Bahagian 2 - Bab 2

Mystery & Detective Completed 10182

♦

Bahagian II

Misi Menjejak Senjata Rahsia

Bab II

Perajurit Itu Masih Hidup

3 Disember 5371. Jam 1914. Kawasan Terbiar Daerah 31. (Bahagian Tercerma Miasma).

Nafas Milan masih lagi kencang. Adegan tadi masih lagi bermain-main dimindanya. Dia ingat lagi saat ketika makhluk itu memulas kepala sahabatnya. Tulang-temulangnya patah satu per satu. Bunyinya asyik tergiang-giang di telinganya. Malah makhluk kejam itu juga melambung kepala sahabatnya tinggi diudara. Darahnya terperecik merata. Malah wajah Milan sekali tidak terkecuali. Kini dirinya sedang berehat di salah sebuah bangunan terbiar. Dia telah terpisah dengan ahli pasukan takala diserang hendap.

Dia masih ingat lagi arahan ketua pasukannya. Walau apa pun terjadi misi harus diteruskan meskipun ada nyawa yang terkorban. Dia harus mencari senjata rahsia yang dikatakan oleh Cik Cornelia sewaktu taklimat. Sekiranya dia berjaya dijumpai senjata itu keadaan akan terkawal. Dia berharap begitu kerana tak semua ahli pasukan Rosamund orang-orang handalan. Boleh dikatakan sebahagian besarnya sekali tidak. Terutama sekali unit yang dikerah untuknya masuk. Mana tidaknya mereka semua orang-orang baru selesai saja latihan dan dipaksa kerah ke unit pemberantasan ini. Termasuk jugalah Cik Cornelia dan tunangnya. Kemungkinan dirinya dengan mereka sebaya. Hal ini kerana ramai tahu...unit ini mempunyai angka kematian yang tinggi.

Ngauman Gargoyle kedengaran sekali lagi. Milan cepat-cepat bangun dan meneruskan perjalanannya. Dirinya berjalan sangat perlahan kerana tidak mahu mengambil mana-mana perhatian Gargoyle. Tambahan pula kakinya terseliuh. Dalam perjalanan itu dirinya mendengar jeritan-jeritan ahli Rosamund yang lain. Dia hanya mampu mengertapkan bibirnya saja. Kenapa tiada perajurit handalan dikerah ke unit ini? Mengapa tiada? Akibat memikirkan perkara itu saja Milan tidak sedar dirinya diperhatikan dan pada masa yang sama diekori juga.

"Berhenti!"

Satu suara tegas kedengaran. Milan hanya akur saja pada arahan tersebut. Selang beberapa saat kemudian tampil seorang pemuda berambut hitam pekat sepertinya datang ke arahnya. Lelaki berwajah dingin menghampirinya sambil megacukan senapang.

"Kieran..."

"Diam!" Tengkingnya tinggi tanpa pedulikan situasi dihadapinnya sekarang. Dia tidak peduli sekiranya jeritan tersebut mengundang Gargoyle. Milan terkejut melihat tindakan Kieran. "Kau tak patut-"

"Aku kata diam." Ujarnya tegas. Senapangnya diselaraskan tepat ke dada Milan. "Kieran...kenapa..." Peluh dingin mula mengalir didahinya. Mana tidaknya, dihadapannya Kieran. Tiada siapa tidak kenal pada Kieran, dirinya merupakan kanak-kanak uji kaji yang berjaya. Sejak kecil hidup berkelana. Rosamund telah mengutipnya serta memberikannya kehidupan. Sebagai balasan sebaik saja umurnya menjangkau sepuluh tahun dirinya telah menjalani latihan ketat dan tidak berperikemanusian.

Setelah berhempas-pulas selama lapan tahun dia berjaya melepasi ujian ngeri itu. Mereka yang gagal kebanyakkannya menggalami sakit jiwa manakala mereka yang berjaya diketegorikan sebagai perajurit kelas pertama. Tiga paku di atas bahunya sudah membuktikannya. "Melutut." Sepatahnya bersuara. Dia menghampiri Milan sambil menarik picu senapangnya.

Milan tidak percaya apa yang dilaluinya. Perlahan-lahan dirinya melutut. Kepalanya terus tunduk. Dia tidak berani untuk melihat muka Kieran. Entah kenapa Kieran bertindak sebegitu. Takala dia melutut mata Kieran beralih ke pandangan lain. Tepat di belakang Milan kira-kira lima belas kaki terdapat seekor gargoyle terapung. Makhluk tersebut mengekori Milan dari tadi. Kieran berdengus kasar tidak berpuas hati melihat telatah makhluk tersebut. Segera dia mengangkat senapanya tinggi lalu melepaskan tembakan beberapa kali.

Milan terkejut apabila terdapat beberapa das tembakan melepasi kepalanya. Segera dia menoleh kebelakang. Dirinya terkejut apabila melihat seekor Gargoyle terbang laju ke arahnya. Dalam keadaannya yang menggigil Milan menggagahkan juga diri untuk menggambil sepucuk pistol tersisip kemas dipinggangnya lalu melepaskan beberapa tembakan.

Ternyata Gargoyle dihadapan mereka begitu kuat meskipun badannya berlumuran darah. Lima langkah saja jarak dari mulut Gargoyle tersebut, Kieran tangkas mengelak. Dirinya sempat menarik Milan sekali. Dalam pada itu dia melontarkan bom tangan ke dalam mulut Gargoyle tersebut.

"Milan," bersuaranya tegas. "Lari. Cepat." Dia merentap kasar tangan Milan. "Lari walaupun kaki kau tak mampu."

"Tunggu-"

Belum sempat dirinya selesai bersuara Kieran sudah pun mulakan lariannya sambil menarik kasar tangan Milan. Dirinya terpaksa akur walaupun kaki terseliuhnya akan bertambah teruk. Tambahan pula gengaman Kieran begitu kuat serta kasar. Gargoyle dibelakang mengejarinya. Namum niatnya terbatal takala ianya meletup tiba-tiba. Darah serta ketulan dagingnya bersepai serata alam.

Akibat letupan dari jarak yang dekat, kedua-dua remaja jatuh tersembam tanah yang disaluti salji. Darah Gargoyle membasahi tubuh mereka seperti titisan air hujan. Nafas mereka tercunggap-cunggap. Mata mereka perhatikan apa yang tidak dipercayai. "Kau berjaya bunuh ia..." Suara Milan. Dirinya menggigil. Kieran baru saja hendak menenangkan perasaan Milan tetapi perbuatannya diganggu oleh ngauman Gargoyle yang lain.

"Apa kita patut buat?" Soal Milan cemas. Keadaan kakinya tidak beberapa baik, malah ianya bertambah teruk lagi. Larian tadi hanya memparahkannya lagi. Kieran memapahnya segera. "Selamatkan diri sebelum semuanya terlambat." Dia berjalan cepat tanpa hiraukan Milan mengerang kesakitan. Dia tidak pedulikan semua itu, yang peting nyawa mereka selamat. Mereka berhenti setelah tiba di satu bangunan. Ianya paling usang di kebanyakan yang lain. Pintu diketuk berirama. Selang beberapa saat ketukannya dibalas. Ianya juga berirama. Pintu dibuka. Menampilkan seorang perempuan berambut hitam paras bahu. Matanya biru dingin tidak memaparkan sebarang perasaan, berlawanan sekali dengan Kieran dan Milan yang berwarna hijau zamrud.

Pintu dibuka membenarkan Kieran dan Milan masuk dan cepat-cepat ditutupkan oleh gadis tadi. Nafas lega keluar dari bibir masing-masing. Wap-wap berkepul keluar dari mulut mereka berhadapan wajah masing-masing. Kerana terlampau takut Milan segera terduduk di lantai papan. "Milan," soal Kieran sambil tercungap-cungap. Dirinya masih belum cukup stabil lagi setelah melalui pengalaman teruk baru tadi.

"Hidup..." Suara Milan perlahan. Hal ini menyebabkan Kieran dan perempuan bermata biru itu beralih pandangan kepadanya. "Apanya Milan?" Suara perempuan itu halus. Segera dia melutut dan mengusap perlahan pada belakang bahu Milan. "Kita masih hidup lagi, Maiya." Milan bersuara terketar-ketar. Air matanya mula mengalir. "Ramai yang terkorban...Harris..." Ingatannya kembali kepada sahabatnya. Dia merupakan mangsa pertama. "Dan kita masih hidup..."

Gadis bermata biru itu ataupun dikenali sebagai Maiya hanya mampu tersenyum tawar. Matanya juga mula bergenang. Seperti Milan dia juga tidak terkecuali kehilangan sahabat-sahabatnya tetapi dia mampu sembunyikan perasaan resahnya. Seperti Kieran dia juga kanak-kanak uji kaji. Setelah melalui pelbagai jenis latihan keji, kematian merupakan perkara biasa baginya. "Ya, kita masih hidup lagi..." Dia mula menenangkan Milan. "Oleh itu, kita perlu terus hidup dan teruskan misi ini. Pastikan ianya berjaya. Jangan biarkan mereka terkorban sia-sia!"

"Benar." Suara Kieran sepatah tiba-tiba. Milan dan Maiya menoleh kearahnya. "Kita perlu pastikan misi berjaya..." Ujarnya semangat sambil tersenyum. "Tapi sebelum itu..." Dirinya berlalu mengunci pintu masuk serta tingkap. Tirainya juga ditarik. Sembunyikan mereka dari dunia luar. Selesai saja dia menoleh kepada mereka. "Kita rehat dulu..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience