♦
Bahagian IV
Pulang Dari Misi
♦
Bab I
Si Gadis Menanti Mereka Yang Tidak Akan Kembali
♦
4 Disember 5371. Jam 0717. Bangunan Terbiar Daerah 31. (Bahagian Tercerma Miasma).
(Di dalam kapal bantuan Bahagian Unit Rawatan).
Suasana sunyi melainkan detik jam beriringi perkakasan ubat berlaga sesama sendiri. Seorang gadis lengkap berseragam penuh berwarna perak menjalankan tugas. Plat di bahunya berlambangkan rebulan sabit. Membawa maksud bahawa dia daripada unit kaji selidik. Gadis itu tekun menjalankan tugasnya. Disebabkan ketangkasannya membuat kerja, sedikit banyak uraian rambut emasnya diikat sangul mula terkeluar. Dia sedang menyediakan ubat-ubatan untuk mereka terselamat dari misi bahaya ini. Setelah meletakkan kesemua ubat di atas dulang untuk menuju ke bilik rawatan matanya tertangkap seorang gadis berdiri bersendirian. Matanya sayu memandang keluar ke arah istana berhadapannya menerusi tingkap.
"Cornelia..."
Gadis itu memanggilnya namun dia tidak mendapat apa-apa jawapan pun. Gadis itu mengeluh perlahan. Dalam padanya itu dia cuba menyusun kata-katanya supaya Cornelia tidak tersinggung.
"Cornelia...sudahlah...kau tahu jawapannya tapi berkeras tak nak menerima kenyatan..."
Langsung tiada jawapan pun daripada Cornelia. Matanya masih lagi merenung keadaan di luar. Sengaja dia membekukan dirinya memberi jawapan pada Sarah. Kerana dia tahu kata-kata Sarah ada benarnya. Dia hanya memberi-
"Kau hanya memberi harapan palsu pada diri sendiri..."
Usai berkata demikian Sarah keluar dari situ. Meninggalkan Cornelia seorang diri. Pada saat itulah air matanya menitis seiringi dengan titisan perak dari langit jejak ke tanah.
♦
Gavin melihat jam tangannya. Jam digital tersebut menunjukkan angka 07:35. Lagi 25 minit lagi mereka akan berangkat pulang ke Kota Utama Arsa. Sepatutnya mereka bertolak satu jam lepas namun Cornelia berkeras untuk menundakan jadual bertolak balik. Setelah berunding beberapa kali akhirnya mereka setuju untuk menunaikan permintaan Cornelia. Sebenarnya semua kata putus ini atas arahan Eric sendiri. Pangkatnya lebih tinggi pun daripda Gavin dan Niles.
Eric berbuat demikian hanya sekadar untuk menyejukan hati tunangnya. Walaupun dia tahu kebenarannya. Perlahan-lahan mata Gavin beralih pada Terminalnya. Cahaya biru lembut peranti itu menjamah wajahnya. Dari situ dia melihat laporan misi ini. Dahinya berkerut sebaik saja melihat laporan itu. Kalau ikutkan hatinya dia tak mahu mempercayainya tetapi apakah dayanya, dia tak nampu.
Menurut laporan tersebut mereka yang selamat dalam misi ini tersangatlah sedikit jumlahnya. Pasukannya kehilangan tujuh puluh peratus anak buah. Dua puluh lima peratus lagi cedera parah, tiga peratus pula nyawa-nyawa ikan. Selebihnya pula hanya cedera ringan. Dia melepaskan satu keluhan berat. Padanlah Cornelia begitu kecewa. Jadual berlepasnya ditangguhkan kerana dia percaya ada yang masih lagi selamat. Tak kira berapa lama menanti mereka yang terkorban tidak akan datang. Cornelia patut sedar semua ini. Eric pula terlalu ikutkan benar ragamnya.
Lamuannya terganggu apabila Sarah memanggilnya. Segera Gavin menoleh. Sebelah keningnya diangkat memberi isyarat supaya Sarah bersuara.
"Eric...," Suaranya perlahan. "Dia perlu tenangkan Cornelia. Keadaannya teruk." Saat berkata demikian Sarah berpalingkan wajahnya daripada bertentangan wajah Gavin. Dia perhatikan keadaan mereka yang cedera. Hatinya dilanda gundah saat itu. Belum lagi dia menuju ke bilik rawatan rapi. Ramai yang bersabung nyawa di sana. Tanpa berkata apa-apa gadis itu berlalu pergi meninggalkan Gavin bersendirian.
Pemuda itu mendiamkan diri. Dewan yang dia berada sekarang senyap saja. Hanya kedengaran suara arahan daripada doktor mahupun jururawat. Sekali kala kedengaran ahli-ahli Rosamund mengerang atau berdesis kesakitan. "Sudahlah...hidup perlu diteruskan..." Katanya sendirian lalu bergerak mencari Eric. Hatinya berharap kata-kata itu mampu tenangkan hatinya. Mampukan dia menipu hatinya sendiri? Semestinya tidak, hal ini kerana hati merupakan raja segalanya pada diri seseorang itu. Ia mencerminkan seseorang. Hatinya sekarang mencerminkan dirinya yang ketakutan.
Angka mereka yang terkorban tinggi sekali! Ini baru misi sampingan! Belum lagi misi sebenarnya. Dia tak tahu sekiranya dia hidup dalam misi akan datang. Hatinya resah memikirkan itu. Dia tak mahu sertai Rosamund tetapi dipaksa oleh Kerajaaan Arsa. Bukan dia saja malah kesemua mereka yang berada di dalam dewan ini. Takdir bermain kejam pada mereka.
Tumpuannya terganggu takala terdengar satu suara perempuan nyaring di luar dewan. Matanya segera pergi ke arah itu.
Ingrid sedang merengek pada Gabrian.
Merekalah senjata rahsia yang dicari. Mereka berjaya dijumpai. Erti kata lain misi ini berjaya tetapi sebagai gantinya nyawa mereka yang terkorban direntap kasar oleh maut. Namun pengorbanan mereka tak akan disia-siakan. Miasma akan dihapuskan dan kesemua daerah Arsa yang ditawan akan dituntut semula.
Ya, senjata rahsia kini berada dalam gengaman mereka. Misi ini akan berjaya. Akan mereka pastikan ia berjaya.
Oh, ya! Eric! Jangan lupa cari Eric. Cornelia perlu di tenangkan.
♦
Pintu bilik dibuka namun Cornelia tak pedulikan. Dia perlu tunggu mereka kembali. Eric sudah pun menghantar pesanan, pasti mereka membaca. Mereka pasti akan datang. Ya, mereka akan datang. Dia menyakinkan dirinya. Nafasnya ditarik sedalam yang boleh. Cuba meminggirkan hatinya yang bergolak deras.
"Masih lagi menanti mereka?"
Suara seorang lelaki. Tak perlu menoleh dia sudah tahu siapa lelaki itu. Uldolf namanya. Dia merupakan sukarelawan. Jujur kata keadaan Arsa diiktiraf darurat oleh Majlis Tertinggi Rosamund tujuh puluh tahun lepas. Semuanya kerana Putera Kerjaan Arsa telah membuka Gerbang Kegelapan. Akibat itu Arsa telah kehilangan tiga per sepuluh dari kawasan jajahannya. Dijajah oleh Miasma. Tahun demi demi tahun ia merebak. Makhluk itu merupakan satu organisasi kecil. Erti kata lain ia merupakan kuman berfikiran tinggi. Ia mampu masuk ke dalam otak lalu mengawal sepenuhnya.
Bangsa-bangsa lain tidak sudi membantu kerana perkara ini boleh dielakkan. Putera itu sengaja membuka Gerbang tersebut. Dia membukanya dengan niat sengaja. Pemerintah Arsa tidak berperikemanusian. Termasuklah segala susur galurnya. Kesemua warga tanah airnya dikerah untuk pergi ke medan perang itu secara undian. Cornelia merupakan salah seorangnya. Eric dan Robert masuk secara sukarela sebaik saja mendapat khabbar buruk ini. Mujurlah mereka sentiasa berada disisinya.
Kekejaman pemerintah tersebut menjadi satu isu yang sangat besar. Kecoh satu Ghais Lavanark. Kerajaan-kerajaan manusia yang lain segera memutuskan hubungan diplomatik, tiada satu pun pertolongan pun diberi. Namun mereka menerima dengan hati yang terbuka untuk pelarian-pelarian Arsa. Kononnya rakyatnya tak dibenarkan keluar. Cubanya untuk memaksa mereka ke barisan hadapan untuk menuntut tanah air yang dirampas.
Mana-mana bangsa luar yang ingin membantu perlu menawarkan diri. Jumlahnya tersangatlah sedikit. Biasanya mereka akan dipandang rendah oleh bangsa sendiri. Tak usahlah bergadai nyawa untuk kerajaan yang hampir jatuh. Uldolf salah seorangnya. Dia merupakan bangsa Permata, yang dikurniakan pemikiran tinggi. Tak kurang juga bangsa yang pakar bermain sihir.
"Cornelia," Suaranya lembut lagi. "Awak masih menanti mereka?" Tiada jawapan yang diterima olehnya. Oleh itu dia meneruskan kata-katanya. "Tiada gunanya menanti mereka yang tiada. Mereka tidak akan kembali. Walaupun awak tunggu seribu tahun sekali pun." Selesai berkata demikian esakkan Cornelia mula kedengaran. Semakin lama semakin kuat.
"Saya dah berjanji pada keluarga mereka..." Sedu-seduannya semakin melampau. Penglihatannya mula kabur akibat air mata sendiri. Namun dia teruskan jua. "Saya berjanji pada keluarga mereka, kesemuanya akan pulang selamat!"
Selesai saja kata, dia meraung sepuas hatinya. Segala kesedihannya dilepaskan keluar. Dia gagal. Dia gagal menggotakan janjinya pada kesemua keluarga anak buahnya. Tak boleh dibayangkan wajah-wajah ibu bapa menanti kepulangan anak tersayang, tersenyum penuh harapan, pasti senyumannya akan kendur, air mata mula berlinangan pada mata untuk membasahi pipi saat mendengar berita sedih ini. Memikirkan itu memarakkan lagi kesedihannya.
Disebabkan pandangannya yang kabur dia tak perasan seseorang telah datang pada Cornelia lalu merangkulnya. Rangkulan itu seolah-olah mahu menyelamatkannya daripada lemas dalam kesedihan dialami. Dia membenankan wajahnya pada orang yang memeluknya. Orangnya mesti Uldolf. "Tak salah untuk awak sedih akan kematian mereka..." Suara Uldolf. Nadanya bunyi begitu sedih sekali. Cubanya untuk mengawal diri daripada menangis. Kesedihan Cornelia berjaya merentap sanubarinya. "Tapi...tapi...tidak elok kalau kita...kalau kita meratapi kematian mereka...roh mereka terseksa mendengar rintihan kita..."
Tangisan Cornelia mula beransur tenang. Namun seduannya masih lagi ada. Kata-kata Uldolf ada benarnya. Dia tak patut menyeksa roh mereka. Sudahlah pada saat mereka mati terseksa teruk. Uldolf masih lagi meneruskan kata-katanya. "Lagi satu Cornelia, apa yang kamu janjikan pada keluarga mereka merupakan perancangan awak...gugurnya mereka di medan perang kerana perancangan takdir. Kita tak boleh duga apa takdir rancangkan. Ingat tu..."
Kata-kata Uldolf ada benar. Dia masih tak matang lagi. Kebudak-budakan. Lebih memalukan lagi dia di dalam rangkulan Uldolf. Tidak! Segera dia menolak lelaki itu namun Uldolf berkeras. Kepalanya didonggakkan untuk bertembung mata dengan Uldolf. Pada masa yang sama meminta kebenaran untuk dilepaskan.
"Eric..."
Ya. Orang yang memeluknya merupakan tunangnya sendiri. Wajah kusam serta penat Eric direnung lama. Eric juga melakukan perkara yang sama. Selama lama bertautkan pandangan Eric menyeka air mata Cornelia. "Saya tak mampu untuk membawa pergi kesedihan awak...tapi izinkan saya memeluk awak sekali lagi. Saya tak tahu kenapa.....tetapi-"
Kata-kata terputus begitu saja saat Cornelia memeluknya begitu erat sekali. Wajahnya dibenamkan pada dada Eric. "Terima kasih..." Gumannya perlahan. Eric mengukirkan senyuman lalu mengeratkan rangkulannya pada Cornelia. Wajahnya dibenamkan pada rambut Cornelia. "Terima kasih..." Gumannya juga.
Tidak jauh dari situ Uldolf perhatikan pasangan kekasih itu. Mata nilamnya perhatikan pasangan itu sambil mengukirkan senyuman. "Eh!" Dia tersipu malu tiba-tiba. Dahinya yang tidak gatal digaru, bersebelahan sebiji permata nilam sama seperti matanya timbul pada tengah dahinya. Itulahnya ciri-ciri bangsa permata. "Aku tak patut kacau saat manis mereka berdua..." Ujarnya sendirian sambil tersipu-sipu. Rona merah pada pipinya mula timbul. Segera dia keluar dan pintu ditutup perlahan.
"Eloklah perasaannya dicurahkan keluar. Tiada eloknya pendam perasaan..."
Katanya bersendirian lalu berlalu pergi untuk melaksanakan tugasnya yang tertangguh tadi.
♦
Share this novel