♦
Bahagian II
Misi Menjejak Senjata Rahsia
♦
Bab VIII
Senjata Rahsia Dijumpai
♦
4 Disember 5371. Jam 0406. Istana Terbiar Daerah 31. (Bahagian Tercerma Miasma).
Mata Rachel terkebil-kebil memerhatikan seorang pemuda lewat dua puluhan yang sedang merebahkan kepalanya di atas meja. Nampaknya dia sedang duduk di kerusi sambil membaca. Mungkin tidak tahan dia terlena. Tetapi mengapa dia berbuat demikian? Bukankah dia sertai misi penting? Bolehnya tertidur? Siapa lelaki ini? Untuk mendapatkan kepastian gadis itu menghubungi Gavin dan Niles. Sebaik saja mereka berdua sampai Rachel terus bertanyakan pada mereka.
"Kenal lelaki ni?"
Mereka perhatikan lelaki tersebut sehinggalah Niles bersuara. "Sebentar, aku dapatkan senarai." Selesai berkata demikian dia mengaktifkan Terminalnya. Beberapa kali ia ditekan sehinggalah wajah-wajah mereka yang sertai misi ini keluar. Dia mengenal pasti setiap orang dan dapati pemuda tersebut tiada di dalam senarai. Hairan sekali.
Gavin beranikan diri menghampiri pemuda itu. "Entah-entah dia dah lama terkorban." Dia menyatakan pandangan. Namun cepat ia dibangkah oleh Niles. "Kalau benarlah begitu, tetapi kulitnya tak mereput." Ada benar kata Niles. Lagipun pemuda itu tiada kecederaan langsung. Gavin perhatikan pemuda itu lagi. Tiada nafas yang dikeluarkan. Tiba-tiba ngauman Gargoyle kedengaran. Tidak jauh daripada mereka. Ia masih mengejar mereka sehingga ke sini.
"Cepatlah," Suara Rachel cemas. "Kita perlu keluar dari sini." Niles setuju lalu dia mengikuti gadis tersebut. Lain pula pada Gavin. Dia tidak. Dia masih lagi dengan pemuda misteri ini. Siapa dia? Kenapa dia disini? Dia menghampiri pemuda tersebut lalu disentuh bahunya. Sesuatu yang tak dijangka berlaku. Medan sihir segi tiga berwarna hijau mula diaktifkan. Ia berputar perlahan pada tapak lantai pemuda itu berada.
"Gavin!" Jerit Niles dari belakang. Segera dia menghampiri sahabatnya. Rachel juga melakukan perkara yang sama. "Apa yang kau dah buat!?!
"Tiada apa-apa." Jawapnya. "Aku hanya menyentuh bahunya." Selesai saja berkata demikian satu Terminal berwarna hijau terpapar di hadapan mereka tiba-tiba. Serentak mereka membacanya. Dan serentak juga mereka terperanjat. Mereka tak percaya apa yang dibaca tertera pada Terminal tersebut.
"Senjata rahsia ilmu sihir kegelapan.
Boneka keluaran ke 5.
Bernombor siri 17.
Diaktifkan."
Perlahan-lahan mata pemuda tersebut mula terbuka. Seraya itu dia bangun. Gavin, Niles dan Rachel serentak berundur kebelakang. Mereka tidak percaya apa yang sedang berlaku di hadapan mereka. Pemuda di hadapan mereka merupakan senjata yang dicari. Mereka telah jumpa. Selepas itu apa? Pemuda itu mengeliat beberapa kali. "Argh...aku tak patut baca novel sebelum di padamkan." Dia menoleh pada kumpulan tersebut. "Maaf...boleh aku tahu, berapa hari bulan hari ini?"
Mereka terpinga-pinga. Mujurlah Niles sedar dahulu. "4 Disember...5371..."
"Tahun 5371!?" Suara pemuda itu. Nadanya agak kagum. "Lama juga aku dipadamkan. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya aku dihidupkan semula." Ujarnya riang lalu berjalan ke almari pakaiannya. "Boleh laporkan situasi?" Dia bertanya pada kumpulan kecil itu sambil mencari pakaian.
"Oh...kita semua dihambat Gargoyle..." Itu saja mampu dikatakan oleh Rachel. Dia menyatakannya sambil tersengih. Gadis itu dapati pemuda itu (atau senjata rahsia) sedang memakai seragam rasmi Rosamund berwarna hitam. Tidak seperti mereka yang mempunyai garisan merah, dia punya bergarisan hijau zamrud. Ertinya perajurit daratan. Dia juga terkejut melihat paku yang tersemat di dadanya. Terdapat tiga. Ertinya dia kelas satu. Dia seorang pakar. Bukan itu saja plat di bahunya juga hebat sekali. Ia berlambngkan Gerhana. Terdapat juga beberapa butir bintang kecil. Dia seorang Kesateria Sihir. Pakar pertempuran. Pakar sihir. Dan pakar pengawal Genma.
"Oh ya," Pemuda itu bersuara. Sambil itu dia menyarungkan kasut butnya. "Biasanya aku dipanggil 0517. Tapi bila sesama sendiri aku dipanggil Blaize. Blaize Flizard. Itu merupakan nama yang diberi oleh seseorang berjawatan tinggi. Hanya dia seorang saja berbuat demikian. Dia yang mengemukakan projek Boneka ini. Namanya-"
"Selamat berkenalan Blaize!" Rachel menyampuk, memutuskan kata-kata pemuda tadi. Terus dia menyambut tangan Blaize yang terpinga-pinga. "Aku suka nama kau. Ianya lebih elok bunyinya jika dibandingkan dengan nombor siri kau. Perkenalkan ini Gavin. Dan ini mula Niles."
Gavin dan Niles tersengih namun mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman juga. Pemuda yang digelarkan Blaize menyambutkannya. Dia tersenyum. "Layanan kali ini lebih mesra dari yang sebelumnya." Bisiknya bersendirian lalu pergi ke katilnya. Dia melutut lalu menjulurkan tangannya ke bawah katil tersebut untuk mengambil sesuatu. Beberapa saat kemudian dia jumpa. Sebilah pedang berserta sarungnya ditarik keluar dari bawah katilnya. Berhabuk teruk sekali. Blaize tersengih melihat keadaan pedangnya setelah keluar dari sarung.
"Kau simpan pedang kau di bawah katil?" Soal Niles sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Bukankah ia patut disimpan ke tempat yang lebih teratur lagi..." Kata-katanya diakhiri dengan ketawa Blaize. Dia berdiri lalu menghayunkan pedangnya. Satu libasan angin kuat menerpa pada mereka. "Aku tahu, tapi aku tak pernah ambil peduli." Dia perhatikan keadaan pedangnya yang kini sudah pun bersih akibat hayunan tadi. Setelah perhatikan keadaan pedangnya dia memasukannya ke dalam sarung lalu disisipkan pada pinggang kirinya. Dia berlalu ke pintu biliknya lalu memegang tombol pintu itu. Pada waktu yang sama dia memakaikan dirinya topi hitam yang lengkap dengan lambang Rosamund.
"Bersedia untuk beraksi?" Katanya sambil tersenyum. Belum sempat yang lain menjawab Blaize membuka pintu lalu keluar. Dan belum sempat dia perhatikan keadaan sekeliling seekor Gargoyle melompat padanya lalu lengan Blaize di gigit. Darahnya membuak-buak jatuh di atas lantai. Mujurlah Gargoyle itu masih lagi kecil. Jika tidak putuslah lengannya. Rachel menjerit. Gavin dan Niles juga terperanjat apa yang dilihat olehnya. Senjata rahsia itu telah diserang oleh Gargoyle.
"Alahai...aku terlupa..." Suara Blaize. Dia mengertap bibirnya menahan sakit. "Aku patut lebih berjaga lagi." Dia tak mampu untuk mengambil pedangnya kerana lengan kanan yang digigit. Mata hijaunya memandang Gargoyle yang sedang mengigitnya itu dengan pandangan yang meluat. "Aku tak mahu lakukannya." Dia mengangkat tangannya yang sebelah. Sebaris dengan kepala Gargoyle tersebut. "Tapi kau yang memaksa aku melakukannya." Seraya itu satu medan sihir hijau yang kecil muncul di belakang tapak tangannya. Tidak sampai sesaat api yang sangat marak menular keluar pada tapak tangan Blaize lalu membakar Gargoyle tersebut. Binatang itu tak sempat berbuat apa. Meraung kesakitan pun tidak. Terus badannya hangus menjadi debu sebaik saja dijilat api.
Mata Gavin dan yang lain terbuntang melihat api marak dihadapan mereka. Jadi inilahnya ciri-ciri kesateria sihir kelas pertama. "Blaize!" Jerit Rachel sambil berlari ke arah pemuda itu. "Lengan kau!" Tibanya di sana Rachel dapati Blaize sedang menyembuhkan lengannya menggunakan Genma. Tidak sampai sesaat ia sudah pulih sepenuhnya. Blaize memusingkan lengannya beberapa kali untuk pastikan keadaannya. Mujurlah keadaannya elok.
Rachel perasaan wajah Blaize ada sedikit tak puas hati. Sebelum sempat dia bertanyakan Blaize sudah pun bersuara terlebih dahulu. "Tak guna! Tak pasal-pasal aku kena pakai sihir pada awal-awal lagi." Nadanya berbunyi begitu kecewa. Perlahan-lahan dia menjauhkan diri daripada Rachel. Gadis itu hairan melihat tindak tanduk perubahan Blaize. Dia perasan senjata tersebut sedang mengigit ibu jarinya. Dia merungut seorang diri.
"Buat malu betul! Tak sampai dua saat aku mulakan misi...aku telah dicederakan! Bukan itu saja, aku juga dipaksa mengunakan sihir aku!" Dia merungut sehinggakan tak sedar Rachel menghampirinya. "Ah...Blaize...kau tak apa-apa?"
"Aku!?" Blaize menoleh laju padanya. Raut wajahnya yang tertekan tersebut segera berubah ceria. "Aku tak apa-apa. Cuma-"
"Rachel! Blaize!" Jerit Niles dari belakang. Nadanya cemas sekali. Segera mereka menoleh dan dapati Niles dan Gavin berlari ke arah mereka. Di belakang terdapat kira-kira sepuluh ekor Gargoyle mengejar. Blaize ingin menyerang makhluk itu namun belum sempat dia melakukannya Rachel telah pun menariknya. "Nanti! Tak perlu lari. Aku mampu selesaikan mereka!" Kata-katanya langsung tidak diambil peduli. Dia diheret oleh mereka dengan hati yang berat.
Kira-kira lima belas minit kemudian, barulah mereka dapat berjalan. Gargoyle-gargoyle itu sudah dihapuskan sebaik saja Blaize membakar mereka dengan semburan api bahangnya. Kini mereka berjalan tanpa arah tuju. Mereka telah pun berjumpa senjata rahsia tersebut. Hairan sekali kerana Blaize ialah senjata tersebut. "Jadi apa kita perlu buat sekarang?" Tanya Rachel. Niles dan Gavin berhenti lalu menoleh padanya. Blaize pula masih menuju ke hadapan.
"Apa maksud kau?" Tanya Gavin pula padanya. Rachel melepaskan satu keluhan sebelum menjawab soalan Gavin. "Kita telah pun berjumpa senjata yang dicari," Matanya melirik pada Blaize di hadapan. Gavin dan Niles juga melakukan perkara yang sama. "Jadi misi ini dikira berjayakan?" Niles menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia agak teragak-agak hendak memberi jawapan. "Lebih kurang begitu. Tapi kita tak dapat kata putus dari Eric dan Cornelia. Lagipun-"
"Masih ada banyak lagi Boneka di istana ini." Sampuk Blaize dari jauh. Suaranya melantun-lantun di kaki lima mereka berada sekarang. "Dan untuk pengetahuan kalian mereka semua masih belum diaktifkan lagi. Ini bermaksud misi kalian belum lagi berjaya." Rachel, Niles dan Gavin terdiam mendengar kata-kata Blaize. Senjata rahsia itu ataupun Boneka seperti yang digelarkannya tersenyum. "Tapi tak mengapa, aku akan bantu kalian selesaikan misi ini." Kata-katanya masih lagi diakhiri dengan senyuman. Dia berjalan ke hadapan dan berhenti pada satu pintu. Tombol pintu itu dipulasnya perlahan. "Mari. Aku ingin perkenalkan kalian pada seseorang." Kata-katanya diakhiri dengan memasuki kamar tersebut. Rachel, Niles dan Gavin ikut di belakang.
Blaize mendahulu yang lain ke dalam kamar. Matanya terus menumpukan pada seseorang yang lena di atas katil. Rachel menghampiri katil tersebut dan dapati seorang gadis sedang lena dibuai mimpi. Wajahnya putih mulus serta lembut. Rambut ikal mayangnya yang jingga keemasan memberikan lagi kecantikan pada gadis itu. Gadis lewat dua puluhan itu terpisah daripada mereka dengan sehelai kain kelambu. Lagaknya tak ubah seperti puteri beradu.
"Memperkenalkan, gadis ini merupakan salah satu dari Boneka di istana ini. Cassandra Fleur namanya." Blaize memberitahu mereka. Setelah selesai dia menuju ke almari pakaian. Dibukanya lalu diselongkarnya. "Cepat! Kita tak ada masa. Aktifkan dia." Tangannya semakin laju menyelongkarkan almari itu.
Rachel tersengih bersendirian takala Niles dan Gavin menghampirinya. Gadis itu diapit oleh mereka. "Macam mana nak aktifkan?" Soalnya halus. Gavin dulu yang memberikan cadangan. Dirinya tersenyum nakal. "Aku tahu! Cium bibirnya..."
"Apa!?" Jerit Rachel. Rona merah mula muncul pada pipinya. Berkali-kali dia menoleh pada Niles dan Gavin. Kedua-dua lelaki tak guna itu tersengih. Niles berada berhampiran dengan Cassandra mula merebahkan wajahnya pada wajah Boneka itu. "Rasanya tak salah. Lagipun lagaknya merupai Puteri Beradu." Dia merapat, merapat dan merapatkan bibirnya sehingga beberapa inci saja lagi untuk bersentuhan.
"PERGI KAU LELAKI GATAL!"
Jerit Rachel lantang. Seraya itu dia menumbuk tepat pada wajah Niles. Lelaki malang itu jatuh terduduk. Dia terkejut dengan perbuatan Rachel. Hidungnya yang merah dibiarkan begitu saja. Gavin pula perlahan-lahan menjauhkan dirinya daripada Rachel. Dia tersenyum kambing tidak pedulikan peluh dingin mengalir deras pada dahinya. Blaize hanya menoleh seketika perhatikan keadaan apabila Rachel menjerit tadi. Kemudian dia menyambung penyelongkarannya. "Tolong jangan main-main. Kita tak cukup masa ni."
Rachel berdengus kasar sebelum duduk di birai katil lalu tersentuh tangan Cassandra. Bilik yang gelap itu mula diterangi cahaya biru hasil daripada medan sihir berbentuk segi tiga berpusing perlahan di atas katil. Seraya itu satu Terminal biru terpanpang di hadapan Rachel.
"Senjata rahsia ilmu sihir larangan.
Boneka keluaran ke 5.
Bernombor siri 80.
Diaktifkan."
Perlahan-lahan mata Cassandra terbuka. Warnanya seperti air laut disimbah cahaya suria. Perlahan-lahan dia bangun sambil menggosokan matanya. "Harinya dah tiba?" Kakinya perlahan-lahan turun menjejak ke lantai. Selimut yang menutupi tubuhnya dialihkan. Seraya itu mata Niles dan Gavin terbuntang. Cassandra memakai baju tidur yang cukup 'panas'! Apatah lagi terlampau singkat. Susuk tubuhnya jelas kelihatan. Bajunya pula agak jarang sehinggakan-
Darah pekat mengalir keluar dari hidung Niles. Segera dia menekup hidungnya. Darahnya juga ditadah supaya tidak menitis ke lantai. Mungkin kerana ditumbuk Rachel. Mungkin kerana apa yang dilihat. Ya, mungkin kerana apa yang dilihat. Kedua-dua belah pipinya mula berona merah. Gavin juga tak terkecuali. Cuma hidungnya tak mengalirkan darah. Mata Rachel menjerling tajam pada mereka. Sebelum apa-apa terjadi mereka secara sukarela keluar dari kamar Cassandra.
"Cassie," Suara Blaize lembut. Dia menghulurkan seragam Rosamund pada gadis Boneka tersebut. "Cepat bersiap. Kita kesuntukan masa." Arahnya dengan nada yang lembut. Cassandra mengambilnya lalu menuju ke bilik mandi. Masuk saja ke situ Blaize mengarahkan pula Rachel memanggil masuk Gavin dan Niles. Gadis itu akur lalu melaksanakan tugasnya. Tiba-tiba kedengaran suara Cassandra memanggil. Segera Blaize menghampiri ke pintu bilik mandi itu. Berhentinya setapak dari situ lalu bersuara.
"Ya, Cassie."
"Sudah berapa lama kita tidur?"
"Maksud kau, berapa lama kita telah dipadamkan?"
"Blaize, tolong jawab..."
Blaize mendiamkan diri. Agak lambat untuknya menjawab soalan Cassandra. Akhirnya dia jawab jua. Namun sebelum itu dia sempat lepaskan satu keluhan. "Genap lima puluh tahun kita semua dipadamkan..."
Pintu dihadapannya dikuak kasar. Berhadapannya Cassandra berdiri lengkap dangan seragam Rosamund. Tema warnanya seperti Blaize sendiri. Melainkan plat dibahunya saja. Dia seorang ahli sihir. Mata Cassandra menceritakan bahawa dia tak percaya apa yang dikatakan oleh Blaize sebentar tadi. "Tipu!"
Blaize tersenyum. "Sejak bila aku tipu kau?" Bisiknya halus. Mendengar saja bisikan tersebut Cassandra berpalingkan wajahnya daripada bertentangkan dengan wajah Blaize. "Kau sendiri tahu aku belum pernah tipu kau dan apatah lagi akan menipu kau. Tak akan sekali. Itu janji aku." Cassandra tersenyum mendengar kata-kata Boneka dihadapannya. Dia melepasi Blaize menuju ke meja cermin lalu duduk di bangku di situ. Dia mengambil sikat lalu disisir rambutnya.
"Tak sangka...masa berlalu pantas..."
Kata-katanya terputus. Dia tak tahu apa yang nak dikatakan. Dia buntu. Namun tangannya masih lagi beroperasi. Melalui pantulan cerminnya Cassandra melihat Blaize berada di belakang. Menanti kata-katanya keluar. Dia meneruskan akhirnya. "Lima puluh tahun dah berlalu...namun kenangan lepas masih lagi menjadi luka pada kita." Seperti Blaize dia juga berbisik. Sejak lima puluh tahun lepas, sejak mereka dibangkitkan, mereka sentiasa berbisikan. Mereka selesa hanya dengan berbisik sesama sendiri.
"Luka akan sembuh bukan?"
"Ya," Jawab Cassandra pantas. Dia berhenti menyisir takala Blaize menghulurkan tangannya. Sikat diberikan padanya lalu Blaize mula menyisirkan rambut Cassandra. "Tapi luka yang lepas akan meninggalkan parut. Kebiasaannya parut akan kekal..." Akhirnya dia berjaya meluahkannya. Pengalaman lima puluh tahun lepas benar-benar pahit. Dia, Blaize dan Boneka yang lain banyak menderita menjalankan misi yang telah ditetapkan oleh mereka. Keadaan bertambah teruk apabila satu Boneka bermata merah melakukan pemberontakan. Kerana itu mereka semua terpaksa dipadamkan.
"Blaize," Cassandra memegang tangan Blaize dan ia dibalas juga. Disebabkan itu Blaize berhenti menyisir rambut Cassandra. Kedua-dua belah tangannya diletakan pada bahu gadis tersebut. "Boneka bermata merah itu...namanya aku...aku takut nak menyebut namanya..." Kata-katanya berbau takut. Dia tak mahukan menjadi benar. Tangannya kuat menggengam jemari Blaize. "Adakah dia akan dibangkitkan? Aku tak mahu..."
Blaize mengeluh. Dia menggengam jemari serta bahu Cassandra lebih erat lagi. Dia juga tak mahu Boneka Bermata Merah itu bangkit. Biarlah ia berhabuk di istana ini. Kalau boleh biarlah selamanya. Itu semua kata hatinya. Apa yang dikatakan pada Cassandra berlainan sekali. "Kita berdua tahu bukan? Boneka Bermata Merah itu bukan calang-calang. Mahu ataupun tidak, kita perlukannya. Kita perlukan kekuatannya." Blaize mengakhirnya katanya. Kedua-dua belah tangannya diangkat dari bahu Cassandra. Segera dia melurut rambut emasnya. Perlahan-lahan dia mengulungkannya lalu disimpulkan ke dalam rambut untuk dijadikan sanggul. Proses tersebut langsung tidak memerlukan sepit apatah lagi getah. Ianya mudah sekali hendak dibuat.
"Selesai." Suara Blaize.Dia membongkokkan dirinya seiring dengan kepala Cassandra. Matanya perhatikan wajah Boneka jelita itu pada pantulan cermin. Dia mengukirkan senyuman. Begitu juga Cassandra. "Mari...mereka sudah lama tunggu." Cassandra menggangguk lalu bangun dari bangku. Serentak dia dan Blaize berpusing untuk keluar-
"Ah...romantiknya..." Suara Rachel nyaring. Dia memegang telefon pintarnya. Kemungkinan dia sempat merakam adegan tadi. "Kamu berdua memang pasangan secocok!" Seperti tadi dia diapit oleh Gavin dan Niles. Kedua-dua lelaki tersebut mengukirkan senyuman nakal. Blaize membalas dengan mengukirkan senyuman jua. Rachel tidak terkecuali. Tibanya di sana Blaize mengambil telefon pintar Rachel. "Tengok." Dia melihat rakaman tersebut. Rakaman itu bermula takala dia berdiri di belakang Cassandra. Tika waktu dia mendengar keluh resah Boneka itu sehinggalah rambutnya dijadikan sanggul.
"Simpan rakaman ini." Dia berkata pada Rachel sambil menghulurkan telefon pintarnya pada Cassandra. Rona-rona merah mula muncul pada pipinya. Semakin lama ia semakin menebal. "Jangan serahkan ia pada sesiapa. Nanti aku akan mengambilnya."
"Jangan risau." Ujar Niles. Hidungnya masih lagi merah. Bekas darah ada sedikit tercalit pada hidungnya. "Rahsia kau selamat dengan. Jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang?" Kumpulan itu keluar dari kamar Cassandra satu per satu. Sebaik saja Gavin melangkah keluar dia menjawab soalan Niles. "Apa lagi!? Kita akan terus cari kesemua Boneka seperti yang dikatakan Blaize awal tadi, kan?"
Niles mengangguk setuju lalu memutuskan untuk pergi ke kaki lima yang bertentang dari arah mereka. Ketiga-tiga manusia berjalan ke hadapan manakala pasangan Boneka tersebut hanya berdiamkan diri dibelakang. Mereka berharap sangat pencarian mereka tidak akan jumpa Bonek Bermata Merah. Mereka benar-benar berharap.
♦
Bersambung Siri Seterusnya..
Share this novel