♦
Bahagian IV
Pulang Dari Misi
♦
Bab V
Pasangan Boneka 'Bertemu Janji'
(Permata Jiwa)
♦
4 Disember 5371. Jam 1934. Ibu Pejabat Rosamund Di Arsa. Ruang Legar Utama.
Kesemua Boneka duduk diruang legar utama. Keadaan ibu pejabat Rosamund ini sunyi. Lebih teruk lagi tempat itu gelap. Sumber tenaga Genma telah pun sengaja dipadamkan awal. Tiada sebarang aktiviti pun sedang berlangsung. Hampir kesemua Boneka duduk termenung tidak berbuat apa. Mereka mati kutu. Lebih teruk lagi pihak yang bertanggungjawab untuk memberikan mereka tempat tinggal telah melepas tangan. Menarik lagi mereka menghilangkan diri. Namun para Boneka itu tidak kisah. Beginilah mereka dilayan lima puluh tahun lepas. Mereka tidak mampu berbuat apa pun.
"Bosannya!"
Rungut Ingrid kuat. Ia tidak dipedulikan oleh sesiapa pun. Akibat itu, dia merengek lagi. Kali ini berjaya sebaik saja Gabrian menoleh padanya. Wajahnya masam namun itu semua tidak diambil peduli oleh Ingrid. Si gadis genit itu terlalu teruja entah apa sebab. "Gabby! Gabby! Mari keluar jalan-jalan! Ingrid mahu lihat bandar Arsa. Sudah lima puluh tahun bukan? Mesti ada banyak perubahan!" Gabrian berdiam diri sambil melepaskan keluhan menyerah kalah. Dia terus saja berdiri lalu berjalan ke pintu keluar. "Mari...kita akan balik sebelum pukul sepuluh malam faham?"
"Ya!" Suara Ingrid riang sambil ketawa kecil. Cepat-cepat dia mengekori Gabrian supaya tak ketinggalan. Boneka yang lain hanya perhatikan saja situasi tersebut. Suasana sunyi untuk seketika sehinggalah Cassandra bersuara. "Betul juga! Sudah lima puluh tahun! Mesti ada banyak perubahan bukan!?" Seolah-olah mengerti perlahan-lahan kesemua Boneka keluar untuk mengambil angin. Untuk apa lagi duduk di sini? Bukan boleh dibuat apa-apa pun. Sebaik saja Cassandra bangun untuk memulakan langkah, tangannya ditarik. Memaksanya duduk semula ke sofa.
"Temani aku..." Bisik satu suara bersebelahan telinganya. Siapa lagi kalau bukan Blaize. Tangannya mula melingkari pinggang ramping Cassandra. "Aku penat...dan aku malas hendak keluar..." Cassandra hanya ketawa kecil. Seraya itu dia merebahkan kepalanya pada dada Blaize. "Boleh saja..." Waktu inilah yang dinantikan. Sunyi, aman dan tenteram. Apa yang didengari hanyalah nafas masing-masing saja. Ternyata suasana itu sungguh indah.
"Zachary mana!?" Satu suara keluar menghancurkan suasana indah pasangan Boneka itu. Blaize berdecit tidak puas hati. Matanya merenung tajam pada si penganggu itu. Cassandra pula tersipu-sipu malu. Dia hanya mampu tersenyum simpul saja. Dia tak duga saat-saat manis mereka diganggu. Cepat sangat diganggu.
"Apa kau nak!?" Kasar Blaize bersuara. Ternyata dia tak suka diganggu. Cassandra juga begitu. Kininya merenung keras pada si penganggu tersebut meskipun warna merah masih berona di pipi. "Apa kau nak, Annabeth?" Soalnya dingin.
Annabeth hanya mendengus. Keningnya sengaja dibengkokkan. "Aku tanya mana Zachary?" Pasangan Boneka itu perhatikan keadaan sekeliling. Ternyata tiada siapa melainkan mereka saja. Kedua-duanya menggelengkan kepala. "Mengapa? Dia tinggalkan kaukah untuk keluar bertemu janji?" Sengaja Blaize menyakitkan hati Annabeth. Siapa suruhnya mengganggu saat manis mereka?
"Jangan pandai-pandai!"
Cepat saja dia melenting. Blaize mengukirkan senyumannya. Dia berjaya! Namun sebelum sempat ia disambungkan, Cassandra sudah pun mencelah terlebih dahulu. "Untuk apa kau cari Zachary?"
"Hmph, akan aku tamatkan riwayatnya!" Ujarnya dengan bangga sekali. Kata-kata tersebut membuatkan biji mata pasangan Boneka itu terkebil-kebil. Biar benar Annbeth? Awal pagi tadi bukankah dia telah ditewaskan oleh Zachary? Bukan ditewaskan kalau diikutkan cerita sebenarnya...cuma Zachary bukan tandingannya walaupun Annebeth sendiri daripada unit Delima (sama seperti Zachary). Setelah menyatakan niatnya Annebeth berlalu keluar. Tak guna dia duduk disini. Zachary perlu dihapuskan sebelumnya memghapuskan Boneka yang lain.
"Annbeth!" Jerit Cassandra dari belakang. "Kau mahu kemana?"
Annebeth tidak menjawab pun soalan Cassandra. Dia membisukan dirinya.
"Kami tak akan pedulikan kau andai kata Zachary mencederakan kau! Lebih teruk lagi kalau dia bunuh kau!"
Kata Blaize dengan niat menyakitkan perasaannya. Dia hanya mampu mengertapkan bibirnya menahan marah.
♦
Suara ombak memukul pantai begitu memukaukan. Bunyinya kekal sama tidak kira musim. Walaupun lima puluh tahun berlalu, bunyinya sama. Hanya warna air lautnya saja yang berubah. Warnya hijau gelap melambangkan musim dingin yang suram. Bayunya yang menerpa pada wajah tersangatlah sejuk ibarat si angin membuat gigitan kecil menyinggah di pipi. Masa seolah berlalu perlahan seiring dengan ombak.
Zachary benar-benar hayatinya.
Asalnya dia berniat hendak melakukan pemburunnya malam ini. Para Boneka berkeliaran bebas di Arsa. Berseronok makan angin dengan keadaan terbuka tanpa membawa senjata untuk lindungi diri sendiri. Kesemuanya alpa. Termasuk jugalah Zachary sendiri. Disebabkan pedangnya tertinggal niat memburu terpaksa dibatalkan. Daripada pulang ke tempat membosankan itu, dia berpendapat ada eloknya dia ke pantai. Tempat kegemarannya.
Bunyi pukulan ombak berhadapannya begitu mengasyikkan. Pemburu Bermata Merah itu duduk digigi pantai. Dagunya direhatkan di atas lututnya. Kakinya yang telah dibukakan kasut kulit sengaja dibiarkan ombak kecil menamparnya. Tidak sejuk mana pun kerana dia merupakan Boneka. 'Patung' tidak rasai apa-apa. Terdapat seutas kalung dililitkan pada tangannya yang memeluk lutut. Kalung itu menggunakan seutas tali hitam yang mengikatkan sebiji permata merah. Sama seperti matanya.
Permata itu merupakan Permata Jiwa.
Ia menyangga riwayat Zachary.
Zachary merupakan Boneka Generasi Ketiga. Bernyawanya adalah kerana di ambil jiwa mereka yang baru saja meninggal. Itulah sebab ia sebahagian daripada ilmu sihir larangan. Ilmu yang bermain dengan nyawa. Menyedihkan lagi jiwa yang menyangga riwayat Zachary milik daripada anak 'ayah'. Memikirkan itu memeritkan perasaannya. Hanya dia seorang saja ketahui. 'Ayah' yang memberitahu. Boneka yang lain ketahui sekadar bahawa Permata Jiwa hanya menyangga riwayat mereka. Tidak diketahui oleh mereka sekiranya permata tersebut retak, ia akan membebaskan jiwa yang terkurung. Mengambil alih tubuh Boneka tersebut lalu dibuat onar.
'Ayah' tidak mahu ia berlaku. Dengan itu Zachary dikerah olehnya untuk bunuh kesemua Boneka. Pada mulanya dia berkeras tidak mahu. Namun setelah Irine menjadi mangsa pertama, dia telah bertekad, tiada Boneka akan terkorban. Akan dia sendiri habisi riwayat mereka. Akan dia melaksanakan sebelum kesemua Permata Jiwa milik Boneka akan retak.
Namun sempatkahnya?
Perlahan-lahan Zachary melihat Permata Jiwanya. Raut wajah si Boneka tertera takut untuk melihatnya. Sedia atau tidak akannya lihat juga.
Satu calar yang panjang berada ditengah-tengah permata itu. Ianya tanda awal untuk meretak. "Sempatkah aku melakukannya 'ayah'?" Ikutkan rancangan, sebaik saja kesemua Boneka dihapuskan, dia sendiri akan habisi riwayatnya. Namun takdir sedang mempermainkammya. Waktunya kian tiba! Apa mampunya lakukan? Hakikatnya dia tak terdaya pun. Mungkinkah ini hukuman buatnya. Ia satu kesalahan untuk bernafas di dunia ini dengan mengharapkan jiwa lain untuk menanggung hidupnya. Tapi dirinya tidak pun mahu diwujudkan. 'Ayah' yang memanggilnya. Dirinya terdesak memanggilnya. Takdir sememangnya kejam. Hidupnya dipermainkan.
"Takdir ini baik. Akannya sentiasa memberikan penamat yang baik untuk kita semua...kita hanya perlu pandai mencarinya saja..."
Kata-kata 'ayah' itu saja yang mendorongnya untuk terus hidup. Itu saja yang dia perlukan. Tiada yang lain.
"Zachary..."
Satu suara gadis memanggilnya. Perlahan-lahan dia menoleh padanya. Ukiran sinis mula mekar pada bibirnya pada saat itu. Annebeth merenung tajam padanya. Sebelah tangannya memegang sebilah pedang. Dia tahu apa niat Boneka itu kemari.
Annebeth ingin habisi riwayatnya.
♦
Zachary berjalan lengang sambil mengheret pedang Annebeth. Ia berjaya dirampas sewaktu pertempuran tadi. Bunyinya diheret diiringi dengan hentakan kasut tumitnya. Sempat dipakai sewaktu Annebeth melarikan setelah berjaya dicederakan. Cahaya terang tiba-tiba menyuluh wajahnya. Siapa mereka? Andai kata ia Boneka, mudahlah tugasnya. Akannya putuskan nyawa mereka dengan pedang milik Annebeth.
Seperti biasa takdir mempermainkannya. Orangnya merupakan Cornelia dan Eric. Genggaman pada hulu pedang diperkuatkan. Segala perasaan dikunci jauh ke dalam hatinya. Seperti biasa yang dia selalu lakukan selama ini. Matanya dapat melihat raut wajah pasangan manusia itu terkejut.
Abaikannya. Usah ambil peduli semua itu. Teruskan saja amanat 'ayah'. Annebeth akan dibunuh olehnya. Perlahan-lahan dia menghampiri pada kumpulan tersebut.
"Zacahary?"
Suara Eric tidak percaya. Pemburu Bermata Merah itu perhatikan mereka semua. Wajahnya masih tidak mempunyai perasaan. Perlahan-lahan dia mula mengukirkan senyuman. Ia bernada sinis.
"Eric...Cornelia...tak sangka kita bertemu..."
♦
Share this novel