi pada malam itu.

Tempoh perjalanan itu tidak jauh pun. Eric kata hendak tuju ke Restoran makanan laut berdekatan pantai. Sedia maklum Kerajaan Arsa merupakan kerajaan yang wujud di pinggiran laut. Jadi tak hairanlah bunyi ombak serta camar sering didengari. Itulah yang didengari sekarang. Bunyi yang nyaman serta tenteram.

Namun ia merungsingkan buat Cornelia. Mana tidaknya, sebaik saja Eric mengatakan destinasi mereka tiada lagi suara kedengaran. Gadis itu berasa kekok sekali. Apa yang perlu dilakukan? Siapa yang patut mulakan perbualan? Eric tidak mahu puji pakaiannya? Ataupun pakaiannya tidak cukup menggoda untuk Eric? Tunangnya pun satu, kenapa dia terlalu pendiam?

Baiklah! Cornelia sudah buat keputusan! Dia akan bersuara dulu! Biarlah dia akan dianggap bodoh, gadis itu akan meminta pendapat Eric mengenai pakaian yang dipakai olehnya. (Blaus putih dengan butiran merah jambu berserta skrit ropol bertingkat. Kasut tumitnya berwarna merah jambu sengaja dipadankan dengan pakaiannya).

"Apa tu?"

Eric bersuara terlebih dahulu. Sedikit banyak mengecewakan Cornelia tanpa sengaja. Mata gadis itu melihat pada arah yang dimaksudkan. Kelihatan seorang gadis sedang berjalan sambil mengheretkan sebelah kakinya. Bahunya dipegang erat, menahan darah membuak keluar. Bukan itu saja, gadis itu lengkap berpakaian Rosamund.

"Itu Annabeth!"

Eric bersuara. Cornelia juga kenalnya. Annabeth merupakan salah seorang daripada lima Boneka dari unit Delima (Unit yang menguasai langit, darat serta laut).

"Dia cedera!"

Seolah-olah mengerti maksud Cornelia, Eric segera berhentikan keretanya. Pasangan tersebut deras keluar menghampiri Boneka yang cedera itu. Cornelia dapati luka pada bahunya dalam. Sangat dalam.

"Siapa yang lakukan begini pada awal!?"

Suara Annebeth hilang sebaik saja satu hentakan tumit kasut kedengaran dari jauh. Pasangan tersebut menoleh ke arah tersebut apabila mendengarnya. Mereka juga dapati wajah Annabeth pucat kerana ketakutan. Penyerangnya telah pun muncul. Eric mungkin dapat mengatasinya kerana ada pelajari ilmu pertahankan diri. Namun dia tidak fikir boleh menang setelah perhatikan kecederaan dialami oleh Annabeth. Penyerang itu bersenjata manakal dirinya tidak.

Susuk tubuh penyerang itu mula kelihatan. Masa seolah-olah mempermainkan mereka. Ia bergerak lambat sangat. Bunyi ombak memukul pantai saling berganti dengan hentakan tumit kasut tersebut. Bayu laut sejuk menyapu wajah masing-masing. Penyerang itu semakin hampiri. Cornelia dapati dia membawa sebilah pedang.

Akhirnya dia tiba. Cahaya lampun kereta Eric menyinar wajah penyerang itu. Buntang biji mata pasangan tersebut. Tidak percaya apa yang dilihatnya.

"Zacahary?"

Suara Eric tidak percaya. Apa makna semua ini? Pemburu Bermata Merah itu perhatikan mereka semua. Wajahnya masih tidak mempunyai perasaan. Namun dia mula mengukirkan senyuman. Ia bernada sinis.

"Eric...Cornelia...tak sangka kita bertemu..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience