Bahagian 4 - Bab 7

Mystery & Detective Completed 10182

♦

Bahagian IV

Pulang Dari Misi

Bab VII

Misi Baru

4 Disember 5371. Jam 2200. Ibu Pejabat Rosamund. Tingkat Tujuh.

Pintu lif dibuka. Eric terus saja keluar sambil merengus tidak puas hati. Cornelia hanya pula hanya mengikut dari belakang. Raut wajahnya juga bernada kecewa. Tak sangka boleh terserempak dengan pasangan wartawan tak guna itu. Lebih teruk lagi kematian anak buahya dipermainkan. Jauh disudut hatinya dia kecewa serta marah pada dirinya. Kenapa dia melarikan diri daripada pasangan tersebut? Eric sekurang-kurangnya sudah menyediakan buku limanya. Inikan pula dirinya melarikan diri.

"Eric? Cornelia? Apa yang kamu berdua buat di sini?"

Mata pasangan tersebut segera menoleh pada suara yang memanggil mereka. Orangnya William. Seperti biasa dirinya serabai. Pemuda prodigy itu hampiri pasangan itu. Dalam pada itu Cornelia perasan ada seorang budak lelaki berambut putih seperti salji berjalan sekali di belakang William. Usianya kira-kira dalam lingkunang sepuluh tahun. Tangan kecilnya kuat menggenggam baju William. Pelik keadaan anak tersebut. Kukunya sangat panjang. Manusia tidak mampu membela kuku panjang sedemikian. Bahkan kaum bunian sendiri pun tidak.

Jangan katakan-

Matanya ditautkan pada mata anak itu. Ianya berwarna kuning. Anak matanya pula celah menegak. Jadi benarlah. Anak ini merupakan-

"Serigala jadian." William bersuara. Dia dapati pasangan dihadapannya merenung pada anak kecil di belakangnya. "Aku membelinya dari Eple." William benar-benar sukakan haiwan. Dengan menggunakan hasil wang yang diperolehi berkat kepintarannya dia membeli banyak haiwan peliharaan. Lebih menarik lagi ia bukan sebarangan haiwan. Ia haiwan ghaib. Setakat ini dia mempunyai seekor duyung, kuda terbang, Cockatrice dan Slyph. Serigala jadian ini merupakan koleksi terbarunya. William tersenyum sambil mengusap kepala anak serigala jadian itu. Si kecil itu suka akannya. Telinganya yang seperti manusia mula memanjang malah diselaputi bulu putih sama seperti rambutnya. Ekor putih gebunya mula keluar di belakangnya lalu diliuk-liukkan kegembiraan. Penyamarannya terbongkar sebaik saja ia hilang tumpuan kerana dibelai. "Comel tak ia?"

"Comel! Sangat comel!"

Ujar Cornelia riang. Dia cuba menghampiri pada anak serigala itu. Namun tindakannya terpaksa dihentikan kerana ia sudah pun berdesis. Taring yang panjang miliknya terserlah. "Maaf...Frey masih takut-takut dengan manusia."

"Ya ke?" Suara Cornelia kecewa. Berharap benar dia dapat mengusap serigala kecil itu. Tak mengapalah. Tidak perlu ambil hati. Dia juga ada memelihara haiwan ghaib. Ia seekor pari-pari. "Tak mengapa. Saya percaya satu hari nanti saya dapat membelainya."

"Baguslah begitu." Balas William sambil menenangkan Frey. "Oh, kamu masih lagi belum menjawab soalan aku. Buat apa ke sini?"

"Sebenarnya-"

Kata-kata Eric dipintas oleh sebuah terminal putih. Warna itu melambangkan satu perkara saja. Ia merupakan arahan tertinggi daripada golongan Diraja Arsa. Ia harus dipatuh walau apa sekali pun. Ketiga-tiga mereka perlahan-lahan menghampiri ke arah terminal tersebut lalu dibacanya.

"Unit Pembanterasan Kegelapan dikerah esok ke Kawasan Terbiar Bahagian 31 untuk menuntut kembali mangsa-mangsa yang terkorban. Pastikan setiap mangsa berjaya dibawa pulang dengan selamat.

Unit ini akan bertolak tepat sebelum matahari terbit esok hari.

Yang Benar,

Isobella Arsa.

Ratu Besar Kerajaan Arsa."

"APA!"

Serentak tiga orang manusia itu menjerit. Belum sempat lagi mereka dapat berehat sepenuhnya mereka telah dikerahkan untuk pergi ke misi yang seterusnya. Nasib mereka malang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience