Bahagian 1 - Bab 3

Mystery & Detective Completed 10182

♦

Bahagian I

Buku Larangan Boneka

Bab III

Keluhan Si Ayah

21 Mac 5321. Jam 1956. Kediaman Kaynard.

Kakinya diangkat perlahan-lahan menuju ke kamar bacaannya. Dirinya penat. Bukan…dirinya terlalu penat. Dirinya penat setelah melalui saat-saat yang tidak diduga menimpanya sekeluarga. Lebih-lebih lagi buat si Annelisse. Belum cukup lagi dengan leteran anak lelaki bongsunya tidak sudah-sudah ketika perjalanan pulang tadi. Tambahan pula kesesakan lalu lintas memparahkan lagi keadaan. Si Camus bising dirinya lambat dijemput.

“Ayah…”

Perlahan Cornelius menoleh. Hatinya bertambah rapuh apabila melihat wajah Annelisse. Dirinya benar-benar takut maut menyambar anak sulungnya itu. “Ya?”

“Ayah tidak mahu makan malam? Hidangan hanya perlu dihangatkan saja.” Kedengaran pinggan mangkuk berlaga di dapur. Nampaknya Amelia sedang melaksanakan tugasnya dengan baik.

“Tidak…rasanya ayah tidak sertai makan malam untuk hari ini…sekali lagi…maafkan ayah…” Ujarnya tersipu malu. Dirinya terlalu sibuk. Lebih-lebih lagi keadaan Arsa sekarang dilanda darurat. Ketibaan kepulan awan hitam…Miasma gelarannya…membawa banyak sangat angka kematian dan dirinya selaku ahli Rosamund iaitu sebuah organisasi keselamatan bertanggungjawab untuk memikul beban ini. Sejak itu dirinya sentiasa dilanda sibuk.

“Tak mengapa…” Ujar Annelisse sambil tersenyum. Dia tahu semua perkara ini akan akan berlaku. Lagipun ayahnya berkorban untuk keselamatan rakyat Arsa. “Ayah pergilah siapkan laporan ayah. Nanti Camus akan hantarkan makanan ayah.” Selesai saja berkata demikian gadis itu pun berlalu pergi ke dapur. Cornelius hanya perhatikan saja situasi tersebut. Perlahan-lahan sambil melepaskan keluhan yang begitu berat sekali dia menuju ke kamar bacaanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience