Bahagian 4 - Bab 6

Mystery & Detective Completed 10182

??

Bahagian IV

Pulang Dari Misi

?

Bab VI

Pasangan Sampah

?

4 Disember 5371. Jam 2147. Ibu Pejabat Rosamund. Ruang Legar Utama.

Kesemua mata Boneka terkejut melihat keadaan Annebeth cedera dibahunya. Darahnya masih lagi mengalir keluar. Lebih mengejutkan lagi (lebih memalukan buat Annabeth) apabila Zacahry mendukungnya ala-ala seorang putera dan puteri seperti mana terdapat dalam kisah dongeng. Saat itu muka Annebeth sudah pun merah padam. Segera dia meronta untuk dilepaskan. Zachary hanya akur saja.

"Annebeth," Suara Cassandra sambil bergerak ke arah Boneka yang cedera itu. "Apa yang terjadi?"

"Katanya berlatih," Eric menjawab soalan Cassandra. Dia muncul berhampiran Zachary. Cornelia juga ada disisi. Matanya tajam perhatikan Annebeth dan Zachary. "Betul kata-kata aku bukan?"

Zachary hanya mengangguk setuju. Annebeth pula menjawab soalan Eric. "Ya, kita berlatih. Tapi tak aku sangka Zachary bermain kasar." Saat itu matanya sempat melingas pada Zachary. Di saat itu Boneka Bermata Merah mengukirkan senyuman sinis. "Aku bermain kasar? Sepatutnya begitulah kerana kau selalu pukul curi..."

"Apa kau kata-"

"Eric, Cornelia minta maaf kerana menyusahkan kalian. Kami tidak berniat hendak mengganggu temu janji kalian."

Zachary sejujurnya menipu pada pasangan tersebut. Mereka nampak mudah untuk termakan kata. Rahsianya untuk menyelamatkan para Boneka tidak boleh diketahui sesiapa. Andai diberitahu pun tiada siapa yang ambil peduli. Dia tidak mahu kejadian lima puluh tahun lepas berlaku lagi. Mujurlah Annebeth mengikut rentaknya. Ia memudahkan penipuannya.

"Tak mengapa...itu bukan satu masalah besar pun."

Suara Cornelia tiba-tiba. Melalui pemerhatiannya, gadis ini seorang yang baik. Sanggup berkorbankan diri untuk mereka yang malang. Manusia bersikap begini hampir pupus. "Lagipun arah tujuan kami tidak bercanggah dengan ibu pejabat. Bukan masalah pun."

"Apa-apa pun terima kasih kerana sudi menghantar kami kemari dan minta maaf sekiranya menyusahkan kalian."

Zachary mengulangi kata-kata-katanya. Kali ini Cornelia hanya mengukirkan senyuman. "Kalau begitu awak mendesak sekali, saya ucapkan sama-sama Zachary. Sama-sama. Saya gembira membantu sesiapa yang memerlukannya."

Zachary hanya tersenyum mendengar kata-kata Cornelia.

CLICK!

Bunyi apa itu?

CLICK! CLICK!

Bunyi itu datang lagi. Kesemua mereka akhirnya menoleh ke belakang. Apa yang dilihatnya adalah sepasang manusia. Masing-masing dipegang sebuah kamera digital. Mengapa mereka ni? Tersenyum kambing sambil mengacukan kamera ke arah mereka. Sebelum sempat Eric bersoal pada mereka, punat kamera telah pun ditekan lagi.

CLICK!

Cahaya dari kamera itu menyilaukan semua mata memandang. Dalam keadaan terpisat-pisat Eric bersuara pada mereka dengan nada yang keras. "Apa hal!?"

"Tiada hal..."

Perempuan berkamera itu jawab dengan sahaja. Punat kamera ditekan bertalu-talu.

CLICK! CLICK! CLICK!

Cahayanya menyilau tanpa henti. Annebeth yang kini pitam kekurangan darah bertambah teruk lagi. Dia hilang imbangan lalu jatuh ke arah Zachary. Boneka Bermata Merah itu terpaksa menyambutnya. Itu pun demi lakonan penipuannya.

"Ahhh!" Jerit perempuan tersebut. Cepat-cepat dia mengeluarkan sebatang pen dan satu buku nota kecil. Segera dia mencatatkan apa yang terkeluar dari mulutnya. "Pasangan hangat berpelukan di kaki lima! Sang srikandi yang cedera dilindungi dalam rangkulan pahlawannya! Ahh...romantiknya...seolah-olah baca novel cinta pula!"

Bulat biji mata pasangan Boneka tersebut. Raut masing-masing segera bertukar merah. Seperti biasa belum sempat lagi bersuara mata mereka disuluh cahaya kamera. "Tepat sekali Anita! Cerita ini akan menjadi hangat! Lebih-lebih lagi sang pahlawan itu bermata merah!"

"Anita..." Cornelia bersuara halus untuk dia saja didengari. "Kalau perempuan itu Anita...lelaki ini mesti Riff..."

Dugaan Cornelia tepat sekali. Riff dan Anita merupakan pasangan wartawan terkenal di Arsa. Terkenalnya mereka kerana berita sensasi yang dihidangkan. Lebih memalukan lagi kesemua beritanya hanyalah khabbar angin yang tidak benar dicipta oleh mereka. Lebih teruk lagi mereka suka mencari keburukan orang untuk dijadikan sebagai tajuk utama. Kedatangan mereka ke ibu pejabat Rosamund merupakan petanda tak baik.

"Riff...Anita...ada apa kemari?"

"Huh...tak ada benda..." Jawab Anita. "Kita datang kerana kalian semua baru pulang dari misi bukan? Jadi bagaimana kesudahannya? Mesti ramai yang terkorban! Dengan angka korban yang begitu banyak, aku percaya senjata rahsia itu mesti tidak berjaya dijumpa..."

Suasan senyap sebaik saja Anita selesai bersuara. Eric sudah pun mengenggamkan buku limanya untuk dihadiahkan pada wartawan tak guna itu. Namun ia dihalang oleh Cornelia. Gadis itu menarik tangan tunangnya lalu menuju ke lif. Pintu lif dikatup rapat sebaik saja pasangan itu masuk ke dalam.

"Diam tu bermaksud benar..." Suara Riff sambil tersenyum. Matanya tertoleh pada Pemburu Bermata Merah. Keningnya terangkat lalu menuju ke arah Zachary. "Jadi kau dilahirkan dengan mata merah. Boleh dikongsikan cerita kehidupan kau yang bermata merah? Bagaimana reaksi masyarakat apabila melihat mata kau?"

Zachary hanya berdiamkan diri. Dia tidak mempamerkan pun sebarang perasaannya. Annebeth pula diam. Matanya merenung tajam pada wartawan tak guna itu. Langsung dia tak pedulikan pun Anita yang mengambil gambarnya saat berada dalam rangkulan Zachary. Tumpuannya terganggu apabila Zachary bersuara.

"Reaksi yang sama aku dapat setiap kali orang melihat mata aku. Biar aku berikan contoh terbaik. Misalnya kau...tulis sajalah rencana kau melalui mata kau sendiri. Aku nantikannya..."

Usai saja berkata demikian Zachary berlalu pergi sambil memapah Annebeth untuk pergi ke bilik rawatan. Tinggalkan pasangan wartawan itu dalam keadaan terpinga-pinga. Boneka yang lain juga mengikuti. Annebeth pula tersipu-sipu menyembunyikan perasaan puasnya. Padan muka mereka Pasangan-

"Pasangan sampah!"

Matanya menoleh pada Zachary sebaik saja mendengar dia menguman bersendirian. Dia menantikan kata-kata Zachary. "Sampah pun ada nilainya bila dikitar semua. Mereka...aku sendiri tak tahu macam mana nak terangkan ...tapi...mereka teruk lagi daripada sampah!"

Annebeth ketawa mendengar kata-kata Zachary. "Yang itu untuk pertama sekalinya aku sependapat dengan kau..."

?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience